EKONOMI …
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan .
Info teks
- Pertanian perdangan ialah kegiatan pertanian yang berorientasikan eksport.
- peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah
pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas.
- diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik.
- British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan
pertanian dagangan.
- penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat.
a) Lada hitam dan gambir
- untuk tujuan eksport.
- diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.
- kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu.
- di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura.
- tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20.
- gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera.
b) Buah pala dan cengkih
- banyak ditanam di Pulau Pinang.
- tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi.
- dieksport ke Eropah dan China.
- cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat.
- 1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil.
c) Tebu
- ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak.
- permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia.
- 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di negeri-Negeri
Selat.
- tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu.
- gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun.
d) Ubi kayu
- meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu.
- banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
e) Nanas
- industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor.
- sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin
kedua terbesar di dunia.
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi British.
- kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana harganya tidak
stabil di pasaran dunia.
- British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh.
a) Kopi
- diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
- harga kopi meningkat di pasaran dunia.
b) Kelapa sawit
- berasal dari Afrika.
- diperkenalkan di Kuala Selangor.
- 1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport.
- ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor.
- Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit.
c) Tembakau
- ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang.
d) Teh
- diusahakan di Cameron Highlands , Pahang.
- teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali sebagai ‘Teh
Ceylon ’.
Info Teks
- Ladang ialah kawasan tanaman yang melebihi 40 hektar.
- Kebun kecil ialah kawasan kurang daripada 40 hektar.
Info Arkib
Mendulang
- Biasanya dilakukan oleh seorang perempuan. Mereka berdiri di dalam anak sungai
dengan memegang sejenis dulang yang diperbuat daripada kayu jelutung. Mereka
mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dan membasuhnya dengan air yang
mengalir sehingga bijih timahm sahaja tertinggal dalam dulang.
Info Arkib
Melampan
- Pekerja akan memasukkan longgokan bijih tanah yang mengandungi bijih timah ke
dalam alir semula jadi atau palung yang dibuat daripada kayu. Penyodok kayu
digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah mengikut aliran air. Tanah
akan hanyut dan meninggalkan bijih timah yang lebih berat.
Info Arkib
- Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%
pada akhir kurun ke-19.
a) Revolusi Perindustrian di Eropah
- permintaan bijih timah semakin meningkat.
- bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan.
b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden
- diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20.
- menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah.
- tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin
Dredging di Batu Gajah, Perak.
- pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu.
- 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%.
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi
- 1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia.
- 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah
memulihkan semula harga bijih timah.
- negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia , Nigeria dan Indonesia.
- semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah.
- hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan.
- tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.
- kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah.
Info Teks
- Meramu ialah kegiatan mencari hasil hutan untuk pelbagai kegunaan.
b) Getah perca
- diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan.
- digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel
telegraf dasar laut.
- untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya.
- kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong.
c) Getah jelutung
- kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam
industri gigi palsu.
- tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh
- ia biasanya dieksport.
d) Rotan
- dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport ke China.
- kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung dan perabot.
e) Pembalakan
- banyak dieksport ke China dan Britain.
- antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing.
- digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu.
- 1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal kegiatan
pembalakan dan industri berasaskan kayu.
Kegiatan Dwiekonomi
- kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
membawa pelbagai perubahan.
- perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan
dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-
bandar baru.
Sistem Kangani
- kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah.
- kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh.
- kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di
ladang majikan.
- kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk.
- buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani.
- buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang
selesai.
Kesan Kemasukan Buruh.
- mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti
- orang Cina - tinggal di kawasan lombong dan di bandar.
bekerja sebagai pelombong dan peniaga.
- orang India – tinggal dan bekerja di ladang getah.
- orang Melayu – tinggal di kawasan luar bandar (desa).
- menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan.
- masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan
ekonomi.
- dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum.
- mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan
yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza.
Info Arkib.
Info Arkib
- Institut Penyelidikan Perubatan telah ditubuhkan pada tahun 1901 di Kuala Lumpur.
Institiut ini ditubuhkan untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan
langkah pencegahan penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri.
b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi
- pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk
tanaman padi iaitu terusan.
- terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama
Terusan Wan Mat Saman.
- ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang
pertama).
- terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah.
- ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul.
- untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai
penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus.
- berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah
Melayu.
- tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi.
- banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk.
- kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung
Karang, Selangor.
c) Bekalan Tenaga Elektrik
- tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi.
- awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur.
- 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan
tenaga elektrik.
- empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company
Limited.
- tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan
perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta.
Info Arkib
- Sebelum British memodenkan sisitem pengairan, negeri Kedah telahpun mempunyai
sistem pengairan yang sempurna untuk penanaman padi kerana mempunyai terusan.
Terusan tersebut ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina sepanjang 35 km dari Alor
Setar ke Gurun.
Terusan dibina dengan menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional
seperti cangkul. Unggun api pula dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk
memastikan terusan digali dengan lurus.
Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru
- pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan
ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah.
- petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan.
- perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar
baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh , Kuala Lumpur dan Seremban.
a) Ipoh
- terletak di Lembah Kinta.
- dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu.
- nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya
digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu.
- tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran
bijih timah di daerah Larut merosot.
- Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk.
- tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping.
b) Taiping
- terletak di daerah Larut.
- nama asalnya Kelian Pauh.
- tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong
bijih timah.
- selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut.
- nama ‘Taiping’ bermaksud ‘kedamaian yang abadi’ .
- berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak.
c) Kuala Lumpur
- pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka
kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka
lombong bijih timah.
- ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur.
- tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan
melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur.
- Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih
timah menjadi pusat perdagangan yang maju.
- Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur.
- 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang.
- British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan.
- 1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
- 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan.
- kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia , Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
- pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun.
Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum
- sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan
masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada
bidang pendidikan.
- British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara
masing-masing.
- sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan Bandar.
Info Teks
- Vernakular bermaksud sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar.
- Sekular bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan.
a) Sekolah Vernakular Melayu
- didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan.
- anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi,
seni pertukangan dan perkebunan.
- pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam.
- sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor
(1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di
Langgar, Pekan, Pahang.
- sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri
Melayu yang lain.
- British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu.
- pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan nelayan yang
lebih baik daripada ibu bapa mereka.
- sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung
pelajaran.
- lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan
rendah di jabatan ketajaan.
- lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab
perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu.
- antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah;
- 1900 Maktab Perguruan Melaka.
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak – MPSI.
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti – UPSI).
- 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Info Arkib
- Tun Abdul Razak bin Hussein pernah bersekolah di Sekolah Melayu di Langgar.
Pekan, Pahang. Semasa berucap pada bulan Oktober 1967, Tun Abdul Razak berkata,
“Kalau saya berhak menjadi ternama, hak itu terletak semata-mata pada kesederhanaan.
Saya memulakan pelajaran di sebuah sekolah yang berbumbung atap dan berlanai
tanah. Masih jelas terasa lantai tanah di kaki saya yang tak berkasut.”
Info Arkib
- Arthur Keunion merupakan seorang ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Dalam
ucapannya pada tahun 1915, beliau menyatakan:
- “ Awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya mereka tinggal terus di
swah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam kerja-
kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka suapya semua
memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua mereka menjadi kerani, dan saya yakin
awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pendidikan
yang berlebihan.”
b) Sekolah Vernakular Cina
- diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar.
- peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti
Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka.
- pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun.
- ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah.
- menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China.
- guru-guru juga dibawa dari China.
- tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina.
- 1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan.
- Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-
sekolah Cina di Tanah Melayu.
Info Arkib
Enakmen Pendaftaran Sekolah
- Menurut enakmen ini, semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini
memberi kuasa kepada Pengarah Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak menurut
syarat pengurusan, sukatan pelajran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh
British.
c) Sekolah Vernakular Tamil
- diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.
- kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah.
- sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India.
- ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut.
- memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke
darjah empat.
- tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan
pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
- keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah.
- terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah thamboosamy Pillai
dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur.
- masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris
yang lebih sempurna.