Anda di halaman 1dari 7

PASTURA DAN FODER

A. APA ITU PASTURA DAN FODER BERMUTU ?

Pastura adalah rumput bermutu tinggi, sesuai untuk ternakan ruminan


yang ditanam dengan pengurusan secara diragut. Foder adalah rumput
atau lain-lain tumbuhan berdaun yang bermutu tinggi, sesuai untuk
ternakan ruminan Vang ditanam dengan pengurusan secara potong dan
angkut.

B. APA PENTINGNYA PASTURA DAN FODER BERMUTU ?

Pastura dan foder adalah makanan hijauan yang penting baqi ternakan
ruminan. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang
secukupnya untuk kesihatan, pembesaran, pembiakan dan penghasilan
daging atau susu.

C. APA MASALAH PENTERNAK MASA KINI ?

Penternak-penternak masa kini menghadapi masalah untuk menyediakan


makanan hijauan yang bermutu dan mencukupi sepanjang tahun.
Kekurangan makanan hijau ini begitu ketara semasa musim kemarau dan
musim banjir.

D. KENAPA PASTURA/FODER BERMUTU PERLU DITANAM ?

Cara tradisi memotong rumput di tepi-tepi jalan, di estet-estet dan


sebagainya atau membiarkan ternakan lepas bebas meragut di
manamana telah tidak lagi sesuai. Oleh itu pastura/foder bermutu perlu
ditanam bagi menyediakan makanan hijauan secukupnya kepada
ternakan anda dalam usaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
pengeluaran dari segi mutu dan kuantiti. Secara langsung ia akan
meningkatkan pendapatan anda.

E. PASTURA/FODER YANG DIINGINI ?

Pastura yang diingini mesti mempunyai ciri-ciri berikut.

i. Hasil yang tinggi sepanjang masa (Kandungan Bahan Kering).


ii. Nilai zat makanan yang tinggi, terutama kandungan protin kasar.
iii. Mempunyai niiai penghadaman yang baik.
iv. Tahan lasak, iaitu tahan kepada keadaan-keadaan yang buruk
seperti kemarau dan ragutan berlebihan serta mudah pula dari segi
penjagaan.
v. Kadar pembesaran dan pertumbuhan semula (selepas dipotong
atau diragut) yang cepat.
vi. Kadar daun berbanding dengan batang adalah lebih tinggi.
vii. Mudah bercampur dengan species lain terutama kekacang.
viii. Berekonomik untuk diusahakan.
ix. Lazat, iaitu digemari oleh ternakan.
F. APAKAH JENIS PASTURA/FODER YANG DISYORKAN ?

Pastura/Foder dan kekacang berikut adalah dari jenis bermutu yang


disyorkan:

Nama Biasa Nama Saintifik


Pastura / Foder
Rumput Signal Bracharia decumbans
Rumput Para Bracharia mutica
Rumput Kuda / Guinea Bracharia humidicola
Rumput Gajah / Napier Panicaum maximum
cv. Colonio, Hamil, Typica
Rumput Kazungula Setaria sphacelata
cv. kazungula
Rumput Slendida Setaria sphacelata
Var. splendida
Rumput MARDI Digit / Digitaria setivalva
Pangola daun lebar
Kekacang :
Centro Centrosema pubscens
Stylo Stylosanthes guyanensis
Puero / Kudzu Topika Pueraria phaseoloides
Calapo Calapogonium mucunoides
Petai Belalang / Ipil-ipil Leucaena leucocephala

Pemilihan jenis pastura/foder dan kekacang yang hendak ditanam adalah


bergantung kepada:

i. Jenis ternakan (lembu, kambing/biri-biri).


ii. Keadaan topografi dan jenis tanah.
iii. Kegunaan (untuk diragut atau dipotong).
G. APAKAH LANGKAH PERTAMA JIKA SAYA INGIN MENANAM
PASTURA/FODER BERMUTU ?

Yang penting anda mesti mempunyai kawasan tanah untuk tujuan ini.
Tanah tersebut boleh sama ada milik anda atau tanah-tanah terbiar
seperti rezab-rezab jalan, LLN dan JPT atau kawasan di sekitar kandang
ternakan dan sebagainya.

H. BAGAIMANA CARA MENYEDIA TANAH ?

Sebelum kerja menyediakan tanah dijalaiikan, terlebih dahulu hendaklah


dibersihkan dari sebarang tumbuhan, batang-batang pokok, tunggul-
tunggul kayu dan sebagainya. Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan
berair.

Ada 3 peringkat penyediaan tanah, iaitu:

i. Membajak ii. Menyikat/memecah iii. Memutar.

Kerja-kerja ini sebaiknya dibuat di awal musim kering dan di setiap


peringkat mesti dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan struktur
tanah yang sesuai di samping memperbaiki daya pemegangan air bagi
perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya.

I. BILA KAPUR PERLU DITABUR DAN APAKAH KADAR


PENGGUNAANNYA ?

Kapur hanya perlu ditabur apabila kemasaman (pH) tanah rendah dan
apabiia kekacang ditanam bersama. Nilai pH tanah yang dikehendaki
adalah diantara 5.0 - 7.0.

Kadar penggunaan bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan.


2-3 tan kapur/hektar atau 1 tan/ekar akan dapat menaikkan nilai pH
sebanyak 0.5. Mengapur dibuat sebaik sahaja tanah siap disediakan atau
2 minggu sebelum menanam.

J. BILA MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENANAM ?

Menanam elok dilakukan pada awal musim hujan untuk percambahan dan
pertumbuhan yang berkesan. Pengairan menggunakan 'irrigator' dan
'sprinkler' juga membantu tanpa terialu bergantung kepada hujan.

K. BAGAIMANA CARA HENDAK MENANAM PASTURA/FODER


BERMUTU ?

Ada 2 cara menanam:

i. Menggunakaii biji benih.


ii. Menanam secara tampang.
L. BAGAIMANA CARA MENANAM MENGGUNA BIJI BENIH ?
Biji benih boleh ditabur dengan tangan atau menggunakan mesin seperti
'seedavator'. Kadar secara umum bagi biji benih rumput adalah 3-6
kg/hektar dan benih kekacang adalah 2-5 kg/hektar. Dalam pastura
campuran (rumput dan kekacang), nisbah kekacang harusia tidak
melebihi 40%.

M. BAGAIMANA MENANAM SECARA TAMPANG ?

laitu menggunakan keratan batang, jalaran/stolon atau anak. Cara ini


dilalkukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi tidak
boleh bercambah seperti Napier. Keratan boleh ditanam mengikut barisan
sama ada secara cucuk atau baring. Keratan boleh juga ditabur rata dan
diputar ke dalam tanah dengan meialukan rotovator. Menanarn
menggunakan anak dilakukan apabila biji benih tidak diperolehi dan bukan
dari jenis menjalar.

N. BILA MASA PALING SESUAI UNTUK DIPOTONG ATAU DIRAGUT ?

la boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Keadaan ini dapat


dianggarkan iaitu apabiia sebahagian kecil dari rumput dipetak mula
berbunga.

Untuk memudahkan pengurusan, boleh juga berdasarkan jangkamasa


rehat di antara setiap pemotongan/ragutan, iaitu purata 4-5 minggu.

O. PERLUKAH DIBAJA PETAK PASTURA/FODER SAYA ITU ?

Pembajaan adalah sangat perlu bagi memastikan hasil dan mutu


pastura/foder akan sentiasa tinggi.

P. APAKAH JENIS BAJA DAN PEMBAJAAN YANG DIPERLUKAN ?

Baja boleh dijeniskan kepada 2, iaitu:

i. Baja asli (boleh diperolehi dari najis ternakan dan kompos).


ii. Baja kiinia (baja dagangan yang diproses secara kimia).

Jenis pembajaan juga terbahagi 2, iaitu:

iii.Pembajaan permulaan iaitu dibuat beberapa hari sebelum atau


pada masa menanam.
iv. Pembajaan pengurusan iaitu pembajaan selain dari pembajaan
permulaan.
Q. APAKAH KADAR PEMBAJAAN PERMULAAN ?
Kadar secara umum bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) ialah
N:P:K = 60:30:30, iaitu 60 kg. Nitrogen/hektar : 30 kg. Phoshorus/ha : 30
kg. Kalium/ha.

Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja phosphate
perlu ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Baja Triple Super
Phosphate (TSP) dengan kadar 250 kg/ha. adalah mencukupi.

Untuk petak kekacang atau rumput bercampur kekacang, kadar


pembajaan adalah P : K = 30 : 30

R. BAGAIMANA PULA KADAR PEMBAJAAN PENGURUSAN ?

Berikut adalah kadar pembajaan pengurusan secara am yang disyorkan


untuk beberapa bentuk pengurusan:

Jenis tanaman dan Kadar baja (kg/hektar/tahun)


bentuk pengurusan
Rumput tulin 150 - 200 N (326-345 Urea)
- pengurusan secara ragutan 40 - 60 P (199-298 TSP)
50-100 K (100-200 MP)
Rumput tulin 200 - 300 N (435-652 Urea)
- Pengurusan secara potong dan angkut 40 - 60 P (199-248 TSP)
100 - 150 K (200-300 MP)
Rumput bercampur kekacang 40 - 50 P (199-248 TSP)
- Pengurusan secara ragutan 50 - 100 K (100-200 MP)
Rumput becampur kekacang 50 - 60 P (248-298 TSP)
- Pengurusan secara potong dan angkut 150 - 200 K (300-400 MP)
Petai Belalang / Ipil-ipil 40 - 60 P (199-298 TSP)
50 - 100 K (100-200 MP)

Penggunaan semula najis ternakan dan air basuhan kandang adalah baik
dan sangat digalakkan.

S. BILA MASA PALING SESUAI UNTUK MEMBAJA ?


i. Selepas pastura/foder diragut/dipotong.
ii. Selepas hujan.

Sekiranya anda mempunyai sistem pengairan yang sempurna faktor hujan


tidak begitu mendatangkan masalah dalam menentukan masa membaja.

T. BERAPAKAH HASIL PASTURA/FODER BERMUTU BOLEH SAYA


PEROLEHI ?
Purata hasil bahan kering beberapa jenis pastura/foder yang dipotong
pada setiap 6 minggu adalah seperti berikut:

Pastura / Foder Purata Hasil Bahan Kering


(tan / hektar / tahun)
Rumput Signal 25.5
Rumput Para 12.1
Rumput Guinea
- cv. Colonio 18.6
- cv. Hamil 17.6
Rumput Napier
- Local 23.2
- Uganda 16.9
Rumput Slendida 17.6
Rumput Kazungula 18.2

U. APAKAH RAHSIA SUPAYA PASTURA/FODER SAYA SENTIASA


SUBUR ?

"MINAT DAN USAHA" adalah kunci untuk anda berjaya.

V. BERAPA BANYAK PASTURA/FODER BERMUTU PERLU DIBERIKAN


KEPADA SETIAP EKOR TERNAKAN SAYA ?

Setiap hari, ternakan anda meffiedukan pastura/foder segar sebanyak


10% daripada berat badan mereka.

W. BAGAIMANA CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN FODER ?

Sebelum diberi kepada ternakan, foder boleh dipotong-potong pendek


menggunakan mesin mencincang foder (forage chopper). Anda akan lihat
perbezaan yang menakjubkan.

X. SAYA INGIN MEMULAKAN MENANAM PASTURA/FODER BERMUTU


UNTUK TERNAKAN SAYA, APA YANG SAYA PATUT LAKUKAN ?

Anda boleh berhubung terus dengan PEJABAT HAIWAN yang


berhampiran atau IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI
masing-masing.

Disediakan oleh
Unit Pemakanan Ternakan
Bahagian Pengeluaran Ternakan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan