Anda di halaman 1dari 3

ISI BERKAITAN KAJIAN 1

Confucianisme diasaskan di China pada awal 2500 tahun dahulu oleh seorang
guru falsafah. Confucianisme merupakan sistem tingkah laku beretika dan
tangunggjawab sosial yang berkembang secara beransur-ansur dan telah menjadi sesuatu
yang baik dalam tradisi pemikiran di timur. Confucianisme merupakan asas sistem
pemikiran dalam pengajaran Confucius yang telah lahir pada 551 B.C dan telah
meninggal dunia pada 479 B.C. Kung Fu Tzu atau Kung Sang Guru atau lebih dikenali
sebagai Confucius telah dianggap sebagai guru pertama walaupun sebelumnya telah ada
guru.
Terdapat hampir 6 juta orang yang menganut ideologi ini dalam dunia hari ini.
Secara majoritinya, penganut ideologi ini menetap di Asia kerana ideologi ini sendiri
berasal dari China. Sementara itu, masih ada penganut ideologi ini yang menetap di luar
dari China seperti Eropah, Amerika Utara dan Selatan, dan beberapa negara yang lain

Confucianisme mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam tamadun China


kerana Confucianisme datang dalam bentuk falsafah yang nilai-nilainya secara mendalam
telah menjadi dasar kepada tahap undang-undang. Tidak kira pegawai-pegawai atasan
mahupun pegawai-pegawai kerajaan perlu mempelajari Confucianisme dalam
meningkatkan kerjaya mereka tetapi tidak salah juga jika mereka menganuti dan
mengamalkan agama-agama lain dalam kehidupan mereka.

Selepas Confucius, terdapat ahli falsafah Confucian yang terkenal iaitu


Mencius (371-ca. 289 B.C.E) ataupun dalam bahasa Latin bernama Mengzi atau Master
Meng. Confucianisme berkembang ke Jepun melalui Korea pada abad ke-4.
Confucianisme diperkenalkan di Jepun pada zaman feudalisme iaitu pada neo-
Confucianisme dalam dua bentuk kejayaan.
Adakah Confucianisme itu agama?

Orang-orang Jepun cenderung menganggap Confucianisme adalah sesuatu yang

berbeza dengan agama. Hal demikian disebabkan mereka merasakan Confucianisme

adalah satu bentuk pemikiran politik dan juga pendidikan beretika. Bahkan

Confucianisme juga dikatakan sebagai kuasa yang tertinggi ataupun Tuhan (Shang-ti) dan

juga sebagai orang bijaksana yang suci (sheng). Turut digunakan adalah idea “heaven”

(t’ien) dan “the way” (tao) dan meraikan upacara pengabdian kepada Confucius dan

displin ilmunya. Selain itu, ahli-ahli sejarah juga berpendapat bahawa Confucianism

bukanlah satu agama secara keseluruhannya.

Dalam buku yang ditulis oleh Smith menyatakan bahawa Confucianisme jika

dilihat menerusi perilaku dan tindakan moral memperlihatkan bahawa Confucianisme

adalah sesuatu yang berlainan dari agama-agama yang lain. Namun demikian,

Confucinisme bukanlah ditolak dari di anggap sebagai agama kerana agama merupakan

suatu cara hidup yang dirangkai sekitar perhatian terakhir manusia yang mana ideologi

ini jelas sekali memenuhi syarat untuk diklasifikasikan sebagai agama. Lagipun, jika

dilihat dari faktor kemunculannya, Confucianisme mempunyai kaitan dengan agama dari

segi pengawalan sosial dan akhlak masyarakat.

Terdapat kontroversi yang mendakwa Confucianisme sesuai mengikut

pandangan orang cina sebagai agama tetapi merupakan agama yang berbeza dari barat.

Confucius melihat agama adalah sebagi satu bentuk pendidikan. Sesungguhnya dalam

masyarakat cina satu perkataan seperti “chiao” digunakan untuk dua maksud iaitu
religion dan education. Confucian berpendapat tujuan agama adalah untuk membentuk

nilai moral dalam jiwa diri seseorang.

Confucianisme bukan terdiri dari paderi, bukan mazhab dan juga bukan

pegangan untuk pengikut mengkuinya. Malah, Confucianisme juga bukan pemujaan

yang dilakukan secara terbuka tetapi ajaran yang dilakukan secara peribadi dengan

Tuhan. Dalam Confucianisme tidak terdapat perkatan yang mendedahkan tentang Tuhan

ataupun kitab sucinya. Dalam Confucianisme, tidak terdapat juga struktur pertubuhan

gereja seperti mana –mana agama yang lain tetapi tidak bermaksud Confucianisme secara

keseluruhannya tidak berkaitan dengan roh.

Confucianisme di China adalah aspek yang tunggal di mana Confucianisme

mungkin lebih ataupun kurang dari agama mengikut pandangan barat. Confucianisme

dalam kehidupan masyarakat cina menjadi aspek yang sangat penting dalam kewujudan

orang Cina.

Justeru, Confucianisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan


ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-
bangsa yang menganutinya.

Anda mungkin juga menyukai