Anda di halaman 1dari 20

PENDARAHAN

TERKELUARNYA DARAH DARIPADA SISTEM


PEREDARANNYA ATAU TERCEDERANYA
SISTEM EDARAN.

Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/
terang kerana mengandungi oksigen dan
keluar memancut mengikut denyutan
jantung.

Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana
kurang mengandungi oksigen dan mengalir
keluar perlahan-lahan.
Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.

KLASIFIKASI PENDARAHAN:
Pendarahan Luaran (External)
Pendarahan yang boleh dilihat dengan
mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit

Pendarahan Dalaman (Internal)


Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti
melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:-
c.
Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit.
d.
Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit.
e.
Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku.
f.
Denyutan nadi cepat tetapi lemah.
g.
Darah mungkin keluar dari rongga yang
terbuka.
h.
Muntah darah atau najis bercampur darah.
i.
Ada tanda-tanda renja
Pendarahan

Apakah itu pendarahan ?

Pendarahan ialah keadaan di mana darah keluar dari saluran darah


yang pecah. Pendarahan juga dikenali sebagai berdarah atau
kehilangan darah.

Apakah terdapat banyak jenis pendarahan?

Terdapat tiga jenis pendarahan:

Pendarahan luaran - dikaitkan dengan kecederaan disebabkan luka,


kulit terkoyak dan pecah.

Pendarahan luaran yang keluar melalui bukaan semula jadi - di mana


pendarahan berlaku dalam tubuh dan darahnya keluar melalui bukaan
semula jadi manusia (seperti faraj atau hidung).

Pendarahan dalaman - yang berlaku dari saluran darah organ yang


pecah di dalam tubuh manusia. Ini dianggap sebagai sangat serius dan
memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Pendarahan ini kerana
ia melibatkan kehilangan darah dari peredaran darah dan mungkin
menyebabkan terjadinya renjatan. Tambahan pula, darah yang
terkumpul dalam tubuh akan memberikan tekanan yang boleh
memusnahkan organ-organ tertentu seperti paru-paru atau otak.

Bagaimana pendarahan ini berlaku?

Pendarahan diklasifikasikan mengikut jenis saluran darah yang


cedera. Terdapat tiga jenis saluran darah iaitu: arteri, vena dan
kapilari.
Arteri membawa darah yang kaya dengan oksigen serta bertekanan
tinggi dari jantung ke seluruh tubuh. Darah tersebut berwarna merah
terang dan memancut keluar dari luka serentak dengan denyutan
jantung.

Vena membawa darah bertekanan rendah yang memiliki kandungan


oksigen yang rendah dari seluruh badan kembali ke jantung. Ia
berwarna merah gelap.

Kapilari merupakan saluran darah kecil yang menyambungkan arteri


dan vena. Pendarahan ini dicirikan dengan darah yang mengalir secara
perlahan dari luka.

Apabila saluran-saluran darah ini mengalami kerosakan atau pecah,


darah akan mengalir keluar dan pendarahan akan berlaku. Dalam
keadaan biasa, tubuh memiliki mekanisma pembekuan darah semula
jadi bagi mencegah darah dari terus mengalir.

Pendarahan dari sesuatu saluran darah akan membawa ciri-ciri yang


berbeza pada darah yang mengalir keluar. Fenomena ini membolehkan
pendarahan dikelaskan kepada pendarahan arteri, pendarahan vena
dan pendarahan kapilari.

Pada pendarahan arteri, darah yang keluar berwarna merah terang


dan memancut selari dengan denyutan nadi. Pendarahan ini dikaitkan
dengan luka yang dalam. Ia merupakan pendarahan yang jarang sekali
berlaku tetapi amat merbahaya.

Di dalam pendarahan vena, darah yang keluar, mengalir pada kelajuan


yang agak perlahan berbanding pendarahan arteri. Ia berwarna
merah gelap.
Di dalam pendarahan kapilari atau rerambut, darah berwarna merah
dan mengalir perlahan-lahan. Pendarahan jenis ini biasanya dikaitkan
dengan luka serta calar yang ringan.

Apakah penyebab pendarahan ?

Penyebab utama pendarahan ialah kerosakan pada saluran darah.


Agen-agen fizikal seperti peralatan yang tajam, kemalangan
kenderaan, tembakan serta peralatan pertukangan merupakan antara
perkara yang biasanya menyebabkan pendarahan. Keadaan luka
tersebut menentukan jenis luka yang dialami serta mempengaruhi
bentuk rawatan yang diperlukan.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko pendarahan?

Risiko pendarahan akan meningkat dengan meningkatnya pendedahan


terhadap agen-agen yang boleh merosakkan saluran darah, seperti
bekerja dengan menggunakan peralatan yang tajam. Pendedahan
terhadap alatan yang tajam di rumah dan tempat kerja meningkatkan
risiko pendarahan kerana dengan ini kemalangan yang melibatkan
peralatan tersebut lebih mudah berlaku. Mereka yang bekerja di
kawasan tapak pembinaan adalah lebih mudah terdedah kepada
kemalangan seperti ini.

Seseorang yang mempunyai gangguan pada proses pembekuan darah


juga adalah berisiko tinggi untuk mengalami pendarahan. Pesakit ini
akan mengalami pendarahan yang teruk dan tidak terkawal walaupun
luka yang dialami hanyalah kecil sahaja. Mereka yang menghidap
penyakit seperti ini perlulah lebih berhati-hati. Di samping itu,
mereka yang mengalami gangguan pembekuan darah ini juga adalah
lebih berisiko untuk mengalami pendarahan. Gangguan pendarahan
merujuk kepada penyakit yang mengganggu mekanisma pembekuan
darah di dalam tubuh manusia.
Apakah gejala-gejala pendarahan?

Setiap jenis pendarahan akan menimbulkan gejala yang berbeza-beza.

1. Bagi pendarahan luaran:

o Mangsa akan mengalami lebam dan darah akan mengalir


keluar dari luka terbuka.

2. Bagi pendarahan dalaman

o Lebam akan muncul di bahagian pendarahan berlaku.


Mangsa akan mengalami pening kepala selepas kecederan
berlaku.

3. Dalam pendarahan luaran melalui bukaan semula jadi

o Terdapatnya darah dalam najis, air kencing ataupun


muntah.

Pendarahan yang teruk boleh menyebabkan renjatan hipovolemik.


Seseorang pesakit yang mengalami renjatan ini akan mengalami gejala
seperti:

 Kulit menjadi pucat.

 Bibir dan jari kebiru-biruan.

 Kulit menjadi dingin dan lembap.

 Tekanan darah rendah yang disertai dengan degupan jantung


yang cepat.

 Terasa lemah, keliru serta kurang penumpuan.


 Mangsa mungkin terjatuh pengsan atau tidak sedarkan diri jika
tidak diberikan pertolongan.

Bagi pendarahan luaran, apabila kulit terkoyak atau pecah,


mikroorganisma terutamanya kuman bakteria dengan mudah
menyerang tempat pendarahan tersebut. Ia kemudiannya
menyebabkan keradangan dan pembentukan nanah.

Bagaimanakah pemeriksaan pendarahan ini dilakukan?

Penyiasatan bagi pendarahan luaran melibatkan:

 penentuan tempat di mana berlakunya pendarahan.

 keterukan luka serta

 memastikan tiada pendarahan dalaman yang berlaku.

Untuk pendarahan dalaman, ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar.


Pendarahan dalaman biasanya didiagnos melalui pengamatan klinikal
dan keadaan pesakit itu sendiri untuk mengecualikannya dari gejala
renjatan.

Bagaimanakah pendarahan ini dirawat?

Pertolongan cemas adalah penting terutamanya bagi kes pendarahan


luaran. Pastikan anda tahu tatacaranya dengan betul sebelum
menjalankan pertolongan cemas kepada mangsa. Berikut disenaraikan
panduan untuk merawat kes-kes pendarahan.

Tujuan utama rawatan ialah untuk:

 mengawal pendarahan.

 mencegah renjatan.

 mengurangkan risiko jangkitan kuman.


 menguruskan penghantaran mangsa ke hospital dengan segera.

Pendarahan Luaran

Kurangkan pergerakan anggota yang cedera dan baringkan mangsa


untuk mengurangkan risiko dari terjatuh pengsan. Sebarang kotoran
atau habuk di bahagian yang cedera perlu dibersihkan.

 Jika pendarahan mengalir dari luka yang tidak dalam, berikan


tekanan yang mampat ke atas luka tersebut untuk menghentikan
pendarahan.

 Untuk luka yang lebih besar, ia perlu dibalut dengan


menggunakan sehelai kain yang bersih. Jika darah tidak juga
berhenti mengalir, lakukan balutan di atas balutan tadi, sekali
lagi.

 Jika kecederaan itu serius dan tidak dapat dikawal, dapatkan


bantuan perubatan dengan segera.

Pendarahan Dalaman

 Jika kecederaan hanyalah merupakan lebam yang tidak serius,


tuamkan dengan pek ais untuk mengurangkan pendarahan,
bengkak serta melegakan kesakitan.

 Jika pendarahan tersebut semakin serius, dapatkan bantuan


perubatan dengan segera.

Hentikan pendarahan

 Mengenakan tekanan pada tempat yang terlibat boleh


membantu membekukan darah dan seterusnya menghentikan
pendarahan. Kain kasa (gauze) yang digunakan untuk
memberikan tekanan di tempat yang cedera hendaklah bersih
bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Adalah amat penting
untuk melindungi mangsa dan juga pemberi pertolongan dari
jangkitan kuman.

 Jika luka berlaku pada anggota seperti kaki atau tangan,


baringkan mangsa dan angkat anggota tersebut ke paras yang
lebih tinggi dari paras jantung untuk mengurangkan pengaliran
darah.

Rawatan Bukan Farmakologi

Apabila pesakit dihantar ke hospital, rawatan akan diberi untuk


mengelakkan pendarahan dari menjadi lebih teruk. Ini termasuklah
pemindahan komponen darah yang boleh mengaruh pembekuan darah.
Ia diberi untuk mengelak dari kehilangan darah yang berlebihan.
Platlet, plasma segar beku dan faktor pembekuan adalah komponen
darah yang boleh mempercepatkan masa pembekuan darah. Ia boleh
mengelakkan darah mengalir keluar dari tubuh secara berlebihan.
Komponen darah ini mungkin perlu dipindahkan (ditransfusikan)
kepada pesakit. Biasanya pemindahan darah dijalankan apabila
berlakunya kehilangan darah terlalu banyak. Di samping itu,
pemindahan keseluruhan darah juga penting untuk menambah isipadu
darah yang telah berkurangan.

Rawatan Farmakologi

Ubat-ubatan yang digunakan untuk rawatan pendarahan termasuklah:

 antiseptik - untuk membunuh bakteria di tempat yang


tercedera.

 ubat penahan sakit - untuk melegakan kesakitan.


Penggunaan antiseptik untuk merawat luka adalah amat penting bagi
mengelakkan kesan buruk akibat jangkitan kuman. Antiseptik yang
biasa digunakan adalah cecair kuning (iodin). Letakkan antiseptik
tersebut di tempat luka selepas dibersihkan dari segala kotoran dan
debu.

Kecederaan boleh menyebabkan mangsa merasa sakit. Pemberian


ubat penahan sakit boleh membantu meredakan kesakitan yang
dialami. Elakkan dari memberi aspirin kerana aspirin boleh mencegah
darah dari beku dan seterusnya memburukkan lagi pendarahan.

Bagaimana pemantauan dibuat ke atas pesakit pendarahan ini?

Ini merupakan perkara-perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan


sewaktu memberi bantuan pertolongan cemas kepada mangsa

1. jangan cuba bersihkan luka yang besar.

2. jangan menyentuh luka tersebut dengan kerap kerana ini akan


memburukkan lagi pendarahan.

Perhatikan tanda-tanda dan gejala renjatan. Beri pertolongan cemas


jika perlu.

Apakah prognosis bagi mangsa pendarahan?

Prognosis pendarahan bergantung kepada keterukan pendarahan


tersebut. Bagi luka yang kecil, pengaliran darah boleh dihentikan
dengan mengenakan tekanan pada tempat tersebut. Bagi luka yang
teruk, kehilangan darah yang berlebihan boleh mengancam nyawa.

Bagaimana mencegah pendarahan?


Dengan menggunakan akal anda adalah cara yang amat penting untuk
mencegah kebanyakan kes pendarahan. Di bawah ini merupakan
langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan:

 simpan pisau serta peralatan tajam di tempat yang selamat dan


jauh dari kanak-kanak.

 simpan alat pertukangan di tempat yang selamat.

 tahu cara mengunakan peralatan mekanikal dengan betul.

 sentiasa berhati-hati sewaktu bekerja.

Ibu bapa perlu lebih tanggungjawab mendidik anak-anak mereka


mengenai bahaya peralatan yang tajam. Pastikan rumah dan tempat
kerja anda bebas dari sebarang bahan atau peralatan yang boleh
menyebabkan berlakunya pendarahan. Pencegahan selalunya lebih
baik dari rawatan.

Anda mungkin juga menyukai