Anda di halaman 1dari 3

UNDANG-UNDANG PINGPONG SECARA RINGKAS

1 PERALATAN
1.1 Meja: Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat dengan ukuran, panjang 274 meter, lebar 1525
meter dengan tingginya 78sm.

1.2 Jaring: Ketinggian jarring ialah 15.25 sm dari permukaan meja dan tiang jaring 15.25 sm tinggi.
Sebelah luar tiang hendaklah 15.25 sm dari garisan

1.3 Bola: Bola berwarna putih, oren dan kuning boleh digunakan dalam permainan.

1.4 Bet:
1.4.1 Bet: Boleh berada dalam sebarang saiz, bentuk atau berat.
1.4.2 Raket mesti bergetah pada satu permukaan atau kedua-dua permukaan.
1.4.3 Permukaan bet yang tidak bergetah mestilah dicelup dengan warna hitam atau merah. Warna
getah di kedua-dua muka bet mestilah berlainan. Jika getah digunakan, muka disebaliknya hendaklah
digunakan getah warna hitam
1.4.4 Permain-pemain di sekolah rendah digalakkan menggunakan bet yang ringan.
1.4.5 Permukaan bet yang tidak bergetah tidak boleh digunakan untuk memukul bola.
1.4.6 Bet yang dilekatkan dengan lapisan span sahaja tidak boleh digunakan

1.5 Getah:
1.5.1 Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan Pingpong Antarabangsa).
1.5.2 Pemain-pemain peringkat permulaan digalakkan menggunakan getah yang beralas dengan lapisan
span.
1.5.3 Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang dan kembung.

1.6 Pakaian:
1.6.1 Pemain tidak boleh memakai pakaian yang warnanya sama dengan warna bola. Umpamanya
pemain tidak boleh memakai pakaian yang berwarna putih jika bola yang digunakan berwarna putih.
1.6.2 Baju pemain hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
1.6.3 Pemain bergu mesti memakai pakaian yang berwarna sama.

2 Satu mata
2.1 Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila ‘rally’ itu adalah satu set.
2.2 Jika gagal membat servis yang baik.
2.3 Jika gagal memukul hantaran balik yang baik.
2.4 Jika memukul bola itu dua kali berturut-turut.
2.5 Jika pemain, atau apa-apa yang dipakai atau dibawa, menggerakkan permukaan meja semasa bola
itu dalam permainan.
2.6 Jika pemain, atau apa-apa yang dipakainya atau dibawanya, menyentuh jarrng atau tiangnya
apabila bola itu dalam permainan.
2.7 Jika tangan bebasnya menyentuhi permukaan permainan semasa bola itu dalam permainan.

• Keputusan pengadil adalah muktamad.

Peraturan
1. Pemain dikehendaki berada di tempat perlawanan 10 minit lebih awal sebelum pertandingan
bermula.
2. Kawasan latihan disediakan untuk peserta yang ingin membuat latihan
3. Pemain yang ingin melekatkan getah pada bet, perlu berada di kawasan yang telah pihak penganjur
sediakan.
4. Pemain tidak boleh berada di dalam tempat perlawanan selagi arahan tidak diberikan.
Acara sukan ping pong adalah adalah salah satu acara sukan yang semakin popular di seluruh pelusuk negara di
seluruh dunia. Acara sukan ping pong berasal daripada Asia Timur, kini acara sukan ping pong adalah acara sukan
yang diutamakan pada setiap sukan-sukan yang terbesar di antarabangsa seperti sukan Komanwel , dan acara sukan
ini mendapat galakkan yang hebat dari semua negara-negara terutama di bahagian benua Asia.

Peraturan Ping Pong.

Diketahui bahawa setiap acara sukan mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Acara sukan ping pong juga
mempunyai peraturan tersendiri, antara peraturan yang di tetapkan oleh International Tabel-Tennis Federation
(ITTF) dan Undang-Undang Persatuan Ping Pong Malaysia ialah pakaian adalah hendak kemas, tidak dibenarkan
memakai jeans, selipar atau berkaki ayam iaitu tidak memakai kasut atau selipar. Permain juga dilarang sama sekali
memakai baju berwarna putih kerana ianya akan menyebabkan bola ping – pong akan tidak kelihatan oleh pihak
lawan kerana warnanya adalah sama.

Cara Bermain Ping Pong.

Acara sukan ping pong mempunyai cara atau kaedah yang tersendiri, antaranya ialah pemain akan memukul bola
ping pong berulang- alik di atas meja ping pong yang mempunyai jaring ditengah-tengahnya, pukulan bola ping pong
itu tadi dengan menggunakan pemukul atau bet. Pemain hanya dibenarkan membalas pukulan terhadap pihak lawan
apabila bola ping pong telahpun melantun di bahagian meja pinpongnya. Pukulan ini hanya dibenarkan memukul
dengan hanya sekali sahaja. Permainan acara sukan bola ping pong ini .

Ping Pong Di Malaysia.

Negara Malaysia tidak ketertinggalan untuk mengadakan atau menghantar atlet sukan ping pong negara ke acara
sukan berperingkat kebangsaan. Oleh dengan usaha demikian, negara Malaysia telah pun mengadakan Kelab Dan
Persatuan di negara, dengan harapan dapat mengcungkil bakat rakyat negara yang berkebolehan dan mengasah
ketegaran dan kecekapan bermain permainan acara sukan ping pong untuk dijadikan pemain acara sukan ping pong
dengan professional. Kini pada setiap sekolah-sekolah menengah di negara Malaysia terdapat kelab ping pong,
dengan cara ini, jelas diketahui bahawa negara Malaysia menekankan acara sukan ping pong untuk dijadikan antara
sukan yang utama di negara. Kini di peringkat antarabangsa, acara sukan ping pong mempunyai ketegori jenis
permainan iaitu, perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu
campuran.

Pemain Ping Pong.


Pemain ping pong perlu mempunyai tahap kesihatan yang cemerlang kerana permainan acara ini memerlukan
kecergasan seperti melompat dan bergerak ke kanan dan kekiri dengan pantas. Selain itu, pemain acara sukan ping
pong perlu menanamkan sikap ketekunan semasa berlatih mahupun dalam perlawanan. Pemain juga sendiri perlu
menjaga kesihatan berbentuk fizikal mahupun mental.

Anda mungkin juga menyukai