Anda di halaman 1dari 26

KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

1. Tahukah anda apa itu KSSR?

TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan


dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada
tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah.
Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah
khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi
guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan
matlamat kerajaan.

2. Mengapa Transformasi?

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan


menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan
kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 1


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR


KBSR KSSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan enam
bidang: tunjang:
 Komunikasi  Komunikasi
 Manusia dan alam sekeliling  Kerohanian, sikap dan nilai
 Perkembangan diri individu Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan
estetika
 Sains dan teknologi
 Keterampilan diri

Bahan kurikulum: Bahan kurikulum:


 Sukatan Pelajaran  Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum:


 Linear  Modular

Organisasi kurikulum:
Organisasi kuriikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
 Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) dan Modul Elektif
 Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)
 Mata pelajaran Teras dan Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)
 Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
Kreatif serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(lCT) secara eksplisit

Fokus: Fokus:
3M (Membaca, menulis, mengira) 4M (Membaca, menulis, mengira dan
menaakul)

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 2


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

4. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas


KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah
Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal ber-
dasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran
bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati
keperluan murid-murid berkeperluan khas ini.
B a gi P end i di ka n Kh as Ma s al ah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah
ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran
yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual
Suaian.
Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran
Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
dan Pendidikan Islam yang diubahsuai.
Sementara bagi Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya dibuahsuai
termasuklah:
Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku,
Kemahiran Manipulatif)
 Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris dan matematik
 Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik)
 Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
 Pendidikan Jasmani.
Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak
ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh
kerajaan.
Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan
awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan
khas ini.
Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka
seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses
pembelajaran.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

5. Kurikulum terbaik sekolah rendah.


Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin
ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik,
menyeronokkan dan bermakna.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh
persekolahan yang ditetapkan.
Standard kandungan meru pakan pernyataan lebih terperinci
mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan
pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained)
yang dinamakan sebagai modul.
Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid.
Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas,
modul teras to dan modul elektif.

Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1


Modul Teras Asas
 Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Gina
 Bahasa Tamil
 Matematik
 Pendidikan Jasmani
 Pendidikan Kesihatan
 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Modul. Teras Tema


 Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan
Teknologi

Modul Elektif
 Bahasa Arab
 Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)
 Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)
 Bahasa Iban
 Bahasa Kadazandusun

Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata


pelajaran teras dan mata pelajaran elektif.
Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk murid-
murid tahun empat.

Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2


Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi
 Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Modul Sains dan Teknologi
 Matematik
 Sains
 Reka Bentuk dan Teknologi / ICT

Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani


 Pendidikan Kesihatan
 Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual

Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai


 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Modul Kemanusiaan
 Sejarah

Mata Pelajaran Elektif


Modul Komunikasi Elektif
 Bahasa Arab
 Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
 Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai
 Bahasa Kadazandusun

6. Pentaksiran
KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan
sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan
kepada peperiksaan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang
lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan
dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran.
A k t i v i t i p e m u l i h a n, p e n gu k u h a n d a n p e n gg a ya a n d i l a k s a n a k a n
m e n gi k u t k e p e r l u a n m u r i d b a gi m e m a st i k a n m u ri d m e n c a p a i s a n d a r d
ya n g d i t e t a p k a n .

7. Tiga Kemahiran baru merentas subjek.


Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi
memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa
dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah
diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10
tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada
K u r i k u l u m Bersepadu Sekolah Rendah s e bel um K em ent e ri an Pelajaran
menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan mengg u n a k a n K u r i k u l u m


Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.

Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen
kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang
bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang
holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi
serta berkeperibadian mulia.

Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah
langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk
merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21,
dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.
Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan
inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk
berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam bidang sains.

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen


tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat
banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya
saing biarpun di peringkat global.
Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor-
masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan
untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan
inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana
bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk
membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.

Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh


disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa.
Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki
menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek
pembangunan negara.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 7


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR


bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya
mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat
mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa
hadapan.
Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni-
aga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum
ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang
keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang
perniagaan.

S udah sam pai m asa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir-
kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi
tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara di masa hadapan.

Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang


perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns
dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan
global.
Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak-
sanaan KSSR pada tahun hadapan.

Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat
meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan
berkesan.
Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu
membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam
mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di
dalam bilik darjah sahaja.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 8


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

8. Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR


TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi
memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan
yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan.
Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif,
para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi.
Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran
melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri
oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran.
Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi penge-
tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid
sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di
bangku sekolah rendah.
Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang
berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu
dan bahasa pengantar rasmi.
Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;

1. Standard kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2. Standard pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti p e m b e l a j a r a n d a n pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 9


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

3. Pendekatan modular
Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang
diorganisasikan dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk
modul iaitu:
i. Modul Dengar Tutur
ii. Modul Membaca
iii. Modul Menulis
iv. Modul Seni Bahasa
v. Modul Tatabahasa

4. Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur


Berbentuk serampang dua mata:
i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan
ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah
pengajaran.

Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah r e n d a h yang telah


ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap
satu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan
berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial.
B a g i m e m a s t i k a n objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah
merangka beberapa strategi pengajaran dan
p e m b e l a j a r a n u n t u k dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah;
i. Berpusatkan murid
i. Kepelbagaian teknik pengajaran
ii. Kepelbagaian sumber bahan
iii. Penggunaan tatabahasa, yangtepat
iv. Memperkayakan bahan bacaan

Asp e k K em ahi r an bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam


pengajran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan
lama. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan;
i. Kemahiran berfikir
ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 10
KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

iii. Kemahiran belajar cara belajar


iv. Kajian masa depan
v. Kecerdasan pelbagai
vi. Pembelajaran konstruktivisma
vii. Pembelajaran kontekstual
viii. Kreativiti dan inovasi
ix. Keusahawanan

Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan,


pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembel ajaran bahasa Malaysia
sekolah rendah tercapai.
Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi
dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat
menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya;
i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,
ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis,

iii. Kem ahi ran m en dengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.

Selain aspek kurikulum yang dinyatakan, beberapa perkara boleh dilakukan


oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya;

1. Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum


 Baca perkataan demi p e r k a t a a n d a l a m setiap pernyataan untuk memahami
maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara
tersurat dan tersirat.
 Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.
 Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan
kemahiran sampingan dalam setiap aktiviti;
 Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih
dan kehendak kurikulum.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 11


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

2. Peringkat perancangan pengajaran


 Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, seterusnya pilihlah
kemahiran fokus dan kemahiran sampingan;
 Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan k e m a h i r a n ya n g dipilih;
 Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran
ya n g d i p i l i h b e r sesuaian dengan masa pengajaran;
 Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja r a n dan
p e m belajaran tersebut;
 Langkah kelima: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan murid.

3. Peringkat penyampaian pengajaran

 Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik


minat murid
 Bahan bantu mengajar yang sesuai;
 Aspek kawalan kelas;
 Aspek komunikasi;
 Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan
ilmu yang disampaikan;
 Berlakunya pemulihan dan penggayaan.

4. Aktiviti pengajaran yang sesuai


 Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai
kemahiran;
 Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke a r a h
m e l a h i r k a n murid kreatif' dan inovatif;
 Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan;
 Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti
murid menguasai kemahiran yang diperlukan.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 12


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

5. Penyampaian berkesan
 Mestilah mudah difahami oleh murid;
 Aktiviti mudah dilaksanakan;
 Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid;
 Dapat menarik tumpuan murid.

6. Peringkat Selepas Pengajaran


 A d a n y a p r o s e s refleksi. Mengapa perlu refleksi?
 Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai
mengapa?
 Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan?
 Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan?
 Adakah aktiviti dan k e m a h i r a n ya n g dipihh tidak sesuai?
 Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi
pengajaran berikutnya.

9. Kemahiran mendengar dan bertutur.


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai 2011 bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah
memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan objektif standard pembelajaran bagi
kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi memasti keberkesanan KSSR ini.
Antara objektif tersebut adalah;
i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran
dengan teliti dan betul;

ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;

iii. Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi


dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul dan tepat;

iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan
tepat;

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 13


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

v. Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lake
berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;

vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang
mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua
dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;

vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang
didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul; dan

viii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengan


tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

10. Terdapat 10 prinsip kemahiran mendengar


i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran
berbahasa;

ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan. jelas;

iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai


kemahiran mendengar dan bertutur;

iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkan
penguasaan kemahiran;

v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa;

vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep;

vii. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain;

viii. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa
kepada sesuatu aktiviti;

ix. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan murid menunjukkan kefahaman


mereka melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan;

x. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak


yang mungkin dan berserta dengan motivasi.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 14


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

11. Kemahiran mendengar


Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.
Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula
mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses penguasaan
bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa.
Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya,
dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kah apa yang didengar daripada orang
yang berada disekelilingnya.
Perkembangan kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada tiga
peringkat, iaitu
1. Peringkat Awal
i. Mengecam, mengajuk memilih bunyi;

ii. Mendengar dan mengecam, makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;

iii. Melakukan sesuatu yang disuruh;

iv. Menjalankan perintah dan permintaan;

v. Bertindak terhadap soalansoalan mudah;

vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

2. Peringkat Pertengahan
i. Mengecam, dan mengingat fakta;

ii. Mengenal maklumat khusus;

iii. Mengesan urutan maklumat;

iv. Mengenal sebab dan akibat;

v. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi;

vi. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 15


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

3. Peringkat Maju
i. Mengenal isi-isi penting;

ii. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap;

iii. Mentafsir maksud orang yang bercakap;

iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;

v. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar;

vi. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan;

vii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu.

12. Kemahiran bertutur


Kemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama
serta merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak-
kanak sebelum mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran membaca,dan menulis.
Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang merupakan kegiatan melahirkan
bahasa melalui suara atau sebutan. Apabila mempunyai keinginan mempelajari
sesuatu bahasa, keupayaan bercakap akan berlaku. Begitu juga apabila mahu
membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain, keupayaan bertutur
akan terjadi.
Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat
mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi.
Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin
hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif
dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan ertatasusila. Penekanan
juga diberi epada penggunaan tatabahasa yang betul.

Perkembangan kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga pe-


ringkat, iaitu

1. Peringkat Awal
i. Melafazkan, mengajuk, perkataan dan ayat yang yang didengar;

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 16


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

ii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat;

iii. Bertindak terhadap soalan mullah;

iv. Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar.

2. Peringkat Pertengahan.
i. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar;

ii. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman;

iii. Menyoal dan menjawab soalan;

iv. Memberi ucapan pendek;

v. Perbualan mudah;

vi. Memberi komen mudah;

vii. Memberi ulasan, pendapat atau pandangan mudah.

3. Peringkat Maju

i. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,objek dan lain-lain;

ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;

iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;

iv. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan;

v. Mendeklamasi puisi;

vi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 17


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

13. Pengajaran dan Pembelajaran menarik, pentaksiran holistik

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan


pelbagai pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih
penekanan serta kesan terhadap murid-murid.
Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme,
pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar
bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P
yang lebih menarik.
Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang
berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang
pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka.
Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang
menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid
tersebut.
Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah
pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan
tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang
lebih autentik dan holistik.
Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara
berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran.
Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut
keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.
Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak
berkepentingan.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 18


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

14. Bekalan buku teks selesai Disember 2010.


PEMBEKALAN buku teks Kurikulum S t andard S ekol ah R endah
(KSSR ) 2011 ke sekolah-sekolah telah melebihi 80 peratus selesai di
Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan sebanyak 30 peratus proses pembekalan telah berjaya
diselesaikan.
Proses pembekalan untuk kesemua negeri dijangka selesai pada minggu
kedua Disember ini. Buku teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. la
melibatkan Japan penerbit swasta dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang
merangkumi 22 judul buku tahun satu.

Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan


pembekalan buku teks berkenaan sampai dan diterima oleh semua sekolah di
seluruh negara supaya is dapat digunakan pada hari pertama sesi
persekolahan tahun 2011.

Senarai buku teks KSSR kegunaan tahun satu mulai 2011

Ciri-ciri buku teks KSSR

 Terdapat dalam dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti

Mengandungi nota guru untuk membantu cikgu menjalankan pengajaran dan


 pembelajaran (P&P) dengan berkesan

Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke
 buku aktiviti

Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan


 aktiviti pemulihan

Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran


 psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna

 Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi


memudahkan guru membuat rujukan

 Setiap kemahiran barn yang diperkenalkan akan diikuti den gan


penilaian mudah untuk menaakul atau membuka kepada perbincangan
Penulisan berbentuk modular di mans persembahan kandungan
 berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi subjek yang
berkaitan

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 19


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

15. Terdapat 1,380 minit seminggu


KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) di sekolah rendah seluruh negara mulai 2011 ini.

Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010 telah dikeluarkan bagi


memaklumkan kepada guru besar dan guru-guru mengenai perlaksanaan KSSR
itu. Menurut kementerian, KSSR telah melalui proses transformasi dan surat
pekeliling mengenainya telah diedarkan. Setiap kandungan kurikulum telah
diperkukuh dan ditambah baik.

Mulai 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan


pelajar sekolah tahun satu.

Semua sekolah diwajibkan untuk mengikuti dokumen standard bagi setiap kurikulum
KSSR.

Sehubungan itu, jumlah masa yang diperuntukkan pula ialah selama 1,380 minit
seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) 30 minit.

Semua sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa ditetapkan


KSSR. la juga meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul
efektif mengikut kesediaan sekolah terutama dalam penyediaan guru, permintaan
daripada murid dan prasarana sekolah.

Dalam KSSR, beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk menjadikan pengajaran


dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

Pada tahap satu, kurikulum disusun dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul
Teras Tema dan Modul Elektif.

Modul Teras Asas merangkumi sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa


Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

Manakala Modul Teras Tema melibatkan Dunia Kesenian, Dunia Seni


Visual, Dunia Muzik, Dunia Sains dan Teknologi.

Modul Elektif pula ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
(BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa
Kadazandusun.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 20


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

16. Peruntukan masa KSSR

MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)


BIL MODUL
SK SJKC SJKT
MODUL TERUS ASAS
1 Bahasa Malaysia 360 300 300
2 Bahasa Inggeris 300 150 150
3 Bahasa Cina - 360 -
Bahasa Tamil 360
4 Pendidikan Islam 180 120 120
5 Pendidikan Moral 180 120 120
6 Pendidikan Jasmani 60 60 60
7 Pendidikan Kesihatan 30 30 30
8 Matematik 180 180 180
MODUL TERUS TEMA
9 Dunia Seni Visual 60 60 60
Dunia Muzik 30 30 30
Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

10 B.Arab/BCSK/BTSK/B. 90 - -
lban/B. Kadazandusun
Perhimpunan 30 30 30
Jumlah 1380 1380 1380

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 21


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

17. Soal jawab mengenai KSSR


Mengapa KSSR perlu diperkenalkan ? Adakah kurikulum yang sedia ada tidak
cukup baik?
Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula
dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada.
Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan round. dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21.
Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek
reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kunkulum di sekolah.
KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti
kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan
penekanan kepada kecemerlangan akademik.
KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan
bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan
sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan
kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan,
alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan.
Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan
mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga
memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi
(TMK). Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika,
mempunyai keyakinan dm, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkan
semangat perpaduan dan cintakan negara.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang


dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu
yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 22


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Bagaimana pihak sekolah akan menilai inovasi dan kreativiti pelajar di luar
konteks Buku Teks? Adakah guru diberi kebebasan untuk mentafsir KSSR
menurut fahaman masing-masing?
KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif diamalkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah supaya menjadi amalan dan budaya dalam
kalangan murid.

Antara ciri murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan inovatif adalah
seperti berikut:
 kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah
dan mencapai sesuatu objektif
 kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran
kreatif
 kebolehan untuk menghasilkan idea yang tulen, ash atau baru
 kebolehan meneroka bidang & teknologi baru
 kebolehan mencari jawapan
yang bukan konvensional
 kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan
 kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi &
visualisasi
Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan
menterjemahkan kandungan kurikulum sewaktu proses P&P. Dalam konteks ini,
guru perlu mengambil kira keperluan murid yang mempunyai Tatar belakang
berbeza, kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan
kandungan kurikulum. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi
memastikan murid mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata
pelajaran.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 23


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Dalam KSSR, bagaimana guru dapat menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar
melalui P&P?
Guru perlu menggunakan pendekatan seperti berikut:
 Inkuiri penemuan
 Penyelesaian. masalah
 Konstruktivisme
 Kontekstual
 Pengajaran Berasaskan Masa Depan
 Pembelajaran Berasaskan Projek
Pendekatan pengajaran. bersifat 'hands-on" dan "experiencial learning" yang
dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul untuk
meningkatkan keberkesanan murid membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian,
pengitlakan dan kesimpulan serta, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Apakah kriteria yang digunakan untuk mengukur kreativiti pelajar?


Antara, kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif
adalah seperti;
 kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai
sesuatu objektif
 kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif
 kebolehan untuk menghasilkan idea, yang tulen, ash atau baru
 kebolehan meneroka bidang & teknologi baru
 kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan
 kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 24


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Bagaimana KSSR dapat memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama ada
melalui kurikulum mahupun kokurikulum?
Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR)
memastikan murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang
tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

6 Tunjang
Gambarajah Reka Bentuk KSSR

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 25


KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah


guru-guru yang terbabit dilatih?
KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan
sebagaimana dihasratkan. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:-

A. Kursus Orientasi KSSR kepada:


 Jurulatih Utama - semua mata pelajaran
 Guru mata pelajaran

B. Kursus Pendedahan KSSR


 Guru Besar dan pentadbir sekolah
 Jabatan Pelajaran Negeri, PPD
 Bahagian KPM — IPGM, BPG, BPSH, JNJK, IAB, LPM, BBT

C. Penyebaran Umum kepada; ibu bapa, masyarakat, NGO & Warga Pendidik.
Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum, ialah:
 Interaksi bersemuka: Perayaan Hari Guru, Perhimpunan Kebangsaan Guru
1Malaysia, Hari temu Pelanggan, Program Jom Heboh TV3, pameran, taklimat
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR, laman web BPK
 Media Cetak: akhbar, majalah, iklan
 Media Elektronik: ASTRO, RTM, TV3
 Penerbitan bahan: brosur, buku penerangan, cd

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 26