Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1. Anak sukar dibentuk dan susah mendengar kata.

Firman Allah SWT: As-Syura : 19

19- Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan


belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Cara :

 Baca Al-Fatihah

 Baca Al-Insyirah

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad


serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1) 2- Dan Kami telah
meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); 3- Yang memberati
tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)? 4- Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan
namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 5-
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap

1
kesukaran disertai kemudahan, 6- (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 7- Kemudian apabila
engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-
sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 8- Dan
kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar
dan ingini).

 Baca Asy-Syura
 Tiup diubun.

2. Anak liat untuk solat

Surah Ibrahim : 40

40-
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.

3. Anak bermasalah

Surah Al-Ahqaf : 15
(Bayangkan muka anak sewaktu membacanya)

15- Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya
dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar
sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat
umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah
daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan
kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

2
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh kepadamu).

4. Anak Soleh

 Doa Nabi Ibrahim Ash-Shafaat : 100

100- Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung


dari orang-orang yang soleh!

Ibrahim : 40-41

40- Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.
41- Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal
dan pembalasan

 Doa Nabi Sulaiman An-Naml ; 19

19- Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa
dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan
nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan
limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

5. Membisikkan Anak (Sewaktu Anak Tidur)

 Assalamu a'laikum wrth… Ya Anakku.., wa ala saidina Muhammad.

3
 Syahadah 3 X
 Niat
 Fatihah
 Ayat kursi
 3 Qul.
 Surah al-Insyirah…. ‫ألم نشرح لك صدرك‬
 Ayat di bawah…

‫صابِر ُْوا َو َرابِطُوا َواتَّقُوا هللاَ لَ َعلَّ ُك ْم‬َ ‫ْن أَ َمنُ ْوا اصْ بِر ُْوا َو‬Sَ ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذي‬
. ‫تُ ْفلِح ُْو َن‬
Wassalam.
IbnMohd@tm.net.my

Anda mungkin juga menyukai