Anda di halaman 1dari 7

SENARAI SURAT PEKELILING BERKAITAN DISIPLIN SEKOLAH

SURAT PEKELILING BIL.6/68.BERTARIKH: 10 SEPTEMBER 1968 - PEMBUANGAN MURID


DARIPADA SEKOLAH-SEKOLAH KERANA KELAKUAN CURANG
Murid, ibu bapa dan penjaga diberi amaran bertulis berkaitan kesalahan dan satu salinan borang jawapan
disertakan untuk penjaga memberi akuan terima.
Surat amaran kedua dihantar kepada ibu bapa sekiranya kelakuan murid tidak bertambah baik.
Sekiranya murid tidak patuh,Guru Besar atau Pengetua boleh menggantung persekolahan maksima dua minggu.
Satu salinan semua amaran penggantungan atau pembuangan mestilah dikirim kepada pendaftar sekolah dan
Lembaga Pengelola Sekolah.
Kelakuan curang yang serius, Guru-guru Besar/Pengetua perlu memberhentikan murid sementara waktu untuk
dibuat penyelidikan. Jika munasabah murid tersebut boleh dibuang sekolah.
Jika rayuan diterima, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diperlukan.

SURAT PEKELILING BIL.8/68 BERTARIKH: 18 SEPTEMBER 1968 - TATATERTIB DI SEKOLAH-


SEKOLAH
Tatatertib ialah tindakan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan sekolah diikuti.
Guru-guru mempunyai peranan untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar.
Kesalahan berat dikenakan tindakan pembuangan atau penggantungan sementara (tidak melebihi 10 hari).
Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.6/68 DAN 8/68 BERTARIKH: 12 OKTOBER 1968 - TAMBAHAN KEPADA
SURAT PEKELILING PROFESSIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN (GANTUNG
PERSEKOLAHAN)
Penggantungan pelajar maksima 14 hari.
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh kepada Menteri Pendidikan.

SURAT PEKELILING BIL.1/1972 BERTARIKH: 14 FEBRUARI 1972 - PERATURAN-PERATURAN


(TATATERTIB SEKOLAH) PELAJARAN 1959
Hukuman dera terhadap murid-murid perempuan dilarang.
Hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan pada pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau
punggung yang berlapik.
Hukuman hanya diberi oleh Guru Besar atau dengan kuasa yang diberikan.

SURAT PEKELILING BIL.6A/1975 BERTARIKH: 5 SEPTEMBER 1975 - MURID-MURID


MENGHISAP ROKOK
Semasa perhimpunan Guru Besardikehendaki memaklumkan kepada pelajar bahawa:
Penghisapan rokok adalah dilarang kerana kesihatan.
Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang tidak mematuhi peraturan.
Tempoh pengampunan selama seminggu kepada pelajar untuk membuat pengukuran.
Selepas tempoh pengampunan murid merokok akan menghadapi tindakan disiplin.
Langkah-langkah ke atas murid-murid yang merokok:
Tindakan disiplin yang sewajarnya.
Ibu bapa/penjaga pelajar diberitahu
Murid dirujuk kepada guru panduan untuk nasihat
Guru panduan menyimpan rekod untuk tujuan penyelidikan Kementerian Pelajaran.

SURAT PEKELILING BIL.7/1975 BERTARIKH: 19 OGOS 1975 - SALAHGUNA DADAH – GARIS


PANDUAN UNTUK GURU PANDUAN DAN GURU BESAR
Matlamat Kementerian Pelajaran membantu pelajar mengelakkan dari publisiti.
Tindakan disiplin selepas pertolongan gagal dan selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.
Tindakan-tindakan yang harus diambil:
Rujukan sendiri
Rujukan oleh guru-guru/murid
Rujukan dibuat atas keputusan tindakan disiplin
“Checklist” tindakan yang harus diambil
Jenis-jenis dadah yang disalah gunakan.

SURAT PEKELILING BIL.9/1975 BERTARIKH: 4 NOVEMBER 1975 - PERATURAN-PERATURAN


SEKOLAH UNTUK MURID-MURID
Guru Besar dan semua guru bertanggungjawab menjaga disiplin sesebuah sekolah.
Guru Besar dan semua guru mesti memahami ordinan-ordinan/surat-surat pekeliling/ Pekeliling Ikhtisas –
Lampiran A.
Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat – Lampiran B.
Peraturan-peraturan sekolah yang bertulis untuk murid. Tindakan oleh tiap-tiap sekolah – Lampiran C.
Peraturan-peraturan khas untuk asrama, Perpustakaan dan Bilik-bilik Mata Pelajaran Praktikal.
Guru mesti menjadi teladan baik kepada murid.

SURAT PEKELILING BIL.2/1976 BERTARIKH: 7 JANUARI 1976 - POTONGAN RAMBUT MURID-


MURID
Peraturan merangkumi murid-murid sekolah, guru dan kakitangan lain.
Rambut murid-murid lelaki.
Misai dan janggut
Rambut murid-murid perempuan.
Menjadi tanggungjawab guru dan kakitangan lain memberi teladan yang baik kepada pelajar.

SURAT PEKELILING BIL.11/1976 BERTARIKH: 9 OKTOBER 1976 - MENGHARAMKAN SEMUA


JENIS PERMAINAN JUDI DI SEKOLAH-SEKOLAH
Permainan berunsur judi dilarang di sekolah-sekolah.
Penjualan alat-alat permainan berunsur judi di kantin sekolah dilarang.

SURAT PEKELILING BIL.7/1977 BERTARIKH: 7 SEPTEMBER 1977 - PENGELOLAAN


WALKATON DI SEKOLAH-SEKOLAH
Pengelolaan Walkaton dirancang dan dikawal supaya tidak menjejas pelajaran, kebajikan dan keselamatan
Malaysia.
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar:
Waktu mencari penaja.
Persetujuan ibubapa murid.
Keselamatan dan kebajikan.

SURAT PEKELILING BIL.9/1977 BERTARIKH: 3 OKTOBER 1977 - MENGANJURKAN DAN


MENJUAL LOTERI DI SEKOLAH-SEKOLAH
Penjualan loteri oleh sekolah-sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru dan Badan-badan yang
berkaitan dengan sekolah dilarang.
Penjualan loteri kepada murid-murid dalam kawasan sekolah-sekolah yang dianjur oleh mana-mana pihak
dilarang.
Pihak sekolah perlu berikhtiar dengan cara lain untuk mendapatkan wang.

SURAT PEKELILING BIL.4/1978 BERTARIKH: 2 MEI 1978 - ACARA SUAIKENAL DI SEKOLAH-


SEKOLAH
Melarang ‘ragging’ yang bertopeng suaikenal di sekolah-sekolah.
Mereka yang terlibat akan diberhentikan dari sekolah tanpa amaran.

SURAT PEKELILING BIL.2/1979 BERTARIKH: 26 MAC 1979 - LAPORAN MURID-MURID DALAM


KEADAAN RISIKO PENYALAHGUNAAN DADAH YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN

SURAT PEKELILING BIL.4/1982 BERTARIKH: 1 OKTOBER 1982 - PERMAINAN ‘PIN-TABLE,


VIDEO GAME, GAME WATCH’
Melarang pelajar sekolah:
Bermain pemarkahan ‘Pin-table, video game’ dan lain permainan yang seumpama.
Membawa ke sekolah segala jenis ‘game watch’.
Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang bersalah.

SURAT PEKELILING BIL.1/1983 BERTARIKH: 25 FEBRUARI 1983 - GARIS PANDUAN KEMPEN


ANTI MEROKOK DI SEKOLAH-SEKOLAH
Langkah-langkah positif bagi menjaya kempen anti merokok

SURAT PEKELILING BIL.3/1983 BERTARIKH: 9 MAC 1983 - PAKAIAN SERAGAM MURID-


MURID SEKOLAH
Mengemaskini arahan yang berhubung dengan pakaian murid-murid daripada sekolah rendah hingga sekolah
menengah dalam aspek-aspek;
Pakaian seragam sekolah.
Pakaian ketika bersenam/bersukan.
Pakaian dalam Pasukan Beruniform.
Pakaian murid-murid Islam hari Jumaat.
Pakaian seragam khas.
Kasut.

SURAT PEKELILING BIL.6/1983 BERTARIKH: 23 APRIL 1983 - LARANGAN BERMAIN BAHAN-


BAHAN LETUPAN
Memberi ingatan mengenai bahaya dan larangan bermain dan menggunakan bahan-bahan letupan adalah satu
langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyedarkan dan menginsafkan murid-murid tentang
bahayanya.

SURAT PEKELILING BIL.7/1983 BERTARIKH: 11 APRIL 1983 - GARIS PANDUAN MENGENAI


PUNGUTAN DERMA MELIBATKAN MURID-MURID SEKOLAH
Menyatakan beberapa prinsip dan garis panduan mengenai pungutan derma yang dijalankan di sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.8/1983 BERTARIKH: 7 NOVEMBER 1983 - PERHIMPUNAN SEKOLAH


Mewajibkan sekolah mengadakan perhimpunan sekolah sebagai majlis rasmi pada setiap minggu.
Panduan mengelolakan perhimpunan sekolah dalam aspek:
Masa
Aturcara
Pihak sekolah dikehendaki memberi perhatian dalam perkara berikut:
Surat Pekeliling Am Bil.23 Tahun 1996
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975
Penglibatan semua guru atau pelajar
Menggalakkan penglibatan kakitangan bukan guru
Mengadakan aktiviti positif dan dilarang menjalankan hukuman disiplin kepada pelajar.

SURAT PEKELILING BIL.4/1984 BERTARIKH: 10 SEPTEMBER 1984 - PERHIMPUNAN SEKOLAH


(TAMBAHAN KEPADA SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/84)
Memasukkan lagu ‘Malaysia Berjaya’ semasa perhimpunan (selepas lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri.)
Perlu diadakan perhimpunan khas setiap hari sebelum waktu pertama bermula untuk menyanyikan lagu
‘Negaraku’ dan ‘Malaysia Berjaya’. Nyanyian dengan teratur dan tertib.

SURAT PEKELILING BIL.8/1985 BERTARIKH: 22 NOVEMBER 1985 - PAKAIAN SERAGAM


MURID-MURID SEKOLAH (PINDAAN)
Kasut murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah berwarna putih dan diperbuat daripada ‘canvas’/bahan
sintetik yang mempunyai daya serap dan saluran gerak udara.
Stokin berwarna putih.
SURAT PEKELILING BIL.7/1986 BERTARIKH: 1 OGOS 1986 - LANGKAH-LANGKAH
KEBERKESANAN DISIPLIN SEKOLAH
Tumpukan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam
sekolah dan bilik darjah.
Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolah dan bagi menentukan disiplin.
Berkuasa menentukan hukuman yang munasabah.
Perlu mempunyai maklumat ordinan pelajaran, surat pekeliling dan buku panduan disiplin.
Menubuhkan jawatan kuasa Hal Ehwal Murid peringkat sekolah.
Pejabat Pelajaran Daerah perlu berusaha mengambil langkah-langkah bagi mengurangi masalah-masalah
disiplin.

SURAT PEKELILING BIL.8/1988 BERTARIKH: 1 MAC 1988 - KESELAMATAN DIRI PELAJAR DI


SEKOLAH
Diingatkan semua pihak di sekolah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kejadian-kejadian
yang tidak diingin, ke atas diri pelajar.
Menekankan aspek keselamatan melalui:
Pengajaran,peraturan, latihan, bimbingan dan amalan.
Memaklumkan kepada ibubapa mengenai penggal dan aktiviti sekolah.
Sistem kawalan rekod yang kemas.
Menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal.
Sistem berteman.
Mengawasi kawasan dengan kerap.
Menjadikan peraturan keselamatan sebagai peraturan sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.2/1991 BERTARIKH: 5 FEBRUARI 1991 - TATA KELAKUAN PELAJAR


KETIKA DI MASJID
Pelajar tidak mempunyai tatatertib yang baik ketika berada di masjid.
Tindakan yang perlu diambil:
Memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib di Masjid.
Guru perlu mengawas kelakuan pelajar.
Pelajar dikelompok mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang pengawas.

SURAT PEKELILING BIL.3/1991 BERTARIKH: 16 MEI 1991 - MENGUNDANG ORANG


KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
Cadangan undangan ke upacara tertentu hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

SURAT PEKELILING BIL.4/1991 BERTARIKH: 16 MEI 1991 - PELAPORAN KEJADIAN TIDAK


DIINGINI DI SEKOLAH
Pelajar menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah penceroboh dan pelajar terlibat melancarkan mogok,
merusuh, mencedera dan bergaduh.
Pengetua dikehendaki dengan serta merta melaporkan kepada Kementerian Pendidikan, PPB/D dan Jabatan
Pendidikan Negeri.

SURAT PEKELILING BIL.3/1992 BERTARIKH: 14 MAC 1992 - PEMAKAIAN TUDUNG/MINI


TELEKUNG BAGI PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN
Tidak ada paksaan kepada pelajar perempuan memakai tudung atau mini telekung di sekolah. Walaupun
pemakaian tudung dan mini telekung dibenarkan dibawah Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 – Pakaian Murid-murid
Sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.3/1993 BERTARIKH: 15 FEBRUARI 1993 - LAPOR KEPADA POLIS


SALAH LAKU YANG BERBENTUK JENAYAH
Sekolah mesti melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah kepada polis dengan segera.
SURAT PEKELILING BIL.6/1993 BERTARIKH: 3 JUN 1993 - PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Adalah ditegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang
telah ditetapkan mengenai pakaian seragam atau menggunakan peraturan sendiri.
Surat-surat pekeliling bilangan 3/1983, Bil.8/1983 dan Bil.3/1992 hendaklah dipatuhi.

SURAT PEKELILING BIL.6/1994 BERTARIKH: 12 SEPTEMBER 1994 - USAHA MENANAM


SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN PELAJAR DAN SENAMAN RINGKAS
Semua pihak hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cintakan
terhadap Negara.
YB Menteri Pendidikan mengarah supaya semangat patriotisme ini ditanam melalui upacara perhimpunan
mingguan atau harian.
Semua upacara tersebut perlu dijalankan dengan penuh penghayatan dari semua pihak.
YB Menteri menyarankan supaya senaman ringkas diadakan didalam bilik darjah sebelum memulakan P & P.
Semangat patriotisme dan senaman ringkas disarankan supaya dapat diadakan disemua sekolah dan serta merta.

SURAT PEKELILING BIL.6/1995 BERTARIKH: 5 SEPTEMBER 1995 - MENANGANI MASALAH


PONTENG DI SEKOLAH
Ponteng sekolah dan ponteng kelas kedua masalah yang perlu diatasi dengan segera oleh semua pegawai yang
berkaitan.
Pihak Kementerian telah menerbitkan dan mengedarkan Buku Panduan bagi mengatasi ponteng di sekolah.
Saranan dan cadangan dalam buku ini diyakini dapat mengatasi dua masalah di atas.

SURAT PEKELILING BIL.7/1995 BERTARIKH: 11 OKTOBER 1995 - TATACARA MENGENAKAN


TINDAKAN DAN HUKUMAN TERHADAP PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH
Terdapat laporan menyatakan pihak sekolah telah mengenakan tindakan dan hukuman yang keterlaluan di atas
kesalahan disiplin pelajar yang terlibat.
Keadaan ini menjejaskan maruah dan reputasi Kementerian Pendidikan.
Surat ini mengingatkan semua yang terlibat agar mematuhi garis panduan seperti yang terkandung dalam
lampiran ini.

SURAT PEKELILING BIL.2/1996 BERTARIKH: 24 JUN 1996 - PENAMPILAN DIRI PELAJAR,


KEKEMASAN DAN KERAPIAN BERPAKAIAN
Meminta semua sekolah mengambil langkah-langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi
memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kalangan para pelajar.

SURAT PEKELILING BIL.4/1996 BERTARIKH: 3 SEPTEMBER 1996 - PELAKSANAAN KUASA


DISIPLIN DAN HUKUMAN DI SEKOLAH
Pengetua/Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pelajar yang melakukan kesalahan-
kesalahan berat.
Pengetua/Guru Besar diberi kuasa terhadap guru dan murid untuk melaksanakan hukuman yang sesuai dengan
kesalahan yang dilakukan.
Hukuman dibuat sebagai pengajaran kepada mereka supaya tidak mengulangi kesalahan dan kepada mereka
yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa.

SURAT SIARAN KP (BS) 8591/JLD VII (57) BERTARIKH: 24 FEBRUARI 1997 - TINDAKAN SERTA
MERTA MEMBANTERAS MASALAH SOSIAL DI KALANGAN MURID-MURID
Mengenalpasti dan menyediakan maklumat murid bermasalah sosial.
Melaporkan maklumat itu kepada PPB/D dan JPN.
Memaklumkan kepada ibubapa/penjaga yang terlibat.
Mempertingkatkan usaha serta perhatian guru bimbingan terhadap murid yang terlibat.
PPB/D hendaklah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah untuk menangani masalah ini.
SURAT PEKELILING BIL.4/1997 BERTARIKH: 22 MEI 1997 - HUKUMAN KE ATAS MURID
MENGHISAP ROKOK
Pekeliling ini dibaca bersama Surat Pekeliling: Ikhtisas Bil. 6a/1975
Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa merotan murid yang didapati bersalah menghisap rokok.
Bilangan pukulan rotan maksima sebanyak tiga kali.
Pelajar boleh dibuang sekolah jika masih mengulangi kesalahan merokok.

SURAT PEKELILING BIL.5/1997 BERTARIKH: 22 MEI 1997 - SEKOLAH SEBAGAI KAWASAN


LARANGAN MEROKOK
Bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 1993.
Semua guru,kakitangan dan ibubapa yang berurusan dengan sekolah dilarang menghisap rokok dikawasan
sekolah samada di bilik darjah, dikawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung.

SURAT PEKELILING BIL.16/1998 BERTARIKH: 6 OGOS 1998 - MENANGANI KEGIATAN


GANGSTER DI SEKOLAH
Sekolah mesti melaporkan kepada pihak polis jika terdapat kegiatan berkenaan.
Tindakan pemulihan perlu dilakukan ke atas pelajar yang telah disahkan terlibat.
Tindakan pencegahan juga perlu diambil.

SURAT PEKELILING BIL.18/1998 BERTARIKH: 2 SEPTEMBER 1998 - PENGGUNAAN BUDI


BICARA KETIKA MENGAMBIL TINDAKAN
Guru Besar diperlukan menggunakan budi bicara dalam menangani masalah yang dihadapi terutama isu-isu
semasa yang tidak diduga atau isu-isu sensitif.

SURAT PEKELILING BIL.7/1999 BERTARIKH: 10 JUN 1999 - PENUBUHAN KELAB


PENCEGAHAN JENAYAH DI SEKOLAH MENENGAH
Semua sekolah menengah disaran menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.
Kes jenayah melibatkan murid sekolah didapati meningkat dan gejala ini mesti diberi perhatian serius.

SURAT PEKELILING BIL.8/1999 BERTARIKH: 10 JUN 1999 - KESELAMATAN DIRI MURID


DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH
Bertujuan menegaskan kepentingan mengwujudkan peraturan-peraturan mengenai keselamatan dan langkah-
langkah pencegahan yang perlu diamalkan.
Antara langkah yang boleh diambil ialah:
Manfaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan
Sekolah atau PIBG dalam merancang langkah-langkah keselamatan murid.
Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa membuat rondaan di kawasan berisiko.
Membersihkan semak samun di laluan pelajar supaya terbuka dan selamat.
Mewujudkan tatacara mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden orang yang disyaki berniat
jahat.
Mempamerkan peraturan/poster keselamatan.
Menggunakan ruang seperti perhimpunan bagi memperingatkan warga sekolah tentang keselamatan.
Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.

SURAT PEKELILING BIL.11/2000 BERTARIKH: 5 JULAI 2000 - MEMBANTERAS JENAYAH DI


KALANGAN MURID SEKOLAH
Sekolah mesti melaksanakan program pencegahan jenayah.
Sekolah mesti mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah disiplin terutama
perlakuan berunsur jenayah tanpa menunggu keadaan menjadi lebih serius.
Semua kes salahlaku tidak dirahsiakan.
SURAT PEKELILING BIL.8/2001 BERTARIKH: 19 JULAI 2001 - PEMANTAPAN PENGURUSAN
DISIPLIN DI SEKOLAH
JPN,PPB/D, Pengetua/Guru Besar mestilah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memantapkan
disiplin di sekolah-sekolah.
Pengurusan hal ehwal murid hendaklah dimantapkan dan dipertingkatkan.
Sistem rekod/profail hendaklah diperkenalkan dan bergerak mengikut pergerakan murid.
Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah dimantapkan.
Pengurusan kaunseling hendaklah dimantapkan lagi.
Sekolah penyayang.
Pendidikan keselamatan dan perlindungan diri.
Permuafakatan ibubapa, sekolah dan masyarakat.
Sekolah selamat.

SURAT PEKELILING BIL.9/2001 BERTARIKH: 23 JULAI 2001 - PENGLIBATAN PELAJAR


DENGAN KEGIATAN NEGATIF
Tindakan awal dan segera perlu diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini.
Pihak sekolah hendaklah memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan
Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Café.
Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan
negatif murid-murid.
JPN,PPB/D, Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan program khas kepada yang terlibat.
JPN,PPB/D, Sekolah-sekolah diminta melaporkan segera kegiatan yang serius kepada Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia jika menjadi berita sensasi di media massa.

SURAT SIARAN KP (BS/HEP) 8543/053(9) BERTARIKH: 2 OGOS 2001 - PENGURUSAN PELAJAR


SECARA KOLEKTIF
Pengurusan Pelajar secara bersepadu hendaklah dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Semua bertindak dengan hala tuju yang sama.

SURAT PEKELILING BIL.10/2001 BERTARIKH: 24 SEPTEMBER 2001 - SEMUA GURU ADALAH


GURU DISIPLIN
Semua guru bertanggungjawab dalam hal berkaitan disiplin murid sebagaimana arahan dalam SP Profesional
KPM Bil 8/1968 – Tatatertib Di Sekolah dan SPI Bil 9/1975 – Disiplin Di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah
Untuk Murid-Murid
Guru berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid mengamalkan tingkahlaku yang
baik

SURAT PEKELILING BIL.7/2003 BERTARIKH: 29 OKTOBER 2003 - KUASA GURU MEROTAN


MURID
Berasaskan peruntukan dalam Perkara 5 dan 6 - Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah)1959
Merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan
Merotan dikhalayak ramai adalah dilarang

SURAT PEKELILING BIL.8/2003 BERTARIKH: 29 OKTOBER 2003 - PENGGUNAAN BUKU LOG


BAGI TUJUAN MEMANTAU LAKU MUSNAH (VANDALISM)
Kegiatan ini perlu dibasmi melalui sistem pemantauan yang terancang dan berterusan
Buku Log Laku Musnah perlu disediakan untuk memantau gejala ini dan data-data terkumpul dijadikan sumber
membuat perancangan membasmi kegiatan tersebut

Anda mungkin juga menyukai