Anda di halaman 1dari 2

Robotik bermaksud pengetahuan tentang robot, manakala robot pula ditakrifkan sevara

umum sebagai peralatan mekatronik yang boleh berkendali secara automatik.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepentingan dan keperluan robotik


dalam industri seperti

 Dapat melakukan tugas untuk menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dengan


kuantiti yang besar.
 Dapat bekerja dengan suasana bahaya tanpa perlu mempertimbangkan
keselamatan dan keselesaan seperti penghawa dingin, lampu, pengawal
keselamatan dan penyedut udara panas.
 Dapat bekerja secara berterusan tanpa letih, cuti, mengambil alih tugas dan tidak
perlukan insurans perubatan, sebalinya manusia memerlukan kesemua perkara
ini.
 Dapat melaksanakan tugas beulang kali dengan memberi kejituan yang tinggi
ketika berada dalam kawalan.
 Dapat melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan tepat.

Terdapat pelbagai kegunaan robot dalam tugas kehidupan harian kita seperti:

 Operasi pengawasan seperti menggunakan kamera untuk mengesan pesalah


jalanraya
 Operasi perubatan seperti melakukan pembedahan pemindahan tulang dan
sendi manusia.
 Operasi membantu orang yang tidak berupaya seperti mengambil makanan dan
sebagainya
 Operasi pembersihan bawah laut seperti pembersihan tumpahan minyak

Aras teknologi robot terbahagi kepada aras teknologi rendah, sederhana dan tinggi.

 Aras teknologi rendah


Robot aras teknologi rendah melakukan juukan tugas yang sama untuk satu
masa tertentu. Tugas untuk robot aras teknologi rendah tidak boleh ditukar ketika
sedang berkendali kerana ia mempunyai kawalan pergerakan yang tetap. Ia
boleh melakukan tugas yang lain apabila diubah jujukannya. Robot ini
melaksanakan tugas yang mudah kerana mempunyai sehingga empat sendi
dan dikawal oleh pengawal elektronik. Ia mempunyai ketepatan sistem yang
tinggi berbanding dengan robot aras teknologi sederhana dan tinggi.

 Aras teknologi sederhana


Robot aras ini boleh membuat lebih pergerakan berbanding dengan robot aras
teknologi rendah. Pengendali robot membentuk laluan pergerakan secara insani
dengan memandu robot setelah bekalan kuasa robot diputuskan. Tetapi, tugas
yang dijalankan oleh robot terbatas kepada cirri yang ada pada robot aras
teknologi rendah. Robot ini boleh melakukan tugas yang kompleks kerana
mempunyai sehingga enam sendi dan dikawal oleh mikropemproses 8 bit atau16
bit.

 Aras teknologi tinggi


Robot ini mampu melakukan tugas walaupun persekitarannya berubah seperti
wujudnya objek yang menghalang pergerakannya. Robot memahami
persekitarannya melalui penggunaan penderia. Tugas yang dilaksanakan
hendaklah sesuai dengan ciri robot aras teknologi tinggi. Robot ini boleh
melakukan tugas yang lebih kompleks kerana mempunyai lebih enam sendi dan
dikawal oleh mikropemproses 16 bit ke atas.

Anda mungkin juga menyukai