Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

SIARAN MEDIA

KUALA LUMPUR KRASH PAD UNTUK REMAJA CHOW KIT

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2010 – YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul


Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini
telah merasmikan Kuala Lumpur Krash Pad (KLKP) bagi remaja berumur
lingkungan 13 hingga 21 tahun. KLKP merupakan satu lagi inisiatif
pembangunan sosial untuk remaja di Kuala Lumpur yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) melalui Bahagian Dasar Sosial Negara dengan kerjasama bestari
bersama Yayasan Salam Malaysia dan sektor swasta.

Lokasi Chow Kit telah dikenalpasti sebagai kawasan berisiko tinggi


terhadap remaja oleh Bahagian DSN dan KLKP yang ditubuhkan telah mula
beroperasi pada November 2009 bertujuan menyediakan persekitaran
sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni dan aktiviti yang
mendatangkan faedah kepada remaja. KLKP menggalakkan penglibatan
remaja dalam pelbagai program yang diadakan antaranya Kelas Tuisyen,
Latihan Praktikal/Kemahiran, Kelas Komputer, Sesi Kaunseling, Kelas
Kebudayaan, Kelas Muzik dan Seni. Sehingga kini, KLKP berjaya menarik

1
seramai 130 orang remaja yang mendaftar untuk mengikuti program yang
dijalankan.

Program di KLKP dirangka khusus untuk memberi penekanan terhadap


keperluan remaja dalam era globalisasi ini dengan pelbagai peluang untuk
membentuk potensi diri. Ianya juga bagi memastikan golongan remaja
turut mendapat peluang menikmati keperluan hidup yang sesuai dengan
perkembangan semasa. Pelaksanaan KLKP membuktikan komitmen
KPWKM untuk memperkasakan pembangunan sosial di kalangan remaja
selaras dengan salah satu objektif DSN iaitu untuk membangun dan
memperkasakan insan sepanjang hayat.

KLKP merupakan program perintis dan KPWKM merancang untuk


memperluaskan program ini ke kawasan-kawasan berisiko tinggi yang
lain. Kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi
Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta amat
diperlukan dalam menjana sinergi multisektor dalam usaha menangani
bersama gejala sosial.

Melalui penubuhan KLKP, KPWKM berharap agar masyarakat menyedari


kepentingan pembangunan sosial dalam keharmonian negara dan
memastikan setiap remaja mendapat peluang serta bimbingan untuk
mengenali hak-hak dan tanggungjawab dalam keluarga serta perhubungan
sosial.
###

Disediakan oleh : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,


Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato’ Onn, 50515 Kuala Lumpur.

No.Telefon : 03 – 2693 0095


Tarikh dikeluarkan : 15 Mac 2010

2
Lampiran

SENARAI PENAJA
KUALA LUMPUR KRASH PAD

1. Yayasan Sime Darby


2. Yayasan UEM
3. Khazanah Nasional
4. Goldman Sachs
5. CISCO
6. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
7. Suruhanjaya Sekuriti
8. Exxon Mobil
9. The Dram Projects
10. Maxis Communications Berhad
11. Tropicana Medical Center
12. Sunway Medical Center
13. Bukit Kiara Equestrian Club
14. Mercy Malaysia
15. P.S. The Children
16. Yayasan MK Land

Anda mungkin juga menyukai