Anda di halaman 1dari 3

Jalur lebar menawarkan kebolehan dua hala dan ia berkeupayaan menerima serta

menghantar data pada kelajuan yang tinggi. Akses jalur lebar, berserta kandungan
dan perkhidmatannya akan membawa perubahan kepada Internet, sama ada dari
segi apa yang mampu ditawarkannya mahupun cara penggunaannya. Medium
transmisi atau teknologi yang pelbagai yang boleh digunakan bagi akses jalur lebar
termasuklah kabel, perkhidmatan telefon yang dipertingkatkan yang dikenali sebagai
talian pelanggan digital (DSL), satelit, wayarles tetap dan banyak lagi. Jalur lebar
bermakna akses kepada Internet yang berkelajuan tinggi, tidak kira walau di mana
hinggalah kepada hampir kesemua kandungan digital.

Sehubungan itu, Bicara Eksekutif ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada
gerakan koperasi mengenai kewujudan Teknologi Jalur Lebar. Penggunaan
teknologi ini dapat membantu meningkatkan daya saing koperasi di mana
infrastruktur koperasi yang maju dapat menjana kadar pertumbuhan produktiviti dan
aktiviti koperasi berasaskan rangkaian yang berkeupayaan tinggi. Di samping itu,
dengan adanya teknologi ini, gerakan koperasi akan dapat meningkatkan komunikasi
di antara koperasi bandar dan luar bandar yang memperkayakan komuniti dan
menggalakkan integrasi. Seterusnya, koperasi dapat menggunakannya sebagai satu
alat (tools) untuk membolehkan koperasi membuka ruang dan peluang baru dalam
menempuh cabaran dan persaingan global tanpa sempadan.
Dicatat oleh wAniY LyAna di 21:56 0 ulasan

kepentingan jalur lebar

Terbuktilah disini bahawa jalur lebar membawa kepentingan yang sangat baik
terhadap masyarakat dan yang utamanya bagi saya sebagai seorang
pelajar.Kepentingan yang ada ini boleh merubah diri seseorang menjadi insan yang
mengenal erti keyakinan terhadap sesuatu perkara seperti penggunaan jalur lebar.

Dalam segi masyarakat,kita dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan


negara yang mampu bersaing di persada dunia merupakan matlamat utama
kerajaan apabila memperkenalkan pelbagai projek berteknologi tinggi di negara
ini.Hal ini kerana,dengan adanya penggunaan jalur lebar ia dapat memudahkan
masyarakat untuk mencari maklumat yang bernas dengan hanya memetik jari
sahaja.

Manakala bagi golongan para pelajar, mereka boleh mendapat perkhidmatan


pelajaran melalui persidangan video dan sebagainya. Sehubungan
dengannya,pelajar lebih bijak memilih strategi melalui penggunaan jalur lebar.Ia
dapat menjadikan seorang pelajar yang berdedikasi tentang pelajaran kerana
dengan wujudnya penggunaan ini.Selain itu juga,pelajar dapat mencari maklumat
dan pendapat yang bernas dengan hanya sekelip mata.

Sebagai kesimpulannya,penggunaaan jalur lebar telah merubah hidup masyarakat


dan para pelajar sebagai seorang yang cekap pemikirannya tentang perkara yang
ingin diketahui.Oleh yang demikian,kepentingan ini dapat kita perolehi melaluinya.

Dicatat oleh wAniY LyAna di 20:25 1 ulasan

apa itu jalur lebar?

Assalamualaikum..Hari ini pengalaman pertama saya memiliki blog.Saya berasa


teruja mengenainya kerana cara penggunaan dan pengetahuannya dapat ditimba
serta sangat berguna bagi saya.Sebagai mukadimahnya ingin saya berkongsi
dengan rakan-rakan pendapat saya tentang definisi jalur lebar itu sendiri iaitu
medium komunikasi capaian tinggi.

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi


berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah
merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan
komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi
bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah
frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Melalui jalur lebar kita dapat memiliki pelbagai maklumat tanpa batasan.Melalui
sudut pandangan saya sebagai seorang pelajar yang mempunyai keinginan untuk
mengetahui tentang apa sahaja perkara yang menjadi isu membuktikan bahawa
keinginan saya itu dapat direalisasikan melalui jalur lebar ini.Ianya dapat menjadikan
saya sebagai seorang pelajar yang mempunyai pengetahuan yang luas membuatkan
saya dari seorang pelajar yang selama ini tidak menjadi perhatian kepada sebagai
satu sumber rujukan semua rakan.Hal ini kerana,maklumat yang dicari amat mudah
didapati dan pantas dengan hanya mengunakan hujung jari.Di samping itu, saya
dapat menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali
ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Sekarang kita sedar bahawa jalur lebar merubah hidup seseorang dengan maklumat
yang diperolehi . Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan
pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.
Dicatat oleh wAniY LyAna di 18:34 2 ulasan
Laman utama

Langgan: Catatan (Atom)

Pengikut

Arkib Blog
• ▼ 2010 (3)
o ▼ Mac (3)
 apa itu jalur lebar?
 kepentingan jalur lebar
 teknologi jalur lebar

Mengenai Saya

wAniY LyAna

pelajar yang baik hati..

Lihat profil lengkap saya