Anda di halaman 1dari 12

MODUL

POLITEKNIK
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

B1001
MATEMATIK 1

ELIYUN BIN OTHMAN (PJB),


MARIAH BINTI AWANG (PJB),
NOOR BAITI BINTI JAMALUDDIN (PJB).
BIODATA PENULIS MODUL
B 1001 MATEMATIK 1

Nama : Mariah Bt. Awang


Alamat : Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer
Politeknik Johor Bahru
Km 10, Jalan Kong Kong
81700 Pasir Gudang, Johor
Telefon : 07-2612488 ext 4013
Kelulusan : Sarjana Pendidikan (Teknikal)(UTM)
IjazahSarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam
(UTM)
Jawatan : Pensyarah Teknik

Nama : Eliyun Bin Othman


Alamat : Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer
Politeknik Johor Bahru
Km 10, Jalan Kong Kong
81700 Pasir Gudang, Johor
Telefon : 07-2612488 ext 4012
Kelulusan : Sarjana Pendidikan (Teknikal)(UTM)
Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik
(UTM)
Jawatan : Pensyarah Teknik

Nama : Noor Baiti Bt. Jamaluddin


Alamat : Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer
Politeknik Johor Bahru
Km 10, Jalan Kong Kong
81700 Pasir Gudang, Johor.
Telefon : 07-2612488 ext 4013
Kelulusan : Diploma Kejuruteraan Elektrik (UTM)
Jawatan : Pensyarah Teknik
B 1001 MATEMATIK 1 i

GRID KURIKULUM

Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kurikulum yang sedang digunakan
di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

TOPIK UNIT

KUANTITI DAN UNIT ASAS 1 2

ALGEBRA 3 4 5

GEOMETRI 6

TRIGONOMETRI 7 8

PENGUKURAN 9 10 11

GEOMETRI KOORDINAT DAN GRAF 12 13

UNIT 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS (4 JAM)


(Pertukaran Unit)

1.1 Menyatakan kuantiti asas dan kuantiti terbitan serta unit


– unitnya.
1.2 Menyelesaikan masalah – masalah pertukaran unit.
1.3 Memperkenalkan gandaan .

B 1001 MATEMATIK 1 ii
UNIT 2 : KUANTITI DAN UNIT ASAS (4 JAM)
(Bentuk Piawai)

2.1 Menukarkan nombor nyata kepada bentuk piawai dan


sebaliknya.
2.2 Menyelesaikan operasi algebra yang mengandungi bentuk
piawai.

UNIT 3 : ALGEBRA (3 JAM)


(Pecahan Algebra)

3.1 Memudahkan bentuk pecahan algebra


3.2 Menyelesaikan operasi hasil tambah, hasil tolak, hasil
darab dan hasil bahagi untuk pecahan – pecahan algebra.

UNIT 4 : ALGEBRA (3 JAM)


(Penukaran Perkara Rumus & Persamaan Kuadratik)

4.1 Mengolah penukaran perkara rumus


4.2 Menyelesaikan persamaan kuadratik menggunakan cara
pemfaktoran, perkara rumus dan penyempurnaan kuasa
dua.

UNIT 5 : ALGEBRA (2 JAM)


(Persamaan Serentak Linear )

5.1 Menyelesaikan persamaan serentak linear dalam dua anu


dengan menggunakan kaedah penghapusan dan gantian.

iii
B 1001 MATEMATIK 1

UNIT 6 : GEOMETRI (4 JAM)


( Sudut & Teorem Pythagoras)

6.1 Menakrifkan sudut tepat, sudut tirus, sudut cakah, sudut


bersebelahan, sudut pelengkap dan sudut penggenap
6.2 Menyatakan sifat – sifat sudut garis bersilang dan 2 garis selari
disilangi oleh satu garis linear
6.3 Menyatakan sifat – sifat sudut dan perentas dalam bulatan
6.4 Menyatakan sifat – sifat tangen pada bulatan
6.5 Menyatakan Teorem Pythagoras
6.6 Menyelesaikan masalah – masalah yang berkaitan dengan
sudut serta jarak untuk segitiga dan bulatan

UNIT 7 : TRIGONOMETRI (4 JAM)


(Sin, Kos, Tan & Sukuan )

7.1 Menakrifkan sinus, kosinus, tangen, sekan, kosekan dan


kotangen
7.2 Menggunakan sukuan untuk menentukan nilai – nilai
trigonometri (positif atau negatif)
7.3 Menggunakan kalkulator untuk menentukan nilai – nilai
trigonometri (termasuk ukuran radian)

UNIT 8 : TRIGONOMETRI (4 JAM)


(Persamaan Trigonometri, Sinus & Kosinus)

8.1 Menyelesaikan persamaan trigonometri yang mudah.


8.2 Menyelesaikan masalah segitiga menggunakan rumus sinus
dan kosinus.

B 1001 MATEMATIK 1 iv
UNIT 9 : PENGUKURAN (2 JAM)
(Lengkok & Sektor)

9.1 Menentukan panjang lengkok, luas sektor dan segmen


dalam ukuran darjah atau radian

UNIT 10 : PENGUKURAN (2 JAM)


(Perimeter, Luas & Isipadu Bagi Bentuk – Bentuk Tertentu)

10.1 Menyatakan formula perimeter, luas dan isipadu untuk


bentuk – bentuk tertentu

UNIT 11 : PENGUKURAN (4 JAM)


(Luas & Isipadu Bagi Bentuk – Bentuk Serupa)

11.1 Menyatakan perkaitan antara sisi – sisi sepadan, luas dan


isipadu bentuk – bentuk serupa.
11.2 Mengira luas dan isipadu bentuk serupa

UNIT 12 : GEOMETRI KOORDINAT DAN GRAF (5 JAM)


(Graf Fungsi Linear)

12.1 Melukiskan graf daripada data yang diberikan


12.2 Menerangkan dan melakarkan graf fungsi linear dari segi
kecerunan dan pintasan
12.3 Mencari jarak dan kecerunan antara 2 titik

UNIT 13 : GEOMETRI KOORDINAT DAN GRAF (4 JAM)


(Persamaan Serentak Secara Graf)

13.1 Menyelesaikan masalah persamaan serentak linear secara


graf
13.2 Menerangkan bentuk asas graf tak linear.
B 1001 MATEMATIK 1 v
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

Sekiranya anda ingin mendapat manfaat sepenuhnya dari modul ini, sila ikuti
semua arahan dan aktiviti yang disediakan.

1. Modul ini dibahagikan kepada 13 unit, setiap unit disediakan dalam jilid yang
berbeza.

2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada modul dan unit.


Contoh :
B 1001 / 1 / 2 di mana; B 1001 - Kod subjek
1 - Unit 1
2 - muka surat 2

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan

4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut :-

OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus bagi
setiap pembelajaran.

INPUT
.
Input adalah bahagian yang mengandungi maklumat
yang akan pelajar pelajari.

AKTIVITI
Bahagian ini pula mengandungi proses pembelajaran
secara aktif untuk menguji kefahaman pelajar. Pelajar
perlu mengikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan
yang diberikan.
B 1001 MATEMATIK 1 vi

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan
yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri ini adalah bertujuan bagi menguji
kefahaman pelajar dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN


KENDIRI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan –
soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

5. Pelajar perlu mengikuti unit demi unit yang telah disediakan secara berturutan.
6. Pelajar boleh meneruskan unit seterusnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya
dan yakin dengan pencapaian diri sendiri.

PERNYATAAN TUJUAN

Modul ini disediakan bagi kegunaan pelajar – pelajar semester satu yang mengikuti
kursus sijil atau diploma dalam bidang kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Ianya
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep sesuatu unit ke
arah pembelajaran kendiri atau pun dengan bimbingan daripada pensyarah berkaitan.
B 1001 MATEMATIK 1 vii

PRA – SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

Pra – syarat untuk mengikuti modul ini, ialah pelajar perlu lulus dalam matematik di
peringkat SPM.

OBJEKTIF AM
Di akhir modul ini, para pelajar akan dapat :-

 Menyatakan kuantiti asas dan terbitan, menyelesaikan masalah pertukaran unit


dan operasi algebra yang mengandungi bentuk piawai.

 Menyelesaikan gabungan operasi algebra, persamaan kuadratik, persamaan


serentak dua pembolehubah.

 Menyatakan sifat – sifat geometri untuk segitiga, bulatan dan menyelesaikan


masalah yang berkaitan serta mengira panjang lengkok, luas sektor, perimeter
dan isipadu bagi bentuk – bentuk tertentu dan juga bentuk – bentuk serupa.

 Menerangkan dan melakarkan graf fungsi linear dari data yang diberikan serta
mencari kecerunan, jarak dan pintasan graf. Menyelesaikan persamaan
serentak linear dan kuadratik secara graf.

 Menakrifkan fungsi trigonometri dan menyelesaikan persamaan trigonometri


serta masalah segitiga dengan menggunakan rumus sinus dan kosinus.

PERALATAN & SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA MODUL

1. Kalkulator
2. Kertas graf
3. Peralatan geometri
B 1001 MATEMATIK 1 viii

RUJUKAN

1. J O Bird & A J C May, Technician Mathematics, Longman Malaysia, 1997.


2. Ahmad Abdullah & Fauzi Ibrahim, Matematik Untuk Juruteknik Kejuruteraan
Awam, IBS Buku Sdn. Bhd, 1989.
3. Nur’Azah Abdul Manaf & Mazlan Mohamad Abdul Hamid, Matematik
Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 1998.
4. Yoong Kwee Soon & Yang Chor Chaw, Matematik Tingkatan 4 dan 5, Sasbadi
Sdn. Bhd., 2000.
5. Yong ping Kiang & Wong Kam Cheu & Chew Lee Kian, Matematik Tingkatan
1,2,3, Sasbadi Sdn Bhd, 2000.
6. Wong Sin Mong, Principal Level Pure Mathematics, Federal Publication Sdn.
Bhd., 1980.
7. Khoo Cheng, Matematik Tambahan Tingkatan 4 & 5, Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd., 1994.
8. The Oh Kian, Matematik Tambahan Tingkatan 4 & 5, Penerbitan CTS Global
Sdn. Bhd., 2000.
9. Khadijah Abdul Hamid, Maheran Nuruddin, Masriah Hj. Awang, Maznita Md.
Sai, Norma Mohd. Basir, Razidah Ismail, Rusyah Abdul Ghani & Seripah Awang
Kechil, Matematik Pendekatan Mudah (Buku 1 & 2), Fakulti Sains Universiti
Teknologi Mara.
10. Nor Azura Md Ghani, Rudzah Talib, Asas Matematik 1A, Universiti Teknologi
Mara.
11. Roslina Ismail, Khairul Anwar Rasmani, Mohd Aisha Noddin Abdul Jalil,
Salimah Ahmad, Asas Matematik 11A, Universiti Teknologi Mara.
12. Chang Chee Yong, Kursus Tuisyen Intensif Matematik Moden Tingkatan 4,
Penerbitan O Sangeo Systems Enteprise, Kuala Lumpur.
13. Mazlan Mohamad Abdul Hamed, Nur’azah Abdul Manaf, Rohani Abdul Rahman,
Jamingan Saudi, Hamidah Hamid, Aljabar 1, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor Darul Takzim 1997.
14. Matematik Tingkatan 4 & 5 KBSM, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 1994.

Anda mungkin juga menyukai