Anda di halaman 1dari 5

Tempat-tempat menarik di Langkawi ;

Tanjung Rhu Langkawi


Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana
terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti
memukau setiap mata yang memandang .

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita
yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di
tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau..
Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan
chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai
kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah
yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-
tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung
ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang
sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat
nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri
kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di
lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut
.Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak
mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi


Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke
selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau
Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan
pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan
berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik
air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat
mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran
atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong
berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita
dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari
tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama
'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat
bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya
tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai
dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan
masakan yang lazat terutamanya makanan laut

Makam Mahsuri Langkawi


Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke
atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara
sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris
.Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat
menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju
dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu
dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am - 6 pm

Kampung Air Hangat


Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah
.Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai
sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan
tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati
kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm

Langkawi Anna & The King Gallery


Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th
Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina
keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri
,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village


Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan
yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-
belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema
yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan
serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan
fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan
membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah
dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am - 10 pm

Underwater World Langkawi


Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia
terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat
lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan
jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang
terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk
kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm

Pelayaran ke pulau pulau


Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan
kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran
tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti
yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan
dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong
tersebut .

Taman Buaya Langkawi


Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak
lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada
pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan
menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu
tertentu .
Opening hours: Daily, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Dataran Lang Langkawi


Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung
helang..

Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama
pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka
Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah
,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan
pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga
menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi
.

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di
tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang
mengunjungi Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi


Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500
hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr.
Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan
kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan
tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan
pacuan empat roda .
Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati
terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.. Opening
hours: Daily, 10 am - 5 pm; Public/school holiday, 9 am - 6 pm; Friday, 10 am - 2:15 pm & 3 pm
- 5 pm.Phone : 04-9591498

Laman Padi Langkawi


Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian
.Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya
10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan
sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .

Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar
menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati
pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi
menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran
serta pusat urut disitu .
Opening hours: Daily, 10 am - 6 pm.Telefon : 04-9553415

Taman Legenda Langkawi


Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu
pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan
bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat
tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Opening hours: Daily, 8 am - 11 pm

Komplek Budaya Kraf Langkawi


Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan
kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap
laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik
tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus . Opening hours: Daily, 9 am - 6 pm.Tel :
04-9591913

Tasik Dayang Bunting Langkawi


Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-
tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan
gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang
sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda
bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri
tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat
anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap
wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .
Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan
indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam
Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta
ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi
yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman
Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai
kisah cinta dan misteri menanti anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)


Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang
terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini
terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh
menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari
kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

Anda mungkin juga menyukai