Anda di halaman 1dari 9

Teks Pengacaraan Hari Anugerah Cemerlang 2010

Mengumumkan ketibaan
Yang Amat Berbahagia,
Encik Hassan Bin Budin,
Yang Dipertua PIBG SK Taman johor Jaya 2

Diiringi oleh
Pn. Hajah Noraishah Binti Andin,
Guru Besar Sk Taman Johor Jaya 2,

Dengan Dif-dif jemputan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari pulau Mutiara,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia, En. Hasan Bin Budin,

Yang Dipertua PIBG SKTJJ2,

Yang Berusaha,

Puan Hajah Noraishah Binti Andin, Guru Besar SKTJJ2,

i).

ii).

iii).

Kami selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, turut sama
merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
1 |Page
kepada seluruh hadirin warga dewan khususnya Yang Berbahagia
Encik Hassan Bin Budin, Yang Dipertua PIBG SK Taman johor Jaya 2
kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat
kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, dilimpahi
barakah bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 Tahun 2010. Hari ini,
tanggal 12 November 2010 bersamaan 5 Zulhijjah 1431 Masehi,
warga dewan akan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan
manis buat para penerima anugerah bagi tahun ini.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,

Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini,


antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para
pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang
pendidikan terutamanya dalam peperiksaan awam waima
peperiksaan dalaman.

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya


bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah kepada Yang Esa dibawah pimpinan Ustaz Mohd
Nasaruddin Bin Mohd Nawawi. Dengan limpah takzimnya, majlis
mempersilakan.

~BACAAN DOA~

PANTUN:

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Jutaan terima kasih kami rakamkan kepada Al-Fadzil Ustaz Mohd


Nasaruddin Bin Mohd Nawawi. Semoga dengan kalimah doa ini
diberkati hendaknya segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

2 |Page
Hadirin warga dewan yang dihormati,

Majlis kita ketika ini akan diserikan dengan alunan mengasyikkan


persembahan Assemble Music dan Koir dibawah kelolaan En. Aizak
Hamdi dan Puan Shariza Binti Mashot.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Begitu asyik sekali persembahan Assemble Music dan Koir


daripada murid-murid SKTJJ2 .

Hadirin warga dewan yang dihormati,

Agenda majlis pada hari ini diteruskan dengan ucaptama Yang


Berusaha, Puan Hajah Noraisah binti Andin, Guru Besar SK Taman
Johor Jaya 2 b. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

~UCAPAN G.B~

Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan


tadi menjadi renungan dan panduan untuk kita
bersama...insyaAllah. Jutaan terima kasih turut disusun kepada
Puan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin warga dewan yang dirahmati,

Aturcara majlis seterusnya berbesar hati mempersilakan Yang


Berusaha, En. Hassan Bin Budin, Yang Dipertua PIBG SK Taman
Johor Jaya 2, bagi menyampaikan ucapannya sekaligus
menyempurnakan perasmian ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang
2010’ pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~UCAPAN Y.D.P~

Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang


tidak terhingga atas ucapan perasmian yang telah disempurnakan
oleh Yang Berbahagia, En. Hassan Bin Budin, Yang Dipertua PIBG
SK Taman Johor Jaya 2.

3 |Page
PANTUN:

Indah budi kerna jasa,

Indah manusia kerna bahasa,

Budimu tuan tidak dilupa,

Semoga bahagia melimpah berkatNya....

Hadirin sekalian,

Majlis kita ketika ini akan diserikan lagi dengan persembahan


tarian di bawah pimpinan Puan Siti Nor Hafiffah Binti Hayon dan
Puan Zainon. Majlis sukacitanya mempersilakan...

~TARIAN~

Begitulah tadi persembahan tarian yang mengasyikkan oleh


murid-murid SK Taman Johor Jaya 2.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah Sekelian,

Kini tibalah masanya yang dinantikan oleh semua calon yang telah
berjaya mencatat kecemerlangan saban tahun ini untuk menerima
anugerah masing-masing. Dengan ini, pihak majlis sukacitanya
mempersilakan ....................................................
bagi menyempurnakan acara Penyampaian Anugerah Tokoh-tokoh
Murid 2010. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~PENYAMPAIAN ANUGERAH~

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


kepada ............................................................. kerana sudi untuk
menyempurnakan agenda sebentar tadi.

4 |Page
Hadirin sekalian,

Seramai 13 orang murid SK Taman Johor Jaya 2 telah berjaya


mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (U.P.S.R) tahun ini. Oleh yang demikian, pihak
majlis sukacitanya mempersilakan murid-murid bertuah ini untuk
menerima anugerah atas kejayaan mereka mengharumkan nama
sekolah sekaligus mengukir kejayaan dalam diari hidup masing-
masing.

~PENYAMPAIAN ANUGERAH~

Seterusnya, akan disampaikan pula Anugerah Cemerlang 5A


dalam Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini.

~PENYAMPAIAN ANUGERAH~

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Cemerlang


Pra Sekolah.

Ribuan terima kasih diucapkan


kepada ...................................................... kerana telah sudi
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

PANTUN:

Hati berbunga terima penghargaan,

Menjadi azimat kekal abadi,

Sebuah persembahan bakal disaksikan,

Mari bersama kita hayati.

Dengan itu, pihak majlis sukacita mengajak hadirin-hadirat


sekalian untuk bersama-sama menyaksikan sebuah persembahan
daripada murid-murid Pendidikan Khas. Dipersilakan..............

~PERSEMBAHAN~
5 |Page
Persembahan yang begitu menghiburkan itu tadi adalah di bawah
kelolaan Puan Ramilah Binti Abd Karim dan Puan Suhaila Binti
Mohd Noh.

Hadirin sidang dewan yang dirahmati,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian Anugerah


Kehadiran Terbaik dan Anugerah matapelajaran terbaik.

Pihak majlis sukacitanya


menjemput ....................................................
untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

~PENYAMPAIAN ANUGERAH~

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


kepada ............................................................. kerana sudi untuk
menyempurnakan agenda sebentar tadi.

Seterusnya marilah kita bersama-sama berhibur dengan


persembahan action song oleh murid-murid tahun 1 Perdana di
bawah kelolaan Puan Syalieza Husra Binti Husin dan Puan Shariza
Binti Mashot. Dipersilakan....

~ACTION SONG~

Begitulah tadi persembahan yang menghiburkan oleh murid-murid


1 Perdana.

Hadirin sidang dewan yang dirahmati,

6 |Page
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian Anugerah
Kedudukan dalam Kelas dan Anugerah Pencapaian Terbaik PPKIBP.

Pihak majlis dengan ini


menjemput ....................................................
untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

~PENYAMPAIAN ANUGERAH~

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


kepada ............................................................. kerana sudi untuk
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Seterusnya marilah kita bersama-sama menyaksikan


persembahan choral speaking oleh murid-murid di bawah kelolaan
Panitia Bahasa Inggeris. Dipersilakan....

~CHORAL SPEAKING~

Semoga hadirin terhibur dengan persembahan mantap itu tadi.

Hadirin sidang dewan yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Nilam dan


Anugerah Murid Harapan UPSR 2010.

Pihak majlis dengan ini


menjemput ....................................................

untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya


dipersilakan.

~PENYAMPAIAN ANUGERAH~

Jutaan terima kasih dirakamkan oleh pihak majlis


kepada ............................................................ kerana telah sudi
menyampaikan anugerah kepada para penerima.

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit


tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima
7 |Page
kasih kami kepada Yang Berbahagia, En. Hassan Bin Budin kerana
telah sudi hadir dan menyerikan lagi acara perasmian ‘Majlis Hari
Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis
menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Noraisah Binti Andin untuk
naik ke pentas bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia


En. Hasan Bin Budin untuk menerima tanda penghargaan daripada
pihak majlis. Dipersilakan.

~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


Yang Berusaha Puan Hajah Noraisah Binti Andin, Guru Besar SK
Taman Johor Jaya 2 kerana telah sudi menyempurnakan acara.

Hadirin sidang dewan yang dirahmati,

PANTUN:

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....

Subur padi Allah kurnia,


Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.

Maka dengan ini tibalah masanya untuk kami selaku pengendali


majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan


kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai
makhluk Allah bernama insan.

8 |Page
PANTUN:

Pohon kenangan elok merimbun


Tersenyum dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Sekian wabillahi taufik......................

9 |Page