Anda di halaman 1dari 8

Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (‫)عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي‬

ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang
hidup antara tahun 1332 - 1395.

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr
Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17
Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik
kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali
sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut
mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam
karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika
Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada
tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the
Cruel of Castile".

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan
riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga
pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji
pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane,
pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik
semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan
Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan
ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh
dibuktikan secara empirikal.

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun
membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya
dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan,
mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik
bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga
buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari
kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang
tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan
memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi,
numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik
mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab,
pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian
peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau
turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan
perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau
lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru
ilmu tersebut.
 
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn
Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam
bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais
(Mahaguru Pertama).
 
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah
diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris
dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu
telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan
sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad
ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
 
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart
yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan
menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan
Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi
bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair,
prosa, dan agama.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu
Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah
satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun.
Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud"
yang tidak ada permulaan.
 
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia
berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi
Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab
kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
 
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah
Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu
percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang
berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah)
untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
 
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap
kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu  Sina dan
al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan
kesengsaraan di syurga atau neraka.
 
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan
falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang
yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu
Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah
mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.
Nama lengkapnya adalah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani bin Shafdar Al-Husaini yang lahir
pada tahun 1835 M di As’adabat dekat Kota Kunar yang termasuk kawasan distrik Kabul
bagian timur Afghanistan. Ayahnya bernama Shafdar Al-Husaini, seorang bangsawan
terhormat dan mempuyai nasab sampai ke Ali bin Abi Thalib dari jalur At-Tirmidzi, seorang
perawi hadits yang termasyhur

Di masa kecilnya Al-Afghani pindah ke kota Kabul beserta keluarganya. Sejak masa kecilnya
telah nampak pada diri Al-Afghani kecerdasan dan kemauan yang besar untuk  menggali
pengetahuan. Dalam usia delapan tahun ia mulai belajar disiplin ilmu  dan menguasai
beberapa ilmu, diantaranya Al-Quran, bahasa Arab, hadits, fiqih, ilmu kalam, politik, sejarah,
musik dan termasuk ilmu-ilmu eksak.

Dalam rangka menambah wawasan pengetahuannya, Al-Afghani melanjutkan studi ke India


dan menetap disana selama satu tahun  untuk belajar pengetahuan-pengetahuan Barat dan
metodologinya serta bahasa Inggris. Tahun 1857 ia menunaikan ibadah haji ke mekah dan
sekembalinya di Afghanistan, ia diangkat menjadi pembantu pangeran Dost Muhammad
Khan.

Pada taun  1864, Al-Afghani menjadi penasehat Sher Ali Khan dan pada masa Muhammad
Azzam Khan menjadi perdana menteri. Karena terjadinya konflik dalam negeri Afghanistan,
ia kembali menuju India untuk kedua kalinya pada tahun 1869.  Saat itu India jatuh ke tangan
Inggris, oleh karenya ia memutuskan  untuk menuju Mesir pada tahun  1871. Di Mesir ia 
sempat berkenalan dengan kalangan ulama Al-Azhar dan memberikan kuliah. Selanjutnya
Al-Afghani pergi ke Turki dan diangkat sebagai anggota Majelis Pendidiakan Turki dan
sering diundang  untuk menyampaikan ceramah di Aya Shofia dan  Masjid Sultan Ahmad.

Karena keberadaanya yang dianggap membehayakan posisi kepala pemerintahan, timbullah


fitnah yang dilancarkan oleh Hasan Fahmi  Syaikh Al-Islam dengan mengatakan  bahwa
ceramah-ceramah Al-Afghani banyak mengandung unsur penghinaan terhadap kenabian.
Dengan alasan ingin menunaikan  haji, maka Al-Afghani meninggalkan Turki dan kemudian
menetap di Mesir hingga tahun  1879.[3]Pada masa inilah ide pemikiran dan aktivitas 
memberikan pengaruh yang besar terhadap dunia Islam khususnya Mesir.

 Al-Afghan telah mengunjungi beberapa kota di Eropa bahkan menetap di sana. Tahun 1882
berada diLondon, lalu satu tahun kemudain ke Paris, dan  kembali lagi menetap di London
tahun 1885. Selanjutnya ke  Teheran, ke Moscow tahun 1887, ke Jerman dan akhirnya
kembali lagi ke Teheran.

 Pengamanan merantau inilah yang kemudian membentuk  wawasan berfikirnya yang luas,
bebas dan demokratis yang tentunya telah banyak melahirkan banyak murid asli didikan dan
binaan yang dilakukan Al-Afghani yang mewarnai sejarah pemikiran di dunia Islam.
Akhirnya pada tahun 1897 ia wafat di Istanbul karena sakit.
Sheikh Muhammad Tahir dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah bersamaan 7
November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi Minangkabau, Sumatra Barat. Bapanya
seorang ulamak dikenali sebagai Sheikh Muhammad (juga bergelar Tuanku Muhammad atau
Tuanku Cangking); datuknya keturunan bangsawan Minangkabau bernama Tuanku Ahmad
Jalaluddin.

Beliau yatim ketika kecil lagi dan dibesarkan oleh keluarga pihak ibunya; dan apabila
berumur hampir 12 tahun, telah dihantar ke Makkah untuk belajar dan mendalami ilmu-ilmu
agama Islam. Beliau berada di Makkah selama lebih 12 tahun. Di antara bidang-bidang yang
telah beliau perolehi dan perdalami ialah ilmu-ilmu al Qur'an, Hadith, Tauhid, Fiqah, Usul
Fiqh, Nahu, Saraf, Bayan, Ma'ani, Badi', 'Arudh, Mantiq, Tafsir, Hisab Handasah dan Falak.
Beliau banyak dipengaruhi oleh ilmu, pendekatan dan kealiman peribadi gurunya, Sheikh
Ahmad Khatib iaitu saudara berpangkat sepupu dengannya yang pada waktu itu terlantik
sebagai Mufti Mazhab Shafi'i di Masjidil Haram. Sheikh Tahir pulang ke Sumatra ketika
berumur 24 tahun dan selepas 4 tahun di sana, sekali lagi berangkat ke Timur Tengah, kali ini
ke Mesir.

Bidang Falak telah beliau perdalami lagi semasa belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir selama
4 tahun (1314-1318 H. bersamaan 1893-1897 M.). Semasa di situ beliau menerima juga
pengaruh daripada pemikiran Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh,
tokoh Gerakan Isiah (Pembersihan) dan Reformasi Islam yang berjuang untuk membersihkan
Islam daripada fahaman yang bercampur-baur adat-resam kuno, dan mengembalikan Islam ke
landasan al-Qur'an dan Hadith yang suci. Lantaran kegiatan Sheikh Muhammad Tahir yang
berkait dengan pemikiran Reformasi inilah, beliau dikenali juga sebagai ahli'Kaum Muda'atau
golongan ulamak Reformis di kalangan masyarakat Melayu-Nusantara.

Semasa di Mesir beliau mula berdampingan dengan tokoh-tokoh perjuangan Islam -seperti
Sheikh Muhammad Rashid Ridha -- yang bergiat dalam penulisan rencana-rencana melalui
akhbar yang berunsur Islam, seperti Al-Manar. Sheikh Muhammad Tahir pernah juga
menyumbangkan rencana-rencana ilmiah dalam akhbar tersebut. Pendekatan seperti ini telah
beliau terapkan sekembalinya ke Tanah Melayu, dengan membuat banyak sumbangan kepada
majalah-majalah Al-lmam dan Al-lkhwan (di bawah kelolaan Syed Sheikh Syed Ahmad Al-
Hadi dan lain-lain rakannya, dan akhbar -Saudara.

Dalam zaman mudanya, Sheikh Tahir kerap berulang-alik ke Makkah dan Mesir, sama ada
untuk membawa jemaah haji dari Sumatra ataupun untuk membuat perniagaan secara
sampingan. Perkahwinan Sheikh Muhammad Tahir semasa zaman mudanya di Sumatra tidak
kekal. Beliau bernikah dan bercerai sebanyak 5 kali semasa itu, di atas persetujuan pihak-
pihak isteri berkenaan, kerana adat Minangkabau waktu itu sangat mendorong para wanita
dan keluarga mereka untuk memperolehi zuriat daripada 'alim ulamak. Walau bagaimanapun,
sistem Adat Perpatih yang kuat itulah juga di antara sebab-sebab Sheikh Tahir berpindah
keluar dari daerah Minangkabau dan merantau ke Tanah Melayu mulai tahun 1317H/ 1899M.
Nama lengkapnya adalah Jamaluddin al-Afgani as-Sayid Muhammad bin Shafdar al-Husain.
Namun ia lebih dikenal dengan Jamaluddin al-Afgani. Ia merupakan seorang pemikir Islam,
aktivis politik, dan jurnalis terkenal. Kebencian al-Afgani terhadap kolonialisme
menjadikannya perumus dan agitator paham serta gerakan nasionalisme dan pan-Islamisme
yang gigih, baik melalui pidatonya maupun tulisan-tulisannya. Karenanya di tengah
kemunduran kaum muslimin gejolak kolonialisme bangsa Eropa di negeri-negeri Islam, al-
Afgani menjadi seorang tokoh yang amat mempengaruhi perkembangan pemikiran dan aksi-
aksi sosial pada abad ke-19 dan ke-20.

Dilahirkan di Desa Asadabad, Distrik Konar, Afganistan pada tahun 1838, al-Afgani masih
memiliki ikatan darah dengan cucu Rasulullah SAW, Husain bin Ali bin Abi Thalib.
Ayahnya Sayyid Safdar al-Husainiyyah, yang nasabnya bertemu dengan Sayyid Ali al-
Turmudzi (seorang perawi hadis yang masyhur yang telah lama bermigrasi ke Kabul) juga
dengan nasab Sayyidina Husain bin Ali bin Abi Thalib. Keluarganya merupakan penganut
mazhab Hanafi. Masa kecil dan remajanya, ia habiskan di Afganistan. Namun ketika beranjak
dewasa, ia berpindah dari satu negara ke negara lainnya, seperti India, Mesir, dan Prancis.

Pendidikan dasar ia peroleh di tanah kelahirannya. Pada usia 8 tahun Al-Afghani telah
memperlihatkan kecerdasan yang luar biasa. Lalu ia melanjutkan pendidikannya di Kabul dan
Iran. Ia tidak hanya mempelajari ilmu agama, tetapi juga ilmu umum. Ia tekun mempelajari
bahasa Arab, sejarah, matematika, filsafat, fiqh dan ilmu keislaman lainnya.Ketika berada di
Kabul, sampai umur 18 tahun, ia mempelajari beberapa cabang ilmu keislaman disamping
filsafat dan ilmu eksakta.

Kemudian ketika berada di India dan tinggal di sana lebih dari satu tahun, ia menerima
pendidikan yang lebih modern. Di India, al-Afgani memulai misinya membangkitkan Islam.
Kala itu India berada di bawah kekuasaan penjajahan Inggris. Pada saat perlawanan terjadi di
seluruh India, al-Afgani turut ambil bagian dengan bergabung dalam perang kemerdekaan
India di tahun 1857. Meski demikian, ia masih sempat pergi ke Makkah untuk menunaikan
ibadah haji.

Sepulang dari haji, al-Afgani memutuskan untuk pergi ke Kabul. Di kota ini ia disambut oleh
penguasa Afganistan, Dost Muhammad Khan, yang kemudian menganugerahinya posisi
penting dalam pemerintahannya. Ketika Sher Ali Khan menggantikan Dost Muhammad Khan
pada tahun 1864, al-Afgani diangkat menjadi penasihatnya. Dan beberapa tahun kemudian
diangkat menjadi perdana menteri oleh Muhammad A’zam Khan.

Karena campur tangan Inggris dalam soal poilitk di Afganistan dan kekalahannya dalam
pergolakan melawan golongan yang disokong Inggris, ia meninggalkan Afganistan tahun
1869 menuju India. Karena koloni Inggris yang berada di India selalu mengawasi
kegiatannya, ia pun meninggalkan India dan pergi ke Mesir pada tahun 1871, dan menetap di
Kairo.
Hamka, nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek,
Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) adalah seorang
penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang
merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada
tahun 1906.

Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau
'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.

Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama
Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.

Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia


seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau.Beliau hanya


belajar setakat gred 2.Namun,ketika beliau berumur 10 tahun,ayahnya membuka Thawalib
atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang.Hamka kemudiannya
belajar dan menguasai bahasa Arab.Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh
Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo,cendekiawan
Muslim tersohor sebagai mentornya.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah,sastera,sejarah,dan


politik.Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke bahasa
Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.

Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun.Beliau menubuhkan Persatuan Hindia
Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji
Indonesia.Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan
menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam,Merdeka,Menara,Pemandangan,Gema
Islam,Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan
dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.Beliau melancarkan penentangan
terhadap khurafat,bida'ah,thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia.Oleh itu,beliau
mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.Hamka juga
berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat
kemaraan Belanda di Indonesia.

Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan
umum Majlis Ulama Indonesia.Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh
Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang,beliau juga menjadi
pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah,Reaktor Perguruan
Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai