Anda di halaman 1dari 12

GIATMARA KUALA LUMPUR

LOT 472, JALAN ENGGANG 4


TAMAN KERAMAT
54200 K.LUMPUR

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
E-011-1 JURUTEKNIK ELEKTRONIK INDUSTRI
PROGRAM / PROGRAM
(PERALATAN)
CODE AND NAME

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/ MODUL 12: ASAS PLC


MODULE NO AND TITLE

03.01 KENALPASTI BEKALAN KUASA


NO DAN PERNYATAAN 03.02 JENIS ISYARAT DAN KAEDAH PENYAMBUNGAN
TUGASAN / TASK(S) NO I/O (INPUT/OUTPUT) PADA PLC/SISTEM
AND STATEMENT
03.03 PERIKSA TURUTAN PROGRAM GAMBARAJAH
TETANGGA (LADDER DIAGRAM)
Guna PLC dengan berpandukan kepada operasi manual,
OBJEKTIF MODUL / litar skematik kawalan, peralatan pengukuran dan
MODULE OBJECTIVE gambarajah tetangga (ladder diagram) supaya operasi
PLC/sistem beroperasi, diperiksa dan dikendalikan
mengikut piawaian yang di tetapkan.
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka : 01 Drp : 04

TAJUK : KENALPASTI DAN GUNA JENIS-JENIS PERANTI KAWALAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mendedahkan pelajar kepada PLC
komponen-komponen kawalan elektrikal seperti relay, timer, switches, sensor yang digunakan untuk
membina litar kawalan. Pada umumnya adalah untuk mengoperasikan litar kawalan dengan cara
memprogramkan pada memori yang bertujuan untuk memudahkan penyambungan serta meminimunkan
penggunaan komponen/peralatan dalam litar. Oleh itu, pengetahuan dalam operasi litar kawalan adalah
perlu untuk memprogramkan PLC.
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 2 Drp: 12

PENERANGAN

1. Asas Litar Kawalan


1.1. Dalam litar kawalan, pelbagai jenis litar digunakan untuk menjalankan sesuatu
alatan/mesin secara automatic. Penggunaan litar kawalan tersebut boleh digunakan
sebagai program dalam PLC dengan menukarkannya kepada ladder diagram. Oleh itu,
penyambungan pada peralatan adalah berlainan dan tidak menggunakan banyak wayar.

i) Litar Self-holding
 Membenarkan arus mengalir berterusan di dalam litar.
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 3 Drp: 12

ii) Litar Interlock


 Membenarkan hanya satu masukan sahaja dan satu litar sahaja berfungsi di dalam
satu masa.

Fig. 2 Interlock cct. Programming

iii) Litar AND


 Litar kawalan akan beroperasi seperti operasi get logic AND dimana apabila
kedua-dua input S1 dan S2 di ON kan barulah akan terdapat hasil keluaran
(SOL 1 beroperasi).
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 4 Drp: 12

iv) Litar OR
 Litar kawalan akan beroperasi seperti operasi get logic OR dimana apabila S1
sahaja di ON kan atau S2 sahaja di ON kana tau kedua-dua input S1 dan S2 di
ON kan akan terdapat hasil keluaran (SOL 1 beroperasi)
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 5 Drp: 12

2. Jenis-jenis Komponen/Peranti Kawalan Elektrik


(i) Geganti (Relay)
 Geganti adalah komponen untuk memproses isyarat elektrikal.

Spring tarikbalik

Gelung armature

Armature

Set sesentuh

Gelung

Gelung Solenoid

Sesentuh

 Relay banyak digunakan dengan meluas dalam litar elektrik dan elektronik sebagai
kawalan jauh (remotely controlled) suis mekanikal untuk merubah samada keadaan
terbuka (off) dan tertutup (on) atau digunakan pada fungsi logic (logic function)
 Suis-suis relay adalah dikelasifikasikan iaitu :-
a. Single-pole,
b. Single-trow,
c. Double-pole,
d. Double-troe dll
 Sesuatu relay akan terbuka apabila arus elektrik melaluinya, keadaan ini dipanggil
sesentuh sentiasa terbuka (N/O). Sesuatu relay akan terbuka apabila tiada arus elektrik
diputuskan melalui relay, keadaan ini dipanggil sesentuh sentiasa tertutup (N/C).
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 6 Drp: 12

Standard schematic

 Kegunaan relay :
a. Menghidupkan arus/voltan tinggi dengan menggunakan arus/voltan yang rendah
(sebagai bekalan kuasa).
b. Mempunyai banyak contact yang besar, sesuai untuk mengawal lebih daripada satu
output ( beban ).
c. Menggunakan kuasa rendah untuk kawal kuasa tinggi.
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 7 Drp: 12

(ii) Sensor
 Jenis sentuhan
a. Suis Penghad (Limit Switch)
b. Sumpitan Tekanan Balik (Back Pressure Nozzle)

GEGANTI MASA DENGAN LENGAH MULA (TIME RELAY WITH DELAY ON)

Geganti masa dengan permulaan lengah adalah komponen yang digunakan untuk memproses
isyarat elektrikal.
Dengan menekan butang tekan T , voltan diberikan dan masa mula diset. Selepas lengah masa,
sesentuh akan tertarik dan litar tertutup. Apabila butang tekan T dilepaskan sesentuh akan
kembali kepada keadaan asal dan litar terbuka tanpa lengah masa.
Bandingan boleh dibuat dengan Pemasa (timer) pneumatic.
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 8 Drp: 12

GEGANTI MASA DENGAN LENGAH TAMAT ( TIME RELAY WITH DELAY OFF)

Geganti masa dengan lengah tamat adalah komponen yang digunakan untuk memproses isyarat
elektrikal. Dengan menekan butang tekan, voltan diberikan dan sesentuh akan tertarik tanpa
lengah masa mula dan litar akan tertutup. Apabila butang tekan T dilepaskan voltan akan
terputus dan geganti masa mula berfungsi. Hanya selepas lengah masa sesentuh akan kembali
kepada keadaan asal dan litar terbuka. Bandingan boleh dibuat dengan Pemasa (timer)
pneumatic.

(iii) Switches (SUIS)

Suis butang tekan adalah komponen yang digunakan untuk mempamerkan isyarat
elektrik. Suis butang tekan terbahagi kepada TIGA iaitu :-

a. Suis Butang Tekan Sesentuh Sentiasa Terbuka (NO)


 Dengan menekan kepala butang tekan, sesentuh (NO) akan aktif dan litar menjadi
tertutup. Selepas kepala butang tekan dilepaskan, spring tarik balik (return spring)
akan kembalikan set sesentuh kepada posisi yang asal.
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 9 Drp: 12

b. Suis Butang Tekan Sesentuh Sentiasa Tertutup (NC)


 Dengan menekan kepala butang tekan, sesentuh (NC) akan aktif dan litar menjadi
terbuka. Selepas kepala butang tekan dilepaskan, spring tarik balik (return spring)
akan dikembalikan set sesentuh kepada posisi yang asal.

c. Suis Butang Tekan Sesentuh Tukaran


 Dengan menekan kepada butang tekan, sesentuh tukaran menjadi aktif dan litar
bertukar terbuka menjadi tertutup, tertutup menjadi terbuka. Selepas kepala butang
tekan dilepaskan, spring tarik balik (return spring) akan kembalikan set sesentuh
kepada posisi yang asal.
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 10 Drp: 12

(iv) Suis Penghad Elektrikal (Limit Switch)

 Suis penghad Elektrikal adalah komponen yang digunakan untuk mempamerkan isyarat
elektrikal bergantung pada turutan (sequence) operasi.
 Dengan menekan poppet, set sesentuh NO dan sesentuh NC akan aktif. Litar akan
tertutup dan terbuka mengikut sesentuh mana yang disambung pada litar. Selepas
poppet dilepaskan, spring tarik balik (return spring) akan kembalikan set sesentuh
kepada posisi yang asal.

(v) Timer (Pemasa)

 Digunakan untuk melewatkan masa menghidupkan sesuatu operasi. Ia digunakan di


lampu trafik (traffic Light) untuk mengawal jarak masa pertukaran lampu isyarat.

Nama Pemasa

Nama Pemasa

Symbol Pemasa
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 11 Drp: 12

(vi) Counter (Pembilang)


 Pembilang adalah satu arahan yang digunakan bagi mengira sesuatu nilai dari 0 hingga
9999 bagi 16-bit BCD (Binary Coded Decimal), -32,768 hingga +32,767 dan dari 0
hingga 65535 bagi 16-bit binary. Terdapat 2 jenis Counter iaitu :-

a. Up-Counters
Pembilang jenis ini digunakan untuk mengira secara menarik iaitu 1,2,3 dan
seterusnya. Dipanggil juga sebagai CTU, CNT, C atau CTR.

b. Down-Counters
Pembilang jenis ini digunakan untuk mengira secara menurun iaitu 9,8,7 dan
seterusnya. Dipanggil juga sebagai CTD.

Nama Pembilang

Nama Pembilang
NO KOD / CODE NO E-011-1/M12/P(1/3) Muka: 12 Drp: 12

3. Struktur PLC

INPUT SENSING CONTROLLING OUTPUT

Struktur PLC di bina bagi menggantikan system deria manusia untuk menjalankan proses kerja-kerja
secara Automatik.

INPUT PLC OUTPUT

OUTPUT
SENSOR DEVICES
SELECTOR SWITCHES ALARM
PUSH BUTTONS CONTROL
PHOTO ELECTRIC RELAYS
SWITCHES FANS
LIMIT SWITCHES LIGHTS
CIRCUIT BREAKERS HORNS
PROXIMITY SWITCHES VALVES
LEVEL SWITCHES MOTOR STARTER
MOTOR STARTER SELENOIDS
CONTACTS ETC
RELAY CONTACTS
ETC

RUJUKAN :
1. www.slideshare.net/zarxx/bab-1-organisasi-bengkel-2753023 - 17:50 29/09/2010