Anda di halaman 1dari 3

SOALAN DUA

Pada 1 Jun, A menulis surat kepada B menawar menjual 5,000 sahamnya di dalam syarikat ABC
Bhd dengan harga $5 satu saham. B menerima surat A pada 4 Jun dan mengeposkan surat
penerimaannya pada pukul 10.00 pagi pada 7 Jun.

Surat penerimaan B sampai ke tangan A pada 11.00 pagi pada 10 Jun

Pada pukul 5.00 petang, 9 Jun, A telah menghantar satu telegram untuk membatalkan
tawarannya. Telegram pembatalan A itu sampai ke tangan B pada pukul 10.00 pagi, 10 Jun

Dengan merujuk kepada kes-kes dan peraturan-peraturan mengenai komunikasi cadangan dan
penerimaan dan pembatalan cadangan, bincangkan sama ada lahir satu kontrak si antara A dan B
SOALAN 2

Syarikat indah permai telah menyewakan sebuah van jenis Ford di bawah Perjanjian Sewa Beli
mengikut Akta Sewa Beli 1967 kepada Ah Chong. Jangkamasa sewa beli tersebut ialah selama
lima tahun.

Selepas tiga tahun dari tarikh perjanjian tersebut, Ah Hock telah menjual van tersebut kepada
Azhar, sahabatnya.

Syarikat Indah Permai kemudiannya mengetahui perkara ini dan pengurusnya telah datang
berjumpa dengan anda untuk mendapatkan nasihat kerana syarikat beliau inigin membawa
perkara ini kemuka pengadilan.

Nasihatkan
SOALAN TIGA

Dato’ Kayar yang memegang 100,000 unit Amanah Saham Malaysia ingin membeli 50,000 unit
lagi saham tersebut. Mengikut peruntukan undang-undang, setiap orang hanya boleh memegang
had maksimum saham sebanyak 100,000 unit sahaja.

Untuk mengelakkan peruntukan undang-undang tersebut, Dato’ Kayar telah membeli 50,000 unit
saham tambahan si atas nama perempuan simpanannya Cik Goondik. Dato’ Kayar dan Cik
Goondik telah membuat satu perjanjian bertulis di mana Cik Goondik telah berjanji untuk
menyerahkan semua dividen yang akan diterimanya, dan juga akan memindahmilikan 50,000
unit saham tersebut kepada Dato’ Kayar setelah berakhirnya tempoh tiga tahun.

Sekarang, tempoh tiga tahun itu telah berakhir tetapi Cik Goondik tidak pernah menyerahkan
sebarang dividen kepada Dato’ Kayar. Dia juga enggan memindahmilikan saham tersebut kepada
Dato’ Kayar.

Nasihatkan Dato’ Kayar.

Anda mungkin juga menyukai