Anda di halaman 1dari 62

Nota Forografi

Kursus
WCC130/1-Seni Fotografi Digital SLR
Asas

Rose Samsuri Mamat


SEJARAH KAMERA

Kamera merupakan sebuah kotak yang membuat gambar, gambar yang dirakam
oleh kamera dipanggil forograf.

Kamera pula ditemui lebih 1000 tahun dahulu di dalam khemah di kawasan
timur tengah. Pelajar kaji bintang telah menggunakan kaedah ini sebagai satu cara
melihat gerhana matahari tanpa menyakitkan mata. Mereka membin asebuah
bilik(seperti sebuah rumah). Mereka mengadang supaya tiada cahaya yang masuk
melalui pintu dan tingkap bilik tersebut. Kemudian mereka telah membuat satu lubang
kecil yang menghadap matahari.

Cahaya matahari masuk melalui lubang itu terpancar pada lantai. Dari situ satu
baying-bayang bulat kelihatan seolah-olah bergerak melintasi bulatan cahaya pada
lantai. Di sini bermulalah pelajar-pelajar tersebut dapat melihat gerhana matahari tanpa
melihat terus kepada gerhana matahari tersebut. Kemudiannya tempat itu dipanggil
dengan nama Latinnya iaitu “Kamera Obscura”.

Satu lagi kegunaan bilik gelap itu dijumpai oleh pelajar tersebut apabila mereka
membuat satu lubang halus yang menghala keluar. Mereka dapati pada hari yang amat
cerah, cahaya masuk melalui lubang tersebut akan membentuk imej pada dinding yang
bertentangan. Imej itu sama dengan permandangan yang terdapat berhadapan dengan
lubang yang halus itu. Ada beberapa masalah yang timbul, iaitu imej tersebut tidak
begitu jelas. Mereka mendapati bahawa dengan meletakkan satu kanta cembung pada
lubang tersebut boleh menjadikan imej lebih terang dan jelas.

Tidak beberapa lama kemudian, dua idea yang berikut itu membawa kepada
kemuncak perkembangan Kamera Obscura:

1. Seseorang itu boleh menggunakannya sebagai alat bantuan untuk melukis.


2. Kamera ini dikecilkan saiznya sehingga sebesar kotak kecil supaya mudah
dibawa dari satu tempat ke satu tempat.

Perkataan fotografi adalah berasal daripada perkataan Greek, iaitu photos bererti cahaya
dan graphein bererti melukis. Istilah ini diperkenalkan oleh Sir John Herschel pada
tahun 1839 untuk menggantikan istilah holografi oleh Josep Nicephore Niepce yang
amat cenderung dalam bidang litografi. Beliau tinggal di Chalon-Sur-Saone, kira-kira
305 kilometer ke arah tenggara Paris. Niepce bersama rakannya, Louis-Jacques-Mande
Daguerre, seorang pelukis Perancis, sebelumnya dinamakan proses daguerreotype.
Proses ini menggunakan beberapa jenis bahan kimia yang memakan masa yang lama
untuk memperoleh hasilnya. Proses ini dilakukan dengan mendedahkan kepingan
tembaga yang disaluti perak. Jenis dagurrero berjaya dihasilkan pada 7 Januari 1829.
Cara ini amat popular kerana dapat menggantikan lukisan-lukisan potret yang
sememamngnya amat popular pada masa itu.

Pada tahun yang sama juga, iaitu pada 31 Januari 1829, seorang Inggeris,
William Henry Fox Talbot berjaya mencipta hasil yang menjadi asas dalam bidang
fotografi, iaitu penemuan proses negative dan positif yang dinamakan proses calotype.
Sehinggalah pada tahun 1851, Fredrick Scott Archer memperbaiki kaedah ini dengan

1
mencipta collodian untuk disapu ke atas kaca dan disalutkan dengan bahan yang
sensitive kepada cahaya. Ciptaannya menjadi fotografi semakin mudah dan popular.
Sepuluh tahun kemudian, James-Ckerk Maxwell memperkenalkan asas fotografi
warna di Royal Institution, London. Sehinggalah pada tahun 1888, apabila George
Eastman dari Amerika memperkenalkan kamera tangan Kodak, bidang fotografi
menjadi popular dan kian berkembang.

The camera obscura (the Latin for dark room), the earliest concept for photography

2
JENIS-JENIS KAMERA

Kamera direka dalam berbagai bentuk dan saiz. Ia boleh dibahagikan kepada 4 jenis
yang utama:

1. Kamera Range Finder (Kamera Penglihatan Penentu Jarak)

Kamera jenis ini merupakan kamera jenis ciptaan lama. Ia popular di kalangan
jurugambar amatur dan professional. Ia mempunyai dua cermin; satu cermin untuk melihat
objek dan satu lagi disalurkan kepada lens. Untuk membuat focus apabila alat pemokusnya
diputar (walau bagaimanapun kebanyakan kamera Range Finder tidak memepunyai alat
pemokus). Terdapat juga kamera-kamera jenis sedan dan besar menggunakan system Range
Finder ini, tetapi kebanyakannya alat Range Finder digunakan sebagai alat tambahan kepada
kamera-kamera itu.
Kebaikan kamera ini ialah mempunyai kuasa penutup lens yang amat pantas dan bunyi
yang tidak kuat. Ia boleh merakam gambar dengan pantas sekalipun ia tidak mempunyai
system speed seperti kamera SLR.
Keburukan kamera jenis ini ialah ia tidak boleh merakam gambar pada jarak dekat yang
maksima kerana apabila objeknya terlalu dekat, jarak peniliknya tidak sejajar dengan lensnya.
Kamera jenis ini shutternya terbina pad lens (lens shutter). Kamera jenis ini telah
diperbaharui mengikut kesesuaian kegunaan hari ini, contohnya kamera instantmatic.

2. Kamera SLR (Single Lens Reflex)

Kamera jenis ini mempunyai kanta tunggal (lens)

Ciri-ciri:
1. Lensnya boleh ditukar ganti di antaranya seperti wide angle lens, master lens,
telephoto lens dan zoom lens.
2. Mempunyai alat menilik objek yang disalurkan melalui lens. Ia dilengkapi
dengan sekeping caermin yang disebut “reflex mirro”.
3. Menggunakan system focal plane shutter (shutter pada badan kamera).

Meternya digerakkan oleh kuasa bateri dan mempunyai kuasa kepantasan hingga 1/4000
saat. Kamera jenis ini mudah digunakan dan praktikal, menyebabkan ia amat popular
terutama di kalangan ahli fotografi professional.

3
3. Kamera TLR (Twin Lens Reflex)

Merupakan kamera ciptaan lama, tetapi masih ada digunakan oleh ahli fotografi
sekarang. Ia berbentuk kotak dan mempunyai dua lens. Lens di sebelah atas adalah untuk
memfokus, manakala lens yang di sebelah bawah untuk merakam gambar. Kebanyakan kamera
jenis ini lensnya tidak boleh ditukar ganti.

Kebaikan kamera jenis ini ialah ia menggunakan filem ukuran 120. Apabila gambarnya
dibesarkan kualitinya tidak terjejas.

Keburukannya pula ialah saiz dan bentuknya menyukarkan pemiliknya membawa dan
mengendalikannya. Ia ditambah pula dengan ciri-ciri kantanya yang tidak selari.

4. View Kamera

View kamera merupakan kamera besar yang mempunyai pemidang lua, sofistikated dan
amat besar gunanya. Di antara kamera jenis ini ialah Sinar, Horsman, Cambo dan lain-lain.
Menggunakan filem dari ukuran 120, 4x5, 5x7 dan 8x10. Kamera jenis ini idanggap sebagai
kamera mewah kerana harganya mahal dan hasil gambarnya berkualiti. Ia selalu digunakan oleh
ahli fotografi professional untuk merakamkan gambar-gambar pembinaan, reprografi, iklan yang
besar yang memerlukan mutu yang tinggi danlain-lain lagi.

Kamera jenis ini badannya boleh dipisah-pisahkan kepada bahagian-bahagian yang


kecil. Lensnya pula boleh digerakkan ke kiri dan kanan, atas dan bawah mengikut kesesuaian
objek yang iongin dirakamkan.

4
Kebaikan View Kamera:

1. Kamera jenis ini boleh digunakan untuk merakamkan sebarang gambar. Contoh
dari sekicil-kecil objek sehingga sebesar-besar objek.
2. Saiz filem yang besar dapat mengekalkan kualiti gambar walaupun saiznya
dibesarkan.

Keburukannya pula ia besar dan berat untuk dibawa ke mana-mana.

Lain-lain kamera:

1. Instant Camera

Kamera jenis ini boleh menghasilkan gambar dengan segera, dalam satu atau dua minit.
Bahan kimia untuk menimbulkan imej telah tersedia pada setiap kertas gambar yang
disediakan. Ia terbahagi kepada dua jenis:

1. Jenis 4 lens. Menghasilkan 4 imej gambar yang sama pada satu keeping
gambar. Saiz imej berukuran passport.

2. Jenis satu lens. Menghasilkan satu imej pada satu keeping gambar.

Kebaikan kamera jenis ini ialah dapat menghasilkan gambar dengan segera.
Keburukannya pula ia tidak mempunyai negative atau imej digital yang boleh diulang
cetak.

2. Under Water Camera

Ia direka dengan rintangan tekanan “water tight body” dan lens yang membolehkan ia
digunakan di dalam air. Ia juga boleh digunakan di darat, lumpur atau pasir yang boleh
merosakkan mekanisme sesuatu kamera yang tidak terlindung.

3. Kamera Digital

Ia dapat merakam gambar tanpa menggunakan filem. Mempunyai pemidang LCD.


Gambar boleh dicetak dengan menggunakan pencetak computer. Kamera jenis ini kini
digunakan dengan meluasnya.

5
BAHAGIAN-BAHAGIAN KAMERA DAN PENDEDAHAN (EXPOSURE)

SHUTTER SPEED

Menjelang tahun 1940, perkataan Obscura telah dibuang dan diganti dengan nama
kamera sahaja. Akhirnya sifat-sifat baru telah ditambah pada kamera tersebut. Salah satu
daripadanya ialah Pengatup Kelajuan (Shutter speed) bertindak sebagai pintu kamera. Cahaya
boleh masuk ke dalam kamera tetapi apabila ditutup, cahaya dihalang daripada memasuki
kamaera. Biasanya nombor-nombor Pengatup Kelajuan ditanda seperti berikut:

B, 30”….2”, 1.6”, 1.3”, 1”, 2, 4, 8, 15, ……8000

Nombor 1 bermakna satu saat. Nombor 2 bermakna ½ saat, dan seterusnya. Setiap ahli
fotografi mestilah mahir memilih kelajuan yang betul bagi setiap penggambaran.

Bagi kamera SLR, ia terbina pada badan kamera. Shutter akan terbuka dan filem akan
didedahkan kepada cahaya matahari apabila butang shutter dipetik mengikut jarak masa yang
telah dipilih. Jarak masanya ditanda pada satu gelgelang (shutter speed dial) pada badan
kamera.

Tugas Shutter Speed

1. Menentukan kelajuan yang dapat menghentikan pergerakan objek yang bergerak


laju atau pantas.
2. Menyesuaikan kelajuan dengan appacture yang digunakan supaya filem yang
didedahkan dengan cahaya normal (pendedahan yang tepat).

APPACTURE

Satu lagi sifat yang ditambah pada kamera dikenali dengan nama bukaan lens
(appacture/ F/Stop). Bukaan ini merupakan satu lubang kecil di bahagian hadapan badan
kamera (pada lens). Ahli fotografi boleh memilih bukaan yang sesuai untuk digunakan. Jika
bukaan dibesarkan, lebih banyak cahaya yang akan masuk. Jika dikecilkan, hanya sedikit
cahaya yang akan masuk. Nombor-nombor untuk bukaan appacture terbina pada gegelang lens.
Angka yang besar memberikan bukaan yang kecil, sementara angka yang kecil memberikan
bukaan yang besar. Oleh itu shutter speed dan bukaan appacture, kedua-dua nombor ini
mempunyai persamaan yang betul untuk memperoleh dedahan yang tepat semasa mengambil
gambar.

Biasanya nombor-nombor penunjuk bagi bukaan tersebut:

1.4, 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16……64

6
Tugas-tugas appacture (f-stop)

1. Menguasai jumlah cahaya yang memasuki kamera melalui lens.

2. Untuk mendapatkan Jarak Jeas (Depth of Field)

3. Membantu mendapatkan shutter speed yang dikendaki melalui pemilihan


appacture yang sesuai, contohnya rajah di bawah.

7
DEPTH OF FIELD (JARAK JELAS)

Untuk mendapatkan jarak jelas yang luas (infocus), jarak kamera hendaklah jauh
dari objek. Kita memerlukan appacture yang kecil. Apabila kita menggunakan
appacture yang kecil, kita hanya menggunakan bahagian tengah lens (the best definition
in the centre of the lens). Jadi, apa keadaan sekalipun appacture yang kecil menajamkan
objek.

Jarak Jelas (Depth of Field) yang luas ditentukan kerana:

1. Menggunakan appacture yang kecil – semua gambar menjadi jelas dan


tajam.

2. Jarak objek yang dekat dengan kamera menyebabkan jarak jelas menjadi
sempit. Contohnya bahagian depan dan belakang objek yang difokus
menjadi kabur. Terutamanya di bahagian depan. Oleh itu jarak jelas
yang luas di sini ditentukan oleh kedudukan kamera yang jauh dari objek.

3. Susunan kanta dalam lens sudut luas (wide angle lens), jarak jelas (DOF)
lebih luas daripada menggunakan lens telephoto.

JENIS-JENIS “EXPOSURE METER” DI DALAM KAMERA

Terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Jenis Kawasan Keseluruhan (Average Metering)


Ia digunakan untuk menyukat cahaya daripada keseluruhan skrin (pemidang focus),
tetapi adakalanya dedahan ini tidak sesuai digunakan, contohnya apabila menentang cahaya
(back lighting) atau objek dikelilingi dengan keadaan yang gelap. Jenis ini sesuai untuk
mengambil gambar permandangan.

Rajah: Kawasan Keseluruhan (Average Metering)

8
2. Jenis Kawasan Tengah (Center Weighted Metering)
Digunakan bagi tujuan menyukat cahaya dari kawasan tengah focusing screen, kerana
kebanyakan objek yang penting terletak di kawasan ini. Exposure jenis ini dapat menyukat
lebih tepat kepada objek yang penting.

Rajah: Kawasan tengah (Center Weighted Metering)

3. Jenis Kawasan Setitik (Spot Metering)


Meter ini hanya digunakan menyukat cahaya di dalam bulatan tengah pada finder screen
atau focusing screen. Ia sesuai digunakan untuk mengambil gambar yang mana exposure yang
tepat di bahagian tengah kamera. Jenis ini paling banyak digunakan. Gambar portrait paling
sesuai menggunkan jenis exposure ini.

Rajah: Kawasan Setitik (Spot Metering)

Walau bagaimanapun, kamera jenis SLR autofokus hari ini mempunyai ketiga-
tiga jenis “exposure meter” di atas, contohnya kamera Nikon F5, F4, F90X, Canon
EOS1 dan lain-lain.

9
EXPOSURE

S/S1/60 saat, WAKTU 6.30 pm.

F/5.6
(UNDEREXPOSURE – 1 STOP)

Apabila F/4 bertukar kepada F/5.6


(bukaan yang kecil), exposure meter
pada kamera menunjukkan under
1 stop. Gambar yang terhasil menjadi
gelap.
- latarbelakangnya jelas (jarak
jelas yang luas: depth of field)

F/4
(NORMAL EXPOSURE)

Dengan menggunakan F/4, exposure


Meter menunjukkan normal pada kamera.
Gambar yang dihasilkan menjadi normal.

F/2.8
(OVEREXPOSURE – 1 STOP)

Apabila F/4 diubah kepada F/2.8 (bukaan


App yang besar), exposure meter menunjukkan
Over 1 stop pada kamera. Gambar yang
Dihasilkan menjadi cerah.
-Latarbelakangnya menjadi kabur (jarak
10jelas yang sempit: depth of field)
Motorsport

Fotografi motorsport selalu dikaitkan dengan lensa yang besar panjang, jenis yang tidak
mampu dimiliki oleh kebanyakan peminat fotografi amatur. Lensa sebegini bukan
sahaja sangat mahal tetapi berat juga. Lagi pun kebanyakan pengguna lensa bazooka di
litar lumba adalah jurugambar berita yang diberi akses untuk berada di kawasan yang
tidak boleh dimasuki oleh penonton biasa. Ini tidak bermakna amatur dengan
kelengkapan dan akses terhad tidak boleh mendapatkan gambar yang elok.

Bagi mereka yang tak biasa mengambil gambar panning, seeloknya cuba dahulu dengan
menggunakan shutter yang laju, sekitar 1/200s, supaya boleh merasai bagaimana
menggerakkan badan ketika panning. Turunkan kelajuan shutter sedikit demi sedikit
apabila anda telah selesa, biasanya sekitar 1/80 ke 1/125. Susah juga nak kata apakah
shutter speed yang sesuai sebab kelajuan kereta sentiasa berbeza di setiap lokasi. Dalam
mengambil foto sebegini, ada 3 perkara yang kita harus diberi perhatian:

1. Gambar harus menunjukkan kereta lumba dengan tulisan/logo penaja boleh dilihat
jelas.
2. Latar belakang yang lembut (Soft) dan menampakkan kesan pergerakan.
3. Putaran roda kereta dapat dilihat.

Shutter speed yang terlalu tinggi akan mengakibatkan (2) dan (3) kelihatan kaku. Salah
fokus dan panning yang tidak jitu mengakibatkan (1) tidak tercapai.

Gambar motorsport akan lebih bermakna jika ada unsur drama. Ramai yang
membayangkan kereta berlanggar atau terbabas. Perkara sebegini jarang berlaku dan
cukup sukar untuk dirakam biar pun berlaku di depan mata kerana anda perlu peka dan
pantas menukar setting daripada panning kepada high shutter speed. Apa yang lebih
mudah diperolehi ialah keadaan seperti aksi memotong, brek atau api pada ekzos. Aksi
sebegini lebih mudah dijangka dan anda boleh mendapat hasil yang memuaskan setelah
mencuba beberapa kali.

11
Jangan terlalu kedekut melepaskan shutter kerana untuk mahir teknik panning anda
perlu berlatih secukupnya.

12
Tip merakam gambar berdasarkan pergerakan subjek

1. Teknik memberhentikan subjek utama


- Setkan high speed shuter pada kamera
anda boleh memilih Shutter 250, 500, 1000
dan 2000 @ Program spot @ TV @ S

2. Halakan kamera mengikut pergerakan subjek seperti


kereta bergerak ahli sukan sedang berlari, atau bola yang
sedang melantun.

3. Dapatkan aperture mengikut meter dalam kamera yang


akan mengukur cahaya pada masa gambar dirakam.

4. Sekiranya mengunakan program spot anda tidak perlu


menggerakkan aperture kerana kamera set sendiri
aperture

Depth Of Field (DOF)

x Jarak jelas

x Menerangkan cara-cara mendapatkan gambar yang mengandungi


semua objek jelas (in-focus) atau hanya sebahagian sahaja yang jelas.

Pengaruh DOF

1. Aperture - Semakin besar lubang Aperture semakin kecil DOF


Semakin kecil Lubang Aperture semakin luas DOF

2. Lens - Semakin tele semakin sempit DOF


Semakin wide semakin luas DOF

3. Fokus - Semakin dekat jarak objek semakin sempit DOF


Semakin jauh jarak objek semakin luas DOF

Istilah-Istilah DOF

Deep DOF - Latar belakang jelas

Shallow DOF - Latar belakang kabur

13
Kawasan Pandang Jelas

f no
2.8

Latihan 1

Latihan 2

f no
22

Perkara yang mempengaruhi D.O.F

- Penggunaan pembukaan aperture

- Jarak

- Penggunaan lensa

Menzahirkan D.O.F
(yang minima/sempit)

- Gunakan pembukaan aperture yang besar.

- Jarak kamera yang dekat dengan subjek / micro.

- Gunakan lensa telefoto.

14
Menzahirkan D.O.F
(yang maxima/luas)

- Gunakan pembukaan aperture kecil

- Jauhkan kamera dari subjek.

- Gunakan lensa wide angle.

Penggunaan pembukaan aperture

Aperture kecil D.O.F luas


Aperture besar D.O.F cetek

F no. 1.4 2 4 5.6 8 11 16 22

Arah
kamera

15
Aplikasi jarak

Jarak jauh -D.O.F luas


Jarak dekat -D.O.F cetek
Jarak mikro -D.O.F lagi cetek

Jarak
Fokus luas

Kamera
Jarak dekat

Kamera
Jarak jauh

Penggunaan Lensa

Lensa wide angle -D.O.F luas


Lensa telefoto -D.O.F cetek
Jarak mikro -D.O.F lagi cetek

Jarak Jarak
Jelas luas Jelas cetek

16
Tip merakam gambar pemandangan yang memerlukan
Ketajaman gambar (luas jarak Jelas)

1. Setkan Aperture yang kecil samada f8, f11, 22.


(atau setkan program landskap) @ AV @ A

2. Gunakan lensa wide angle 35mm atau 28mm

3. Hala kamera anda ke subjek yang hendak dirakam

4. Dapatkan bacaan Shutter mengikut meter dalam kamera

5. Pastikan anda menggunakan tripot bila bacaan shutter


Rendah (low Speed Shutter) iaitu 30, 15, 8, 4, 2, 1

17
Digital Kamera/konvensional

Elemen-elemen penting yang patut anda pelajari


1. Aperture
2. Shutter Speed (kelajuan bukatup)
3. Dedahan (Exposure) dan Pengukuran dedahan
4. Dept Of Field (Jarak Fokus)
5. Program/TV/AV
6. Kombinasi Shutter Speed dan Aperture
7. IS0
8. Teknik memokus
9. Lensa dan sudut pandangan (angle of View)

A = Aperture-priority Auto / Keutamaan Aperture


Atau
AV = Aperture value

Pilih Aperture. Shuttter diselaraskan oleh kamera.

Tentukan aperture

22 16 11 8 5.6 4 2 1.4
Aperture

Shutter

4 8 15 30 60 125 250 500 1000

18
S = Shutter-priority Auto / keutamaan Shutter
Atau
T.V = Time value

Pilih Shutter secara manual, Aperture diselaraskan oleh kamera.

22 16 11 8 5.6 4 2 1.4
Aperture

Shutter

4 8 15 30 60 125 250 500 1000

PORTRAIT
Kamera akan memilih pembukaan aperture yang BESAR untuk mendapatkan
‘Kawasan Pandang’ yang SINGKAT. Manakala Shutter akan ditentukan secara
automatik.

22 16 11 8 5.6 4 2 1.4
Aperture

Shutter

4 8 15 30 60 125 250 500 1000

19
LANDSCAPE
Kamera akan memilih pembukaan aperture yang KECIL untuk mendapatkan
‘Kawasan Pandang’ yang LUAS. Shutter akan ditentukan secara automatik.

22 16 11 8 5.6 4 2 1.4
Aperture

Shutter

4 8 15 30 60 125 250 500 1000

NIGHT SCENE / Penggambaran malam


Kamera akan memilih Shutter yang LAMBAT bagi mendapatkan pendedahan
yang cukup untuk lampu-lampu. Manakala kamera akan mencari Aperture yang
luas.

22 16 11 8 5.6 4 2 1.4
Aperture

Shutter

4 saat
4 8 15 30 60 125 250 500 1000

20
Auto = Auto mode

Kamera akan Selaraskan kedua-dua Shutter dan Aperture.

22 16 11 8 5.6 4 2 1.4
Aperture

Shutter

4 8 15 30 60 125 250 500 1000

P = Program
Kamera akan menyelaraskan Shutter dan Aperture secara bersepadu. Juru
kamera boleh membuat pilihan gabungan shutter dan aperture yang sesuai
tanpa mengubah nilai pendedahan.

22 16 11 8 5.6 4 2 1.4
Aperture

Shutter

4 8 15 30 60 125 250 500 1000

21
Mix Speed
# Kepantasan merakam gambar boleh
diubah-ubah

# Setting ISO boleh diubah-ubah


untuk meningkatkan kepekaan kamera

Mix ISO
# ISO boleh diubah mengikut keperluan anda
# Menentukan tempoh kemasukkan cahaya
melalui lensa
# Lebih tinggi ISO, lebih peka kamera
bertindak pada cahaya – lebih mudah
merakam gambar dalam keadaan cahaya
yang malap.

22
Auto / Manual

# Menggunakan set Auto lebih mudah


(Shutter, Aperture dan Fokus ditentukan
oleh kamera

# Set Manual biasanya digunakan bagi


mendapatkan efek-efek yang tertentu.

Pertukaran mode penggambaran dengan pantas


menjadikan anda sentiasa bersedia

23
Pertukaran mode penggambaran dengan pantas

24
Mode dial- kawalan sepenuhnya sesebuah kamera
Exposure Modes (mode dedahan)
1. Manual - Kawalan sepenuhnya oleh Jurugambar
2. Program – Kawalan sepenuhya oleh kamera
3. Shutter Priority (TV) Kawalan shutter oleh Jurugambar
4. Aperture Priority(AV) Kawalan Aperture oleh Jurugambar

Mengandungi kawalan
Program Yang dikawal
oleh kamera
1. Auto
2. Portrait
3. Landscape
4. Close Up
5. Sports

Gambar kecil-
LCD panel

Contoh gambar kesan kelajuan shutter speed

Slow speed Shutter


1/10 saat

Kelajuan Shutter 1/4000 saat

25
Program - Shutter Speed dan Aperture di
Tentukan oleh kamera.

Program speed - Mengutamakan Speed tinggi


(lambang Sukan)

Program Close Up - Merakam gambar close Up


(Lambang bunga)

Program Landskap - Merakam gambar wide Angle


(Lambang gunung)

Program potret - Merakam gambar potret

Bagaimana menghasilkan gambar normal

Kombinasi Dedahan
Secara Manual - Shutter Speed dan Aperture ditentukan oleh
jurugambar
(jurugambar perlumengukur cahaya pada
meter kamera

Secara Auto - AV- Aperture Value/priority


(Keutamaan Aperture)
Aperture ditentukan oleh Jurugambar
Shutter Speed ditentukan oleh kamera.

- TV – Time Value/Shutter Priority


(Keutamaan Shutter speed)
Shutter Speed ditentukan oleh jurugambar
Aperture ditentukan oleh kamera

26
Teknik B Stop (Bulb)
Tip Merakam keindahan malam tanpa flash
1. Letakkan kamera anda pada Tripod supaya kedudukan
kamera tetap dan tidak bergoyang
2. Rakamkan secara breketing sistem subjek yang hendak
dirakam iaitu sebagai contoh rakamkan dengan bukaan
B Stop masa 5 saat untuk rakaman pertama diikuti 10
saat, 15 saat, 20 saat
Bandingkan keputusan dapatkan gambar yang terbaik
3. Masa yang terbaik merakam gambar malam ialah
waktu senja antara jam 7 malam hingga 8 malam
kerana langit masih kelihatan kebiruan.
4. Pastikan ada cahaya lampu. (jangan merakam tanpa
cahaya)

27
Lens/Lensa

Mengandungi Elemen Kanta Cengkung dan Kanta Cembung


Yang disusun berperanan membiaskan cahaya ke Filem/CCD
Bahagian Lens
1. Gegelang Fokus

2. Gegelang Aperture

3. Gegelang Zoom

Jenis-jenis Lens
1. Fish eye - Lensa mata ikan 8 mm

2. Super Wide Angle - 16/24mm

3. Wide Angle - 28/36mm Bukaan 90 darjah

4. Normal Lens - 50 mm

Standard Lens
5. Telefoto Lens - 70mm/100mm/135mm/200mm/300mm

6. Super Telefoto lens - 600mm/1,000mm

7. Micro Lens - Untuk merakam gambar Close Up/objek Kecil

8. Zoom Lens - Angle yang boleh digerakkan

Keupayaan ZOOM
# Kemampuan lensa membesar Subjek.
# Optikal ZOOM.
# Digital Zoom.

28
29
Sweet Spot: Di Mana Letaknya Ketajaman Gambar

Sweet spot adalah julat di mana imej adalah paling tajam. Terdapat 3 jenis sweet spot:
1. Aperture yang memberikan imej paling tajam.
2. Focal length (pada zoom).
3. Zon tajam dalam frame.

Jika anda mengambil foto dengan ketiga-tiga faktor di atas berada dalam zon sweet spot,
peluang untuk menghasilkan gambar yang tajam adalah lebih cerah. Mungkin anda
pernah tertanya-tanya kenapa ada perbezaan dari segi ketajaman di antara foto yang
diambil menggunakan peralatan yang sama. Mungkin ini adalah sebabnya.

Sweet spot untuk aperture banyak bergantung kepada rekabentuk sesuatu lensa. Namun,
secara umumnya ia terletak 2 stop daripada bukaan aperture terbesar dan terkecil.
Contohnya jika lensa anda mempunyai julat aperture f/2.8-f/32, kemungkinan besar
sweet spot berada antara f/5.6 dan f/16. Anda boleh membuat eksperimen sendiri untuk
mengetahui julat sweet spot aperture bagi setiap lensa anda dengan mengambil foto
contoh pada aperture yang berbeza kemudian membandingkan hasilnya. Pastikan faktor
lain dikawal rapi dan hanya mengubah aperture dan shutter speed (tanpa gegaran)
sambil mengekalkan nilai dedahan pada tahap yang sama. Subjek yang ideal untuk
eksperimen ini ialah struktur yang mempunyai tekstur rapi agar perbezaan dapat dilihat
lebih jelas.

Untuk zoom pula, sweet spot biasanya berada di zon tengah hingga ke hujung tele.
Kebiasaannya zoom menghasilkan imej yang lembut pada hujung wide dan semakin
tajam ke arah tele. Contohnya bagi lensa 70-200mm, foto akan lebih tajam pada 200mm
berbanding 70mm.

Ada kalanya kita melihat hasil foto yang mana bahagian berdekatan tepi gambar agak
lembut (Soft). Ini kerana frame imej tersebut adalah lebih luas daripada zon tajam.
Fenomena ini biasanya dilihat pada kamera bersensor besar seperti full frame dan
medium format. Kamera dengan sensor yang kecil jarang menampakkan kesan ini
kerana sensor hanya meliputi bahagian tengah image circle yang terletak dalam zon
tajam.

Jika ketajaman adalah sesuatu yang penting untuk anda, teknik mengawal sweet spot
boleh membantu anda tanpa memerlukan peralatan tambahan. Tetapi tidak semua jenis
foto yang perlu begitu mengambil kira mengenai sweet spot. Contohnya jurufoto
pemandangan biasa menggunakan focal length paling wide dan aperture yang paling
sempit. Ini kerana bagi foto sebegini, depth of field yang sesuai adalah lebih penting
daripada ketajaman.

30
STUDIO LIGHTING
(ARAH MENURUN)

TOP
HIGHT

MEDIUM

LEVEL

FOOT

STUDIO LIGHTING
(ARAH RATA)

REAR
RIM
SIDE REAR

SIDE

CROSS
CENTER OF CENTER

31
KOMPOSISI
x Suatu pendekatan bagi menghasilkan gambar secara professional.

PELANGGAN

(a) Pelaksanaan tugas adalah mengikut selera pelanggan.


(b) Puaskan hati pelanggan melalui penyelidikan
(c) Hasil penggambaran perlu memenuhi piawaian/standard.
(d) Berikan khidmat perundingan
(e) Anda bebas untuk berkarya

MATLAMAT PEMBELAJARAN

x Mengenalpasti maksud komposisi


x Mengenalpasti komponen penting bagi membentuk komposisi
x Mengenalpasti 3 prinsip komposisi yang utama iaitu:
a) Wujudkan subjek
b) Wujudkan pusat tarikan
c) Prinsip pembahagi

BEBERAPA PRINSIP KOMPOSISI

x Wujudkan subjek
x Wujudkan pusat tarikan
x Prinsip pembahagi
x Utamakan 3 jenis ruang
x Memotong tubuh manusia
x Sudut kamera yang terbaik
x Meletakkan garisan ufuk
x Masukkan unsur kehidupan

DEFINISI KOMPOSISI

Seni memilih, menyusun serta mengadun subjek utama untuk disesuaikan dengan latar
hadapan dan latar belakang menjadi satu gambar yang menarik serta dapat diterima oleh
kebanyakan orang

Unsur kecantikan itu meliputi cantik, sedap mata memandang, mempunyai mesej dan
mempunyai tarikan yang tersendiri.

32
WUJUDKAN SUBJEK

Kewujudan subjek adalah penting supaya mesej dapat disampaikan dengan lebih
berkesan.
Ada subjek, ada cerita

.
SUBJEK

Subjek Utama Subjek Sampingan

CARA MERAKAM SUBJEK UTAMA

x Kenalpasti subjek
x Menarik perhatian
x Saiz subjek
x Warna yang menyerlah
x Jelas dan tidak terlindung
x Kedudukan yang sesuai dalam bingkai (frame)
x Bergerak atau diam
x Ruang selesa di sekelilingnya.

WUJUDKAN PUSAT TARIKAN

Serlah subjek utama supaya ia menjadi tumpuan melalui pendekatan:


x Warna
x Saiz
x Kedudukan dalam bingkai (frame)
x Rupa bentuk – yang berbeza/menarik
x Pencahayaan

PUSAT TARIKAN

Ada subjek ada tarikan. Mata akan tertumpu kepada satu bahagian dalam gambar dan
tidak mencari-cari apa yang hendak dilihat dalam gambar itu.

33
PRINSIP PEMBAHAGI

x Elak meletakkan subjek di tengah bingkai (frame)


x Bahagikan bingkai (frame) kepada tiga bahagian
x Sama ada secara menegak atau mendatar
x Letakkan subjek utama di garisan pembahagi

UTAMAKAN 3 JENIS RUANG

x Ruang pandang – lebihkan runag pandangan seseorang


x Ruang kepala – ruang di atas kepala tidak perlu terlalu luas atau terlalu sempit.
x Ruang pergerakan – ruang ini adalah bagi subjek yang bergerak.

MEMOTONG TUBUH MANUSIA

x Kenalpasti bahagian sendi


x Elakkan pemotongan di bahagian sendi

SUDUT KAMERA YANG TERBAIK

x Tinjau setiap sudut sebelum melakukan penggambaran


x Pusing 360 darjah
x Pilih sudut yang terbaik sahaja
x Gunakan low atau high angle
x Cuba elakkan sudut ketinggian mata
x Gunakan format menegak atau mendatar

MASALAH SEWAKTU PENGGAMBARAN

x Tersilap focus, gambar kabur


x Kamera goyang
x Yang mana satu subjek utama dan sampingan
x Takut atau malu ke hadapan
x Satu subjek satu shot
x Ambil belakang orang
x Latar belakang kelam kabut
x Cahaya dari belakang
x Bila perlu gunakan flash
x Berapa jauh subjek dengan kamera?
x Keadaan cuaca

34
GARIS PANDUAN ASAS PENGGAMBARAN

x Pemilihan subjek
x Punca cahaya
x Latar belakang/ latar hadapan
x Sudut yang sesuai
x Mesej yang tersirat
x Masa dan ketika yang sesuai (peluang yang terbaik)
x Suasana/keadaan sekeliling yang membantu
x Melintang atau menegak

PERHATIKAN LATAR BELAKANG, LATAR HADAPAN

x Simple, tidak celaru


x Tidak mengganggu subjek
x Tidak menenggelamkan subjek
x Ada kaitan dengan subjek
x Menyokong keterampilan subjek
x Bantu dalam menghasilkan jarak
x Tidak terlalu memutih atau terlalu gelap

KEDUDUKAN CAHAYA MATAHARI

x Cahaya yang cerah


x Cahaya yang condong
x Arah cahaya 45 darjah

Elakkan dari:
x Cahaya tegak
x Melawan cahaya
x Mendung
x Terlalu terik
x Subjek yang berhadapan dengan cahaya

SUASANA PERSEKITARAN YANG MEMBANTU

x Langit yang membiru, merah


x Cahaya yang cerah
x Suasana lepas hujan
x Taman, tasik, bunga, bukit-bukau yang cantik
x Pepohon yang rendang
x Perabut/perhiasan yang tersusun

35
TIP FOTOGRAFI

Tips Membeli Kamera Digital

Disunting oleh: Hasnuddin

Adakah anda ingin membeli kamera digital anda yang pertama untuk diri sendiri?
Saya pasti tentu anda agak keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai kerana
terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model
yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital
bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beribu ringgit!

Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk membeli kamera digital. Saya harap ia dapat
membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai untuk anda. Tidak susah
sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang anda perlu
pertimbangkan ialah:

Jangka hayat bateri/sel


Ini adalah faktor utama yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya
dapati harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring. Banyak kamera yang berharga
rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih
dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya skrin panel yang
besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk beroperasi. Pertimbangkan
samada anda perlukan kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang panjang atau
pendek.

Megapixel
Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh
dirakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel ialah dari 4 megapixel hingga
36 megapixel. Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda
perlukan? Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui
email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi
jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda
memerlukan 5 megapixel dan lebih. (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin
cetak).

Lensa Zoom
Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom
menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada
satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej
menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar
kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan
mereka; jadi berhati- hatilah semasa memilih!

36
Kawalan dedahan cahaya (Exposure Control)
Kebolehan mengawal ‘exposure’ seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan
lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan
secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil
gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar! Pengguna
yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam
subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah
kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual.

Kawalan Pengguna (User Controls)


Jika anda mencari kamera jenis ‘point-and-shoot’ (p&s), pastikan anda mencari kamera
yang mudah digunakan. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan
resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dikawal. Adalah penting kita
mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli - cuba dengan butang-butang kawalan pada
kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih
kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.

Kesimpulan
Akhir sekali saya berharap artikel ini dapat membantu anda dalam memahami faktor
yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kamera digital. Pada pandangan saya,
jika anda masih baru dalam fotografi digital, tidak semestinya anda membeli kamera
digital SLR yang tercanggih dipasaran! Bermula dengan kamera yang murah adalah
lebih baik.
Belajar, berlatih dan tingkatkan kemahiran fotografi anda terlebih dahulu. Jika anda
sudah mahir, barulah ‘upgrade’ ke kamera yang lebih canggih!

Ijam

37
Baru Beli DSLR

Saya menerima soalan daripada seorang kenalan yang baru sahaja membeli DSLR
pertama. Setelah beberapa hari bermain dengan kamera barunya kelihatan seperti ada
sedikit masalah. Soalan yang diajukan ialah, kenapa gambar makronya kelihatan kabur.

Apabila saya meneliti foto tersebut, saya rumuskan bahawa subjek di dalam gambar
tersebut tidak difokus dengan betul. Apa yang saya syak ialah beliau cuba untuk
menggunakan kit lens untuk melakukan mikro tanpa penggunaan aksesori lain. Sudah
tentu gambar tersebut kabur kerana kit lens tidak mungkin boleh memperolehi jarak
fokus yang rapat tanpa bantuan peralatan lain seperti extension tube atau close up filter.

Memiliki DSLR boleh menyebabkan kita begitu seronok untuk menerokai alam
fotografi, terutamanya ketika baru sahaja memilikinya. Kalau boleh rasa seperti tidak
sabar untuk rakam apa sahaja di depan mata. Kita ingin menghasilkan foto seperti yang
selalu dilihat di dalam majalah, surat khabar dan laman web. Namun begitu, kita perlu
berpijak di bumi nyata kerana setiap satu peralatan itu mempunyai batasan. Contohnya
seperti rakan kita tadi yang cuba untuk mengambil gambar mikro menggunakan kit lens.

Apa yang jelas ialah beliau tidak tahu tentang batasan lensa yang dimilikinya. Saya
terangkan bahawa walaupun begitu, dia masih boleh mengasah kemahiran fotografinya
dengan subjek lain yang tidak memerlukan peralatan tambahan. Sebagai contoh, gambar
pemandangan boleh diambil dengan cantik hanya menggunakan kit lens, malahan
kamera compact pun boleh memberi hasil yang memuaskan. Gambar potret juga boleh
dihasilkan dengan baik menggunakan kit lens. Tetapi jika ini tidak mencukupi untuk
anda, terpaksalah melabur untuk lensa yang lebih sesuai. Memang ada cabang fotografi
yang memerlukan lebih daripada kit lens, tetapi adakah anda bersedia untuk mengambil
langkah tersebut?

Cadangan saya kepada beliau dan juga sesiapa yang baru sahaja membeli DSLR ialah
tidak terlalu terburu-buru untuk membeli lensa hanya kerana terikut-ikut dengan rakan.
Fotografi boleh dinikmati secukupnya dengan berbekalkan kit lens. Tiada lensa ajaib
yang boleh menghasilkan gambar yang cantik tanpa perlu ada kemahiran dan
pengetahuan fotografi asas. Yang penting ialah tahu menggunakan apa jua peralatan
yang kita ada dan bagaimana untuk memanafaatkannya dengan penuh.

Bagi yang baru berjinak dengan DSLR, asah bakat anda dengan kit lens dahulu dan dari
situ anda boleh meneroka cabang fotografi yang anda minati.

38
Gambar ini dirakam menggunakan kit lens.

Apa pendapat anda tentang kit lens yang anda miliki? Adakah anda rasa kebolehan anda
terhad, atau adakah anda telah menggunakan sepenuhnya kebolehan kit lens anda

Amir Ridhwan

39
APA ITU BULB?

Pada kamera DSLR kita, kita akan jumpa pelarasan shutter speed yang dinamakan
BULB. Apabila kita menggunakan setting BULB, shutter akan terbuka apabila shutter
release button ditekan. Selagi kita tidak lepaskan shutter release button tersebut, selagi
itulah shutter akan terus terbuka. Ini bermaksud, anda boleh tentukan sendiri berapa
lama shutter ingin dibuka.

Kebanyakan kamera DSLR mempunyai kawalan shutter speed diantara kelajuan 1/4000
saat sehingga ke 30 saat. Jika anda ingin membuka shutter lebih lama dari 30 saat, anda
boleh laraskan kawalan shutter kepada BULB.

Setting BULB biasanya digunakan dalam keadaan cahaya yang kurang seperti di waktu
malam. Dengan membuka shutter dalam satu tempoh yang panjang, lebih banyak
cahaya akan masuk. Dengan ini, suasana yang gelap akan dapat dicerahkan.

Tapi, bila menggunakan slow shutter, anda perlu pastikan kamera berada dalam keadaan
stabil tanpa sebarang gegaran. Anda boleh gunakan tripod untuk mengatasi masalah ini.
Anda juga perlu pastikan subjek anda tidak bergerak apabila menggunakan slow shutter.

Mengapa BULB dinamakan BULB?

BULB mendapat namanya dari ‘flash bulb‘. Pada zaman awal fotografi, apabila
jurugambar ingin merakam gambar dengan flash bulb, mereka perlu membuka shutter
dalam tempoh yang agak panjang. Setelah shutter terbuka, flash bulb akan dipancarkan
secara manual oleh jurugambar. Setelah itu, jurugambar perlu menutup semula shutter.
Sebab itulah, shutter perlahan dimana kita kawal bila ianya dibuka dan ditutup
dinamakan BULB.

Jurugambar zaman lalu perlu menggunakan BULB apabila ingin merakam gambar
menggunakan flash. Ini berbeza dengan teknologi sekarang. Kini Flash boleh
dipancarkan secara otomatik sebaik shutter terbuka. Ini juga disebut sebagai flash
synchronization.

Oleh: Hasnuddin

40
Perbezaan Back Light & Rim Light

Konsep pergerakan cahaya adalah lurus. Ini bermakna cahaya bergerak dalam ruang
secara lurus

Back Lighting

Back Lighting bermaksud apabila sumber cahaya ialah dari belakang subjek/belakang
sisi subjek dan menghala ke arah kamera/jurukamera, dan sekiranya cahaya tersebut
terlepas boleh menerjah masuk ke dalam lensa. Apabila terdapat unsur keadaan
sekeliling seperti kabus, asap, atau debu, back lighting ini mampu menimbulkan kesan
cahaya yang dramatic.

Rim Lighting

Bila cahaya datang daripada sudut tertentu (terutamanya dari belakang/backlight), ia


akan mencetuskan highlight nipis (outline) pada bahagian tepi sekeliling tanpa jatuh ke
permukaan hadapan subjek.

Side Lighting

Side lighting bermaksud cahaya datang daripada bahagian tepi subjek yang berhadapan
dengan jurukamera. Kebiasaannya side lighting akan memberikan kita imej yang
mempunyai kontras yang ketara, boleh juga menghasilkan kesan bayang subjek yang
panjang.

Di satu topik lain kita boleh membincangkan dengan lebih lanjut sumber cahaya yang
boleh dimanipulasikan menjadi back lighting, rim lighting dan side lighting.
Peringatan: Sekiranya cahaya daripada back lighting tadi melepasi subjek dan menerjah
memasuki lensa, maka akan terhasil kesan flare. Kesan flare ini adakalanya
mencantikkan lagi imej, namun selalunya boleh menjejaskan imej.

Aminorazmi

41
42
43
Aminorazmi

44
Hujan

Untuk fotografi di luar rumah, cuaca yang baik adalah amat penting. Keadaan cahaya
yang sesuai adalah penting untuk foto pemandangan dan senibina. Bagi jurufoto nature,
cuaca yang elok akan memudahkan operasi memburu subjek. Tetapi ada kalanya kita
terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak dirancang seperti hujan.

Oleh kerana tumpuan saya iala nature macro, hujan biasanya membawa berita yang
kurang elok untuk sebarang trip. Walaupun cuaca hari tersebut elok tetapi jika hujan
pada hari sebelumnya, denai hutan akan menjadi becak dan pacat bermaharaja lela.
Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menikmati fotografi sepenuhnya. Memang
hujan adalah halangan untuk aktiviti yang biasa saya ceburi tetapi hujan juga membawa
peluang untuk kita mencuba beberapa jenis foto yang jarang dapat dirakam.

Beberapa corak semula jadi dapat dilihat daripada sudut yang lebih menarik selepas
hujan. Manik-manik di sawang labah-labah membawa seribu satu cerita bila dirakam
dengan teliti. Titisan air di hujung daun juga adalah satu subjek yang sangat menarik
bila menampakkan reflection kawasan sekitar.

Rangkaian titisan air di sawang labah-labah.

45
Awan hujan yang mendatang.

Di kawasan bandar pula, reflection pada lopak air selepas hujan adalah antara subjek
yang boleh diolah dengan pelbagai cara. Gambar sebegini akan memberikan impak yang
bagus jika depth of field dikawal dengan rapi agar elemen selain subjek utama kelihatan
maya. Jika renyai, gelagat manusia mengharungi kehidupan di kala hujan pun boleh
menjadi subjek yang menarik seperti gambar orang melintas jalanraya sambil
berpayung.

Reflection di lopak air.

Hujan yang terlalu lebat dan tidak berhenti boleh mengakibatkan bencana alam. Kita
boleh membawa kisah sebegini melalui foto. Tidak perlu kita merakamkan detik
jambatan runtuh untuk mendapatkan foto yang bagus, cukup kalau kita dapat membawa

46
gambaran keadaan tersebut dengan drama yang jelas. Elemen kemanusiaan akan banyak
membantu untuk menguatkan lagi drama, contohnya seperti petani yang mengheret
kerbaunya pulang ketika hujan lebat.

Foto sebegini boleh dirakam dari tingkap rumah sahaja.

Fotografi seharusnya dinikmati sepanjang masa tanpa batasan cuaca.

Pernahkah anda mendapat sebarang gambar yang baik ketika hujan???

47
Mengenali Subjek

Pengetahuan berkenaan subjek yang kita rakam adalah satu perkara yang penting jika
kita ingin menghasilkan foto yang baik. Jurugambar profesional sentiasa mengkaji
subjek yang mereka pilih agar dapat membuat persiapan yang sewajarnya. Perkara ni
meliputi semua aliran fotografi tanpa mengira peralatan yang anda miliki. Jika anda
ingin mendapatkan masterpiece, kenalilah subjek anda dengan lebih dekat.

Jurufoto potret seringkali berinteraksi dengan subjek sebelum sesi penggambaran


dimulakan. Mereka akan berbual tentang pelbagai perkara meliputi keluarga, pekerjaan
dan kampung halaman. Saya sentiasa berbual kosong dengan subjek manusia ketika
melakukan persiapan penggambaran supaya dapat membina kemesraan dan
kepercayaan. Perbualan bukan sahaja bertujuan untuk ice breaking tetapi yang lebih
penting ialah untuk kita mengenali peribadi beliau supaya ia dapat membantu kita untuk
menzahirkan kecantikan asli subjek berkenaan. Foto yang cantik dihasilkan apabila
subjek tersebut mengukir senyuman bukannya kepada kamera yang tidak bernyawa
tetapi kepada jurugambarnya. Raut muka dapat dirakam dengan lebih neutral dan ikhlas,
satu perkara yang sukar dicapai apabila bekerja dengan orang yang tidak dikenali.

Apabila kita melakukan penggambaran dengan subjek bukan manusia, sudah tentu kita
tidak boleh berbual dengan subjek berkenaan. Sebagai contoh apabila kita merakam
pemandangan di kampung atau mercu tanda sebuah bandar, pengetahuan tentang tempat
tersebut membolehkan kita tahu sudut apa yang terbaik untuk dirakam. Kita tidak perlu
tercari-cari lokasi yang sesuai yang akan memenatkan badan dan merosakkan mood.
Kita juga boleh menganggar waktu yang sesuai untuk mengambil foto di lokasi terbabit,
mungkin cahaya lebih cantik di pagi hari apabila matahari naik di timur atau mungkin di
bulan Mac ketika burung berhijrah yang memberikan impak kepada suasana.

Untuk jurugambar nature, pengetahuan tentang subjek tidak dapat dielakkan.


Penggemar burung sentiasa tahu waktu penghijrahan burung, habitat, tabiat dan
makanan yang digemari setiap species. Jurufoto makro pula harus tahu bagaimana untuk
mencari subjek yang diinginkan dan juga cara yang sesuai untuk menghampiri subjek
tanpa mengganggunya. Menjangka tindak balas subjek tersebut sangat penting supaya
kita boleh bersiap sedia untuk mendapatkan foto yang jarang dirakam oleh orang lain.
Silap langkah walaupun sedikit akan menyebabkan peluang keemasan terlepas.

Jurufoto harus belajar untuk membuat kaji selidik berkenaan subjek yang dipilih
sebelum penggambaran dimulakan untuk mendapat hasil terbaik. Tiada jalan singkat
untuk mengenali subjek anda selain daripada mengambil inisiatif sendiri untuk menimba
maklumat yang diperlukan. Inilah antara perkara yang melampaui batasan teknikal dan
kenapa sesetengah jurufoto terkenal hanya perlu berbekalkan peralatan yang minima
ketika melakukan tugasan.

48
Pengetahuan yang mendalam tentang tabiat dan habitat tarantula tropika adalah penting
untuk menjejak labah-labah ini yang sensitif dan hanya aktif di waktu malam.

Apakah subjek kegemaran anda? Apakah bidang pengkhususan anda? Bagaimana cara
anda mengenal subjek anda dengan lebih mendalam?

Amir Ridhwan

49
Kreativiti

Apabila kita membelek majalah yang mengandungi foto yang memberikan inspirasi,
mungkin perkara yang bermain di minda tentang penghasilan foto berkenaan ialah,
peralatan yang lengkap, kemahiran dan peluang (nasib). Untuk penggiat foto sebagai
hobi hujung minggu, peluang mungkin jarang tiba manakala peralatan pula bergantung
kepada budget masing-masing. Apa yang boleh diasah ialah kemahiran yang
merangkumi aspek teknikal dan estetika.

Kini terdapat pelbagai aksesori, kamera dan lensa yang memudahkan jurufoto
mendapatkan kesan yang diingini tanpa perlu menggunakan teknik ortodoks yang agak
leceh. Sebagai contoh, kamera moden yang mampu menghasilkan imej bersih pada ISO
tinggi boleh mengurangkan pergantungan kepada kawalan cahaya yang rumit. Sistem
Image Stabilizer pula membolehkan gambar yang stabil dirakam pada dedahan lama
tanpa perlu menggunakan tripod. Jika masih ada kepincangan pada imej, ia boleh
dibaiki dengan post processing yang boleh dilakukan dengan komputer peribadi.

Teknologi banyak membantu kita untuk menghasilkan karya dengan mudah dan
menjimatkan masa. Tetapi kesannya ialah aspek seni dalam foto itu sendiri yang
menjadi semakin dipinggirkan. Acapkali apabila diperbincangkan tentang seni, kita akan
merujuk kepada teknik komposisi. Akhirnya ada yang merumuskan kalau gambar itu
mengikut rule of thirds, sudah dikira ada seni. Tetapi di mana ceritanya? Apakah yang
gambar tersebut sampaikan selain hanya tompokan pixel atau dakwat?

Foto yang dianggap masterpiece menimbulkan rasa “wow” bila dilihat. Ia bukan foto
yang hanya menepati piawai teknik komposisi, pencahayaan dan memperagakan subjek
cantik. Ia sepatutnya membawa sesiapa yang melihat ke alam lain dan menimbulkan
riak emosi. Foto sebegini tidak dihasilkan dengan meniru gaya orang lain tetapi hasil
daripada sanubari jurufoto itu sendiri. Foto-foto yang dipaparkan dalam majalah
terkemuka dirakam dengan tujuan untuk membawa kisah daripada kawasan terpencil ke
mata dunia, bukannya sekadar aplikasi teknik dan peralatan semata-mata. Ia lahir
daripada keinginan untuk mendapatkan foto yang boleh membicarakan seribu satu
coretan dan menarik perhatian pembaca untuk mengetahui lebih lanjut. Inilah kreativiti.

Apakah masalah anda untuk menghasilkan gambar yang kreatif? Adakah anda ada tips
lain untuk menjadi kreatif? Harap anda boleh kongsikan pengalaman dan pendapat anda
dengan pembaca lain.

Amir Ridhwan

50
Breaking The Rules.

Mat Saleh kata, “Rules are made to be broken”. Orang-orang fotografi kita pun sibuklah
nak break the rules of photography sebab nak jadi lain dari yang lain. Ada yang memang
tak pernah ikut rules dah. Setiap kali shoot, mesti nak break the rules. Tapi, masalahnya,
apa rules yang dia break, dia pun tak tahu. Boleh ke?

OK, saya memang old school. Tapi, saya tak menolak pendapat bahawa kadang kala
kita perlu break the rules sebab fotografi itu sesuatu yang kreatif. Penilaian karya
fotografi juga adalah subjektif. Tapi, saya rasa, before kita break the rules, eloklah kalau
kita tahu dulu apakah rules dalam fotografi. Biarlah kita break the rules secara berilmu
dan bersebab.

Macam jugak undang-undang jalanraya. Lampu isyarat merah tanda berhenti. Saya ingat
lagi cikgu sekolah memandu saya cakap, “Kalau nampak lampu isyarat warna merah,
kena jalan terus kalau ada polis trafik bagi arahan untuk jalan, kalau ada kecemasan dan
kalau lampu isyarat tu rosak. Selain dari itu, nampak lampu merah, wajib berhenti” Jadi,
maksudnya, nak langgar peraturan tu boleh, tapi kenalah ada sebab yang kuat.

Memang ada jurugambar ternama yang melanggar peraturan fotografi dalam karyanya,
tetapi hasilnya hebat. Dia break the rules dengan sebab yang kuat. Dia break the rules
dan boleh jelaskan dengan panjang lebar mengapa dia break the rules.

Janganlah jadikan break the rules sebagai alasan untuk kita tidak mempelajari asas
peraturan fotografi. Pastikan bila anda break the rules, gambar anda jadi lebih hebat.
Kalau gambar tak jadi hebat, tak payahlah nak break the rules. Buat rosak gambar saja.

Hasnuddin

51
Ilmu Rahsia Fotografi

Ilmu fotografi seharusnya dikongsi bersama tanpa menyembunyikan apa-apa rahsia.


Namun, bukan semua ilmu akan diajarkan sewenang-wenangnya kepada semua orang.
Ada beberapa ilmu yang tidak mudah didapati.

Ilmu rahsia perniagaan atau ‘trade secret’ adalah ilmu fotografi yang paling susah untuk
didapati. Ini kerana, ilmu ini, jika didedahkan kepada umum akan menjejaskan
perniagaan seseorang itu. Bagi sesetengah orang, mendedahkan ilmu ini umpama
membunuh diri sendiri. Biasanya, seseorang jurugambar tidak akan mendedahkan teknik
tertentu beliau yang menjadikan karyanya unik. Jika beliau mendedahkan teknik ini
secara umum, jurugambar tersebut tidak akan ada sebarang keistimewaan lagi.

Jurugambar juga jarang ingin berkongsi pembekal (supplier) bagi produk tertentu.
Pembekal kepada produk ini menjadi seakan ibu duit kepada perniagaannya. Jika semua
orang ada produk yang serupa, perniagaan beliau dikhuatiri tidak akan mampu bersaing
lagi. Contohnya, jika seseorang jurugambar mempunyai pembekal album gambar yang
yang cantik tetapi murah, beliau amat berat untuk mendedahkan dimana beliau membeli
album gambar tersebut.

Walaupun jurugambar cuba merahsiakan beberapa perkara yang beliau ketahui,


bukanlah bermakna rahsia itu tidak boleh didedahkan langsung. Sesuatu rahsia itu boleh
didedahkan kepada orang yang tertentu. Jika seseorang itu menunjukkan minat yang
mendalam, bersungguh-sungguh serta sedia membuat kebaikan kepada si penyimpan
rahsia, rahsia itu tentu sekali boleh dibocorkan.

Saya faham dan setuju, rahsia perniagaan harus dikawal rapi. Namun, ilmu fotografi
umum harus dikongsikan bersama, tanpa rahsia. Bagi saya, orang yang kedekut ilmu
ialah orang yang tidak cukup ilmu. Sebab itulah dia fikir, jika dia mengajarkan ilmunya,
ilmunya akan cepat habis!

Oleh: Hasnuddin

52
Etika Jurugambar

Fotografi digital merupakan hobi yang sangat mengasyikkan. Ia memberi peluang


kepada seseorang untuk menzahirkan kreativiti dengan cara yang agak mudah kerana
apa yang perlu dilakukan ialah mencari subjek yang dikehendaki dan merakam foto
dengan teknik yang sesuai. Lengkuk pembelajaran teknik juga agak mudah berbanding
dengan bidang seni yang lain seperti seni lukis yang memerlukan tempoh pembelajaran
yang lama. Dengan teknologi digital, sesiapa sahaja boleh menikmati fotografi dan
mahir dalam tempoh yang singkat. Ditambah lagi dengan adanya internet, jurufoto boleh
berkongsi ilmu dan juga hasil karya masing-masing.

Dalam keghairahan untuk mencuba perkara baru dalam fotografi, sama ada teknik
mahupun perubahan subjek, kita mungkin juga alpa dengan etika yang wajar. Apa yang
dimaksudkan ialah bila mana fotografi itu menjadi gangguan kepada orang lain,
terutamanya apabila kita merakam foto manusia. Tidak semua orang suka gambar
mereka dirakam, terutamanya tanpa izin. Lebih lanjut, mereka mungkin tidak suka jika
foto mereka dipaparkan di internet untuk dilihat oleh seluruh dunia. Ini lebih kritikal
jika gambar tersebut tidak mencerminkan invididu terbabit sebagaimana yang
dikehendakinya seperti gambar kandid ketika menyuap makanan. Saya rasa kebanyakan
orang tidak mempunyai niat yang buruk untuk memalukan subjek di dalam foto
sebegini, tetapi kita perlu juga sensitif terhadap keterbukaan individu berkenaan. Jika
kita mengambil gambar jalanan secara kandid, adalah lebih elok jika indentiti manusia
di dalam foto berkenaan tidak ditonjolkan dengan jelas agar kita tidak mendatangkan
masalah dengan tidak sengaja.

Apa yang lebih memeningkan ialah apabila ada segelintir jurufoto yang suka mengambil
gambar candid berunsur seksual. Adakala saya melihat foto di forum yang hanya
menunjukkan bahagian tubuh wanita yang mengghairahkan secara kandid. Pernah juga
berlaku di majlis pertunjukan fesyen di mana seorang jurugambar dilihat cuba
mengambil gambar dari bawah skirt seorang model. Perbuatan sebegini mencemarkan
imej jurufoto secara keseluruhan dan membawa pandangan serong kepada penggiat foto.

Etika tidak membataskan kreativiti dalam fotografi tetapi ia adalah garis panduan untuk
melahirkan kreativiti dengan terpimpin. Jurufoto yang berhemah tidak perlu bergantung
kepada populari murahan dengan menayangkan foto separa lucah yang tidak membawa
apa-apa erti.

Amir Ridhwan

53
Belajar Fotografi Dari Ramai Guru

Kita tidak boleh terlalu taksub dengan seorang guru tertentu. Bila
saya mengajar fotografi, saya akan ingatkan pelajar saya supaya
jangan terima bulat-bulat pendapat dan cara saya. Saya juga selalu
ingatkan supaya, selepas belajar dengan saya, belajarlah lagi
dengan guru lain. Saya tidak tahu semua perkara dalam dunia
fotografi. Tidak ada orang yang pakar dalam semua bidang. Jadi,
belajarlah dari ramai guru kerana setiap orang guru mempunyai
kepakaran yang tersendiri.

Jika guru lain menyampaikan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang
saya ajarkan, janganlah terus membuat tuduhan guru mana yang salah.
Sebaliknya, gunakanlah akal fikiran sendiri untuk membuat
keputusan, pendapat mana yang lebih sesuai dengan diri kita.

Saya pernah terjumpa seorang jurugambar baru yang terlalu


mendewakan gurunya yang seorang itu. Baginya, hanya seorang guru
sahaja yang betul. Apa saja pendapat dari guru lain akan ditolak
mentah-mentah. Alangkah ruginya jika kita bersikap seperti ini
kerana ilmu kita takkan berkembang dan bertambah.

Hasnuddin Abu Samah

54
MULA BOSAN DENGAN FOTOGRAFI?

Adakah keseronokan anda dalam fotografi sudah mulai berkurangan? Kalau dulu tiap-
tiap hari pegang kamera, sekarang cuma pegang kamera sebulan sekali? Jangan risau,
gejala ini memang biasa berlaku kepada peminat fotografi. Berikut ini saya berikan
beberapa panduan agar anda sentiasa bersemangat untuk mengambil gambar:

Cari minat anda yang sebenar dalam fotografi. Adakah anda beli kamera kerana sukakan
teknologi atau kerana berpeluang untuk mengembara? Adakah anda beli kamera kerana
suka merakam gambar anak-anak anda atau kerana ingin kelihatan glamour? Atau,
adakah kerana anda suka bila gambar anda dipuji? Adakah anda membeli kamera untuk
menjana pendapatan darinya? Fikirkan semula, kenapa anda menceburkan diri dalam
fotografi? Tidak kira apa pun jawapannya, kekalkan halatuju anda seperti niat asal yang
boleh memberikan kepuasan kepada diri anda. Tanpa minat, fotografi anda tidak akan
kemana. Tanpa kepuasan, hobi anda tidak akan bermakna.

Dapatkan subjek yang anda minati untuk dirakam gambarnya. Pilih bidang kepakaran
anda dalam fotografi. Adakah anda minat merakam gambar sukan, gambar potret,
gambar pemandangan atau gambar hidupan liar? Anda akan lebih seronok dalam
fotografi bila anda merakam gambar subjek yang anda minati. Lebih-lebih lagi subjek
yang mana anda adalah pakar mengenainya. Mungkin sebagai seorang arkitek, anda
boleh merakam gambar senibina jauh lebih baik dari orang yang bukan seorang arkitek.
Anda perlu ingat, fotografi adalah amat luas bidangnya. Ada bermacam-macam pecahan
dan pengkhususan dalam fotografi. Pasti ada satu pengkhususan yang amat sesuai
dengan jiwa anda. Persoalannya, mungkin anda belum berjumpa dengan subjek
kegemaran anda.

Teruskan belajar fotografi secara konsisten. Perbaiki kemahiran anda dari masa ke
semasa dengan cara selalu merakam gambar. Ada banyak cara untuk belajar. Anda
boleh membaca buku, majalah, artikel di internet, menghadiri kursus, belajar dengan
rakan dan sebagainya. Apa yang penting, anda perlu sentiasa menambahkan
pengetahuan anda di dalam fotografi agar anda akan sentiasa ada teknik baru untuk
dipraktikkan. Dengan berbagai teknik baru yang digunakan, fotografi anda akan lebih
menyeronokkan.

Letakkan matlamat yang perlu anda capai di dalam fotografi. Letakkan matlamat jangka
pendek dan matlamat jangka panjang. Mungkin anda boleh letakkan matlamat supaya
gambar yang anda rakam akan disiarkan di dalam majalah dalam tempoh 3 bulan dari
sekarang. Atau, anda boleh letakkan matlamat untuk menguasai kemahiran penggunaan
flash 1 bulan dari sekarang. Cabar diri anda untuk mencapai matlamat yang telah anda
tetapkan. Setiap kali anda berjaya mencapai matlamat ini, anda pasti akan mendapat
kepuasan!

Jika anda menjadikan fotografi sebagai hobi, cuba jana sedikit pendapatan dari fotografi.
Pendapatan yang diperolehi tidak perlu banyak, cukup sekadar untuk menampung kos
anda menjalankan hobi di dalam fotografi. Alangkah seronok jika kemahiran anda di
dalam hobi ini boleh menampung sendiri kos anda untuk mengembara merakam gambar
atau membeli kamera baru.

55
Cari rakan fotografi yang mempunyai minat, citarasa dan kemampuan yang sama
dengan anda. Cari rakan yang serasi dengan anda. Tanpa kawan di dalam fotografi,
memanglah sesuatu yang membosankan. Dengan adanya kawan yang baik, anda boleh
saling berkongsi pengetahuan, pengalaman, malah anda boleh saling berkongsi peralatan
kamera anda. Kawan yang sama minat juga akan saling memberikan motivasi untuk
terus memperbaiki kemahiran kita di dalam bidang fotogafi. Jika anda seorang
jurugambar yang minat memperbaiki kemahiran fotografi, anda mungkin tidak sesuai
berkawan dengan jurugambar yang hanya berminat untuk membeli peralatan terbaru.
Plih kawan yang sesuai supaya anda tidak rasa rendah diri atau rasa terlalu ketinggalan.

Kini, tibalah masanya anda pertimbangkan semula hala tuju anda dalam fotografi.
Ambil masa untuk berfikir dan merancang untuk menyegarkan semula minat anda.
Jangan rakam gambar hanya kerana ikut-ikutan. Kenali diri anda sendiri. Jadi diri anda
sendiri. Buat apa yang ingin anda buat.

Hasnuddin

56
DSLR Terunggul

Amir Ridhwan

Sejak 4 hari lalu seorang rakan lama acapkali menelefon saya untuk bertanya tentang
kamera yang dia patut beli. Sehari sampai 3-4 kali beliau menelefon untuk bertanya
DSLR apa yang bagus dan ciri-ciri yang dimiliki setiap satu model. Saya agak
kebingungan untuk menjawab, kerana soalan tersebut terlalu umum. Setelah
menerangkan perihal beberapa model popular di pasaran, saya bertanya kembali
beberapa soalan kepadanya:

1) Beli kamera untuk apa? Adakah untuk ambil gambar keluarga dan percutian atau
untuk dijadikan hobi?
2) Berapa budget sekarang dan adakah bersedia untuk menambah perbelajaan berkenaan
kamera di kemudian hari?
3) Berapa kerapkan rasanya kamera tersebut akan digunakan?
4) Jika untuk hobi, gambar jenis macam mana yang minat untuk diambil?
5) Bersediakan untuk melabur masa dan wang untuk belajar teknik fotografi?

Beliau tidak pasti tentang jawapan untuk kebanyakan soalan di atas. Akhirnya saya
menasihatkannya untuk membeli kamera compact sahaja.

DSLR bukan untuk kegunaan semua orang. DSLR juga tidak menjamin gambar anda
100% cantik.

57
Mattias Klum & Borneo
hasnuddin

58
Mattias Klum adalah jurugambar dari Sweden yang mengkhusus dalam fotografi
hidupan liar dan alam semulajadi. Beliau pernah tinggal berbulan-bulan di dalam hutan
belantara negeri Sabah, merakam gambar untuk majalah National Geographic.

Keunikan alam semulajadi di Sabah memang telah lama menarik minat pengkaji barat.
Mereka kagum dengan apa yang kita ada. Jurugambar antarabangsa juga telah ramai
yang datang ke Sabah dan membawa balik imej-imej yang sungguh hebat. Jadi, kita
sebagai rakyat Malaysia, tidak perlulah pergi terlalu jauh mencari-cari subjek menarik.
Cubalah hayati dan hargai keindahan alam di sekeliling kita.

Untuk melihat gambar-gambar oleh Mattias Klum, sila ke -


http://www.klum.se/main/main.aspx

59
Steve McCurry
hasnuddin

Steve McCurry adalah salah seorang jurugambar idola saya sejak lama dahulu. Saya
amat-amat meminati hasil kerja beliau yang selalu dipaparkan dalam majalah National
Geographic. Saya petik sedikit kata-kata Steve - “Untuk merakam gambar yang baik,
kita perlu melihat dan menunggu. Bila kita sudah menunggu cukup lama, subjek kita
sudah tidak akan menghiraukan kehadiran kita lagi. Ketika inilah, jiwa sebenar subjek
kita akan terserlah dan fotonya dapat dirakam dengan baik”

Untuk melihat hasil kerja beliau, sila ke - http://www.stevemccurry.com

60
100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI

Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis
belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan
mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.

Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan


kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat
fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling
kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas
untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large
format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable
flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack
flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous
light seperti HMI Arri.

Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih
banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.

Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar


bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan
dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah
yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang
sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik…
hanya satu dalam sejuta.

Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa


kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya
sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang
diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita
sentiasa memperbaiki diri.

Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah
segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk
mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk
berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.

Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi.

Hasnuddin

61

Anda mungkin juga menyukai