Anda di halaman 1dari 2

3 Sebab Utama Kenapa Kita Perlu Bertindak Sekarang

Sebagai seorang manusia, sudah semestinya kita mempunyai sifat


ingin memajukan diri sendiri tidak kira dalam apa jua aspek sekalipun. Tetapi perkara
yang paling “liat” yang dapat kita lihat adalah masalah untuk melakukan tindakan. Kita
semua tahu bahawa dengan bertindak, kita dapat melakukan perubahan dalam diri kita.
Berkenaan dengan perubahan positif atau sebaliknya, itu terpulang pada individu itu
sendiri terhadap perubahan yang dilakukannya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan di atas, perkara yang paling sukar untuk anda
mulakan ialah melakukan tindakan. Ada yang bertanya kepada saya bagaimana caranya
untuk melakukan tindakan? Bagi saya, jawapan untuk soalan ini begitu subjektif kerana
semuanya dimulakan dengan mengetahui personaliti diri sendiri terlebih dahulu. Ingin
tahu mengapa? Mari teruskan bacaan.

Mengenali personaliti diri adalah seperti mengetahui kekuatan atau kelebihan yang ada
dalam diri anda. Dengan mengetahui kekuatan yang terdapat dalam diri anda, maka anda
kini tiada masalah untuk melakukan tindakan kerana anda dapat mengawal diri anda
sekarang.

Tetapi mengapa kita perlu bertindak sekarang? Bukankah esok masih ada masa lagi?
Tahun depan pun boleh kan? Saya pasti anda juga pernah mengajukan soalan seperti ini
terhadap diri anda sendiri.

Disini saya kongsikan 3 sebab kenapa kita perlu bertindak sekarang:

1. Mengubah Sesuatu Yang Baik Kepada Yang Lebih Baik

Melakukan tindakan dapat mengubah sesuatu yang baik kepada yang lebih baik dalam
kehidupan anda. Tidak kira apakah perubahan yang telah dilakukan, namun saya pasti
ianya tetap akan memberikan kebaikan terhadap diri anda dan orang sekeliling.

2. Proses Mengenali Maksud Sebenar “PENGALAMAN”

Apabila anda melakukan tindakan, ia umpama fasa pertama dalam mencapai matlamat
yang anda inginkan. Dalam perjalanan anda untuk mencapai matlamat tersebut, sudah
pasti anda akan mengalami pengalaman pahit atau manis. Kedua-duanya adalah
pengalaman yang bermakna dalam diri anda. Hanya anda sahaja yang dapat mendalami
perasaan tersebut suatu hari ini dan apa yang saya ingin nyatakan disini, anda pasti
tersenyum apabila mengenangkan perjalanan anda untuk menjadi diri anda pada hari ini.

3. Menjadikan Anda Lebih Matang Dalam Membuat Keputusan

Setelah anda berjaya mencapai matlamat yang diingini, anda kini mempunyai banyak
pengalaman bermakna dalam hidup anda. Ini dapat menjadikan anda seorang yang
matang dalam membuat keputusan. Anda pasti akan terkejut jika keputusan yang anda
lakukan lain daripada yang lain.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dapat anda implimentasikan dalam
kehidupan seharian anda. Bagi sebarang pendapat atau komen, sila lakukan di ruangan
komen yang disediakan. Terima kasih. Salam motivasi, salam kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai