Anda di halaman 1dari 2

Tajuk:kamu dan rakan – rakan kamu telah pergi berkelah di sebuah

hutan lipur.ceritakan pengalaman kamu menyaksikan salah seorang


daripada rakan kamu hampir-hampir lemas.
Aku,Adam dan Zamri sudah lama berkawan rapat.Kami ialah rakan
sekampung. Rumah kami juga terletak berehampiran antara satu sama lain.

Pada suatu hari,Adam mengajak aku dan Zamri berkelah di Hutan Lipur
Sekijang.Tempat itu terletak tidak jauh dari kampong kami .Sebelum ini pun, kami
kerap pergi ke sana.Tanpa melengahkan masa,aku dan Zamri bersetuju dengan
ajakan Adam itu.

Setelah mengayuh basikal lebih kurang 15 minit,kami pun sampai di Hutan


Lipur Sekijang.Setibanya di situ,kami segera menyalin pakaian untuk mandi-
manda.Kami berasa sungguh seronak dan gembira.

Sedang kami asyik bermandi-manda,tiba-tiba aku dan Adam terdengar


suara jeritan meminta tolong.Ketika kami memandang ke arah bunyi suara
itu,kami ternampak Zamri sedang menggapai-gapaikan tangannya meminta
tolong.Ketika itu dia hampir-hampir tenggelam kerana dihanyutkan oleh arus
deras.

Tanpa membuang masa,aku dan Adam terus berenang ke arah Zamri.Kami


sempat mencapai tangan rakan kami itu dan segera menariknya ke
darat.Mujurlah kami berjaya menyelamatkan Zamri.

Menurut Zamri, ketika dia menyelam, dia terasa tubuhnya dihanyutkan


oleh arus deras.Dia cuba timbul ssemula ke permukaan air,tetapi pada ketika itu
nafasnya sudah mula tercungap-cungap.Namun,mujurlah dia mujurlah dia masih
sempat berteriak meminta tolong.Jika tidaki,mungkin dia sudah lemas
dihanyutkan oleh arus sungai.

Zamri megucapkan ribuan terima kasih kepada kami kerana


menyelamatkannya.Kejadian yang menimpa Zamri itu memberikan pengajaran
kepada kami supaya lebih berhati-hati pada masa akan datanag .

Anda mungkin juga menyukai