Anda di halaman 1dari 11

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara
sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

 guru dan murid,


 guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
 hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
 melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan
pelaziman,
 melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
 ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
 boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan
gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
 meliputi rancangan mengajar (KOPI),
 proses yang melibatkan interaksi dua hala,
 ada unsur sains dan seni.

Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan


atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of
Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan
seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,
pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada
seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi
yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Pembelajaran :

 Satu proses yang berterusan,


 Secara formal dan tak formal,
 Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
 Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa,
persekitaran.
 Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
 Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan
humanis.

1
Apa dia Mazhab Behavioris?

 Tokoh-tokoh seperti Parvlov, Thorndike, Skinner


 Pembelajaran berkaiatan dengan perubahan tingkah laku.
 Teori berasaskan pemerhatian ujian terhadap haiwan – anjing, tikus,
burung, kucing dsb.
 Fokus ujian ialah ransangan dan gerakbalas yang boleh menghasilkan
perubahan tingkah laku,
 Tingkahlaku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Apa dia Mazhab kognitif?

 Tokoh-tokoh seperti Piaget, Kohler, Bruner, Gagne & Asubel


 Pembelajaran adalah proses dalaman iaitu dalam akal fikiran,
 Tidak dapat diperhatikan secara langsung,
 Tumpuan kajian mereka kepada pembelajaran melibatkan proses
penyelesaian masalah dan celik akal,
 Cara pembelajaran celik akal, penyelesaian masalah, penemuan dsb.,
 Manusia mempunyai struktur kognitif, otak akan menyusu maklumat
dalam ingatan.

Apa dia Mazhab sosial?

 Tokoh seperti Bandura,


 Menggabungkan Mazhab Behavioris dan Kognitif
 Pembelajaran proses pemerhatian dan peniruan,
 Pembelajaran melibatkan perubahan tingkahlaku dan aspek pemikiran
dalaman

Apa dia Mazhab humanis?

 Tokoh ialah Carl Rogers


 Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan
 Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza,
 Strategi pengajar boleh diatur mengikut kehendak individu
 Setiap individu ada potensi untuk maju
 Guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan perkembangkan potensi
optimum

2
Pengajaran meliputi rancangan mengajar (KOPI),

OBJEKTIF

PENILAIAN
ISI

KAEDAH

RANCANGAN MENGAJAR

MODEL ASAS MENGAJAR

MENGAPA MERANCANG?

1. UNTUK MENCAPAI SET OBJEKTIF


2. MENENTUKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3. UNTUK MEMILIH DAN MENGGUNAKAN STRATEGI PENGAJARAN YANG
PALING BAIK DAN BERKESAN
4. UNTUK MEMAKSIMAKAN SUMBER:
 GURU
 RUANG
 PELAJAR
 MASA
 BAHAN/ALAT BANTU MENGAJAR

3
 MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN

RANCANGAN MENGAJAR

SUKATAN PELAJARAN

SEMESTER

MINGGU

HARIAN

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

 SATU PELAN TINDAKAN OLEH GURU DALAM PEROSES


PELAKSANAAN SESUATU PENGAJARAN

 REFLEKSI SESUATU YANG TELAH DILAKSANAKAN DAN TINDAKAN


SELANJUTNYA IAITU:

o AKTIVITI GURU
o KETERLIBATAN PELAJAR
o INTERAKSI BILIK DARJAH

FORMAT RANCANGAN

DARJAH :
HARI :………………..
TARIKH: ……………….
MASA:…………..

SUBJEK:
TOPIK:
TUJUAN AM:
TUJUAN KHAS PENGAJARAN:
NILAI MURNI :
KEMAHIRAN BERFIKIR :
KAEDAH MENGAJAR:
ALAT BANTUAN MENGAJAR:

4
ISI PELAJARAN:
RUJUKAN:
PENGETAHUAN LEPAS

PROSEDUR PENGAJARAN/LANGKAH
1. PERMULAAN
2. PERKEMBANGAN
3. PENUTUP

PENILAIAN
PENILAIAN KENDIRI
KOMEN PENYELIA

APA DIA STRATEGI PENGAJARAN?

Mengikut Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

STRATEGI PENGAJARAN
KAEDAH

PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

 Pendekatan – jalan yang diambil


 Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
 Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik
menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

5
APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH,
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN?

STRATEGI
PENGAJARAN
KAEDAH

PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

Rujukan: Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 (m.s. 8)

CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTIONARY

APPROACH (pp. 58)

 A way to
 Means of reaching
 A way of considering/dealing with
 e.g. a problem: a new approach

TECHNIQUE (pp. 1257)

 Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a


teacher with a good voice but poor technique.

6
 A way of achieving one’s purpose skillfully.

APA DIA OBJEKTIF AM?

OBJEKTIF AM PELAJARAN:

Umum, boleh dicapai dalam jangka panjang misalnya seminggu,


sebulan atau satu semester. Contohnya: murid dapat
mengetahui/memahami tentang konsep umum air mineral dan air
berkarbonet. Mengetahui/memahami amat umum sebab ia
merangkumi mengenalpasti, membezakan, menerangkan,
menyenaraikan, menceritakan, memberi 3 ciri utama, menghuraikan,
menamakan dsb.

APA DIA OBJEKTIF KHAS?

OBJEKTIF KHAS:

menampakkan tingkahlaku yang khusus (spesifik) dan boleh diukur


dalam masa terhad. Misalnya “Mengenal pasti minuman air mineral
dan minuman berkabonet” secara spesifiknya ingin membezakan ciri-
ciri minuman “minuman air mineral” dengan “minuman berkabonet”
sebab ingin mengenalpasti yang mana minuman air mineral dan yang
mana satu minuman berkabonet!

Apa maksud tingkahlaku yang khusus?

 KHAS misalnya mengenal pasti, melukis, membaca


 SPESIFIK misalnya mengenal pasti lebih spesifik daripada
memahami, mengetahui; melukis lebih khusus daripada
memahami, mengetahui; membaca lebih spesifik daripada
memahami petikan karangan/mengetahui tentang petikan
karangan!

Apa maksud boleh diukur?

 Boleh beri markah/ gred


 Boleh nilai secara objektif/ tepat/spesifik
 Boleh nampak jelas dan kurang kesamaran

7
Persediaan Mengajar (Contoh PENDIDIKAN JASMANI)

Tarikh: 12hb Oktober 2007


Masa: 8.30-9.00 pagi (30 minit)
Darjah: 4 Perak
Ramai Murid: 20 orang
Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani
Tajuk Pelajaran: Bola Sepak
Kemahiran: Menggelecek bola sepak
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah belajar menyepak, mengawal, menahan dan
menanduk bola.
Kaedah: Demonstrasi

Objektif Pengajaran Am

Murid dapat pengetahuan dan selok belok menggelecek bola sepak ketika bermain bola sepak.

Satu Objektif Pengajaran Khas

Di akhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat:

1) Menggelecek bola dalam bentuk zig-zag tanpa melakukan kesalahan.

Alat Bantu mengajar / Bahan Bantu Mengajar

1. 5 biji bola
2. Wisel
Perkembangan Gerakerja Pengelolaan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Alatan/
/Masa Catatan
Pendahuluan Larian Beramai-ramai Guru menyuruh murid berlari Bola sepak
(1 minit) setempat setempat dan membentuk kumpulan &
dalam barisan. Guru menasihatkan
murid-murid supaya mengikut arahan.
Wisel
Guru menggunakan wisel dimana
perlu.
Tunjukcara: Guru melakukan Murid-murid beratur ikut 5 barisan. Bola sepak
Langkah 1 menggelecek aktiviti Guru membuat tunjuk cara. Guru &
7 minit bola menggelecek dan menggelecek bola dalam bentuk zig-
memberi zag melintasi barisan murid. Sambil
Wisel
penerangan memberi penerangan. Guru bertanya
dan minta seorang murid melakukan
menggelecek bola.
Tarik nafas Beramai-ramai Guru mengarah murid-murid menarik Wisel
Penutup nafas, menahan nafas dan
2 minit melepaskannya. Beratur dan balik ke
kelas

8
Persediaan Mengajar (Contoh LUKISAN)
Tarikh : 11 hb. Jun 2007
Masa: 8.00-9.00 pg. (60 minit)
Tingkatan: 1 A
Ramai Murid: 25 orang
Subjek: Lukisan
Tajuk: Arca
Sub-tajuk: Patung

Pengetahuan sedia ada:

Murid2 sudah mempelajari tentang elemen-elemen seni lukis seperti garisan, warna, rupa, bentuk,
jalinan dan ruang. Mereka juga telah pun didedahkan dengan prinsip seni lukis seperti imbangan,
kontra, harmonis, kepelbagaian dan sebagainya. Sebelum ini murid telah pun membuat aktiviti
lukisan kolaj iaitu menampal kertas ke atas kertas lukisan.

Objektif Pengajaran Am

Diakhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat :


1) menghasilkan karya dengan menggunakan bahan terbuang
2) menggunakan kreativiti dan pengalaman sedia ada murid untuk diaplikasikan pada karya yang
mereka hasilkan.
3) mengenali dan mengetahui cara-cara membuat arca.

Objektif Pengajaran Khas

Diakhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat:


1) menampal kertas keatas permukaan botol dengan teknik yang betul
2) membentuk patung dengan menggunakan bahan terbuang
3) mewarna hasil kerja mereka mengikut minat dan kreativiti mereka.

Alat Bantu mengajar/bahan Bantu mengajar


Gambar-gambar; atau majalah atau buku; hasil kerja yang sudah dibuat, botol kaca, surat khabar,
gam air, gam plastic, gunting, warna poster, kertas A4, berus, palette.

Perkembangan Isi pelajaran Aktiviti pelajaran ABM/BBM


/Masa
GURU MURID

Pendahuluan
(1 minit)
Langkah 1
7 minit
Langkah 2
10 minit
Langkah 3
9 Minit
Penutup

9
2 minit

Persediaan Mengajar (Contoh BAHASA MELAYU)


Masa: 2.00-2.30 ptg. (30 minit)
Darjah: 1A
Ramai Murid: 21 orang
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Aspek Bahasa: Kata Nama Am (binatang)
Kemahiran Bahasa: mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Objektif:
Pada akhir pengajaran murid-murid dapat:

i. menamakan keenam-enam binatang dengan betul


ii. mengeja dengan betul nama-nama binatang tersebut.
iii. menyesuaikan kad-kad gambar dengan perkataan dengan betul
iv.mencantumkan potongan kad suku kata bagi membentuk nama binatang yang betul dalam
aktiviti berkumpulan yang dikendalikan.

Pengetahuan sedia ada.

1. murid-murid sudah mempelajari tajuk golongan kata.


2. murid-murid sudah mengetahui dan mengenali pelbagai jenis binatang & bunyinya bahkan
telah biasa melihatnya dalam kehidupan seharian mereka.

Butiran perkaedahan:

Pendekatan: eklektik
Teknik: aktiviti individu, berkumpulan & bersoal jawab
Alat Bantu mengajar: i. computer
ii. patung mainan
iii. gambar-gambar binatang
iv. kad-kad perkataan
v. kad suku kata (gambar binatang)
vi. lampiran latihan kerja

Perkembangan Isi pelajaran Aktiviti pelajaran ABM/BBM


/Masa
GURU MURID

Pendahuluan
(1 minit)
Langkah 1
7 minit
Langkah 2
10 minit
Langkah 3
9 Minit
Penutup
2 minit

10
11

Anda mungkin juga menyukai