Anda di halaman 1dari 20



c  
   
 O  

‘  

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang
persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu
diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih
itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian,
berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan
serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang
kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar yang
berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu
menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.




c  
   
 O  

|  ‘‘ 

Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala
sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan.
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek
contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian
yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan
pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses
pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku
pelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang
menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.

Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku
adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan
pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu
mengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti
yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau
dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu
ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda dan bohong dan hanya latihan,
pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait
rapat dengan konsep pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah
intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti
mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal
fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir.



c  
   
 O  

|  ‘‘


Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan
dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam
percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi
baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu
bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah
lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga
membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.

Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-
teori pembelajaran masa kini dan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris,
kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab
behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran
adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah
dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah
menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang
menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan
jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan.

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka
menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses
kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai
objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat
mengenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui latihan
berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju dengan teori



c  
   
 O  

simulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas
dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif
untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab


behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh
Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang
dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai
aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran
dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.

Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain.
Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan
perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, berpendapat
bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan
kendiri.

Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai


proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan
perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi
kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau
pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui
latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah
perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini
bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati
mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan
berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan
berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.






c  
   
 O  

J  ‘


J 

Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F
Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran
kepada guru. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan
ransangan adalah suatu proses pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai teori
Rangsangan- Gerak balas.

J J
 

Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu


pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas.
Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak
dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal
atau sebgai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan
kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Hokum pembelajaran
Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian
saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis
pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran
ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman.
Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh
Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu

i.    
 ,
latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan
oleh Thorndike sebagai:

a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka


pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk
mengubah tindakkannya itu.



c  
   
 O  

b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir
dan kalau tidak mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua
gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan
dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.

c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan


dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah menyusahkan.

      
Melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balandan akan bertambah kukuh jika
latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakanmengulang) tidak dijalankan, maka pertalian
antara ransangan dengan gerakbalas akan bertambah lemah.

      
Menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengangerak balas akan bertambah
kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkanselepas terhasilnya tindak balas. Kesan
yang menyakitkan pula akanmelemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.
Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang
perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua,
sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau
dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah,
teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti,
imaginasi atau keindahan bahasa.

J ‘   |  ‘ 

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Hasil daripada
kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara
rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut
dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali
sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat
pelaziman telah dihasilkan iaitu:



c  
   
 O  

(a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman.

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan


melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah
(a) generalisasi, (b)diskriminasi dan (c) penghapusan.

(a)   
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang
sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi
risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran
(kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

(b)    


Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing,
didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja,
tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi
risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata
pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

(c) ‘  
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan
rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak
akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan
terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan. Jadual 6.2 menunjukkan rumusan
dapatan kajian Pavlov.






c  
   
 O  

R J ‘        
Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi
dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang
pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus,
burung, merpati dan juga manusia. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang
berasaskan ransangan dan gerak balas. Dalam eksperimennya, beliau meletakkan
seekor tikus lapar ke dalam µkotak skiiner¶. Kotak itu dilengkapi alat penekan
pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada
permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak
sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji
makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu
mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Ini menunjukkan
tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak.

Seterusnya Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini


menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Ini
menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan
butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran
mellaui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran.

Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran


dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga
menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah
penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang
baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan
dengan hukuman atau denda.





c  
   
 O  

| 

Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam
proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan
pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan
kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.

J ‘   | 
Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen
dengan menggunkan cimpazi. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk
mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan
sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. Cimpazi mula menggunakan
cara melompat, tetapi gagal untuk mendapatkan pisang tersebut. Ia pun berhenti
seketika. Ketika berhenti, cimpazi melihat di sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba
cimpazi itu mengheret melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak ke bahagian
sangkar di mana pisang itu tergantung. Ia menyusun kotak-kotak secara bertindih
sehingga menjadi seperti tangga dan seterunya memanjat kotak-kotak itu. Dengan
itu, cimpazi itu telah berjaya mendapatkan pisang tersebut.
Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah:
i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi
ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah
berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara
ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya.

Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu
mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan
memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar
secara menyeluruh. Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini
juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan
haiwan lain.




c  
   
 O  

J ‘   ‘ 

Menurut kajian dan pemerhatian Piaget beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif

kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan

umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2

tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak

merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit

atau abstrak.Pada peringkat operasi konkrit pembelajaran berkesan bergantung kepada

objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

J ‘     

Menurut teori pembelajaran Gagne beliau lebih menekankan pembelajaran adalah melalui

rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui

deria-deria manusia. Tambahan pula beliau menyarankan pengalama-pengalaman yang

disimpan dalam stor ingatan jangka penjang adalah penting bagi manusia untuk

mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses

pembelajaran baru berlaku. Beliau mengutarakan lapan fasa yang biasa dialami oleh

manusia dalam sesuatu proses pembelajaran , iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa

penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan

fasa maklum balas.



c  
   
 O   

J ‘   
 

Menurut Bruner peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang biasa dilalui oleh kanak-

kanak normal ialah peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat Simbolik. Beliau

mengatakan bahawa proses pembelajaran adalah berlandaskan kepada pertimbangan

jenis bentuk pembelajaran. Bruner menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu

keupayaan kawalan emosi , keupayaan menyerapkan peristiwa, keupayan penggunaan

perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan bahasa dan

keupayaan untuk menghadapi berbagai situasi. Bruner menghuraikan empat prinsip

pengajaran dan pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya

iaitu prinsip motivasi,struktur,sekuen dan peneguhan.

J ‘   


‘  

Ausubel menyarankan pembelajaran resepsi yang bermakna. Mengikut Ausubel ada dua

pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan

tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran dan pelajaran baru mesti dikaitkan

dengan pengetahuan sedia ada pelajar.Dalam pembelajaran resepsi maklumat terancang

yang lengkap diberikan kepada pelajar .Pelajar hanya menyerapkan maklumat itu kedalam

struktur kognitifnya sahaja.

| 
1. Pembelajaran individu yang dilakukan adalah mengandungi motif atau

objektif tertentu, dan bukan aktiviti atau proses cuba-ralat sahaja.

2. Pembelajaran ialah sesuatu pemerosesan maklumat di dalam sekitar.




c  
   
 O  

3. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada adalah amat penting untuk

pembelajaran.

4. Pembelajaran yang utama adalah yang berasaskan kepada struktur kognitif

dan kesedaranya terhadap kewujudan rangsangan-rangsangan baru.


J ‘     

Teori pembelajaran sosial ( social learning theory ) telah diasaskan oleh Albert Bandura
(1986,1977,1998,2000 ) melalui penulisannya    
     
 

  yang menerangkan kerangka Teori Kognitif Sosial.Teori pembelajaran Sosial telah
dinamakan semula sebagai ³Teori kognitif social´ oleh Bandura sendiri (Moore, 2002).
Teori pembelajaran social menyatakan bahawa factor-faktor sosial, kognitif dan tingkah
laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran ( Santrock , 2001 ). Faktor kognitif
akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya,
akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.

Teori pembelajaran sosial menggangap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya
membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan
peristiwa serta komunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh
kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap
pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal,manusia adalah selektif dan bukan entiti yang
pasif,yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling
memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.Ahli-ahli psikologi sosial
termasuklah Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Roster,Martin Seligman dan lain-lain.

Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang tradisional
(behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura (1986).
Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi
memberi lebih banyak penekanan pada efek-efek dari isyarat-isyarat pada perilaku, dan
pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial kita akan



c  
   
 O  

menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan-penjelasan
kognitif internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain. Dalam pandangan
belajar sosial ³manusia´ itu tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan dari dalam dan juga
tidak ³dipukul´ oleh stimulus-stimulus lingkungan.

Teori belajar sosial menekankan, bahwa lingkungan-lingkungan yang dihadapkan pada


seseorang tidak random; lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang
itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana yang dikutip oleh (Kardi, S.,
1997 : 14) bahawa ³sebagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif
dan mengingat tingkah laku orang lain´. Inti dari teori pembelajaran sosial adalah
pemodelan (modelling), dan permodelan ini merupakan salah satu langkah paling penting
dalam pembelajaran terpadu.

Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning). Pertama,


pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain
atau vicarious conditioning. Misalnya seorang siswa melihat temannya dipuji atau ditegur
oleh gurunya karena perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan perbuatan lain
yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini merupakan contoh dari
penguatan melalui pujian yang dialami orang lain atau vicarious reinforcement. Kedua,
pembelajaran melalui pengamatan meniru perilaku suatu model meskipun model itu tidak
mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat pengamat itu sedang memperhatikan
model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari oleh pengamat tersebut dan
mengharapkan mendapat pujian atau penguatan apabila menguasai secara tuntas apa
yang dipelajari itu. Model tidak harus diperagakan oleh seseorang secara langsung, tetapi
kita dapat juga menggunakan seseorang pemeran atau visualisasi tiruan sebagai model
(Nur, M. 1998a : 4)

 J  

‡ Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.


‡ Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.




c  
   
 O  

‡ Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai
model
‡ Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan
‡ Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah
laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.


   
Teori Hurmanis
Aliran Hurmanis diasakan oleh Maslow ( 1908-1970 ) dan Carl Rogers (1902-1987). Ahli-
ahli psikologi hurmanis ini menumpukan kajian kepada konsep kendiri
(Rogers,1950),free will dan sifat-sifat semula jadi manusia yang positif untuk
perkembangan dirinya ( Huffman, 2004 ).Pendekatan hurmanis menekankan cara berfikir,
pengamatan dan interpretasi seseorang tentang sesuatu peristiwa.Ahli-ahli psikologi
hurmanisme mempercayai bahawa seseorang individu bertanggungjawab ke atas
tindakannya.

Contohnya, kalau seseorang individu itu ingin mencapai kecemerlangan dalam hidup, dia
hendaklah bertindak atau berusaha kea rah mencapai matlamat hidupnya.
Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi ( Teori Hierarki Keperluan Maslow, 1970 ;
Huffman, 2004 ) seseorang individu mempunyai kecederungan untuk berkembang dan
mencapai sempurna kendiri ( self-actualization ). Ini bermakna setiap individu mempunyai
keperluan untuk menggembangkan potensinya ke tahap yang maksimum. Walaupun
terdapat halangan, kecenderungan semula jadi mendorong untuk mencapai pemenuhan
kendiri ( self- actualization ) atau mengembangkan potensi ke tahap maksimum. Konsep
pemenuhan kendiri ini sebenarnya dipelopori oleh Abraham Maslow. Pendekatan hurmanis
bukan sahaja berkembang sebagai ilmu tetapi juga menjadi satu daripada terapi dalam
membantu kesihatan manusia.

Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu
akan membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah



c  
   
 O  

sesuai dan baik. Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan
perasaannya. Mereka menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang
berlainan dan berbeza. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang
utama, antaranya:
i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.
ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep
kendiri dan kepercayaannya.
v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya
hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.

 ‘J   |J||
| 
‘ ‘

|J  
Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Dan Konstruktivisme Terhadap Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Dalan Bilik Darjah. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsipprinsip
dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi
pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara
pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan
kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Di sini
terdapat lima cara guu dapat meransang dan meningkatkan pengajaran pembelajaran
berdasarkan teori iaitu:
1. Ransanganransangan.
3 Pemikiran erti
ransangan
dalam otak.
5. Mengamalkan
dalam situasi
yang sepadan.



c  
   
 O  

i.     |  |   
   

Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan, maka diturunkan
beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan. Kanakkanak
ialah Pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya,
sebaliknya dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru
berperanan sebagai penolong, pemudah cara atau fasilitator, dan perancang.
Guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.
Guru perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan
berbekalkan pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan
membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada.
Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar. Interaksi dan pertukaran
idea-idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali
fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman.
Guru perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan pelajar-pelajar dan tahap kebisingan tertentu yang
dibenarkan. Ini disebabkan interaksi antara pelajar yang lebih cergas dan aktif.
Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media
pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsang pembelajaran kanakkanak.
Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan
memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan.
Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan
pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasaannya, proses
pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum
tersebut perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. Integrasi
kurikulum merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian.

  
Mengikut teori Thordike latihan dan pengulangan amat penting bagi
meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar. Pembelajaran juga boleh berlaku



c  
   
 O  

melalui pembiasaan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan pelajarpelajar
da lam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan,
perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya. Dalam proses
pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku. ni bermakna perkara yang
dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan kepada situasi B.
Latih tubi merupakan satu lagi strategi instruksional yang digunakan. Kaedah
latih tubi ini boleh dilihat dalam dua cara yang berbeza iaitu
permainan dan kertas kerja. Latihan yang disediakan dalam kedua-dua bentuk
ini boleh digunakan oleh guru secara berulang-ulang untuk mengukuhkan daya
ingatan pelajar tentang topik yang telah diajarkan dengan harapan pelajar akan
dapat menguasai konsep yang terdapat dalam topik tersebut melalui hafalan 
 ‘  
Peneguhan juga merupakan proses semula jadi kepada manusia. Ia berlaku
kesan daripada interaksi harian dengan persekitaran sosial dan fizikal.
Peneguhan juga boleh dirancangkan untuk program memodifikasikan
tingkahlaku seseorang dengan cara mengubah tingkah laku manusia tersebut.
Peneguhan merupakan tingkah laku tertentu yang hadir diikuti dengan kesan
dan tindak balas yang cepat. Apabila tindakbalas semakin teguh seseorang
akan lebih terbiasa dengan perlakuan tersebut pada masa akan datang.
Menurut Skinner, hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan. Untuk
mengaplikasikan teori ini guru perlu menggunakan peneguhan positif seperti
memberi pujian atau hadiah untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin
pengulangan tingkah laku yang diingini itu. Objektif pendidikan yang ingin
dicapai perlu realistik. Jika tidak, pelajar akan mengalami kegagalan. Kegagalan
membawa perasaan malu yang boleh menyebabkan berlakunya peneguhan
negatif.
Sebagai seorang guru, peneguhan ini boleh digunakan dalam proses
pembelajaran. Misalnya guru akan mengatakan µbagus¶, µbaik¶ dan sebagainya
apabila pelajar menunjukkan sikap yang diigini dalam proses pembelajaran. Oleh
itu, seorang guru perlu memberikan pelajar-pelajarnya maklum balas tentang



c  
   
 O  

prestasi mereka, sama ada berjaya atau sebaliknya.
Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk melalui
pelaziman klasik. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh
dilazimkan atau dipelajari serta dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin
kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh
gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian setiap kali
pelajar mendapat hasil yang baik, maka gerak balas itu akan berterusan.
Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Di dalam bilik darjah,
guru perlu memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik
sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.
iv.     
 

 
Melalui teori-teori yang dikemukakan di atas, boleh dikatakan semua teori
tersebut menunjukkan ransangan terhadap pemikiran. Pendekatan ini
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan pelajar.
Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan berpuas hati apabila mereka dapat
mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses
pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai
kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti.


 
  |   
Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Ahli
psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman
dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan
perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus.
Dengan memahami teori perkembangan Piaget, seseorang guru harus
menyesuaikan isi pelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.
‘ J‘
Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya



c  
   
 O  

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik
darjah. Untuk itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu
psikologi, pedagogi dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi
kejayaan kepada pelajar.


Berdasarkan daripada kaedah penyampaian yang digunakan, proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru
menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
langsung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud
seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran
membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini
akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan
lebih mudah.
Oleh itu, untuk mencapai matlamat itu, bukanlah satu perkara mudah, kerana ianya
memerlukan pengorbanan, kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua-dua belah
pihak iaitu guru dan murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
jayanya.


  
Crow and Crow (1983). ‘ ‘  
  ‘ 
. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng (2003).    
‘


 

 

 . Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1997). ‘ 


‘
. Kuala Lumpur.
Utusan Publication dan Distributors Sdn.Bhd.
Mook Soon Sang (2009).  ‘  
  ‘





c  
   
 O  

 !‘ ‘  
 ‘
"Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.