Anda di halaman 1dari 11

Soalan :

Cikgu H telah membuat analisis terhadap keputusan peperiksaan mata pelajaran


Matematik kelasnya. Hasil analisis menunjukkan 10% murid mendapat markah
cemerlang, 50% lulus dan 40% gagal. Hasil kajiannya, didapati bahawa mereka yang
gagal sering menimbulkan masalah pembelajaran dan menghadap kesukaran menguasai
kemahiran yang diajar. Bagi pelajar yang cemerlang pula, mereka mampu menguasai
kemahiran yang diajar dengan cepat dan mereka juga menimbulkan masalah dalam
pembelajaran. Namun, kedua-dua kumpulan pelajar yang lemah dan cemerlang ini sering
menimbulkan mesalah disruptif dan distruktif dan menyebabkan ketidaklancaran proses
pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pengalaman dan teori-teori pembelajaran yang telah anda pelajari, huraikan
bagaimana anda dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik,kondusif dan
bersistematik di dalam bilik darjah berdasarkan kepada situasi kelas Cikgu H.

1. Pengenalan

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.
Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran
yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan
pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,
memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi

1
memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Memanglah menjadi hasrat guru-guru untuk melihat murid-murid mereka berjaya dalam
pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa
kelak.Disfungsi perkembangan pula sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan
murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Pengalaman hidup
seseorang kanak -kanak itu juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
perkembangan intelek dan perwatakannya. Kefahaman tentang masalah pembelajaran
di kalangan kanak -kanak turut berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa
masalah ini adalah kompleks dan psikososial.

Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang
mungkin kurang tepat terhadap murid-murid yang kurang maju dalam pelajarannya. Si
anak dikatakan malas, tidak bermotivasi, bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat
pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa
guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang
memberi perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka
untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka.
Walaupun kami mengakui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaik prestasi
akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak
-kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

Selain itu, murid-murid pintar cerdas juga mengalami masalah penyesuaian diri di dalam
kelas. Mereka adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi
daripada rakan sebaya mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat memanfaatkan
sepenuhnya sistem pendidikan yang sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan
dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka
jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh
sebab itu, guru-guru perlu memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka.

2
2. Penyataan Masalah

Mengikut hasil analisis yang dibuat oleh Cikgu H tentang keputusan peperiksaan mata
pelajaran Matematik kelasnya, iaitu 10% murid mendapat markah cemerlang, 50% lulus
dan 40% gagal. Beliau mendapati bahawa mereka yang gagal sering menimbulkan
masalah pembelajaran dan menghadap kesukaran menguasai kemahiran yang diajar.
Bagi pelajar yang cemerlang pula, mereka mampu menguasai kemahiran yang diajar
dengan cepat dan mereka juga menimbulkan masalah dalam pembelajaran. Namun,
kedua-dua kumpulan pelajar yang lemah dan cemerlang ini sering menimbulkan
masalah disruptif dan distruktif dan menyebabkan ketidaklancaran proses pengajaran
dan pembelajaran.

Kami berminat untuk berkongsi mengenai masalah yang masih lagi berlegar di kalangan
murid. Selepas membuat tatapan, kami telah menghuraikan beberapa punca timbulnya
masalah pembelajaran di kalangan murid-murid seperti bawah:

a. Tiada matlamat yang jelas.

Ramai murid masih tidak mempunyai matlamat yang jelas. mereka kurang pasti tujuan
datang ke sekolah. Mereka juga kurang jelas akan kepentingan kemahiran matematik
dalam kehidupan harian.

b. Tidak menguasai sesuatu kemahiran dengan kukuh.

Ada murid mengadu bahawa mereka faham sewaktu guru mengajar tetapi selepas
beberapa waktu. mereka akan lupa mengenai apa yang sudah dipelajari.

c. Disiplin belajar yang rendah.

Disiplin kelas yang kurang berkesan juga akan menjejaskan proses pembelajaran.
Gangguan daripada rakan sekelas mahupun iklim kelas sentiasa menjadi penghalang
kepada naluri ingin belajar.

3
d. Tiada kesedaran mengenai kepentingan ilmu dan kemahiran.

Kebanyakan murid masih belum menyedari bahawa ilmu dan kemahiran yang disalurkan
adalah berkait rapat dan penting dalam kehidupan harian mahupun pada masa akan
datang.

e. Kurang menguasai teknik dan kemahiran belajar.

Ada murid membuat kerja sekolah dan latihan yang diberikan oleh guru dengan
bersungguh-sungguh sekadar siap sahaja. Mereka sanggup menyalin atau meniru
jawapan orang lain secara membuta dan bukan memahaminya. Malangnya hasilnya
yang tidak seberapa juga tidak diendahkan.

f. Sikap sambil lewa / Tidak membuat kerja rumah.

Ada di kalangan murid yang mengamalkan sikap sambil lewa terhadap pembelajaran
mereka. Mereka tidak membuat kerja sekolah. Disebabkan sikap yang tidak
bertanggungjawab ini, maka dapatan dalam pembelajaran adalah kurang berbanding
dengan murid-murid yang rajin menjalani latihtubi.

g. Kurang bermotivasi untuk belajar.

Motivasi daripada Ibu bapa dan guru adalah doktrin yang paling mujarab bagi seseorng
pelajar. Kebanyakkan murid berusaha dengan motif boleh mendapat ganjaran.
Kekurangan motivasi akan menyebabkan pelajar itu hilang motif belajar.

4
h. Masalah penyesuaian diri golongan pintar cerdas

Sistem pendidikan sedia ada tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kepada golongan
pintar cerdas yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan
sebaya. keperluan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan
mental mereka jauh lebih maju daripada murid lain di dalam kelas. Perbezaan ini
sentiasa menimbulkan konflik di dalam kelas.

i. Teknik dan kaedah P&P yang sama

Guru-guru yang mengamalkan teknik dan kaedah yang serupa dalam P&P akan
melemahkan minat dan semangat belajar murid-murid. Murid-murid masing-masing
mempunyai latar belakang dan cara belajar yang berlainan. Cara penyampaian guru
yang serba sama payah untuk membangkitkan minat belajar murid-murid terutama
mereka yang lemah semangat.

3. Cara-cara Penyelesaian

Teori-teori pembelajaran dan implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan fahaman-fahaman yang dihujahkan di atas, maka bagi Cikgu H yang


inginkan perubahan pada muridnya, terutama dalam pencapaian akademik dalam
pengajarannya, kami memberi cadangan supaya beliau menggunakan beberapa teori
pembelajaran yang telah kami pelajari untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
menarik, kondusif dan bersistematik di dalam bilik darjahnya.Antaranya ialah :

3.1) Teori pelaziman Pavlov

Daripada teori ini, setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah
tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan ialah tenaga yang
menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya murid
beratur, maka murid dengan cepat akan beratur. Arahan ialah rangsangan, manakala

5
tindakan beratur ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya Pavlov berpendapat
bahawa pembelajaran boleh berlaku atas kesan daripada kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas.

Implikasi teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran

Daripada teori ini, Cikgu H perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak
balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan
dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim. Contohnya, dalam
pengajaran Matematik, apabila Cikgu H memberi pujian ( rangsangan ) setiap kali
muridnya dapat menjawab soalan dengan betul ( gerakbalas ), maka gerak balas itu
akan membawa pelajar itu bergerak ke arah kemajuan.

Motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Dalam bilik darjah
Cikgu H perlu memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang
menarik sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti. Pembelajaran boleh
berlaku dengan melalui latihan, pembiasaan dan pengalaman. Bagi murid-murid yang
lemah, Cikgu H perlu melibatkan mereka berulang-kali dalam proses pengajarannya
seperti mengadakan aktiviti kumpulan, pertandingan kuiz atau perbincangan untuk
membangkitkan semangat belajar mereka .

Cikgu H perlu ingat, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Oleh itu
ganjaran atau pujian mesti disertai dengan gerakbalas murid demi memperkukuhkan
suatu konsep Matematik pada anak muridnya dan proses pemulihan serta-merta juga
dapat membantu Cikgu H untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

3.2) Teori pembelajaran Konstruktivisme

Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget yang memberi sumbangan dalam bidang
perkembangan kanak-kanak dan pembelajarannya. Teori ini menekankan pembinaan

6
pengetahuan oleh murid-murid. Murid-murid dapat membina pengetahuan dengan
menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Mereka akan mengaitkan pembelajaran
baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Prinsip-prinsip asas teori
konstruktivisme ialah seperti berikut:

~ Pengetahuan dibina oleh murid sendiri

~ Setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas


~ Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek social
~ Komunikasi antara guru dengan murid mungkin menimbulkan
perselisihan faham
~ Guru dianggap sebagai fasilitator dalam proses pembinaan
pengetahuan murid

Implikasi teori konstruktivisme ke arah pengajaran dan pembelajaran

Murid-murid ialah pembina teori, ilmu pengetahuan tidak akan disampaikan secara
langsung kepada mereka. Sebaliknya, mereka bertanggungjawab membina
pengetahuan sendiri. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan anak-anaknya.

Sebagai seorang guru, Cikgu H perlu menerima hakikat bahawa murid-muridnya datang
ke kelas dengan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka
akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu.
Sebenarnya Cikgu H bukan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih merupakan
seorang pemudahcara atau fasilitator. Beliau boleh menyediakan pelbagai jenis bahan
pembelajaran dan menggalakkan seperti tunjuk cara, percubaan serta penyelesaian
masalah agar pembinaan pengetahuan baru oleh murid-muridnya dapat berlaku.

Cikgu H perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat
memudahkan mereka bertukar-tukar idea di samping membinaan pengetahuan baru
mereka. Cikgu H juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah

7
yang menggalakkan pergerakan murid dalam tahap kebisingan yang dibenarkan. Cikgu
H boleh juga mengubahsuaikan bilik darjahnya dengan pelbagai jenis bahan dan media
pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran anak-anak
muridnya. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan menarik
perhatian murid dan memudahkan mereka membina konsep-konsep Matematik yang
diajarnya.

Isi pelajaran yang disediakan oleh Cikgu H tidak seharusnya terlalu padat, ia perlu
memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. Rancangan pengajaran dan
pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasanya, proses pembelajaran kanak-
kanak adalah spontan dan sukar diramal. Untuk meningkatkan prestasi murid-murid
dalam pengajaran matematik, Cikgu H hendak merancang dan melaksanakan strategi-
strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas agar
berpadanan dengan respon murid serta menggalakkan mereka untuk menganalisis,
mentafsir dan meramal maklumat yang diterima. Selain itu, mereka juga akan mampu
untuk membuat perkaitan antara fakta-fakta di samping memupuk pemahaman baru
dalam kalangan murid-murid.

Akhir sekali, penilaian adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di mana


pengujian piawai yang berasaskan gred seelok-eloknya hendak dihapuskan oleh Cikgu
H. Sehubungan itu, murid-muridnya yang memainkan peranan yang lebih besar dalam
menentukan kemajuan masing-masing.

3.3) Teori pembelajaran Gagne

Menurut Gagne, pembelajaran adalah sebagai satu cara pemprosesan data dan
maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah
menuju kepada peringkat yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung
kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis
pembelajaran, iaitu:

i. Pembelajaran isyarat

8
ii. Pembelajaran rangsangan gerak balas
iii. Rangkaian
iv. Pertalian berbahasa
v. Pembelajaran diskriminasi
vi. Pembelajaran konsep
vii. Pembelajaran hukum
viii. Penyelesaian masalah

Implikasi teori pembelajaran Gagne

Pada peringkat awal, pembelajaran isyarat boleh dijalankan. Contohnya Cikgu H boleh
menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad ayat matematik. Pembelajaran
rangsangan gerak balas membawa implikasi bahawa Cikgu H perlu sentiasa memberi
pujian dan galakan apabila murid-muridnya menunjukkan hasil yang baik.

Daripada aspek rangkaian motor, Cikgu H perlu menggunakan prinsip ulangan dan
membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Implikasi pertalian berbahasa
kepada guru ialah ketika mengajar, Cikgu H perlu menggalakkan kemahiran membaca
dan mengemukakan isi-isi penting. Contohnya, ketika mengajar kemahiran
menyelesaikan masalah Matematik, Cikgu H boleh menyalurkan cerita dalam soalan
berkenaan dan murid-murid digalakkan mencari maklumat-maklumat penting dalam
soalan tersebut.

Cikgu H perlu membimbing murid-muridnya membuat diskriminasi atau membezakan


fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga boleh
digunakan untuk membezakan konsep campur dengan konsep tolak. Cikgu H juga boleh
membantu murid-murid mengenal pasti ciri-ciri utama suatu konsep Matematik agar
pembentukan konsep mudah dicapai. Soalan-soalan yang boleh membantu murid-murid
ke arah pembentukan konsep dengan jelas perlu digunakan.

Cikgu H juga boleh menggunakan perbandingan, analogi dan aplikasi ketika


mengendalikan pembelajaran hukum seperti:

9
~ memberi maklumat yang mencukupi.

~ membimbing murid-murid untuk mengenal pasti perkara-perkara penting dalam

hukum berkenaan.

~ membantu murid-murid melihat pertalian antara komponen yang releven.

~ mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang kepada murid-murid untuk

membuktikan kefahaman mereka terhadap hukum yang dipelajari.

~ menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu hukum itu.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Cikgu H perlu memberikan panduan dan


cadangan tentang konsep dan hukum yang diperlukan. Petunjuk yang berhubung terus
dengan penyelesaian masalah tidak perlu diberi kerana ini akan menjadikan tugasan itu
terlalu senang dan kurang mencabar bagi murid-murid yang pintar akal.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah di atas, dapat disimpulkan bahawa murid-murid yang kita anggap
bodoh atau lembab dan tidak boleh diajar itu adalah salah dari segi teori pembelajaran.
Mereka yang lemah ini perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan teknik-teknik
tertentu yang bersesuaian dengan personaliti pelajar itu. Menurut teori-teori yang
dicadangkan di atas, rangsangan amat berguna dalam pencapaian akademik yang
optimum. Sebagai seorang guru yang merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan
bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang
kaedah dan teknik sesuai digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu
menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau pengajaran.
Suasana pembelajaran yang menarik, kondusif dan sistemetik dapat diwujudkan.

10
RUJUKAN

1. Teori Pembelajaran:
http://www.teachers.ash.org.au/teachereduc/indexTE.html

2. Teori Behaviourisme:
http://129.7.160.115/inst5931/Behaviorism.html

3. Unsur Konstruktivisme:
http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Skaalid/index.html
http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/welcome.html
http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/constructivism.html

4. Reka bentuk Model Pengajaran:


http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/idmodels.html
http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/mergel/brenda.htm
http://www.cudenver.edu/~lsherry/courses/IDdoclab.html

5. Metakognitif:
http: //www.usask.ca/education/coursework/802papers/Adkins/ABSTRACT.HTM
6. Choong Lean Keow PhD.Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Siri Pendidikan Perguruan

11