Anda di halaman 1dari 2

CARA DAN SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program berdasarkan program
pengajian yang dipilih.

KEPERLUAN AM

Lulus SPM/MCE/SPVM atau setaraf


Mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)
sebelum berijazah

KATEGORI PERMOHONAN

DIPLOMA – Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf

STPM/STP/HSC/SETARAF – Minimum tiga (3) Prinsipal berdasarkan Syarat Khas Program.

SPM/SPVM – Berdasarkan Syarat Khas Program dan pengalaman kerja 5 tahun.

WARGA EMAS – Lulus SPM/MCE/SPVM atau setaraf dengan mendapat Kepujian dalam

Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan pengalaman kerja 10 tahun.

Pemohon mestilah berumur 50 tahun pada tarikh tutup permohonan.

( untuk maklumat lanjut mengenai Syarat Khas Program sila rujuk di bahagian Syarat Kemasukan)

2. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman


http://web.usm.my/kemasukan/ppjj mulai 23 Oktober 2010. Pemohon mestilah memenuhi
Syarat Am dan Syarat Khas program berdasarkan program pengajian yang dipilih.

3. Pembayaran wang proses sebanyak RM60.00 boleh dibuat secara dalam talian atau secara
tunai di kaunter CIMB Bank Berhad.

4. Pemohon perlu mencetak dan menghantar salinan Borang Permohonan beserta salinan
keputusan peperiksaan dan maklumat akademik ke alamat di bawah setelah bayaran dibuat.
Permohonan tidak akan diproses sekiranya pemohon gagal memenuhi keperluan ini.

Unit Pengambilan & Kemasukan


Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar,
Aras 2, Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM,
Pulau Pinang.
5. Isi maklumat dengan lengkap. Pastikan pengesahan data dilakukan di peringkat akhir
pengisian borang.
6. Sila cetak salinan Borang Permohonan untuk simpanan sendiri.

7. Permohonan bagi kategori Warga Emas adalah bagi pemohon yang berumur 50 tahun dan ke
atas sahaja.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2010. Permohonan lewat tidak akan
dipertimbangkan.

9. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 1 300 888 876

Anda mungkin juga menyukai