Anda di halaman 1dari 12

BUDAYA DAN KOMUNIKASI

• Hubungan antara budaya & komunikasi adalah kompleks & saling berkaitan – budaya mempengaruhi komunikasi
& sebaliknya

• Penyelidik KAB menggunakan sistem klasifikasi dari bidang antropologi & psikologi utk mengenalpasti &
mengkaji perbezaan budaya dlm komunikasi iaitu bagaimana perbezaan budaya mempengaruhi komunikasi

Kepelbagaian Nilai-nilai Budaya


• Ahli antropologi & psikologi-sosial telah menghasilkan sistem klasifikasi/taxonomi utk mengenalpasti corak
perlakuan utama kumpulan budaya yg berbeza

• 3 taxonomi yg sering dirujuk dlm kajian KAB dihasilkan oleh


(i) Hofstede (ii) Kluckhohn & Strodtbeck (iii) Hall

• Menggunakan taxonomi tersebut, ahli penyelidik mengenalpasti beberapa dimensi keberubahan (variability)
budaya yg boleh digunakan utk membezakan budaya. Dimensi-dimensi ini mempengaruhi cara orang
berkomunikasi

• Dimensi keberubahan budaya ini tidak mempunyai nilai yg mutlak; sebaliknya dimensi ini wujud mengikut 1
skala (continuum) dgn tahap yg berbeza-beza (cth: tidak ada budaya yg sepenuhnya bersifat kolektif atau
individu; budaya berlainan mempunyai tahap nilai kolektif atau individu yg berbeza-beza)

• Dimensi budaya ini juga bukan suatu yg berlawanan; dlm sesetengah budaya, kedua-dua nilai wujud pd tahap yg
berbeza
Dimensi-dimensi Nilai Hofstede

• Geert Hofstede, ahli psikologi-sosial Belanda, meninjau beratus ribu pekerja di


organisasi multinasional di 50 negara utk menentukan kedudukan setiap
negara bagi 5 dimensi nilai spt berikut:
- individu-kolektif
- pengelakan ketidakpastian (uncertainty avoidance)
- jarak kuasa (power distance)
- maskulin-feminin
- orentasi jangka panjang-jangka pendek

• Berdasarkan data statistik, setiap negara diberi rank dari 1 hingga 50 utk ke5
dimensi nilai ini. Dapatan kajian menggambarkan nilai-nilai yg dianggap
penting dlm suatu budaya & membolehkan perbandingan dibuat di antara
budaya yg berbeza

• Kecenderungan kpd nilai-nilai tertentu dicerminkan dlm interaksi harian dlm


keluarga, di sekolah & tempat kerja
1) Individu-Kolektif

• Dlm budaya bersifat individu: (i) individu unit paling penting dlm struktur sosial (ii) kebebasan
dititikberatkan (iii) pencapaian individu diberi penghargaan (iv) keunikkan setiap individu dinilai tinggi

• AS, Australia, New Zealand, Britain, Canada & Belanda cenderung kpd nilai individu

• Persaingan digalakkan lebih dari kerjasama, matlamat individu didahulukan daripada matlamat
kumpulan, kesetiaan individu kpd kumpulan agak lemah & perubahan dlm keahlian kumpulan adalah
biasa (cth: sering bertukar tempat kerja)

• Keputusan dibuat oleh individu; ini mungkin mengakibatkan konflik semasa perundingan perniagaan
dgn org dari budaya kolektif (cth: ahli perniagaan AS dan Jepun)

• Dlm keluarga, nilai individu ditekan bila anak digalakkan bersikap berdikari; ‘privacy’ juga sangat
penting

• Dlm kelas, guru memberi perhatian kpd pelajar secara individu & mengalakkan inisiatif perseorangan

• Budaya kolektif pula menekankan(i) pandangan, keperluan & matlamat kumpulan (ii) norma sosial &
kewajipan yg ditetapkan oleh kumpulan (iii) kepercayaan yg dikongsi dgn kumpulan (iv) kesediaan utk
bekerjasama dgn ahli kumpulan yg lain
• Pakistan, Colombia, Venezuela, Taiwan, Peru & Afrika cenderung kpd nilai kolektif; individu dilahirkan dlm
keluarga luas atau suku/puak yg memberi sokongan & perlindungan kpd individu & sebagai balasan
individu menunjukkan kesetiaan kpd mereka

• Dlm keluarga, ahli-ahli mempunyai pertalian persaudaraan yg kuat sepanjang hayat mereka; mereka
mempunyai banyak matlamat bersama & sifat kerjasama menjadi kebiasaan; wujud orentasi kekitaan

• Identiti berdasarkan sistem sosial; budaya menekankan keahlian dlm pertubuhan (cth: pepatah Melayu
‘Bersatu teguh, bercerai roboh’ atau pepatah Cina ‘No matter how stout, one beam cannot support a
house’)

• Individu mempunyai keyakinan dlm keputusan kumpulan sungguhpun hak individu mungkin diketepikan

• Nilai kolektif mempengaruhi komunikasi (cth: komunikasi yg tidak berterus terang, menjaga air muka &
kerjasama kumpulan adalah ciri-ciri yg berkait dgn orentasi kolektif masyarakat Korea)

• Dlm kelas, keharmonian & pembelajaran bersama ditekan & bukan persaingan (cth: pepatah Mexico ‘The
more we are the faster we finish’)

• Dlm konteks perniagaan, perundingan dihadiri oleh sekumpulan org & masa yg lebih diambil utk membuat
keputusan)
2) Pengelakkan Ketidakpastian (Uncertainty Avoidance)

• Sejauh mana inidividu dlm suatu budaya merasa gelisah bila berhadapan dgn situasi yg
tidak jelas, tidak berstruktur & tidak dapat diramalkan – situasi yg mereka cuba elakkan
dgn menetapkan kod perlakuan yg tegas & kepercayaan dlm kebenaran yg mutlak

• Budaya yg mempunyai nilai pengelakkan ketidakpastian yg tinggi cuba mengelakkan


ketidakpastian dgn menyediakan kestabilan utk ahli-ahli mereka, mewujudkan banyak
peraturan rasmi, tidak bersikap toleransi terhadap pendapat & perlakuan yg dianggap
‘luar biasa’ & sentiasa mendapatkan persetujuan ahli-ahli

• Akibat kepercayaan bahawa terdapat potensi pelbagai risiko & bahaya dlm hidup, wujud
keperluan utk peraturan bertulis, perancangan rapi, pengawalan & adat istiadat yg
memberi struktur kpd hidup kita (cth: banyak protokol dlm upacara rasmi di Malaysia)

• Portugal, Greece, Peru, Belgium & Jepun cenderung kpd nilai pengelakkan ketidkpastian
yg tinggi

• Sweden, Denmark, Ireland, Norway, AS, & Finland cenderung kpd nilai pengelakkan
ketidakpastian yg rendah
• Masyarakat di sini lebih mudah menerima ketidakpastian dlm hidup & tidak merasa
terancam oleh pendapat & org yg dianggap ‘luarbiasa’ (cth: fashion & pakaian yg lain
dari yg lain)

• Lebih fleksibel, lebih bersedia mengambil risiko & menolak struktur yg berkait dgn
hierarki & terlalu banyak peraturan

• Perbezaan dlm dimensi nilai ini mempengaruhu KAB; Cth: pelajar dari budaya yg
mempunyai nilai PK yg tinggi inginkan situasi pembelajaran yg berstruktur & jawapan yg
betul. Mereka mungkin menghadapi masalah bila melanjutkan pelajaran di negara yg
mempunyai nilai PK yg rendah dimana pelajar yg mempunyai pendekatan yg berinovasi
dihargai (cth: pelajar Korea di AS)

• Pengaruh dimensi nilai ini juga dpt dilihat semasa sesi perundingan. Ahli dari budaya yg
mempunyai nilai PK yg tinggi akan meminta lebih perincian & perancangan. Mereka
lebih suka jika perundingan dijalankan mengikut agenda dgn kadar yg lebih perlahan

• Tahap formaliti yg diharapkan & tahap pengambilan risiko juga berbeza diantara kedua
pihak
3) Jarak Kuasa (Power Distance)

• Jarak antara pihak berkuasa & ahli suatu budaya itu

• Sejauh mana individu yg mempunyai kurang kuasa dlm masyarakat menerima


ketidaksamaan kuasa & menganggapnya sebagai suatu yg normal

• Sejauh mana masyarakat menerima & setuju dgn ketidaksamaan kuasa dlm
perhubungan, institusi & organisasi

• Dlm budaya yg mempunyai nilai JK yg tinggi, jarak antara mereka yg berkuasa &
mereka yg dipengaruhi kuasa itu adalah jauh

• Individu menerima ‘kuasa’ sebagai 1 aspek masyarakat; org atasan menganggap org
bawahan berbeza dari mereka & sebaliknya

• Di negara yg mempunyai nilai JK yg tinggi spt India, Afrika, Malaysia, Brazil, Filipina
& Mexico, individu percaya bahawa kuasa & pihak berkuasa adalah hakikat hidup &
manusia tidak setara
• Keutamaan diberi kpd status & pangkat & org atasan dianggap mempunyai hak
keistimewaan; wujud pemusatan kuasa & org bawahan tidak diambil kira bila
membuat keputusan

• Dlm kelas, pembelajaran berpusat pd guru – guru menetapkan program


pembelajaran yg akan diikuti & guru tidak dikritik atau disanggah secara terbuka

• Di negara yg mempunyai nilai JK yg rendah spt Austria, Finland, Denmark Norway,


AS & New Zealand, individu menganggap bahawa ketidaksamaan dlm masyarakat
patut dihadkan & diantara org atasan & org bawahan dianggap tidak wujud
banyak perbezaan

• Individu dari budaya ini percaya bahawa mereka harus ada akses kpd mereka yg
berkuasa

• Dlm perniagaan, keputusan dibuat bersama & org bawahan dirujuk; penggunaan
simbol-simbol status dihadkan
4) Maskulin-Feminin

• MF merujuk kpd sejauh mana ciri-ciri maskulin & feminin dihargai dlm suatu budaya

• Dlm budaya dgn nilai maskulin yg tinggi, nilai-nilai utama/dominan adalah berorentasi kpd lelaki

• Peranan berdasarkan gender diterima (peranan sosial yg berbeza utk kaum lelaki & perempuan).
Lelaki dianggap lebih kuat, mempunyai cita-cita tinggi & daya persaingan yg kuat serta berusaha utk
mencapai kejayaan kebendaan

• Di negara berorentasi maskulin spt Greece, Venezuela, Jepun, Itali, India & Mexico, kaum lelaki
mengambil peranan pencari nafkah, kaum perempuan menjadi suri rumah

• Di tempat kerja, wanita menghadapi pelbagai halangan utk mencapai persamaan hak; mereka sering
menjadi pembantu kpd lelaki & diberi gaji yg lebih rendah; peluang utk maju ke depan/naik tangga
terhad

• Di negara yg mempunyai nilai feminin yg tinggi spt Sweden, Norway, Finland, Denmark & Belanda,
terdapat lebih banyak persamaan hak antara gender & kepercayaan yg kuat dlm kepentingan kualiti
hidup

• Lelaki dianggap tidak perlu bersifat keras & bersaing (cth: lelaki boleh tinggal di rumah utk menjaga
anak manakala isteri keluar bekerja)
5) Orentasi Jangka Panjang-Jangka Pendek
• Nilai ini berkait dgn orentasi masyarakat kpd kebaikan (virtue) lawan kebenaran

• Masyarakat yg berorentasikan jangka pendek spt di AS, Kanada, Britain, Nigeria &
Filipina cuba memiliki kebenaran; penekanan diberi kpd pencapaian hasil yg cepat
bila membuat sesuatu; wujud juga tekanan sosial utk memiliki apa yg dimiliki org
lain sungguhpun terpaksa berbelanja lebih

• Individu mementingkan pencapaian jangka pendek & ingin supaya keperluan


dipenuhi dgn serta-merta. Status tidak diberi prioriti yg tinggi & individu cuba
menangguh usia tua

• Masyarakat yg berorentasikan jangka panjang pula spt di Cina, Jepun, Korea


Selatan, Brazil & India lebih mementingkan kebaikan di mana penjimatan
ditekankan & juga pencapaian hasil tidak kira berapa lama ia mengambil

• Pekerja mempunyai etika kerja yg baik & menunjukkan hormat kpd majikan.
Mereka mementingkan ketenteraman sosial & matlamat jangka panjang
Rujukan

• Martin, J. and Nakayama, T. (2008). Experiencing Intercultural


Communication. McGraw Hill: New York.

• Neuliep, J. W. (2003). Intercultural Communication: A


Contextual Approach. Houghton Mifflin: Boston, MA.

• Samovar, L. A. and Porter, R. E. (2004). Communication


between Cultures. Thomson-Wadsworth: Belmont, CA.

• Martin, J. and Nakayama, T. (2007). Intercultural


Communication in Contexts. McGraw Hill: New York.
TUTORIAL MINGGU 6

1. Pilih 1 contoh benar dari persekitaran anda yg mencerminkan nilai individu dan 1
contoh yg mencerminkan nilai kolektif (cth: iklan, logo dll)
• Huraikan contoh nilai individu dan terangkan mengapa ia mencerminkan nilai
individu
• Huraikan contoh nilai kolektif dan terangkan mengapa ia mencerminkan nilai kolektif
 
2. Temu bual seorang pelajar antarabangsa di kampus. Terangkan kpd kelas beberapa
nilai budaya pelajar ini. Apakah persamaan dan perbezaan antara nilai-nilai budaya
pelajar tersebut dgn nilai-nilai budaya anda?
 
3. Pilih 3 iklan dari suratkhabar atau majalah. Kaji iklan-iklan tersebut dan nyatakan
nilai-nilai yg dicerminkan
 
4. Terangkan bagaimana nilai-nilai suatu kumpulan budaya itu mempengaruhi
komunikasi antara ahli-ahli kumpulan tersebut dgn ahli-ahli kumpulan budaya yg lain.
Berikan contoh-contoh yg sesuai
 

Anda mungkin juga menyukai