Anda di halaman 1dari 3

Definisi hudud

 Dari sudut bahasa : hudud ialah kata jamak bagi perkataan “had”
bermaksud mencegah atau menyekat sesuatu, had juga bermaksud
halangan.
 Mengikut kehendak istilah Fuqaha : hudud membawa maksud
hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat, dimana satu bentuk dan
kadar hukuman keseksaan, telah ditentukan oleh allah dalam al-quran.
Ia wajib dilaksanakan untuk menjaga hak allah dan kepentingan
masyarakat awam.

Jenayah dalam kategori hudud

1) Berzina : melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut


hukum syara.
2) Qazaf : membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau
menafikan keturunannya dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan
dengan empat orang saksi.
3) Meminum arak : meminum minuman yang memabukkan sama ada
sedikit atau banyak.
4) Mencuri : memindahkan secara bersembunyi harta dari jagaan atau
milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk
menghilangkan harta itu dari jagaan atau milikan tuannya.
5) Merompak : keluar seseorang atau sekumpulan orang yang bertujuan
untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara
kekerasan.
6) Memberontak : kegiatan menentang atau cubaan merampas kuasa

terhadap pemerintah yang sah di sisi syarak, sama ada dengan


menggunakan senjata atau merancang serta melancar peperangan
secara zalim.
7) Murtad : orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan

perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i'tiqad kepercayaan.

Kepentingan hudud terhadap individu

 Dapat memelihara agama individu islam supaya tidak terpesong dari


akidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad.
 Dapat mejaga akal fikiran setiap individu dari kerosakkan disebabkan
meminum minuman yang memabukkan.
 Dapat menjaga maruah diri daripada melakukan zina luar nikah.
 Dapat menjaga nyawa daripada dicederakan atau dirosakkan.
 Dapat menjaga harta benda daripada dicuri dan dirompak.

Kepentingan hudud terhadap masyarakat dan negara

 Dapat memelihara harta benda daripada dicuri dengan menjatuhkan


hukuman potong tangan ke atas pencuri.
 Dapat mengurangkan kes-kes jenayah dalam negara seperti mencuri
meminum arak dan sebagainya.
 Dapat menjaga keamanan negara daripada pemberontakakan seperti
berlaku peperangan besar dan sebagainya.
Pandangan orang bukan islam terhadap hudud

 Islam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah setanding dengan


kesalahannya.
 Hukuman hudud boleh membendung kes jenayah serta merta.
 Hukuman yang telah ditetapkan boleh menjamin keadilan dan
keselamatan orang ramai.

Pandangan anda jika hudud dilaksanakan

 Negara akam menjadi aman damai serta keselamatan terjamin.


 Semua umat islam boleh mengikut perintah allah serta meninggalkan
segala larangannya.
 Kes-kes jenayah seperti rogol, mencuri, dan sebagainya dapat
dibendung dengan mudah.
 Budaya-budaya barat serta murtad juga dapat di hapuskan.

Kesimpulan

 Hukuman hudud ini wajar dilaksanakan di negara ini bagi


membendung semua gejala atau isu negatif.
 Disamping itu juga,kita juga akan dapat melahirkan anak-anak muda
yang berwawasan serta berkerjaya tinggi.