Anda di halaman 1dari 14

NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

PENGENALAN

Tugasan ini akan mengaitkan kepentingan pemahaman kemahiran motor halus, motor
kasar dan penggunaan manipulatif gerakan anggota badan dalam permainan bola
tampar. Kita akan cuba menerangkan kemahiran motor halus, motor kasar dan
penggunaan manipulatif gerakan anggota badan dalam memahirkan diri dalam
kemahiran asas permainan

Tugasan ini akan cuba melihat dengan lebih terperinci dari aspek kurikulum tiga
kemahiran yang asas dalam pergerakan fizikal permain bola tampar. Ketiga-tiga
kemahiran yang akan kita akan lihat adalah kemahiran motor halus, motor kasar dan
penggunaan manipulatif gerakan anggota badan. Kemahiran motor halus merujuk
kepada kebolehan pemain bola tampar menggunakan anggota seperti tangan dan kaki
untuk membuat gerakan. Antara contoh gerakan ini adalah seperti memegang,
mengenggam dan menggunakan jari mereka.

Selain kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar juga penting bagi kanak-kanak
membuat gerakan. Dalam tugasan sebelum ini, kita telah lihat bagaimana motor kasar
kanak-kanak berkembang. Dalam topik ini kita akan lihat ciri-ciri gerakan motor kasar.
Antaranya seperti gerakan melompat atau merejam bola. Kedua-dua gerakan ini
memerlukan kemahiran motor kasar dan beberapa kemahiran lain seperti koordinasi
kaki dan tangan dengan mata.

Kita akan melihat perkembangan manipulatif kanak-kanak. Kemahiran ini amat penting
bagi kanak kanak dapat memanipulasi kemahiran, koordinasi, keseimbangan dan
kestabilan bagi membuat gerakan. Pergerakan pemain bukan hanya bergantung
kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahirannya memanipulasikan otot dan
anggota untuk membuat gerakan. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003),
pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk
keyakinan dan membentuk personaliti yang positif. Komponen perkembangan fizikal
memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:

i. Perkembangan motor halus


ii. Perkembangan motor kasar

1
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

iii. Kesihatan
iv. Keselamatan

Kemahiran motor pada amnya melibatkan hubungan antara otak, sistem saraf dan otot
yang kerja secara bersama. Oleh itu, penguasaan kemahiran motor sama ada motor
halus, kasar dan manipulatif ini amat penting dalam pergerakan asas untuk
membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran
dengan penuh yakin. Aktiviti fizikal yang dijalankan di kelas prasekolah dan sekolah
juga dikenali sebagai pendidikan fizikal.

Menurut Doherty dan Brennan (2008),

“Pendidikan fizikal yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan proses


pendidikan adalah bidang yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal,
intelektual, sosial dan emosi yang berlaku melalui pengalaman aktiviti fizikal dalam
pelbagai keadaan”.

MOTOR HALUS

Perbincangan seterusnya kita akan lihat motor halus dari aspek ciri, contoh aktiviti bagi
kemahiran ini dan matlamat dalam kurikulum. Kemahiran motor halus adalah
kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan
tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ
deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.

2
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

Rajah 3.1: kemahiran motor halus membantu kanak-kanak menulis, melukis dan
mewarna .

Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan


melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3
tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar
seperti berumur 5 tahun, mereka mugkin telah dapat menggunakan gunting untuk
memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun
mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan


sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan
mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan
dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar
untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan
sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang
butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.

Hantaran atas kepala (overhead)

Kemahiran motor halus ini digunakan untuk menghantar bola (in passing), mengumpan
(insetting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke
belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan

3
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua
belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan
untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.

Cara-cara hantaran atas kepala

1) Posisi bersedia

Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih luas


sedikit pada bahu.

a) Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.


b) Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
c) Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
d) Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas dan ibu
jari terbuka ke dalam.
e) Siku bengkok ke luar.
f) Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing berjarak
dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi tiga kecil.
g) Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.

2) Pergerakkan

Bergerak di bawah bola.

a) Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.


Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk menbuat kontak.
b) Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.

4
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

c) Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju kesasaran.


g) Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
h) Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan berputar
untuk sampai ke bola.

3) Kontak

Kontak dilakukan di atas dahi.


a) Semua jari hendaklah menyentuh bola.
b) Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
c) Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
d) Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari

Ciri- ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami kemahiran motor
halus bagi melakukan umpanan dalam permainan bola tampar. Pengawalan motor
halus digunakan sepenuh pada kekuatan dan koordinasi jari – jari dengan mata.

Selain itu, kita sebagai jurulatih juga harus mengetahui ciri- ciri pemain yang
diperlukan untuk menjadi pemain pengumpan (setter) yang sesuai . Seorang jurulatih
perlu tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan
dalam memberi latihan. Sebagai contoh latihan kemahiran mengumpan, adalah penting
kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan jari - jemari ini. Jurulatih
harus tahu cara pengawalan sentuhan hujung jari dan koordinasi mata dan tangan.
Sekiranyaseorang jurulatih mengetahui bahawa pemain - pemain masih di peringkat
mengembangkan kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa
penyelarasan dan penyesuaian latihan bagi membantu pemain – pemain dapat
bermain dengan baik. Contohnya jurulatih harus mempertimbangkan kadar kebolehan
koordinasi jari – jemari, tangan dan mata untuk menghasilkan pemain yang
berkebolehan.

Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka
adalah dengan menggunakan corak latihan yang bersesuaian. Contohnya bagi pemain
yang baru hendak belajar mengumpan jurulatih perlu mebina kekuatan jari dahulu. Oleh
5
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

itu kita seharusnya memberikan latihan cara postur kedudukan tangan dan badan yang
betul juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan
badan ini sangat penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor
halus .

MOTOR KASAR

Seperti yang telah kita ketahui, kemahiran motor adalah tindakan yang melibatkan
pergerakan otot-otot badan. Bagi motor halus, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini
ia melibatkan tindakan otot kecil yang minima seperti mengenggam jari tangan atau
mengerakkan lidah bagi merasa sesuatu. Pada bahagian ini kita akan membincangkan
lebih lanjut tentang pergerakan bagi motor kasar dalam permainan bola tampar.

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan
anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Contohnya dalam
melakukan kemahiran merejam (spike) dam permainan bola tampar, pergerakan ini
melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu
dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan
motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan
keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan.

Gerakan motor kasar pemain - pemain dapat ditingkatkan dengan memberi peluang
kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut perlu
melibatkan pemain - pemain melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan
kedudukan badan mereka.

Selain itu tahap kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan
penguasaan pemain - pemain itu. Pemain - pemain akan berasa seronok sekiranya

6
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran asas
yang telah telah mereka perolehi. Contohnya pemain telah mahir dalam kemahiran
menyangga, mereka akan teruja untuk menguasai kemahiran servis dan merejam pula.
Kemahiran yang agak sukar ini tentu akan merangsang pemain untuk mencuba.

Servis bawah tangan (underhand)

Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan
hanya sedikit keupayaan fizikal dari segi kemahiran motor kasar.

Cara-cara melakukan servis ini

Servis atas kepala (overhead)


April 5, 200
Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat
(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.
Cara-cara membuat servis atas kepala

1) Posisi bermula
Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu
kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Lambungan / pemindahan beratan


Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan
bahu lengan yang membuat servis. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

3) Aksi tangan kontak


Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi membaling

7
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan
putar depan. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. Memindahkan berat badan
dari belakang ke depan.

AKTIVITI ASAS BAGI LATIHAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR

Berlari Kanak-kanak dapat berlari dengan seimbang, boleh bertukar arah dengan
mudah, seronok dengan pelbagai jenis aktiviti seperti berlari, skipping, melompat dan
sebagainya. Rancangkan aktiviti yang memerlukan kebolehan bergerak dengan
pantas. Melompat Kanak-kanak dapat melompat secara menegak lebih kurang 4 inci,
boleh melompat sejauh 3 kaki, boleh melompat dengan tepat ke kotak yang disediakan.
Semasa melompat mereka juga dapat mengembangkan pengawalan kesimbangan
badan. Memanjat Memanjat merupakan sifat semulajadi kanak-kanak ini sejak dari kecil
lagi. Mereka akan cuba untuk memanjat meja dan berusaha sehingga mereka berjaya.

Membaling Boleh membaling dengan ketepatan, kelajuan dan jarak yang memadai.
Bermain bola Bermain bola melibatkan aktiviti menendang, mengolekkan, membaling
dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti ini.

Contohnya kanak-kanak boleh menangkap bola yang kecil dari jarak yang lebih jauh.
Memukul bola Boleh memukul bola dengan tepat dan kelajuan yang sesuai. Pada
peringkat permulaan kayu pemukul yang lebih besar atau tebal saiznya boleh
digunakan. Kita juga boleh menggunakan pelbagai bentuk kayu pemukul seperi raket
tenis, raket badminton, kayu kriket dsbnya. Melantunkan bola Dapat melantunkan bola
dari lantai dengan kawalan yang lancar dan koordinasi yang baik

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak-kanak bermula sejak mereka lahir


seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulatif
merupakan pengembangan dari kemahiran motor halus dan motor kasar dan penting
untuk pergerakan kanak-kanak.
8
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

Mainan merupakan objek yang paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif jari dan
tangan kanak-kanak. Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi
menentukan apa yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan
rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk
menggunakan otot tangan dan jari. Sesetengah alat mainan misalnya puzzle hanya
membenarkan pergerakan dalam satu cara sahaja. Mainan seperti ini mengkehendaki
kanak-kanak mencuba sehingga mereka berjaya.

Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak membolehkan kanak-kanak


melakukan aktiviti yang bermakna dengan sesuatu objek. Contohnya kanak-kanak
diminta menangkap dan melontar bola yang pelbagai saiz dan bentuk seperti bola
sepak, bola takraw, bola baling, bola tampar, bola ragbi dan bola tenis.

Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan manipulatif sesuatu objek dengan


meningkatkan tahap kesukaran seperti menggunakan jari untuk memusingkan objek,
menarik benang, menyelak buku atau melakar gambar dengan menggunakan pensil
krayon. Pada peringkat ini juga kita akan lihat sama ada tangan kanan atau tangan kiri
yang dominan dalam pergerakan manipulatif kanak-kanak.

Kemahiran manipulatif melibatkan gerakan loco-motor dan bukan locomotor. Gerakan


bukan loco-motor adalah gerakan setempat seperti membongkok, meregang dan
memusingkan badan. Manakala gerakan loco-motor adalah gerakan yang melibatkan
pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan memanjat. Oleh itu
gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktiviti yang menggunakan otot besar.
Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek.

(iii) Merejam (Smesy)

Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang
dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam
berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang.
Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan
menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke
dalam gelanggang pihak lawan.
9
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

Rejam berdiri
a) Tidak ada run-up
b) Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c) Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke
belakang dan ke atas.
d) Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu
untuk merejam bola.
e) Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan
terbuka atau menadahkan tangan.
f) Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka
atau menadahkan tangan.
g) Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola turun.

Rejam sambil berlari (running spike)


a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.
Berlari (run up) tiga langkah.
Langkah pertama adalah bermasa (a timing pace).
(ii) Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan
kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.
Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau
menadah tangan.
April 5, 2007
Cara-cara merejam.

1) Posisi bersedia
a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.
b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.
c) Bengkokkan lutut.
d) Bahagian tubuh badan mengendur.
e) Bahu ke hadapan.
f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.
10
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan.
c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.
d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.
Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk
melakukan lompatan.
f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh.
g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan.
h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

3) Kontak
a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Kontak bola dengan hujung tangan.
Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak
tangan dan jari-jari melindungi bola.
Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau
menadah tangan untuk mendapatkan kuasa.
e) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.

4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan

Bagi kemahiran manipulatif, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran motor


mereka, koordinasi mata-tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi
visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak. Contohnya
kebolehan untuk mengawal otot kecil badan biasanya dikaitkan dengan kebolehan
koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan gerakan

11
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

manipulatif yang tepat.gerakan yang Gambar kanak-kanak sedang bermain bola


keranjang

Cadangan Aktiviti Kemahiran Manipulatif

Aktiviti bagi kemahiran manipulatif melibatkan penggunaan motor halus dan motor
kasar. Kanak-kanak akan meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan
penglibatan penggunaan objek atau alat tertentu. Manipulatif adalah berkaitan
hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas
darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap
digunakan dalam kemahiran manipulatif.

Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti
menulis, mewarna atau memegang objek. Contohnya kanak-kanak dapat memegang
pensil dengan kemas. Kanak-kanak juga dapat mengenakan tekanan yang sesuai
semasa menulis. Seterusnya dengan kemahiran mengenggam dan mengenakan
tekanan tersebut kanak-kanak dapat menulis dengan lebih cantik dan cepat. Kemahiran
memegang objek ini juga boleh dikembangkan kepada gerakan lain dalam
mengendalikan objek di dalam kelas.

Penggunan motor kasar pula dapat dilihat misalnya semasa kanakkanak terlibat
dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola ini bertindak sebagai objek
untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Melalui penggunaan
bola kanak-kanak boleh melontar, menangkap, menendang, mengawal, mengolekkan,
melantunkan, atau melompat melepasi bola tersebut.

Aktiviti gerakan dan kemahiran manipulatif juga boleh meningkatkan tahap kecerdasan
dan kesihatan kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak berlari sambil melantunkan bola di
lantai atau berlari sambil bermain tali skipping. Aktiviti seperti ini akan mengembangkan
fungsi dan aktiviti jantung dan paru-paru mereka.

12
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

Justeru bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak ini, guru seharusnya


membuat perancangan yang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di
sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat yang sesuai dan boleh digunakan untuk
melatih kemahiran manipulatif. Contohnya gelanggang tenis, gelanggang badminton
atau di padang bola. Perancangan dan strategi ini penting agar kita dapat
menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya. Guru juga seharusnya mengenal
pasti dan menggunakan alatan sukan untuk menggalakkan penglibatan kemahiran
manipulatif. Contohnya raket tenis, kayu hoki dan pemukul softball dalam merancang
aktiviti bagi meningkatkan kemahiran manipulatif mereka..

Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting


dalam gerakan motor kanak-kanak. Oleh itu dalam membuat perancangan kemahiran
motor halus dan motor kasar, aktiviti kemahiran manipulatif juga perlu diberi tumpuan.
Menurut PPK (2003) kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi
antara anggota badan.

LATIHAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

2.2 Menguasai kemahiran manipulatif Kemahiran motor kasar koordinasi otot leher –
kepala

2.2.1 Mengerakkan kepala ke pelbagai arah

2.2.2 Menanduk objek

2.3 Menguasai kemahiran manipulatif Menguasai kemahiran koordinasi mata – tangan

2.3.1 Membaling objek ke sasaran

2.3.2 Menyambut objek menggunakan dua belah tangan

2.3.3 Membaling, menangkap dan melambung objek besar dan kecil

2.3.4 Melantun dan menangkap

2.3.5 Melompat menggunakan tali skipping

2.4 Menguasai kemahiran manipulatif Menguasai koordinasi anggota badan


13
NOR ISHAN BIN ALI @ YUSOF PGSR (PJ)2008

2.4.1 Memanjat

2.4.2 Bergayut

2.4.3 Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan

2.4.4 Membuat pergerakan berguling

2.4.5 Membuat pergerakan alam semulajadi seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, angin


dan air.

• Kemahiran motor halus dan motor kasar penting dalam perkembangan gerakan
kanak- kanak

• Motor halus penting bagi kanak-kanak membuat aktiviti yang melibatkan otot kecil
seperti pada tangan, jari tangan, pergelangan tangan, kaki, mulut dan lidah

• Motor kasar penting khususnya yang melibatkan otot besar seperti pada tangan, kaki
dan badan.

• Kemahiran manipulatif penting untuk kanak-kanak mengendalikan objek yang terdapat


di persekitaran mereka

 Kemahiran motor penting untuk kanak-kanak bergerak, berinteraksi dengan


persekitaran dan meneroka sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka

• Guru harus membuat perancangan yang rapi dalam memperkembangkan kemahiran


motor kanak- kanak ini. Perancangan yang baik membolehkan kanakanak berkongsi,
berinteraksi dan bergerak balas dalam pembelajaran mereka.

14

Anda mungkin juga menyukai