Anda di halaman 1dari 8

Henry VIII dari England

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Untuk drama dan opera, sila lihat Henry VIII (drama) dan Henry VIII (opera)

King Henry VIII

Pemerintahan 22 April1509 - 28
Januari 1547

Pertabalan 24 Jun 1509

Lahir 28 Jun 1491

Istana Placentia

Mangkat 28 Januari 1547

Istana Whitehall

Dikebumikan Gereja St George


di Kastil Windsor

Pendahulu Henry VII

Pengganti Edward VI

Pasangan Catherine dari


Aragon
Anne Boleyn
Jane Seymour
Anne dari Cleves
Catherine Howard
Catherine Parr

Anakanda Mary I
Elizabeth I
Edward VI

Kerabat diraja Tudor

Ayahanda Henry VII

Bonda Elizabeth dari


York

Henry VIII (28 Jun 1491–28 Januari 1547) ialah Raja England dan Lord Ireland
(kemudiannya Raja Ireland) dari 22 April 1509 sehingga kemangkatannya. Baginda
merupakan raja kedua Dinasti Tudor, selepas mewarisi ayahnya, Henry VII. Henry VIII
terkenal kerana berkahwin sebanyak enam kali, "bercerai" dengan dua isterinya melalui
pancung kepala, dan akhirnya berpisah dengan Gereja Katolik Rom. Baginda mungkin
merupakan raja Inggeris yang paling menggunakan (atau dalam istilah untuk orang yang
bukan raja, "menyalahgunakan") kuasanya tanpa terbatas berbanding mana-mana satu raja
Inggeris yang lain, dan mengakibatkan Pembubaran Biara.

Banyak undang-undang yang utama digubal semasa pemerintahan Henry VIII, termasuk:

 beberapa Akta yang memisahkan Gereja di England daripada Gereja Katolik Rom dan
yang menjadikan Henry sebagai ketua agung Gereja England.
 Akta Undang-undang di Wales 1535-1542 yang menyatukan England dengan Wales
untuk dijadikan sebuah negara yang padu;
 Akta Liwat 1533, undang-undang anti-liwat yang pertama di England; dan
 Akta Ilmu Sihar pada tahun 1542 yang mengenakan hukuman mati kepada mereka
yang 'menyeru atau menjelmakan syaitan'.

Henry VIII dikenali sebagai kaki judi dan pemain dadu. Semasa muda lagi, baginda
cemerlang dalam sukan, khususnya perlawanan tombak, pemburuan, dan tenis diraja. Baginda
juga merupakan ahli muzik, penulis, dan pemuisi yang ulung; muziknya yang paling dikenali
ialah Kegiatan Masa Lapang Dengan Teman Yang Menyenangkan (Pastyme With Good
Company) (The Kynges Ballade).

Henry VIII juga terlibat dalam banyak projek pembinaan tanpa sebarang asas, serta
pembaikan sebilangan bangunan yang utama, termasuknya Istana Nonsuch, Gereja Kolej
King di Cambridge, dan Gereja Westminster di London. Bangunan-bangunan yang diperbaik
sering merupakan harta-harta yang dirampas daripada Thomas Kardinal Wolsey (seperti
Christ Church di Oxford, Istana Hampton Court, dan Istana Whitehall) dan Kolej Trinity,
Cambridge.

Keluarga Diraja Inggeris


Keluarga Diraja Tudor

Jata Diraja
Henry VIII
   Henry, Duke Cornwall
   Mary I
   Elizabeth I
   Edward VI

Isi kandungan
[sorok]

 1 Kehidupan awal
 2 Pemerintahan awal
 3 Lihat juga
 4 Rujukan
 5 Bacaan tambahan
 6 Pautan luar

[sunting] Kehidupan awal


Dilahirkan di Istana Placentia di Greenwich, Henry VIII merupakan anak ketiga kepada
pasangan Henry VII dan Elizabeth dari York. Datuk nenek sebelah ibunya ialah Raja Edward
IV dari England dan Permaisuri Elizabeth Woodville. Hanya tiga daripada enam adik-beradik
Henry VIII, iaitu Arthur (Putera Wales), Margaret dan Mary, hidup melampau masa bayi.
Ayahnya daripada Keluarga Diraja Lancaster naik takhta melalui hak penaklukan. Angkatan
tenteranya menewaskan dan membunuh Raja Richard III, raja Plantagenet yang terakhir, dan
kemudian mengukuhkan kedudukannya melalui perkahwinan dengan Elizabeth, anak
perempuan kepada Edward IV dari York. Pada tahun 1493, Henry yang muda itu (bakal
Henry VIII) dilantik sebagai Konstabel Kastil Dover, serta Lord Warden untuk Pelabuhan-
pelabuhan Cinque. Beliau dilantik sebagai Duke York pada tahun 1494 dan kemudiannya
dilantik sebagai Earl Marsyal untuk England serta Lord Leftenan Ireland, walaupun masih
belum dewasa lagi.

Pada tahun 1501, bakal Henry VIII menghadiri upacara perkahwinan Arthur, abangnya,
dengan Catherine dari Aragon yang ketika itu, masing-masing hanya berumur lima belas dan
enam belas tahun. Mereka dihantar untuk menghabiskan masa mereka di Wales, suatu adat
resam untuk pewaris raja dan isterinya, akan tetapi Arthur menghidap jangkitan dan kemudian
meninggal dunia. Oleh itu, ketika berumur sebelas tahun, Henry, Duke York, mendapati diri
sebagai pewaris Raja dan tidak lama kemudian, dilantik sebagai Putera Wales.

Bakal Henry VIII dilahirkan di Istana Placentia, Greenwich, pada tahun 1491.

Henry VII hendak mengukuhkan hubungan antara England dan Sepanyol melalui satu
perkahwinan antara Henry, Putera Wales, dan Catherine. Oleh sebab Putera Wales ingin
berkahwin dengan balu abangnya, beliau harus mendapatkan keizinan Paus untuk
mengelakkan sebarang penghalang persemendaannya. Catherine mempertahankan bahawa
perkahwinan pertamanya tidak pernah disempurnakan; jika dakwaan Catherine itu adalah
benar, keizinan Paus tidak diperlukan tetapi sebaliknya, yang diperlukan ialah hanya
pembubaran perkahwinan yang diratifikasikan. Bagaimanapun, kedua-dua pihak Inggeris dan
Sepanyol bersetuju tentang keperluan untuk memperoleh keizinan Paus supaya dapat
mencegah segala kesangsian terhadap kesahan perkahwinan mereka itu. Akibat
ketidaksabaran ibu Catherine, Permaisuri Isabella, Paus Alexander VI bergopoh-gapah
memberikan keizinannya melalui titah-perintah. Oleh itu, empat belas bulan selepas kematian
suaminya, Catherine bertunang dengan adik suaminya. Bagaimanapun, menjelang tahun 1505,
Henry VII hilang minatnya terhadap hubungan dengan Sepanyol, dan Putera Wales yang
muda ketika itu dipaksa mengisytiharkan bahawa pertunangannya telah diatur tanpa
persetujuannya.

[sunting] Pemerintahan awal


Gelaran raja untuk
King Henry VIII dari England

Henry VIII naik takhta pada tahun 1509


apabila ayahnya mangkat. Sesetengah ahli
sejarah mengatakan bahawa raja yang muda Gelaran His Majesty (raja Inggeris pertama yang
itu jatuh cinta dengan Catherine, duda rujukan menggunakan gelaran Majesty)
abangnya yang jauh lebih tua daripadanya. Panggilan Your Majesty
Kemungkinan yang lebih besar adalah
bahawa ayah Catherine, Raja Ferdinand II Gelaran Sir
alternatif
dari Aragon, ingin menguasai England
melalui anak perempuanya dan oleh itu,
mendesak Catherine supaya berkahwin
dengan raja Inggeris yang baru itu. Walaupun
Paus Julius II dan William Warham, Ketua
Biskop Canterbury, bimbang akan kesahan
perkahwinan mereka itu, Henry VIII
berkahwin dengan Catherine kira-kira
sembilan minggu selepas naik takhtanya pada
11 Jun 1509 di Greenwich. Kedua-dua
mereka dimahkotai di Gereja Westminster
pada 24 Jun 1509. Kehamilan pertama
Permaisuri Catherine berakhir dengan
keguguran pada 1510. Catherine kemudian
melahirkan seorang putera, Henry, pada 1
Januari 1511, tetapi putera ini hanya hidup
sehingga 22 Februari.

Ketika naik takhta, Henry menghadapi


berbagai-bagai masalah dengan Richard Potret tanpa nama Henry VIII, k.k. 1509
Empson dan Edmund Dudley, dua orang
menteri pemerintahan Henry VII yang
mengenakan banyak cukai yang sembarangan pada golongan bangsawan. Melalui salah satu
daripada banyak caranya untuk mengasingkan diri daripada tokoh-tokoh utama pemerintahan
ayahnya, Henry memenjarakan kedua-dua mereka itu di Menara London dan kemudiannya
memancung kepala mereka. Kesanggupan Henry untuk selalu berperang terbukti merupakan
lagi satu caranya untuk menjauhkan diri daripada pemerintahan Henry VII; ayahnya lebih
suka keamanan.

Selama dua tahun selepas Henry naik takhta, Richard Fox, Biskop Winchester serta Lord
Mohor Privi, bersama-sama dengan William Warham menguasai hal-ehwal negara.
Bagaimanapun sejak tahun 1511, kuasa itu dipegang oleh paderi Thomas Wolsey. Pada tahun
1511 itu, Henry menyertai Liga Suci, satu badan raja Eropah yang menentang raja
Perancis,Louis XII. Ahli-ahli liga ini juga termasuk pemerintah-pemerintah Eropah seperti
Paus Julius II, Maharaja Rom Holy Maximilian I, dan Ferdinand II. Henry VIII memeterai
Perjanjian Westminster dengan Ferdinand II ini, dan bersama-sama dengan angkatan tentera
Inggerisnya, menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis untuk menyertai pengepungan-
pengepungan dan pertempuran-pertempuran.

Pada tahun 1514, Ferdinand meninggalkan perikatannya dengan Ferdinand II itu, dan pihak-
pihak lain berdamai dengan Perancis. Kejengkelan Henry VIII terhadap Sepanyol kemudian
mengakibatkan perbincangan tentang perceraian dengan Permaisuri Catherine. Bagaimanapun
apabila Raja Perancis, Francis I, naik takhta pada tahun 1515, England dan Perancis semakin
bertentangan, dan Henry mendamaikan Ferdinand semula. Pada tahun 1516, Permaisuri
Catherine melahirkan seorang puteri, Mary, dan ini menyebabkan Henry mempercayai
bahawa baginda masih boleh dapat seorang pewaris, walaupun kehamilan-kehamilan isterinya
yang dahulu telah gagal (seorang bayi yang lahir mati, satu keguguran, dan dua orang bayi
yang tidak hidup lama).

Ferdinand mangkat pada tahun 1516, dan diwarisi oleh cucunya (anak saudara lelaki
Permaisuri Catherine), Charles V. Menjelang Oktober 1518, Wolsey telah mengatur
Perjanjian London yang diketuai oleh Paus untuk memberi tanggapan kemenangan diplomasi
luar negeri Inggeris, dan menempatkan England di tengah sebuah perikatan Eropah yang baru
dengan tujuan untuk menangkis serangan-serangan Moor melalui Sepanyol, iaitu tujuan asal
Paus.

Pada tahun 1519 apabila Maximilian juga mangkat, Wolsey, yang ketika ini memegang
jawatan Kardinal, dengan rahsianya mencalonkan Henry untuk jawatan Maharaja Rom Holy,
walaupun menyokong Raja Perancis, Francis, di kalayak ramai. Bagaimanapun, pada
akhirnya, Charles dipilih oleh para pemilih putera. Persaingan kemudian antara Francis dan
Charles membenarkan Henry untuk bertindak sebagai pendamai antara kedua-dua mereka itu.
Henry kemudian memegang imbangan kuasa di Eropah. Kedua-dua Francis dan Charles
meminta sokongan daripada Henry; Francis dengan upacara yang hebat dan mengagumkan di
Medan Kain Emas, dan Charles dengan cara yang lebih serius di Kent.

Bagaimanapun selepas tahun 1521, pengaruh England di Eropah mula merosot. Henry
bersekutu dengan Charles V melalui Perjanjian Bruges, dan Francis I ditewaskan oleh
angkatan-angkatan tentera Charles dalam Perang Pavia pada Februari 1525. Pergantungan
Charles kepada Henry berkurang selepas ini, sementara kuasa England di Eropah semakin
lemah. Permintaan bantuan oleh Henry untuk memperoleh Fleur-de-Lys ditolak oleh Charles,
walaupun terdapat jaminan-jaminan daripadanya. Ini menyebabkan Perjanjian Westminster
pada tahun 1527.

Minat Henry dalah hal-ehwal Eropah diperluas untuk merangkumi serangan terhadap revolusi
Jerman Martin Luther. Pada tahun 1521, Henry mendedikasikan Pertahanan Tujuh Sakramen
kepada Paus Leo X, dan memperoleh gelaran "Pembela Kepercayaan" (Defensor Fidei) untuk
dirinya. Sebelum ini, gelarannya ialah "illustrissimus", yang bermaksud "paling ternama".
Gelaran ini telah dikekalkan walaupun England telah berpisah dengan Rom, dan masih
digunakan oleh raja British pada hari ini.

5.1 Gereja di Inggris di bawah Raja Henry VIII


Henry VIII menjadi Raja Inggris pada tahun 1509. Pada tahun 1502, kakaknya, Arthur, meninggal dunia. Ayah
mereka, Henry VII, memutuskan bahwa Henry harus menikahi janda Arthur, Catherine dari Aragon. Henry dan
orang-orang lain berpendapat bahwa pernikahan tersebut dilarang menurut Imamat 18 dan 20. Namun, Sri
Paus mengijinkannya dan mereka menikah sesudah Henry VIII menjadi Raja. Hingga tahun 1514 mereka
belum mendapat anak, dan Henry meminta Sri Paus agar membatalkan pernikahan itu. Akhirnya mereka
dikaruniai seorang anak perempuan, Mary, yang lahir pada tahun 1516. Namun demikian sampai pertengahan
tahun 1520-an mereka masih belum mendapatkan anak laki-laki.  Henry mulai berpikir bahwa Allah
menghukum dia.
 
Henry mulai mencari cara mengakhiri perkawinannya dengan Catherine (pada saat itu dia sudah jatuh cinta
pada Anne Boleyn). Henry mempekerjakan beberapa kelompok sarjana  untuk mencarikan alasan yang tepat
dan baik, menurut Alkitab, mengapa perkawinannya dengan Catherine memang   sepantasnya diakhiri. Salah
satu sarjana ini adalah Thomas Cranmer, lulusan Universitas Cambridge. Mulai tahun 1527 Thomas
mengunjungi universitas-universitas di Eropa dan beberapa kaum Reformis Eropa untuk mencari dukungan
mereka.
 
Sri Paus tetap menolak untuk membatalkan perkawinan itu.
 
 Salah satu pikiran para sarjana adalah bahwa Raja seharusnya menjadi kepala tertinggi Gereja di Inggris dan
bukan Sri Paus.
 
Sebelumnya, Henry taat kepada gereja Roma. Pada tahun 1521 dia  menerbitkan esei tentang Tujuh
Sakramen  melawan Luther. Oleh karena itu, Sri Paus memberi Henry gelar “Pembela Iman”.
 
Pada tahun 1533 Thomas Cranmer diangkat menjadi Archbishop Canterbury. Pada tahun yang sama Parlemen
mengesahkan undang-undang yang melarang orang Inggris naik banding kepada Sri Paus untuk keputusan
hukum atau gereja.  Salah satu maksud undang-undang ini adalah menghalangi Catherine dari Aragon naik
banding atas perceraiannya.  Pada bulan Mei perkawinan itu dibatalkan oleh Archbishop Cranmer, tetapi pada
waktu itu Raja sudah   menikahi Anne Boleyn yang sudah hamil sebelumnya. Anne dinobatkan menjadi Ratu
pada akhir bulan Mei.
 
Pada tahun 1534 Parlemen mengesahkan Undang-undang Keunggulan (the Act of Supremacy), yang
menyatakan bahwa Raja adalah kepala tertinggi Gereja Inggris.
 
Sejak itu Raja dan Archbishop mulai merombak gereja. Selama tujuh tahun ke depan mereka dibantu oleh
Thomas Cromwell, yang menjadi orang yang paling berkuasa di    kerajaan sesudah Raja. Raja tidak mau
mengadakan terlalu banyak reformasi teologis, dan dia selalu mencoba  mengimbangi kekuatan kaum reformis
dan kaum tradisionalis.
 
Perubahan yang penting selama pemerintahan Henry adalah:
 
Kebaktian diadakan dalam bahasa Inggris.
Pada 1544 Litany (ibadah doa) merupakan ibadah pertama yang memakai bahasa Inggris. Sebelumnya,
dalam     semua kebaktian dipakai  Bahasa Latin, yang tidak dipahami oleh sebagian besar orang. Kelak semua
kebaktian juga menggunakan bahasa Inggris.
 
Alkitab dalam bahasa Inggris.
Pada tahun 1537 pemerintah memerintahkan agar ada Alkitab bahasa Latin dan Alkitab bahasa Inggris
di setiap gereja wilayah. Pada tahun 1539 the Great Bible (Alkitab Besar) diterbitkan di dalam bahasa Inggris.
Mungkin Alkitab  tersebut sudah disunting oleh Miles Coverdale dan berdasarkan terjemahan sebelumnya
termasuk terjemahan William Tyndale.
 
Pemusnahan patung-patung.
Pada masa pemerintahan Raja Henry, dikeluarkan    perintah agar semua patung dan tempat keramat di
gereja-gereja harus dimusnahkan. Perintah itu dikaitkan dengan cara baru penomoran Sepuluh Perintah Allah.
Sebelum Reformasi, perintah tentang patung-patung merupakan bagian dari perintah pertama dan tidak
dianggap sangat penting. Sekarang hal ini dipandang sebagai hukum yang berdiri sendiri.
 
Biara-biara.
Pada pertengahan tahun 1530an biara-biara ditutup dan tanah milik biara-biara tersebut diambil
pemerintah.
 
 Teologia.
Perubahan teologis utama adalah tentang pembenaran karena iman.  Sayangnya Henry tidak mengikuti
Cranmer dan orang-orang reformis yang lain. Dia berpikir bahwa gagasan hanya iman saja  merusak moral. Dia
berpikir bahwa gagasan tersebut meniadakan nilai perbuatan baik, dan dengan demikian  akan membahayakan
keamanan kerajaan.
 
Perjamuan Kudus. 
Perdebatan teologis besar yang lain adalah tentang Misa (istilah Perjamuan Kudus di Gereja Katolik
Roma).  Ajaran Katolik tentang transubstantiation menyatakan bahwa pada waktu Misa, hakikat roti dan
anggur menjelma menjadi tubuh dan darah Kristus yang sesungguhnya. Pada masa pemerintahan Henry,
Cranmer mengatakan bahwa ajaran ini tidak benar. Dia menentang ide bahwa Kristus dikorbankan lagi setiap
kali ada Misa. Dia juga menentang ide bahwa pengorbanan Kristus pada Misa ini dapat menolong orang-orang
yang sudah meninggal dunia.  Bahkan Cranmer mempercayai kehadiran sesungguhnya dari  Kristus di dalam
Perjamuan Kudus,    pandangan ini serupa dengan pandangan Luther  (maksudnya, tubuh dan darah Kristus
hadir sungguh-sungguh dalam Perjamuan Tuhan, tetapi roti dan anggur tidak berubah). Kelak dia berubah
pikiran lagi dan menyatakan bahwa tubuh Kristus ada di dalam surga dan bahwa kita menerima dan memakan
Kristus di dalam hati saja dengan iman.
 
 Raja Henry meninggal dunia pada tahun 1547.

1. Kaum rohaniwan Inggris dilarang berdomisili di luar negeri.


2. Upeti tahunan kepada kepausan dihentikan.
3. Hubungan hukum antara gereja di Inggris dan kepausan dihapuskan.
4. The Act of Supremacy (1534) mendeklarasikan raja sebagai pemimpin tertinggi dari
gereja Inggris.
5. The Act of Succession (1534) menetapkan keturunan Henry-Anne sebagai penerus
tahta.
6. Semua biara ditutup, baik yang kecil (1536) maupun yang besar (1539).

Anda mungkin juga menyukai