1 Daya Tahan Keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja
Kardiovaskular bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. 2 Kekuatan Otot Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). 3 Daya Tahan Otot Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. 4 Fleksibiliti Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. 5 Komposisi Tubuh Kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang Badan membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.