Anda di halaman 1dari 10

BAB 1

Fuad pulang agak lewat petang selepas mencari kayu api dalam hutan dan kemudiannya
bergegas ke surau. Selepai bersolat Fuad menyedari Borhan, rakan baiknya tiada. Sahak yang
menyedari kegelisahan Fuad memberitahu Fuad bahawa Borhan tidak ke surau seperti
kebiasaanya kerana anaknya demam. Setelah mengetahui hal tersebut, Fuad bergegas ke
rumah Borhan dengan niat ingin membantu Borhan dengan membawa anaknya yang demam
ke klinik berdekatan. Setiba di rumah Borhan, tangisan anak kecil Borhan mengingatkan
Fuad akan satu kenangan silamnya. Mereka ke klinik dengan sebuah kereta yang di sewa oleh
Fuad. Semetara menunggu, masa yang terluang itu digunakan oleh Fuad untuk menyemak
wang dalam banknya. Hatinya tertanya-tanya dan pasti ayahnya telah memasukkan sejumlah
wang tesebut tetapi Fuad hairan kerana setelah setahun Fuad pulang ke Danau Seberang
barulah ayahnya mengingatinya.

BAB 2
Setelah setahun dia kembali ke Danau Seberang untuk memulihkan keadaan selepas tidak
membawa Sofia pulang bersama-samanya. Fuad telah menerima cemuhan dan kata nista
daripada orang kampung lebih-lebih lagi Mak Salmah, ibu angkat Sofia. Hanya Pak Ismail
yang mempertahankannya dan membawanya mendekati Allah SWT. Fuad belajar segala-
galanya tentang Islam untuk membolehkannya mencari dirinya. Mak Salmah sedikit demi
sedikit mulai menerima Fuad.

BAB 3
Selama seminggu Mak Salmah, Fuad, dan Pak Mail sibuk menguruskan tanah yang baru
dibeli dengan harga sepuluh ribu ringgit seluas setengah ekar. Mak Salmah tahu, Fuad cuba
menebus kesalahan yang pernah dilakukannya. Mak Salmah sedar, jauh di sudut hatinya dia
telah memaafkan Fuad namun ingatannya pada anak angkatnya, Sofia yang telah dilarikan
Fuad untuk dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya dan kemudiannya Sofia meninggal
dunia masih menebal. Cikgu Abas meminta Fuad menjadi guru sandaran atau guru kelas
bimbingan. Fuad agak risau kerana dia tidak ada pengalaman. Namun, Cikgu Abas pandai
memujuknya sehingga Fuad bersetuju untuk menerima tawaran tersebut dengan menjadi guru
sandaran dan mengajar subjek Bahasa Inggeris.

BAB 4
Hari pertama membuatkannya gugup. Fuad berasa guru-guru yang menyapanya seolah-olah
tahu mengenai kisahnya dengan Sofia. Tambah lagi Sofia dilarikan sewaktu lawatan anjuran
sekolah tersebut. Cikgu Abas memperkenalkan Fuad kepada Farhana, iaitu Ketua Panitia
Bahasa Inggeris. Farhana agak gusar kerana setahunya Fuad pemegang Ijazah Pentadbiran
Perniagaan dari luar Negara. Farhana agak gugup ketika menerangkan mengenai kelas yang
akan diajar oleh Fuad. Fuad diketahui sejak setahun yang lalu namun baru kini dia berjumpa
dengan Fuad. Farhana dan Fuad berbincang mengenai teknik pengajaran dan pemarkahan
bahasa Inggeris serta keupayaan pelajar Melayu yang agak lemah dalam Bahasa Inggeris.
BAB 5
Farhana terus memikirkan program untuk panitia yang akan dibentangkan dalam mesyuarat
kurikulum tengah hari nanti. Fuad menghantar buku yang dipinjam dari meja Farhana
bertujuan untuk membeli buku baharu. Farhana meminta Fuad memberikan idea untuk
program panitia. Fuad menyedari gaya Farhana yang agak bersahaja, lincah, dan penuh
keyakinan. Farhana dan Fuad semakin mesra. Fuad banyak memberi idea dan menekankan
mereka perlu bekerja lebih keras melaksanakan program bukan sekadar di atas kertas sahaja.
Farhana malu sendiri mendengar keikhlasan hati Fuad untuk mendidik pelajar. Fuad
membawa jagung yang ditanam untuk Farhana. Laungan azan berkumandang menambahkan
lagi kekaguman Farhana pada Fuad kerana Fuad begitu menghormati azan.

BAB 6
Fuad terserempak dengan Cikgu Zamani di kantin. Fuad segan pada Cikgu Zamani kerana
mahir dalam ilmu agama dan pandai berbahas. Chin datang bertanya khabar Fuad dan Fuad
meminta Chim memberitahu bapanya tentang keadaannya. Chin mengingatkan Fuad agar
menjenguk pula apak dan mamanya di Sunagi Ruan. Jalan hidup Fuad terlalu berliku.
Beribukan seorang perempuan yang sudah meninggal dunia dan tidak pernah dikenalinya.
Berayahkan seorang lelaki yang sebenarnya bapa saudaranya. Berbapa saudara seoarang
lelaki yang sebenarnya ayahnya. Manakala sekarang beribubapakan orang tua angkat yang
tidak punya pertalian darah dengannya. Fuad sedar pertemuannya dengan Chin menjadi
perhatian umum kerana mereka tahu sejarah diri Fuad. Fuad tidak mengerti mengapa baru
hari ini dia mengingati arwah ibunya sedangkan selama ini dia boleh mendapat maklumat
daripada apak, mama, dan ayahnya di Kuala Lumpur. Apaknya banyak mempengaruhi
tingkah laku dan pemikirannya sehinggalah memutuskan hubungan dengan keluarganya
dahulu. Apabila pulang dari sekolah, Fuad menceritakan segala-galanya kepada Pak Mail.
Pak Mail menasihati Fuad agar tidak melupakan ayahnya, Fuad meminta pandangan Pak
Mail. Fuad tidak mahu ke Kuala Lumpur sebaliknya ke Sungai Ruan semasa cuti sekolah
yang akan datang untuk menjejaki pusara ibunya.

BAB 7
Farhana keberatan untuk menumpang kereta Fuad ke Bandar Kuantan. Dalam perjalanan itu
Fuad menceritakan hal yang berkaitan dirinya kepada ibu Farhana sehinggalah mereka
berhenti makan dan solat. Fuad menegaskan ada yang mengetahuinya seperti Cikgu Abas.
Fuad juga menegaskan tidak mahu mengingati masa silamnya namun menegaskan dia
memang dilahirkan dalam syariat Islam. Cuma Fuad kesal dengan ayahnya Robert Lim yang
mengambil sikap acuh tak acuh terhadap agama. Farhana insaf apabila melihat Fuad dan
menyedari Islam yang lahir daripada kesedaran adalah lebih baik daripada Islam yang
diwarisi daripada keturunan. Selepas singgah di rumah Farhana, Fuad mempelawa Farhana
untuk menumpangnya semula.
BAB 8
Kepulangan Fuad mengejutkan keluarganya, ketiadaan Fuad mendatangkan kesan besar
kepada Peter Lim. Fuad terkejut melihat keadaan Peter Lim yang semakin uzur. Fuad
membantu menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menanggung pembelanjaan adik-adik
sepupunya itu. Fuad memaklumkan tujuan kepulangannya selain menziarahi mereka. Fuad
ingin mengetahui susur-galur keturunan sebelah ibunya agar tidak timbul masalah di
kemudian hari. Fuad berkenalan dengan Pak Said yang berusia lingkungan lima puluhan.
Kemesraan Pak Said menyebabkan Fuad bercerita mengenai pencariannya. Pak Said
menawarkan diri untuk menemaninya ke Lembah Klau.

BAB 9
Farhana bingung Fuad tidak menelefonnya sebagaimana yang telah dijanjikan dan
membuatkan dia berasa gelisah, patutkah dia menelefon Fuad dan betapa tidak endahnya
Fuad padanya kerana cepat-cepat meletakkan gagang telefon. Farhana teringat keperitan
hidupnya ketika belajar ilmu di kota London. Farhana pulang dengan harapan menggunung
untuk menyuntik semangat kenegaraan yang tinggi terhadap anak-anak muridnya. Namun,
harapannya semakin luntur apabila melihat anak nelayan dan petani sukar menerima bahasa
Inggeris. Namun, harapannya berbunga kembali dengan kehadiran Fuad. Farhana kagum
dengan Fuad dan berhasrat berganding bahu dengan Fuad untuk memajukan subjek bahasa
Inggeris. Farhana yang ingin ke rumah Yati, temannya diingatkan oleh ibunya agar menjaga
kelakuannya kerana Yati sudah bertunang dan akan berkahwin.

BAB 10
Fuad menyesal kerana melambat-lambatkan perjalanannya ke Felda Lembah Klau dan pagi
tadi dia menelefon Farhana. Pukul sembilan pagi baru dia bertolak. Fuad dan Pak Said
gembira tak terhingga apabila mengetahui Pak Ngah Lias masih hidup. Mereka tiba di rumah
Pak Ngah Lias dan berubah air muka Pak Ngah Lias. Pak Ngah Lias memanggil Fuad sebagai
Abd. Halim dan merupakan anak kepada Roslan, nama Islam Robert Lim. Roslan dan Seman
memberi nama cucunya Abd. Halim, menurut Pak Ngah Lias. Fuad terharu kerana dua puluh
tujuh tahun baru dia mengetahui nama sebenarnya. Selepas kematian Seman, dia cuba
mencari Abd. Halim. Dia Cuma berdoa agar Abd. Halim akan kembali ke pangkuan
keluarganya suatu hari nanti. Niat Fuad mencari kubur ibunya diteruskan apabila mereka
bersetuju menjejaki rumah Mariah, kakak angkat Mariana. Tiba di Kampung Sedili, Fuad
agak kecewa apabila mengetahui Mariah telah berpindah mengikut suaminya seorang kerani
Pejabat Tanah. Atas kesungguhan Pak Ngah Lias, mereka singgah di rumah jiran terdekat
Mariah dan bertemu Pak Samsuddin. Pak Samsuddin menegaskan Mariana tidak meninggal
dunia kerana tiada kuburnya di kampung ini. Yang dia tahu Mariana gila meroyan dan ingin
mencekik anaknya menyebabkan Pak Seman membawa balik cucunya ke Lembah Klau.
Kubur Mariana juga tiada di Lembah Klau dan Pak Seman orang Perlis, mustahil dia
membawa mayat sejauh itu untuk disembunyikan. Pak Samsuddin yakin Mariana belum
meninggal dunia. Satu harapan terbentuk dalam dirinya untuk menemui ibu kandungnya.
Fuad bersuara dan berkemungkinan ada kaitan dengan keluarga sebelah bapanya. Mungkin
datuk tidak mahu ayahnya mencari ibunya lagi. Menurut Pak Samsuddin, Mariah berpindah
selepas seminggu Mariana bersalin dan tidak diberitahu ke mana mereka berpindah. Harapan
untuk menemui ibunya diberitahu kepada Peter Lim dan Swee Lan. Mereka terkejut Mariana
masih hidup. Mereka meminta Fuad Menghubungi bapanya di Kuala Lumpur untuk mencari
barang barang peninggalan ibunya. Namun Fuad berkata dalam hatinya menemui ayahnya
ialah cara terakhir. Peter Lim yang menelefon abangnya, Robert Lim meminta Fuad ke Kuala
Lumpur kerana ada banyak gambar Mariana dan sebentuk cincin yang ditempah untuk
perkahwinan mereka. Sebelum terlelap malam itu, Fuad teringat akan arwah Sofia, Farhana
dan ibunya. Fuad bangun bersolat memohon pertolongan Allah agar menemukannya dengan
ibunya.

BAB 11
Cikgu Abas begitu marah apabila mendapati kelas tiada guru sewaktu kelas lanjutan yang
bermula pada jam 1.30 petang sedangkan waktu itu jam sudah menunjukkan 1.50 petang.
Cikgu Abas mendesak murid mencari guru Geografi yang tidak masuk ke kelas. Cikgu Abas
kesal dengan Cikgu Zamani yang kerap ponteng kelas. Namun, hatinya kembali tenang
apabila melihat Fuad yang begitu bersungguh-sungguh mengajar. Hatinya gembira kerana
Fuad menunjukkan komitmen yang tinggi walaupun bukan guru terlatih. Mesyuarat guru
esoknya, Cikgu Abas dengan tegas dan penuh berapi-api mengatakan agar guru bersikap
amanah. Beliau menasihati guru agar memberi komitmen sepenuhnya dan tidak memberi
makan kepada anak dengan duit yang tidak halal apabila ponteng kelas. Beliau juga memberi
peringatan agar tiada guru yang menghasut guru lain agar ponteng kelas kerana kelas lanjutan
tidak akan pernah dimansuhkan. Guru sebenarnya lebih arif tentang keberkatan rezeki.
Semua guru keluar dari bilik dengan wajah keruh walaupun bukan semua guru yang bersalah.
Yang paling gelisah sekali ialah Fuad. Dia berfikir-fikir adakan dia bersalah menyebabkan
dia gelisah sehingga pulang ke rumah.

BAB 12
Farhana menerima sekeping kad hari lahir daripada Fuad. Fuad mengejutkan Farhana apabila
bertanya tentang kad hari lahir di depan rakan-rakannya dan punah harapan Farhana untuk
menyebunyikannya. Fuad juga ingin membawa Farhana keluar makan sempena hari lahirnya.
Farhana bersetuju. Fuad mengambil Farhana di rumahnya dan mereka singgah di Restoran
Terapung di Taman Syahbandar. Farhana bertanya tujuan Fuad mengajaknya keluar dan Fuad
memberitahu mungkin dia menganggap Farhana istimewa. Namun, Farhana berkata dia tidak
seistimewa Sofia. Dengan nada yang tegang, Fuad menegaskan Sofia ialah adiknya. Farhana
akhirnya memohon maaf. Fuad memberitahu Cikgu Zamani mengajaknya ke rumah pada
malam itu dan Fuad mengajak Farhana singgah di rumahnya sebelum menghantar Farhana
pulang pada malam itu. Farhana bersetuju, hajat sebenar Fuad mengajak Farhana ke
rumahnya adalah untuk memperkenalkan Farhana kepada ibu bapa angkatnya. Air mata
Farhana tumpah mengingatkan penderitaan Mak Salmah. Selepas makan dan solat, Fuad
mengajak Farhana ke rumah Cikgu Zamani namun Farhana menolak dengan mengatakan
Cikgu Zamani kurang menyenanginya. Fuad berterima kasih kerana Farhana memberi
kegembiraan terutamanya selepas kematian Sofia. Dada Farhana sebak kerana berat
penderitaan yang ditanggung oleh Fuad. Selama ini orang hanya melihat keistimewaannya
sahaja.
BAB 13
Fuad terdengar bunyi hingar di rumah Cikgu Zamani. Rupanya suara bising hanya dua tiga
orang sahaja, iaitu Cikgu Armin, Cikgu Azli, dan Cikgu Rosli. Isteri Cikgu Zamani, Cikgu
Sakinah menjemput Fuad makan di dapur. Kesemua mereka ke dapur dan menyatakan
mereka telah biasa ke situ. Fuad menyatakan dia agak kenyang kerana telah makan di rumah
kerana membawa Farhana berjumpa ibu bapa angkatnya. Cikgu Zamani menasihati Fuad agar
mencari perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Begitu buruk pandangan Cikgu Zamani
terhadap Farhana. Fuad hairan Cikgu Rosli bebas di dalam rumah tersebut dan hairan
bagaimana Cikgu Zamani membiarkan orang bujang bebas di rumahnya sedangkan dia telah
beristeri. Di samping buku agama berselerak, dia terpandang sutar khabar parti pembangkang
dan Cikgu Zamani mengajak Fuad untuk menyertai jemaahnya. Fuad melihat dasar yang kuat
ada pada Cikgu Zamani namun pelaksanaannya agak lemah. Fuad manganggap Cikgu
Zamani hanya tahu mencari kesilapan orang lain tanpa ada usaha memperbetulkannya.
Misalnya Farhana, kalau ada kelemahan gadis itu, perlulah dibaiki bukan dibenci. Fuad
bersyukur kerana Islamnya lahir daripada kesedaran biarpun bayarannya sebuah tragedi. Fuad
mengalih pemikirannya kepada Farhana semasa memandu pulang. Dia ingin membawa
Farhana lebih kerap ke rumahnya agar Mak Salmah lebih bahagia daripada terus berhadapan
dengan penderitaaan kehilangan Sofia.

BAB 14
Robert Lim melemparkan beg bimbitnya lalu merebahkan diri di atas sofa panjang. Terlalu
banyak masalah yang dihadapinya. Kelakuannya mula berubah daripada seorang yang
berwibawa kepada seorang yang perengus. Namun, berita yang dibawa oleh abangnya Peter
Lim benar-benar menganggunya. Di manakah Mariana sekarang? Banyak persoalan yang
timbul. Harga kesilapan masa lalunya begitu besar. Dia mengeluarkan sebentuk cincin
perkahwinan mereka dari poket bajunya. Mariana berjaya dimiliki setelah melalui pelbagai
rintangan. Namun, tekanan ibunya menyebabkan dia meninggalkan Mariana semasa usia
perkahwinan mereka tiga bulan. Chin mengajaknya keluar makan malam. Peter Lim menolak
tetapi apabila dia teringatkan sesuatu lantas dia bersetuju. Robert Lim ingin ke Terengganu
untuk memberikan cincin dan gambar ibu Fuad. Mereka tiba di rumah Pak Mail jam 9.20
malam namun Fuad tiada. Rupanya Fuad ke Kuantan menziarahi ibu Farhana yang sakit lelah
secara tiba-tiba. Pak Mail risau akan kehadiran Robert Lim. Robert Lim juga memohon maaf
daripada Salmah kerana menderita akibat kehilangan Sofia. Robert Lim menyatakan
kedatangannya untuk memberikan cincin untuk memudahkan Fuad mencari ibunya dan
meminta maaf kepada Mariana. Mereka ingin ke Kuantan malam itu juga dan Pak Mail ingin
mengikut juga ke Kuantan kerana Fuad kelihatan gelisah pada hari ini. Jam sebelas malam
mereka bertolak ke Kuantan untuk mencari Fuad.

BAB 15
Fuad pulang dari sekolah tengah hari itu dengan perasaan resah. Dia membatalkan hasrat
untuk
membeli barang dapur di Pasar Kedai Payang dan akan ke Kedai Leong petang itu untuk
membelinya. Akhir-akhir ini, Farhana kerap benar bertikam lidah dengan Cikgu Zamani.
Namun, pertengkaran hari ini lain benar. Peristiwa itu benar-benar mengganggu Fuad
sehingga terbawa-bawa ke rumahnya. Dia tidak menyalahkan sesiapa kerana setiap pihak ada
kesilapannya. Dia pulang ke rumah dan makn tengah hari untuk menjaga hati Mak Salmah.
Perasaan gelisah masih lagi menguasainya. Fuad ke rumah Borhan. Namun, tidak berkurang
keresahannya. Akhirnya Fuad minta diri untuk pulang. Dia mengambil keputusan untuk
menelefon Farhana bagi menyokong gadis itu namun hampa kerana Farhana pulang ke
Kuantan apabila ibunya sakit dan di rawat ke hospital. Besarnya dugaan Farhana apabila pagi
bergaduh dengan Cikgu Zamani dan tengah hari ibunya sakit. Hal ini dimaklumkan oleh
Zalifah teman serumah Farhana. Fuad mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan.

BAB 16
Pukul enam petang, Fuad tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan setelah memandu dengan
agak laju kerana ada sesuatu yang mendesaknya segera berjumpa dengan Farhana. Fuad tidak
mahu Farhana hanya memendam masalah seorang diri dan tidak mahu Farhana hanya
memendam masalh seorang diri dan tidak mahu Farhana mengulanginya lagi. Farhana terharu
atas keprihatinan Fuad. Farhan memaklumkan ibunya sakit lelah dan sudah semakin baik
setelah mendapat rawatan. Mereka sama-sama ke wad ibu Farhana di tingkat empat. Adik-
adik Farhana menyambut mesra kehadiran Fuad dan selepas jam 11 malam, Fuad beredar
untuk ke hospital. Adik-adik Farhana agar Fuad menjadi abang ipar mereka. Fuad berjaya
melepasi halangan untuk masuk ke wad dan melihat Farhana sedang tidur. Namun, Farhana
tersedar tetapi Fuad memintanya tidur semula kerana tahu dia letih. Fuad membasuh pinggan
yang kotor dan setelah selesai Farhana masih lagi tidur. Fuad berjanji selepas ini dia akan
meluahkan perasaannya kepada Farhana. Farhana akan dijadikan isterinya. Fuad ingin
membentuk Farhana sebaik mungkin. Farhana masih lagi tidur. Fuad tiba-tiba teringin
melihat fail rawatan ibu Farhana. Fuad terkejut kerana nama ibu Farhana ialah Mariana binti
Osman. Fuad jadi tidak tentu arah. Jika benar ini ibunya, baru tadi dia mengimpikan
kehidupan bahagia bersama Farhana. Fuad cuba mencari persamaan antara mereka dan sukar
menolak kenyataan kerana sukar baginya menerima hakikat orang yang dicintai ialah adik
sendiri buat kali kedua. Namun, setelah diteliti hidung mereka hampir sama. Fuad
mengejutkan Farhana dan Farhana dibawa turun ke bawah untuk berbincang. Farhana agak
terkejut apabila nama ibu mereka serupa seolah-olah tidak sanggup menerima keadaan ini.
Fuad cuba mengawal keadaan dengan meminta untuk menyiasat dahulu perkara ini.
Alangkah baiknya kalau bapanya ada di situ. Namun, dia bertuah kerana terpandang Chin,
Pak Mail dan apaknya. Fuad terus memeluk apaknya seolah-olah apaknya dihantar oleh tuhan
untuk meleraikan kekusutan. Robert Lim mengeluarkan cincin dan agak terkejut mendengar
penemuan Fuad. Robert mengajak semua ke wad tetapi ditahan Farhana. Pak Ismail bertanya
sama ada ibu saudara Farhana bernama Mariah dan Farhana mengakuinya. Ketika itu mereka
seolah-olah tidak boleh lagi menolak hakikat. Farhana menangis semahu-mahunya. Air mata
mula bertakung di mata Fuad. Alangkah pahitnya menerima kenyataan. Bertemu dengan
hakikat sedangkan perasaan telah diajar untuk mencintai. Mencintai adik sendiri. Robert Lim
meminta Farhana dan Fuad masuk dahulu ke wad untuk melihat sama ada ibu mereka sedang
tidur. Robert Lim meminta Farhana bersabar. Fuad menggenggam jari-jemari Farhana dan
meyakinkan Farhana itulah ujian yang harus mereka lalui. Sekali lagi Fuad memeluk Farhana
yang kini adiknya. Fuad menjemput apaknya masuk kerana Mariana masih lagi tidur. Robert
Lim menggeletar ketika terpandang Mariana. Tahulah Fuad di hadapannya kini merupakan
ibunya yang dicari-cari selama ini. Tangisnya benar-benar pecah dan dia memanggil nama
mak sebagaimana dalam doanya setiap waktu. Tuhan menganugerahinya seorang ibu dan
seorang adik pengganti Sofia yang telah meninggal dunia. Maha Suci Tuhan Sofia tidak
datang sebagaimana dipinta tetapi dihantar Farhana sebagai penggantinya. Semua lamgkah
Fuad selama ini bagai melunasi rindu.

BAB 17
Fuad dan Farhana mengambil cuti dan berpakat untuk menyimpan dahulu rahsia daripada
pengetahuan ibu mereka. Fuad bercadang mengdakan kenduri kesyukuran di Danau
Seberang. Fuad menguruskan segala-galanya menjadikan Mariana berharap Fuad akan
menjadi menantunya. Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu sebelum Subuh hari Ahad.
Fuad bimbang akan Farhana kerana dirinya sudah terbiasa menerima kejutan. Mereka terus
ke sekolah dan Fuad ingin berjumpa Cikgu Abas dan pengetua. Cikgu Abas mengagak
mereka sudah bernikah apabila mereka berpegangan tangan. Namun, alangkah terkejutnya
Cikgu Abas apabila mengetahui kenyataan sebenarnya. Fuad meminta bantuan Cikgu Abas
untuk menghebahkan perkara ini bagi mengelakkan fitnah. Ibunya akan dibawa ke sini hari
Jumaat nanti dan mereka akan memberitahu apabila ibunya di bawa ke sini. Cikgu Abas
mengucapkan syukur dan tahniah kepada Fuad dan meminta Farhana bersabar. Aznah
pembantu pejabat memaklumkan ada sepucuk surat untuk Fuad daripada Bahagian
Pendidikan Guru. Fuad agak gembira tetapi disembunyikan daripada Farhana. Zalifah
mengucapkan tahniah kepada Farhana kerana Cikgu Zamani akan bertukar dan tiada lagi
musuh ketatnya. Fuad cuba menggembirakan Farhana dengan mengatakan sekolah akan
sunyi pada tahun hadapan kerana tiada lagi guru bergaduh. Mereka belajar menerima hakikat
mereka bersaudara dan Fuad memaklumkan sebulan lagi dia akan ke MPIK untuk mengambil
kursus perguruan. Fuad mahu Farhana belajar menerima hakikat mereka mempunyai banyak
ayah dan ibu.

BAB 18
Mariana mengikut kakak angkatnya Mariah ke Bentong, iaitu kampung halaman Husn,
sepuluh hari selepas melahirkan Fuad. Mereka berkebun getah dan Husin sanggup berhenti
kerja demi Mariah di samping menyelamatkan Mariana yang gila meroyan apatah lagi
selepas mengetahui anaknya dilarikan orang. Mariana pulih selepas beberapa bulan berada di
Bentong. Mariana menderita dengan ayahnya yang meninggal dunia kerana dipatuk ular dan
memikirkan anaknya yang mungkin berada di tangan keluarga bekas suaminya. Mariana
cukup kesal kerana asyik menangis selepas melahirkan anaknya sehingga menyebabkan dia
kehilangan Abdul Halim. Mariana asyik ingin mencekik Abdul Halim kerana geram kepada
Roslan sehingga menyebabkan Mariah menyerahkan bayi itu kepada datuknya. Abdul Halim
dilarikan orang selepas tiga hari berada di rumah datuknya. Mariana hilang arah selepas itu
sehinggalah bertemu jodoh dengan Fakhruddin dan Fakhruddin menerima Mariana seadanya.
Mereka menetap di Kuantan dan mereka memperoleh lima orang anak. Namun, ingatannya
kepada Abdul Halim tidak pernah padam. Ketegangan kaun pada waktu itu menyukarkan
Mariana untuk mencari Abdul Halim. Mariana percaya Abdul Halim dibawa lari ke Sungai
Ruan. Abdul Halim merupakan mangsa keadaan dan harga sebuah keamanan. Maha Suci
Tuhan mencorakkan kehidupannya. Akhirnya, dia pulang sendiri ke pangkuan ibunya dengan
sebuah keyakinan yang kental.
BAB 19
Suasana di KLIA agak sibuk dengan sanak saudara dan rakan taulan yang menghantar
saudara mereka mengerjakan umrah. Fuad mengambil kesempatan untuk membawa ibunya,
Mak Salmah, dan Pak Ismail menegrjakan umrah. Mariana berpesan agar Farhana menjaga
adik-adiknya dengan baik. Kemesraan terjalin antara dua keluarga itu. Tiba-tiba Fuad
terpandang apaknya. Fuad berbisik kepada ibunya, apaknya datang. Fuad memaklumkan
kepada ibunya bahawa dia yang memberitahu Robert Lim akan keberangkatan mereka untuk
mengerjakan umrah. Robert Lim datang mengucapkan selamat jalan dan meminta Fuad
menjaga ibunya dengan baik. Apak mungkin akan menyusul kemudian. Apaknya menarik
Fuad ke dalam pelukan. Mereka sama-sama menahan perasaan sebak.
PERMULAAN
Cerita bermula dengan Fuad hidup bersama-sama ibu bapa angkatnya, iaitu PaK Ismail dan
Mak Salmah. Fuad tinggal di rumah mereka untuk membuatkan mereka bahagia setelah sedih
kerana kehilangan seorang anak angkat, iaitu Sofia yang dilarikan oleh Fuad untuk
dikembalikan kepada bapa kandungnya. Fuad juga ingin mendalami ilmu agama Islam kerana
dia merupakan seorang mualaf. Fuad cuba memenuhi segala keperluan keluarga angkatnya
dan Fuad juga rajin membantu orang kampung agar dirinya diterima oleh semua penduduk
kampung.

PERKEMBANGAN
Fuad menerima tawaran Cikgu Abas untuk menjadi seorang guru sandaran di Sekolah
Menengah Seri Setia. Di sekolah inilah Fuad mengenali Farhana yang menjadi Ketua Panitia
Bahasa Inggeris. Hubungan mereka bertambah erat kerana mereka saling bekerjasama dalam
meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris pelajar sekolah tersebut. Hubungan Farhana dengan
Cikgu Zamani kurang baik kerana mereka sering berselisih pendapat. Fuad meneruskan
tugasnya sebagai seorang guru dengan penuh dedikasi.

PERUMITAN
Kedatangan Chin ke sekolah mengubah pendiriannya. Fuad jadi rindu akan ibunya. Atas
nasihat Pak Ismail, Fuad pulang ke Sungai Ruan dalam usaha menjejaki keluarga sebelah
ibunya. Fuad juga ingin menjejaki pesara ibunya. Fuad bertanya asal usul ibunya daripada
Peter Lim dan Swee Lan. Seterusnya Fuad ke Lembah Klau bersama dengan Pak Said yang
sudi menemaninya. Fuad bertemua dengan Pak Ngah Lias, iaitu kiran datuknya. Mereka
seterusnya ke Kampung Sedili tempat tinggal ibu saudara Fuad. Malangnya, Mariah telah
berpindah namun masih ada satu harapan baru apabila Pak Samsuddin menyatakan Mariana
masih hidup kerana pusara ibunya tiada di kampung itu. Fuad menaruh harapan untuk
mencari ibu kandungnya.

KLIMAKS
Fuad terpandang fail pesakit milik ibu Farhana. Fuad terkejut besar kerana nama ibunya sama
dengan nama ibu Farhana. Ciri hidung mereka juga sama menjadikan Fuad agar sukar untuk
menerimanya. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim tiba di hospital dan
mengesahkan Mariana ialah ibu kandung yang dicari oleh Fuad selama ini. Fuad dan Farhana
terpaksa menerima hakikat bahawa mereka bersaudara.

PELERAIAN
Fuad dan Farhana mula belajar menerima hakikat mereka bersaudara. Fuad membawa ibu
dan adik-beradiknya ke Danau Seberang dan hubungan kekeluargaan antara dua buah
keluarga semakin erat. Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Ismail untuk
menunaikan umrah sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang perguruan. Robert
Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka dan meminta Fuad menjaga
ibunya dengan baik. Robert Lim memberitahu anaknya Fuad bahawa dia akan menyusul
kemudian.

Anda mungkin juga menyukai