Anda di halaman 1dari 4

MEMORANDUM

KEPADA

KEMENTERIAN KESIHATAN
&
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR

HENTIKAN PROJEK PELEPASAN NYAMUK


TRANSGENIK

DARIPADA:
JARINGAN ANTI NYAMUK TRANSGENIK
16 Dec 2010
Kami, Jaringan Anti Nyamuk Transgenik yang terdiri daripada sekumpulan masyarakat
yang prihatin terhadap isu ini termasuk Malaysia Youth and Student Democratic
Movement (DEMA), serta penduduk tempatan ingin menyeru Kementerian untuk
menghentikan Projek Pelepasan Nyamuk Jantan Transgenik yang akan dijalankan
pada bulan Disember di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka.

Sebab-sebab kami membantah ialah:

Projek yang tidak transparensi

Kementerian tidak bertelusan terhadap projek perlepasan nyamuk jantan transgenik


yang akan dijalankan iaitu risiko yang mungkin dihadapi, kos sepanjang projek, tarikh
pelepasan, lokasi uji kajian dan lain-lain. Sejak isu ini diumumkan, berbagai
pertubuhan termasuklah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam
Malaysia (SAM), Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),
Pesticide Action Network Asia Pacific (PAN AP) dan Genetic Modifications Advisory
Committee (GMAC) telah membantah projek ini kerana keberkesanan jangka panjang
projek ini tidak terjamin. Tanpa informasi yang mencukupi, penduduk tidak dapat
membuat keputusan yang bijaksana.

Proses yang tidak berdemokrasi

Kementerian juga tidak mendapat maklum balas daripada penduduk Bentong


sebelum projek ini dijalankan malah menyatakan penduduk lokasi tersebut bersetuju
terhadap projek ini. Berdasarkan pemerhatian ahli jaringan sepanjang seminggu di
kawasan Bentong iaitu Kampung Repas, Ulu Perting, Kemansur dan Chamang, kami
mendapati bahawa tiada penduduk yang mengetahui projek ini, maka kami amat
meragui terhadap kenyataan Kementerian Kesihatan yang menyatakan bahawa
mereka telah memberi penerangan mencukupi kepada penduduk setempat.

Kekurangan keyakinan terhadap projek tersebut

Uji kajian tersebut telah menimbulkan kontroversi pada peringkat antarabangsa. Hal
ini terdapat suara bantahan dan setuju daripada pelbagai pihak di luar dan dalam
negeri, maka kami tidak beryakin terhadap projek itu selagi kerajaan tidak
mendedahkan segala risiko yang mungkin dihadapi. Sehingga hari ini, kerajaan hanya
mengatakan peratusan kehidupan nyamuk jantan transgenik adalah 1 hingga 3%.
Walaupun begitu, kami juga amat bimbang terhadap risiko itu dari segi kesihatan dan
alam sekitar.

Kekurangan Pihak ketiga untuk memantau

Ketidakwujudan pihak ketiga untuk memantau projek ini jelas ditunjukkan apabila
kerajaan bermula melancarkan projek ini telah mengurangkan keyakinan rakyat
terhadap projek ini. Hal ini jelas nyala ditunjukkan teruatama apabila kerajaan
berkerjasama dengan sebuah syarikat Bioteknologi yang ingin mengaut
keuntungan.Kewujudan pihak ketiga daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan
kerajaan dan penduduk setempat amat penting dan wajar untuk menjaga serta
menegakkan keadilan dan keselamatan penduduk daripada projek tersebut.

Latar belakang

Pada 29hb Oktober 2010, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa uji kaji
lapangan bagi nyamuk jantan transgenik, iaitu nyamuk yang diubah suai secara
genetik bagi mengurangkan populasi nyamuk aedes akan dijalankan pada bulan
Disember tahun ini. Sebanyak 4000 hingga 6000 ribu ekor nyamuk jantan transgenik
akan dilepaskan dalam masa dua hari. Dua lokasi telah dipilih untuk uji kaji itu, iaitu
di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka.

Uji kajian dalam pusat kajian dijalankan bermula pada tahun 2006 dan pihak
berkaitan ingin menjalankan uji kajian luar lapangan pada tahun 2010. Dalam
permohonan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) terhadap National
Biosafety Board, diberitahu bahawa pelepasan akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa
pertama, melibatkan kawasan yang berhampiran petempatan penduduk manakala
fasa kedua adalah sebaliknya.

IMR menyatakan bahawa nyamuk jantan transgenik ini direka khusus agar boleh mati
dalam tempoh tidak lebih 30 hari dan ianya adalah bersifat mandul. Apabila ia
mengawan bersama nyamuk Aedes Aegypti betina maka dipercayai telur-telur akan
mati dan dijangka boleh menghalang generasi nyamuk Aedes Aegypti seterusnya.

Kerajaan Malaysia telah mengambil teknologi ini dari penyelidikan saintis-saintis


Oxitec yang berpengkalan di United Kingdom. Oxitec merupakan syarikat yang ditaja
oleh Universiti Oxford. Penyelidikan diletakkan terus di bawah IMR, Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Kes Pulau Cayman

Pulau Cayman merupakan tempat pertama yang menjadi uji lapangan nyamuk jantan
transgenik pada tahun 2009 sebanyak 3 juta ekor nyamuk jantan transgenik telah
dilepaskan. Lokasi itu merupakan wilayah luar negeri United Kingdom. Mengikut
jawapan tulisan sidang Parlimen United Kingdom pada bulan 29hb dan 30hb
November 2010, Oxitec mendapatkan kelulusan undang-undang daripada kerajaan
tempatan Pulau Cayman, Unit Penyelidikan Nyamuk dan Kawalan yang
bertanggungjawab terhadapnya. Jawanpan tersebut juga menyatakan
undang-undang pelepasan nyamuk jantan transgenik Pulau Cayman tidak tertakluk
kepada undang-undang organisma transgenik Kesatuan Eropah. Selain itu, Protocol
Cartegena¹juga tidak membenarkan organisma transgenik dilepasi ke lapangan.

Sebelum eksperimen itu dijalankan, Oxitec tidak mengadakan sebarang diskusi serta
persetujuan daripada penduduk pulau tersebut. Syarikat itu hanya memberitahu
penduduk melalui akhbar tempatan dan upload video ke laman web Youtube.
Namum demikian, video itu tidak menyatakan nyamuk itu adalah transgenik.
Sebarang risiko eksperimen itu tidak dinyatakan.

Oxitec mengumumkan pelepasan nyamuk jantan transgenik pada bulan November


2010 iaitu selepas setahun uji kajian luar lapangan di Pulau Cayman. Pengumuman
yang lewat selama setahun telah mendapat bantahan ramai pakar dalam mesyuarat
tahunan Persatuan Perubatan Tropika dan Kebersihan Amerika di Amerika Syarikat
pada bulan November 2010.

Kes Pulau Ketam

Kementerian Kesihatan pernah berancang untuk menjalankan eksperimen yang sama


di Pulau Ketam, Selangor pada bulan Disember 2009, namun penduduk dan
aktivis-aktivis alam sekitar membantah sekeras-kerasnya dan akhirnya Menteri
Kesihatan terpaksa menghentikan projek ini.

Disediakan oleh
Khaw Seng Hean
Penyelaras Jaringan Anti Nyamuk Transgenik
016405348
carlitokhaw@gmail.com

¹http://bch.cbd.int/protocol/background/

Anda mungkin juga menyukai