Anda di halaman 1dari 6

Kelebihan Ramadan

• Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba
apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan
bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah
tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

• Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar
yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah
tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi
amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat ,
istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

• Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan
maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan
engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah
menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah
Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah
kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan
dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

• Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari


setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan
Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di
dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga
yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka
berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas
bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata
bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai
bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai
Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa
daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim
daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke
dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka
berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang
meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

• Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke
bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya
bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya
tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan
keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk
menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang
berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan
orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat
tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga
terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada
hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata
Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan
beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan
empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak,
orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang
yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

• Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari
raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke
bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua
mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad
keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya)
yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang
besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada
maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila
selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman
Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka
dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah
keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala
hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada
memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku
kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

• Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi
kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga
balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga
700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya
yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika
berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal
fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam
berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan
rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa
memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan
diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan
orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini
kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang
siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan
dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk
ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
• Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya,
diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

• Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya
ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap
berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan
yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri
yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah
kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang
mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin
(yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan,
dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

• Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya
1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang
yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi
hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

• Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang
berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek
Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman
syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam
makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan.
(A-Hadith)

• Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia
membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya :
Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku,
kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam
syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan
kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas
titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan
kepadanya gelas syurga!)

o - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku


sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

o - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku


cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

o Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku


menerima! (Al-Hadith)

• Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud
, satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu
berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah
mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-
Hadith)


o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
 Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa
dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
 Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan
bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan
Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia
dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya
yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan
termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan
keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul
Qadar.

o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di
dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk
siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang
baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang
yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang
manusia banyak tidur." (Al Hadith)

o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)


o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air
memadamkan api." (Al Hadith)

o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya
seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun
." (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada
berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa
menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan
akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga
berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap
tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata
zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut)
terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga).
Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al
Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan


mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong
kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang
yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan
hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya
dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam
syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah
yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan
segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari
sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta
ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang
lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

• Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan


ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu
adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya
dilipatgandakan . (Al Hadith)

• Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan
yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan
yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang
banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul
Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang
salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana
belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya
dipanjangkan umur.

• Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh
petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab
musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya
Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya
itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat,
maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

• Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail
dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam
ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak
diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha
mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan
yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan
banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang
dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan
kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat
pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan
akhirat.

• Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah,
bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang
banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang
menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan
takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi