Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Bola Sepak

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di
negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah
diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara
permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara
permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan
cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola
Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab
bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama
di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak
hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886
dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England,
Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu
diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi
satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di
stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh
dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan
pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen.
Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association


(FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih
daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di
seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum
tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah
negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia
selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik
Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol.


Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang
spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:

 pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.


 pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola
kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan
pasukan lawan pada peringkat awal.
 penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak


menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian
spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh
berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang
biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh
melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan
percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu
formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain
pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan
yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden
termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Cara permainan
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang
mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan
menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang
merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan
dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan
semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola
daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap
bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun,
kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw).
Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa
berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang
sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa
berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan.
Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih
memenangi perlawanan.

Kejohanan antarabangsa
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang
diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190
negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke
peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu
dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai
pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5
kali.

Anda mungkin juga menyukai