Anda di halaman 1dari 2

Keberkatan menjamin

ketenangan
SENTIASA MERASA CUKUP….
rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa
cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali
dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu
dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya
sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah
(bencana) yang serupa.”

(Hadis riwayat at-Tabrani).

Dari Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Allah berfirman kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani


Adam: Mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya kepada
Aku semata- maka jaminkanlah rezekinya di langit dan bumi. Dan mana satu
hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia
sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia
menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang
mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa
yang Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim).

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


“Barang siapa yang ingin murah atau lapang rezekinya dan dipanjangkan
umurnya, hendaklah ia menghubungkan atau menyambungkan silaturahim
(sesama manusia) (Riwayat Bukhari).

Firman Allah yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal
lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah ayat 168).

Bagaimana kehidupan kita jika sentiasa bergelumang dengan


pendapatan haram? Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap
daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api
nerakalah yang lebih layak baginya”. (Hadis Riwayat At-Tarmizi).

Seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis; apabila Said Bin Abi
Waqas meminta agar Rasulullah mendoakannya supaya Allah
memperkenankan doanya, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan.” Kadang kala
kita hairan kerana umat Islam takut untuk memakan daging babi
kerana ia adalah haram tetapi mereka selamba dan acuh tidak acuh
apabila mengambil pendapatan haram.

Anda mungkin juga menyukai