Anda di halaman 1dari 3

TIP HALANG KEJADIAN JENAYAH DI RUMAH.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri


(Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di


dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau
hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu
sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka


pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah
untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru
mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun
dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas


jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama
mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju


(Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga


tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan
pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki
pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan


rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka
(Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya
berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke
rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk
mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor
telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan
pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau


pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun
sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini
memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di
dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis,


bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini
disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor
tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di


rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis


automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di
rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu


jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat
dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu
ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat


permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada
anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah


dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda
perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih
boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu
biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil
kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya
berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di


bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang
ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang


pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...).
Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar


padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja


asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Anda mungkin juga menyukai