Anda di halaman 1dari 18

RINGKASAN PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN DUNIA MELAYU

ISLAM DI KEDAH DARUL AMAN


Ditulis dan disusun kembali oleh BlogMaster (PokNik)

Nota Khas : Terdapat banyak pindaan terpaksa dilakukan kerana input-input baru yang diperolehi supaya
artikel ini ditulis dengan fakta yang setepat-tepatnya. Diminta para pembaca agar sentiasa mengunjungi
blog ini untuk mendapatkan versi terbaru artikel ini.

(Pindaan Terbaru : 30 Januari, 2009)

Penghargaan :
Al-Allamah Tuan Guru Haji Ustaz Ahmad Junaidin bin Haji Che Din (yang telah memberikan
blogmaster kebenaran serta semakan rasmi ke atas artikel ini)

Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan
memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan
Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis(Kalahar) .

Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-
besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga
telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai
Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima
kesan serangan Raja Rajendra Chola (Lihat Nota 1).
(Nota 1) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai
Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya
di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri
Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M]
melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta rampasan
Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di
Negara-negara yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang
teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah
Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada
masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India Selatan dan
Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara
bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram
yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada rajanya
[serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang menuntut takhta]. Selepas ini tidak
ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.

Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta Maharaja Rom
( Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(Lihat Nota 2) untuk membawa Putera Raja Rom bagi
mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (Lihat Nota 2), Parsi dan pernah
ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.
(Nota 2) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa
adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman
Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.

Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang
mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu). Serangan yang
begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak
lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah)
Kalahar 1.

Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan
perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.
Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (Lihat Nota 3) mengambil
sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.
(Nota 3) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai
berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan
mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak
permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy


Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (Pengasas Silat Abjad) telah menceritakan kepada murid-muridnya
bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid)
Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait
dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi
Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.
Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir
Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara
bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal)
telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu :-
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah
dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada
tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong
Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu
majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan
dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni
mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku
kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.

Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-
rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar
penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan
mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar
dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha
Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1. Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk
agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat
usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-
Sin (China) (Lihat Nota 5) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di
negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China
juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.
(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton
(Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama
15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China
pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul
Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai
oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi
pelarian dan tiba di Kalaha.

Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah
dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh
Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan
Ulama-Umara)

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (Lihat Nota
6) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya
berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang
bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.
(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut
Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana
satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :


a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula
menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah
S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.
(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya
pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau)
atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian
Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU
ISLAM.)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan
para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-
Qumairy.

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul
Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan
keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur)
dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik
Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan
juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai
ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan
diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk
bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy
dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan
ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah
mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara
berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir
Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi
maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan
di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas
Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan
gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama
yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah
memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (Nota 7) bahawa baginda pernah mendengar cerita
ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1
adalah : "Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk
Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam
Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia
Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama
di Alam Melayu.
(Nota 7 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg.
Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi
menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh
Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah
menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud
Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis
yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan
rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba
menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru
yang mengena mereka)

Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh
Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah
memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara selepas
Siam dan China tidak campurtangan lagi.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan
memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya,
tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang
menjadikan umat manusia rata-rata :
a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di
Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, mengikut satu laman web (lihat rujukan), penjajah telah banyak melarikan kitab-kitab agama
termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan
kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali.

Kenapa penjajah melakukan sedemikian rupa terhadap Melayu Islam?


Jawapannya ialah penjajah ketika itu rata-rata berpayungkan satu fahaman sesat Yahudi dari Kumpulan
Illuminati/New World Order (berlambangkan mata Horus/Osiris – iaitu Mata Dajjal) yang dipecahkan
kepada 2 kumpulan iaitu Priory of Psion (Zionis) dan Opus Dei (juga berperang sesama sendiri kerana
kefahaman yang berbeza terhadap Nabi Isa a.s.).

Salah satu kesimpulan dari misi Zionis yang tercatat (secara simbolik) dalam Protocol of Zion ialah untuk
“Memusnahkan agama samawi (Islam) yang dbawa oleh keturunan Nabi (Ahlul Bayt), Raja-Raja serta
diwarisi oleh Ulama Warisatul Anbia (yang dianggap Zionis sebagai agama palsu)”
Zionis sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan
Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah
SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah
kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal
Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila Inggeris melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok
Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah
apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi
membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan
Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.
Kini kumpulan Illuminati diketuai oleh Black Pope, Count Kolvenbach (The Jesuit) dan dibantu oleh satu
kumpulan elit baru zionist dunia yang dikenali sebagai kumpulan Bilderberg. Pelbagai cara dilakukan
(termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam.

Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan
kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan
yang memimpin ulama dan ahlul bait (berpaksikan Dua Kalimah Syahadah) telah dipelopori oleh Ulama
Terkenal Nusantara iaitu :
a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu
Kelantan iaitu : Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya
Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan
Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fatani), telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim
Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan
Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga
telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama
islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,
(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah
berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan
kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin)

b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil
Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat
di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim

Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali).

Tok Kenali sejak dari usia yang muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu
tinggi terhadap tugas-tugas penulisan serta peranan majalah-majalah dan akhbar-akhbar sebagai media-
massa yang berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu Islam . Atas kesedaran itulah beliau tampil
mempelopori usaha memimpin majalah ‘Pengasoh’ yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan
walaupun beliau terbeban dengan tugas-tugas besar yang lain. Ini dapat diperhatikan dalam tulisannya
dalam keluaran pertama majalah ‘Pengasoh’ :

“ Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada medan kuda ini. Sekiranya jika ada orang yang
mengenangkan pekerjaan saya ini berhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan
kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekelian
penembak. Jika tidak ia pejam matanya, nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi tatkala adalah yang
dituntut daripada sesorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri dalam
lautan api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angin yang baik itu tiadalah puas hati saya mati
sebelum saya lihat perubahan yang baru lagi elok ……..

Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada
menghimpunkan antara anak-anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan
pada tiap-tiap sebuah negeri di dalam Semenajung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu
suratkhabar yang dipunya oleh anak-anak negeri sendiri supaya menepati ia utusan yang bijaksana
menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan,
bangsa dan agama ………….

Cuba engkau tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan yang
kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan , maka disitulah
‘Pengasoh’ bertimpus membedakkan sekelian yang hadir dengan bedak pengharapan , mudah-mudahan
subur sekelian dengan darah dan daging yang boleh menghadamkan tanahair dan menunjukkan kepada
raja."

Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri
Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam
Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari
Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa
raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat
Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Kini, perjuangan ini telah diwariskan oleh Persatuan Warga Melayu Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati
Diri dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi muzakarah
ulung Warga Melayu pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan 20 Mac 2008 Masihi yang diadakan di
Pusat Pengajian Assalam, No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah
Darul Aman
Ahlul Bait
1) Dari keturunan/nasab terus (secara talian darah) dengan Rasulullah S.A.W. (menerusi Sayyidatina
Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w.), (biasanya menggunakan gelaran 'Syed' dan nama-nama
keturunan - Al-Habshi, Al-Edrus, Al-Attas dll)

2) Dari satu keturunan/kaum keluarga/kerabat baginda S.A.W. (Bani Hashim),

3) Mereka yang diisytiharkan sebagai 'keluarga' baginda seperti Zaid bin Harisah dan Salman Al-Farisi,

4) Ulama Warisatul Anbia - mencintai Allah SWT dan Rasulullah S.A.W. (dan sunnahnya), memiliki akhlak/
budi pekerti yang tinggi (zahir pada diri mereka Uswatun Hasanah, Rahmatul 'Aalamiin, Huluqin 'Azhiim
dan Makarimul Akhlak) pembela agama - dikatakan sebagai pewaris asabah keturunan Nabi Muhammad
Rasulullah S.A.W.

5) Mereka yang memiliki kesemua ciri-ciri 1-4 (atau kesemua 1-4 juga dipanggil ahlul-bait)

Rasulullah SAW bersabda:


"Setelah aku wafat (dan) setelah lama aku tinggalkan (dunia ini), umat Islam akan menjadi lemah. Di atas
kelemahan itu, orang kafir akan (mengambil peluang) menindas mereka (umat Islam) bagaikan orang yang
makan dengan rakus.”
Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh terlalu kuat?”
Sabda Rasulullah S.A.W., “Bahkan mereka (umat Islam) pada masa itu (jumlahnya) lebih ramai (dari
sekarang) tetapi tidak dapat memberikan apa-apa manfaat (tidak berguna), tidak dapat memberikan apa-
apa erti (kesan) dan musuh (orang kafir) tidak takut (gerun) akan mereka. Mereka (umat Islam ketika itu)
ibarat (hanya) buih di lautan.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi (hanya) seperti buih di lautan?”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Kerana (mereka dilanda) dua penyakit iaitu Al Wahan.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Cintakan dunia dan takutkan mati".

Dari Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dan dari pada Nabi SAW sabdanya:
“Kalaulah usia dunia ini hanya tinggal sehari (sahaja lagi), nescaya Allah akan panjangkan hari berkenaan
sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku
dan nama ayahnya sama dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (ketika
itu) ia telah dipenuhi dengan kezaliman”

Dari Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu
Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak
muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan (wajah) mereka, maka Rasulullah berlinangan air
mata dan wajah beliau berubah (muram/sedih). Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada
wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.

Beliau menjawab : “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku
akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari
sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan ,
tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa
yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang
lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan
kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun
merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

Dari Tsauban r.a. Sabda Rasulullah SAW :


“Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka kepingan-kepingan besi.
Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada
mereka sekalipun merangkak di atas salji. (dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim - dari kitab Al
Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda : “Ulama itu adalah pewaris Nabi (Ulama Warisatul Anbia)”

Dari Ahmad dan Muslim dari Anas, Anas, Rasulullah S.A.W. Bersabda : “Dajjal yang diiringi oleh 70,000.00
tentera Yahudi Isfahan yang memakai toga”
Rujukan

1. Gagasan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu – Modul Memperkasakan Bangsa dan Negara –
menyelesaikan segala masalah serta mematikan segala hujjah dan menghidupkan bumi yang mati – di
tengah-tengah kegawatan dunia penuh pancaroba, bergolak dan huru-hara – Oleh Al-Allamah Tuan Guru
Haji Ahmad Junaidin bin Che Din dan Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Idris bin Haji Mahmud Nasri
Osmani, Persatuan Warga Melayu Malaysia dan Yayasan Angkatan Bina Jati Diri.

2. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah – Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad.

3. Sejarah Kedah – Buyong Adil – DBP 1980.

4. Rancangan Zionis Memusnahkan Islam dan Nasrani dari Laman veil-open.blogspot.com (The Truth Now
In Malaysia)

5. Rujuk silang kepada Hikayat Merong Mahawangsa, bahan sejarah mengenai Empayar Srivijaya, Raja-
Raja Pasai dll.

6. Rujuk silang kepada khazanah tulisan Ustaz Wan Mohd Saghir Abdullah

7. Perbincangan dengan pengkaji sejarah seperti Tuan Haji Idris bin Ali Muda Nasution, Mahaguru Seni
Silat Firasah
(Ringkasan Sejarah dalam Bahasa Inggeris - kandungan artikel berikut bukanlah terjemahan kepada
artikel Bahasa Malaysia di atas)
Kedah Sultanate - From Wikipedia, the free encyclopedia

The Sultanate of Kedah was the earliest sultanate in the Malay Peninsula and arguably the earliest in
Southeast Asia founded in year 1136.

Kedah Kingdom
Kedah Kingdom (630-1136) was founded by Maharaja Derbar Raja of Gemeron around 630 CE and the
Hinduism dynasty ended with Phra Ong Mahawangsa converted to Islam.

Conversion to Islam
The 9th Hindu Rajah of Kedah Phra Ong Mahawangsa converted to Islam and changed his name to Sultan
Mudzafar Shah, and he ruled the northern region of Malay Peninsula from 1136 to 1179. According to the
Kedah Annals, the first Raja of Kedah was Maharaja Derbar Raja, a fleeing king from Gameron of Persia.

History
Around 170 CE a group of native refugees of Hindu faith arrived at Kedah, joining them soon were peoples
from nearby islands and from the northern Mon-Khmer region. Ancient Kedah covered the areas of Kuala
Bahang, Kuala Bara, Kuala Pila and Merpah, and the inhabitants of Kedah appointed Tun Derma Dewa
and Tun Perkasa as their village chiefs.

The king from Gemeron


In the year 630 CE, Maharaja Derbar Raja of Gemeron (now known as Bandar Abbas) in Persia was
defeated in battle and escaped to Ceylon, and he was later blown off course by a storm to the remote
shores of Kuala Sungai Qilah, Kedah. The inhabitants of Kedah found him to be a valiant and intelligent
person, and they made him the king of Kedah. In the year 634 CE, a new kingdom was formed in Kedah
consisting of Persian royalty and native Malay of Hindu faith, the capital was Langkasuka.

The Nobat
The Nobat musical instruments of Nagara and Nepiri were introduced to Kedah by Maharaja Derbar Raja.
The instrument is also called semambu. The band is led by the king, and it consists of drums, a gong, a
flute and a trumpet. Today, Nobat is a Royal orchestra, played only during royal ceremonies such as
inaugurations, weddings, and funerals. The building which houses the instruments and where the
ensemble rehearses is known as the Balai Nobat, literally the Office of Nobat.
Kedah Sultans
This is a list of Sultans of Kedah. Dates of reign are given beside the names of each sultan.
Sultan Muzaffar Shah I (1160-1179)
Sultan Muazzam Shah (1179-1201)
Sultan Mohammed Shah (1201-1236)
Sultan Maazul Shah (1236-1280)
Sultan Mahmud Shah I (1280-1320)
Sultan Ibrahim Shah (1320-1373)
Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422)
Sultan Atadullah Muhammed Shah (1422-1472)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin I (1472-1506)
Sultan Mahmud Shah II (1506-1546)
Sultan Muzaffar Shah II (1546-1602)
Sultan Sulaiman Shah II (1602-1625)
Sultan Rijaluddin Shah (1625-1651)
Sultan Muhiyuddin Shah (1651-1661)
Sultan Ziauddin Al-Mukarram Shah (1661-1687)
Sultan Atadullah Muhammed Shah II (1687-1698)
Sultan Abdullah I Al-Muazzam Shah (1698-1706)
Sultan Ahman Tajuddin Halim Shah I (1706-1709)
Sultan Abdullah II (1709-1723)
Sultan Atadullah Muhammed III (1723-1741)
Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin II (1741-1778)
Sultan Abdullah Makarram Shah III (1778-1797)
Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II (1797-1803)
Sultan Ahmad Tajuddin II Halim Shah (1803-1843)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II (1843-1854)
Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah (1854-1879)
Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III (1879-1881)
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
Sultan Badli Shah (1943-1958)
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1958-)

Early History of Kedah


Kedah is one of many early Malay Peninsula trade centres that have been found, many have yet to be
identified. Its location at the entrance to the Straits of Malacca, on the same latitude as south India provided
a natural sailing route between the two points, ships could sail due east or due west on the Bay of Bengal
without danger of becoming lost. Early west coast trade centres are few in number as they were
overshadowed by Kedah. After the 7th century, Kedah was subjugated by Srivijaya but due to its well
known, the Indian sources continue to depict Kedah. Early Kedah supplied the most in tin and jungle
products such as rattan, resin, honey, beeswax, elephants, ivory, areca nuts, sepang wood and black
woods, and profited from tax collections.

The early transpeninsular routeway is part of the Spice Route (Sea trade route from Arab, Persia, India to
China) that occurred in the Malay Peninsula, as the route through the Straits of Malacca does not seem to
have been in general use. Early sea traders reached the coast of the peninsula, they let the local porters
transport their goods, using rafts, elephants and manpowers. The porters propelled along the rivers
(Kelantan River, Pattani River, Pahang River, Muda River, Bernam River, Muar River, and others) to the
opposite coast of the peninsula. The Sungai Muda in particular favoured the development of Kedah.

The early history of Kedah can be traced from various sources. From the prehistoric period to the
archeological site of Bujang Valley, the early Maritime trade of India, Persia, Arabs to the written works of
early Chinese pilgrims and early Chinese records, the Hikayat Merong Mahawangsa (known as Kedah
Annals) to Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. In the early days, Kedah was known by the Indians as
Kedaram, Kidaram, Kalagam and Kataha, and Kalah or Kalaha by the Persians.

Origins
Prehistoric Malay peoples began colonizing the coastal areas and remote islands of the Malay Archipelago
approximately 5'000 to 10'000 years ago. Their previous homeland isn't known for sure; one theory has
them migrating from Yunnan along the Mekong River, while another theory has the Malays originating in
Taiwan and traveling by sea to the Philippines and Borneo.

Ancient History
Whatever their origins, the Malays became great seafarers, colonizing as far as New Zealand, Hawaii and
Madagascar. In some regions they intermarried with the local inhabitants (Orang Asli, India, the Persian
Empire, Arabs, Han Chinese, etc.), becoming the Deutero-Malays.

Trade connections between the Malays and Tamilakkam (Southern India) were close during the reign of the
Pallavas, from the 4th to 9th centuries CE. These relations helped spread Indian culture and religion to the
Malays, and also lead to the emergence of Indianized kingdoms like Old Kedah (Kadaram), Langkasuka,
Funan, and Champa.

Some Greco-Roman merchants in the 1st century CE described huge non-Indian ships coming from the
east with rich cargoes, possibly from the Malay Archipelago. This would indicate that the Malays
participated actively in the Indian Ocean trade and likely handled much of the traffic between Southeast
Asia and India.

Three kinds of craft are described by the author of the Periplus: light coasting boats for local traffic, larger
vessels of a more complicated structure and greater carrying capacity, and lastly the big ocean-going
vessels that made the voyages to Malaya, Sumatra, and the Ganges.

Medieval History
Early in the Medieval era, Kedah became part of Srivijaya (the dominant Malay state and a major power in
the Indian Ocean trade). This led to rivalries with the Indian states, especially the Cholas from the 9th to
13th centuries CE. The Cholas had a powerful merchant and naval fleet in the Indian Ocean and the Bay of
Bengal. In the early 11th century, Chola King Rajendra Chola I sent an expedition to invade Kadaram (Sri
Vijaya) on behalf of one of its rulers who sought his assistance to gain the throne. Chola dominance was
brief, but effectively crippled the power of Srivijaya.

In ancient Kedah there is an important and unmistakably Hindu settlement which has been known for about
a century now from the discoveries reported 1840s by Col. James Low and has recently been subjected to
a fairly exhaustive investigation by Dr. Quaritch Wales. Dr. Wales investigated no fewer than thirty sites
round about Kedah. The results attained show that this site was in continuous occupation by people who
came under strong South Indian influences, Buddhist and Hindu, for centuries.

An inscribed stone bar, rectangular in shape, bears the ye-dharmma formula in South Indian characters of
the fourth century A.D., thus proclaiming the Budhist character of the shrine near the find-spot (site I) of
which only the basement survives. It is inscribed on three faces in Pallava script, or Vatteluttu rounded
writing of the sixth century A.D., possibly earlier. One of the early inscription stones discovered by James
Low, at Bukit Meriam and in Muda River, mention of Raktamrrtika. The word Raktamrrtika means ‘Red
Earth’ (Tanah Merah).

Inscriptions, both in Tamil and Sanskrit, relate to the activities of the people and rulers of the Tamil country
of South India. The Tamil inscriptions are at least 4 centuries posterior to the Sanskrit inscriptions, from
which the early Tamils themselves were patronizers of the Sanskrit language.

In Kedah an inscription in Sanskrit dated 1086 A.D. has been found. This was left by Kulothunka Cholan I
(of the Chola empire, Tamil country). This too shows the commercial contacts the Chola Empire had with
Malaya. Kedah has a long history. The Bujang Valley has remains of a Hindu-Buddhist kingdom that dates
back to the 4th century AD, making it the oldest civilization of Peninsular Malaysia. The current royal family
can trace their ancestry from this time. According to Hikayat Merong Mahawangsa or the Kedah Annals,
Kedah was founded by a Hindu king named Merong Mahawangsa. According to the text further, the
Sultanate of Kedah started in year 1136 when the 9th King Phra Ong Mahawangsa converted to Islam and
adopted the name Sultan Mudzafar Shah.

In the 7th and 8th centuries, Kedah was under the domination of Srivijaya, and was later under Siam, until
the rise of the Malay sultanate of Melaka in the 15th century. In the 17th century, Kedah was attacked by
the Portuguese after their conquest of Melaka, and by Aceh. In the hope that Great Britain would protect
what remained of Kedah from Siam, the sultan handed over Penang and then Province Wellesley to the
British at the end of the 18th century. The Siamese nevertheless conquered Kedah in 1811, and it remained
under Siamese control until transferred to the British by the Anglo-Siamese Treaty of 1909.

In World War II, Kedah (along with Kelantan) was the first part of Malaya to be invaded by Japan. The
Japanese returned Kedah to their Thai allies who had it renamed Syburi, but it returned to British rule after
the end of the war. Kedah was a reluctant addition to the Federation of Malaya in 1948.

An Indigenous style develops


The Tamils coming from Southern India and the local Malays were already using the rounded script, or
Vatteluttu writing styles which differed from the Devanagiri script of Northern India. Vatteluttu was also
commonly known as the Pallava script by scholars of Southeast Asian studies such as George Coedes and
D.G.E. Hall. The Tamil script of Vatteluttu later evolved into Old Kawi script which was used in Java and
Bali as well.

There are stone inscriptions which indicate that the Kedah region at 400 CE or before was already an
established trade centre. One of the early Malay texts include the karma verses refers to a king named
Ramaunibha, he may be the first local ruler whose name is recorded in history. The history of this period
showed the influence of Indian cultures on the region while the locals in return, influenced the Indians in
their living skills on the sea and in the hills.

Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa or The Kedah Annals is an ancient Malay literature that chronicles the
bloodline of Merong Mahawangsa and the foundation of the Kedah, a state in Malaysia. Though there are
historical accuracies, there are many incredible assertions. The era covered by the text ranged from the
opening of Kedah by Merong Mahawangsa, allegedly a descendant of Alexander the Great of Macedonia
till the acceptance of Islam.

Merong Mahawangsa was a Hindu and there were nine Hindu rulers before Phra Ong Mahawangsa
converted to Islam in 1136 and took the name Sultan Mudzafar Shah. The annal also describes Chola's
attack on Kedah.The descendants of Phra Ong Mahawangsa is still ruling Kedah able to trace their lineage
from Merong Mahawangsa.

Anda mungkin juga menyukai