Anda di halaman 1dari 2

TENAGA NUKLEAR

Bahan Radioaktif

Bahan radioaktif – unsur-unsur yang memancarkan sinaran radioaktif

Pereputan radioaktif – proses pereputan nukleus yang tidak stabil secara


spontan untuk membentuk unsur baru yang stabil

Sinaran Radioaktif
Tiga jenis sinaran :
i) Sinaran Alfa, α – zarah helium yang bercas positif
- dipesongkan oleh medan electromagnet ke
arah punca negatif
- kuasa penembusan dan halaju rendah
- dapat dihalang oleh sekeping kertas
- kuasa pengionan paling tinggi

ii) Sinaran Beta, β – zarah electron bertenaga tinggi


- dipesongkan oleh medan electromagnet ke
arah punca positif
- kuasa penembusan lebih tinggi daripada
sinar alfa
- boleh dihalang oleh kepingan aluminium
- kuasa pengionan kurang daripada sinar alfa

iii) Sinaran gama,γ – gelombang electromagnet


- tidak dipesongkan oleh medan magnet dan
elektrik
- kuasa penembusan paling tinggi
- hanya boleh dihalang oleh kepingan
plumbum
- kuasa penembusan paling rendah

Penghasilan tenaga Nuklear

1. Tenaga nuclear dihasilkan melalui Proses Pembelahan Nukleus.


2. Pembelahan nucleus berlaku jika nucleus atom Uranium – 235 dihentam oleh
neutron dan menghasilkan dua atom yang lebih kecil iaitu Kripton – 92 dan
Barium – 141 bersama dengan 3 zarah neutron yang bertenaga tinggi.
3. Proses ini berlaku berterusan dengan sendiri dan menyebabkan
TindakbalasBerantai.
4. Tenaga ini dihasilkan dalam reactor nuclear untuk menjana elektrik.

1
Kesan Penggunaan Bahan Radioaktif dan Tenaga Nuklear

a) Pertanian – mengaruh mutasi ke atas gen benih tumbuhan untuk


memperoleh tumbuhan baru dengan sifat lebih baik. Contoh
uranium 235
- sebagai unsur surih dalam kajian kadar penyerapan baja
dalam tumbuhan
b) Perubatan – memusnahkan sel-sel kanser contoh kobalt-60
mensterilkan peralatan dan bilik pembedahan

c) Arkeologi - menentukan usia artifak purba dengan menggunakan karbon-


14

d) Industri – untuk mengukur ketebalan bahan dan memeriksa kebocoran


dalam paip. Kobalt-60

e) Pengawetan makanan – untuk mengawet makanan seperti bijirin dan


buah-buahan contoh kobalt-60