Anda di halaman 1dari 27
MEREKA DAN MENGUJI PERALATAN PENGUKURAN KEBERALIRAN HABA ZULKIFFLI BIN BAKAR Laporan ini diserahkan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan_ Mekanikal ( Termal-Bendalir ) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia November 2005 ABSTRAK ‘Tujuan projek ini adalah untuk mereka sebuah alat untuk mengukur nilai keberaliran haba bagi pelbagai jenis bahan. Bahan-bahan yang digunakan bagi menguji peralatan yang direka adalah tembaga, aluminium, keluli tahan karat dan keluli lembut. Keempat-empat bahan berkenaan telah diuji dengan menggunakan radas yang telah dihasilkan bagi menentukan nilai-nilai keberaliran haba masing-masing. Hasil ajian mendapati bahawa dengan menggunakan alat yang direka tersebut didapati nilai keberaliran haba bagi tembaga adalah 335.7 W/m.K, aluminium adalah 222.22 Wim, keluli tahan karat adalah 13,04 W/m.K dan keluli Jembut adalah 41.67 W/m.K. Keputusan yang telah diperolehi telah dibandingkan dengan nilai teori yang sedia ada bagi mendapatkan peratus ralat untuk menentukan ketepatan alat ini. Secara keseluruhannya, projek ini dapat disiapkan dengan jayanya dan mencapai objektif yang dikehendaki. Peratusan ralat yang diperolehi amatlah rendah jaitu tidak melebihi 15 % bagi setiap bahan. Oleh itu, alat yang direka ini didapati sesuai digunakan untuk mengukur nilai keberaliran haba bagi sesuatu bahan. vw ABSTRACT ‘The main purpose of this project is to design an apparatus to measure the thermal conductivity value for several materials. The materials used to test the apparatus are copper, aluminum, stainless steel and mild steel. {All the materials used have been tested by using the apparatus that have been design to determine the thermal conductivity. From the research that have been done, the values of the thermal conductivity are 335.7 W/m.K for cooper, 222.22 W/m.K. for aluminium, 13.04 Wim.K for stainless steel and 41.67 W/m.K for mild steel. The results were compared to the theoretical value in order to obtain the error percentage for determining the accuracy of the apparatus. Overall, this project has been done successfully and achieves the objective. The error percentages are small and not greater than 15 % for all materials. ‘Therefore, the apparatus that have been design is suitable for measuring the thermal conductivity value for a certain material. BABI PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Keberaliran haba adalah satu faktor yang amat penting bagi sesuatu bahan ‘untuk mengetahui kekuatan dan ketahanan bahan berkenaan. Dengan mengetahui tahap keberaliran haba sesuatu bahan, pilihan bahan yang terbaik boleh dibuat bagi ‘menjimatkan kos dan masa. ‘Terdapat dua kaedah bagi mendapatkan nilai keberaliran haba iaitu dengan menjalankan eksperimen ataupun melalui simulasi. Dalam projek ini, kaedah yang akan digunakan adalah kaedah eksperimen yang menggunakan peralatan pengukuran Keberaliran haba yang dicipta Khas bagi projek ini. Di dalam menjalankan ekspetimen aspek yang amat penting sekali adalah mendapatkan bacaan dengan tepat dan dari bacaan itu nilai-nilai yang dikehendaki boleh diperolehi melalui persamaan- persamaan yang tertentu. Teknologi moden zaman sekarang telah banyak menemui bahan baru dan nilai keberaliran haba hanya dapat diperolehi dengan kaedah eksperimen. Peneiapan data untuk nilai keberaliran haba sesuatu bahan mungkin dapat diperolehi tetapi nilai ini amat bergantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi sesuatu baban dalam mendapatkan nilai keberaliran haba bagi sesuatu bahan, Faktor-faktor yang ‘mempengaruhi sesuatu bahan adalah seperti kelembapan, ketumpatan dan suhu. Dengan ini, untuk menentukan nilai keberaliran haba sesuatu bahan adalah lebih sesuai dibuat melalui eksperimen. Matlamat projek ini adalah untuk mencipta sebuah radas bagi menjalankan cksperimen untuk mendapatkan nilai keberaliran haba pada beberapa bahan yang tempilih. Konsep yang digunakan bagi projek ini adalah dengan menggunakan termos sebagai pengadang bagi bahan ujian terhadap udara luar. Bahan itu akan dikenakan aliran arus elektrik yang dibekalkan daripada bekalan elektrik supaya dapat memanaskan bahan ji berkenaan. Bahan berkenaan turut diletakkan termogandingan bagi mendapatkan bacaan. 1.2 Objektif Antara objektif kajian adalah :- ‘¢ Mereka sebuah peralatan pengukuran keberaliran haba serta melakukan ujian ke atasnya. © Mengukur nilai Keberaliran haba bagi beberapa jenis bahan uji dengan menggunakan peralatan ini, Bahan-bahan yang diuji adalah tembaga, aluminium, keluli tahan karat dan keluli lembut. ‘© Membuat analisa ralat terhadap Keputusan nilai keberaliran haba yang diperolehi dengan membanding nilai teori yang sedia ada bagi melihat keberkesanan alat yang direka. 1.3 Skop Mereka sebuah peralatan pengukuran keberaliran haba dengan menggunakan Konsep yang lebih mudah serta kos penghasilan yang murah. Tyjuan utamanya adalah bagi mengukur nilai keberaliran haba pada pelbagai jenis bahan yang mana nilainya hampir sama dengan radas yang berada di pasaran dan peralatan berkenaan Jebih mahal. Empat bahan telah dipilih sebagai bahan uji untuk menguji peralatan ini. Keempat-empat bahan berkenaan dipilih kerana bahan-bahan berkenaan biasa digunakan dan mudah diperolehi. Bahan-bahan ini juga mempunyai sifat keberaliran haba yang cukup tinggi. 1.4 Kelebihan Projek Projek ini banyak kepentingannya dalam bidang kejuruteraan. Keberaliran haba pada sesuatu bahan adalah penting kerana ia dapat mengetahui tahap pengaliran haba sesuatu bahan, Dengan adanya alat ini nilai keberaliran haba yang dikehendaki dapat dihasilkan. Konsep yang digunakan ini akan menjimatkan kos kerana kos pembuatan alat ini adalah rendab. 1.5 Penyataan Masala Alat pengukuran keberaliran haba yang ada dipasaran adalah mahal. Kajian ini adalah bertujuan untuk mereka satu peralatan yang lebih murah dan ringkas serta ‘mampu mengukur nilai keberaliran haba (k) sesuatu bahan. BAB2 KAJIAN LITERATURE 2.1 Pengenalan Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mendapatkan nilai Keberaliran haba (A). Antara kajian-kajian tersebut adalah seperti berikut:- Elizabeth S. Dettmer dan rakan-rakan, (1989), telah menjalankan eksperimen bagi mendapatkan nilai keberaliran haba bagi aluminium nitrida (AIN) dan silikon karbida (SIC). Peralatan yang digunakan bagi ujikaji yang mereka jalankan dinamakan ‘guard hot plate’. Peralatan yang digunakan itu disambung terus kepada komputer untuk membuat bacaan, Eksperimen ini dilakukan pada dua suhu yang berlainan iaitu pada suhu bilik dan pada suhu yang lebih tinggi. Keputusan yang diperolehi pada suhu bilik adalah silikon karbida mempunyai nilai Keberaliran haba yang paling tinggi manakala aluminium nitrida pula berada pada keadaan yang rendah, Pada suhu tinggi pula, nilai keberaliran haba silikon karbida menurun mengikut kenaikan suhu. Ia adalah seperti dalam Rajah 2.1. Keputusan yang iperolehi ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Secara keseluruhannya, silikon karbida hanya sesuai untuk pengkhususan elektronik sahaja, Manakala aluminium nitrida mempunyai banyak kelebihan kerana ia mempunyai nilai keberaliran haba yang tidak banyak perubahan pada suhu-subu tertentu, Rajah 2.1 : Graf suhu melawan keberaliran haba Tenis Pengeluar Keaslian Keberaliran haba (W/m.K) aban | Oleh] Nifai Yang] Pembekal Diukur ‘Adoft Meller |” 100%jernih 40 a AlO2 MCR 99.6%Iputih 37 aI Coors 96%/putih 26 2 Toshiba Kelabu 70 7 AIN Lat cahaya 170 im Tokuyama | Lutcahaya 140 154 a Soda Lut cahaya 180 179 BeO Brush Patih, 230 282, Wellman SiC Hitachi Kelabu 270 276 Jadual 2.1: Keputusan bagi bahan yang telah diuji. ‘Ad, Slifka, dan rakan-rakan, (1998), dalam vjikaji mereka, menerangkan tentang pengukuran nilai Keberaliran haba bagi magnesium oksida serta kestabilannya, Ujikaji mereka juga menggunakan peralatan yang diberi nama ‘guarded hot plate’ bagi mengukur keberaliran haba bagi sesuatu bahan yang berkensan, Dalam vjikaji mereka tiga jenis bahan yang berlainan ketebalan digunakan dalam mendapatkan nilai keberaliran haba k dan rintangan haba spesifik diantara permukaan. Keputusan yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 2.2 dan graf yang diperolehi ditunjukkan dalam Rajah 2.2. Daripada keputusan yang mereka perolehi, Kkeberaliran haba untuk magnesium oksida dapat diperolehi dengan menggunakan teknik tahap kestabilannya. Tahap pengaliran haba yang telah diukur adalah pada suhu antara 400 K hingga 1300 K. Apa yang diperolehi adalah tahap kestabilan berlaku pada suhu yang lebih tinggi daripada suhu yang dikaji. Secara keseluruhannya ujikaji ini telah berjaya mendapatkan nilai keberaliran haba bagi magnesium oksida melalui eksperimen setelah dibandingkan dengan nilai teori yang sedia ada. Keberaliran Purata nila uitkait Nie eon haba Wart Ky Year! KY) 24 330 266 238 a9 216 193 192 183 166 153 183 43 2 Jadual 2.2 : Keputusan eksperimen yang diperolehi dibandingkan dengan nilai teori 38 30 25 peat ae con 15 10 s 200 400 600 800 1000 1200 1400 Suhu 7(K) Rajah 2.2 : Graf suhu melawan keberaliran haba Chua Wei Kia, (1986), telah menjalankan satu ujikaji bagi menentu nilai keberaliran haba dan ketahanan bagi beberapa jenis bahan binaan bangunan yang sering digunakan. Antara bahan yang beliau uji adalah seperti kaca gentian (fibreglass), papan lapis (plywood), papan lembut (softboard) dan besi konkrit. Peralatan yang digunakan bagi vjikaji mereka adalah ‘guard hot plate’. Beliau mengambil masa selama enam jam untuk menjalankan ujikaji bagi setiap bahan. Keputusan yang beliau perolehi adalah seperti dalam Jadual 2.3. Nilai keberaliran haba yang diperolehi adalah amat memuaskan kerana nilainya hampir sama dengan nilai teori yang sedia ada. ‘Bahan Uji Data Teori Data Ketumpatan Nilaik Ketumpatan Nilai k jisim (Wim.k) jisim (Wim.K) kg/m) kg/m’) Habuk Gergaji 200 0.06 185 0.085 Kaca Gentian 260 0.052 150 0.083, Papan Lapis 41 0:20 330 0376 Papan Lembut 460 O13 260 0.186 Konkrit 1015 0.935 1081 1.262 Jadual 2.3 ; Keputusan perbandingan data teori dengan data ujikaji. 2.2 Teori Keberaliran haba. Definisi Pengaliran haba adalah satu proses yang mana haba meresap melalui jasad atau badan pepejal atau melalui bendalir yang bergenang. Hukum yang menentukan mod pemindahan haba jenis ini boleh diungkapkan dalam sebutan matematik yang muah dan dalam beberapa kes penyelesaiannya boleh diperolehi dengan cara analisa sahaje. Apabila penyelesaian secara analisa ini didapati terlalo rumit maka ia bolehlah diatasi dengan menggunakan kaedah bergraf, analog, dan juga kaedah berangka. [Md Nujid Bin Ismail dan HY Wong, (1999) Konsep asas pengaliran haba adalah mudab. Pada peringkat mikroskopik didapati bahawa fluks haba adalah berkadaran dengan kecerunan sub, iaitu:- pt. Gah (Wim?) 1) Pemalar berkadaran k dikenali sebagai keberaliran haba. Ta adalah satu sifat pengangkutan bagi sesuatu bahan, Dalam bahan dwielekirik (baban tak mengalirkan clektrik), tenaga haba dipindahkan dengan cara geseran kekisi, sedangkan bagi bahan pengalir clektrik yang baik seperti logam, sumbangan yang disebabkan oleh mekanisma geseran kekisi adalah Kec jika dibandingkan dengan bahan dwielektrik. ‘Sebenamya tenaga haba ini diangkut dengan cara pergerakan elektron bebas melalui ekisi, Walaupun pengetahuan mekanisma ini amat berguna dalam kajian ciri pengaliran sesuatu bahan tertentu, tetapi dalam penyelesaian masalah kejuruteraan yang bersangkutan dengan pengaliran haba ia tidaklah betapa penting sangat. Walau bagaimanapun, perlu dicatatkan disini bahawa terdapat satu hubungan antara Keberaliran haba dengan keberaliran elektrik logam tulen seperti yang diterangkan oleh Hukum Wildemann-Franz, iaitu:- 10 k=L,oT — (W/m°.C) 2.2) Di mana, = keberaliran elektrik (nv/Q) T=suhu (K) 45 x 10% (WOIK?) Lo = pemalar Lozentz = Oleh itu daripada persamaan (2.2) dapatlah ditentukan nilai & dengan menggunakan kaedah elektrik. Walau bagaimanapun, persamaan di atas tidak boleh digunakan bagi bahan tidak tulen dan nilai k bagi bahan tidak tulen itu perlulah ditentukan secara ujikaji. Telah diketahui bahawa nilai keberaliran haba berubah mengikut perubahan suhu. Apabila perbezaan nilai & sangat kecil, di dalam satu julat suhu yang Gipethatikan itu, ia bolehlah diabaikan, Dalam keadaan ini kecerunan suhu yang begitu jelas apabila subu berubah maka pengaruh suhu dalam kes ini mestilah diambil kira. 2.3 Pengenalan kepada Pengaliran Haba Apabila berbagai bahagian di dalam suatu jasad pepejal mempunyai suhu yang berbeza, maka haba akan mengalir daripada bahagian kawasan yang bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu rendah. Proses yang berlaku ini dikenali sebagai pengaliran, Dalam proses ini kadar aliran haba berkadaran terhadap Iwas serenjang aliran itu dan juga berkadaran terhadap perbezaan suhu. [a juga berkadaran songsang tethadap jarak diantara dua kawasan yang suhunya berbeza. Faktor perkadaran ini ditanda dengan k, adalah keberaliran haba bahan tersebut. Oleh itu kadar aliran haba yang normal terhadap luas keratan-rentas A yang mana terjadi perbezaan suhu AT di antara dua kawasan terpisah oleh jarak ¢ adalah:- ul a=uE ww es) [Nisbah perbezaan subu A@ kepada jarak € yang menghampiri nilai had d0/dé dengan € menjadi nilai yang terlalu kecil, dikenali sebagai Keeerunan suhu. Tika ecerunan suhu berubah daripada satu ttik ke tte yang lain, maka kadar aliran haba dititik tersebut dalam arah ¢ adalah:- AT kA 2.4} Ae ey q ‘Tanda negative dalam persamaan (2.4) menunjukkan bahawa haba akan rmengalir dalam arah x yang menurun atau £ semakin berkurangan jika dT/4¢ positif Penentuan taburan subu dan seterusnya keeerunan suhu merupakan hal yang paling penting sekali dalam menyelesaikan masalah pemindahan haba secara pengaliran. Jika kadar aliran haba ita tidak seragam pada seluruh luas keratan rentas 4, taka perlu dikurangkan saiz A agar dapat diperotehi nilai tempatan q. Apabila 4 ini menjadi terlalu keeil maka nilai had bagi q bersamaan dengan dq__, a uae Dengan q dikenali sebagai fluks haba suatu bahan berubah apabila subu berubah. 5) 2.3.1 Keberaliran Haba Dan Rintangan Haba Jika keberaliran haba C ditakrifkan sebagai: wre) 2.6) i) 27) 12 dengan Ty adalah suhu kawasan panas dan T. adalah suhu kawasan sejuk didalam sistem haba itu. Jika rintangan haba R ditakrifkan sebagai songsangan daripada keberaliran haba (jaitu R= 1/C), maka kadar aliran haba boleh ditulis sebagai: (1, =T.) q=CU, -T.) == (2.8) Jika dipertimbangkan (T,-7.) sebagai perbezaan upaya haba yang merentasi rintangan haba R yang mana menerusinya kuantiti haba per masa sebesar q itu mengalir, maka ungkapan adalah serupa dengan persamaan Hukum Ohm 29) dengan 1 = aliran arus elektrik (A) E= perbezaan upaya elektrik yang merentas rintangan elektrik R.(V). Konsep rintangan haba (pengaliran haba) sangat berguna terutama sekali di dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan aliran haba berkeadaan mantap yang melalui jasad rencam. Oleh kerana itu, sebagai contoh, rintangan haba untuk pengaliran haba daripada suatu bahantara bendalir ke bahantara bendalir lain yang ‘melalui seunit Iuas dinding rencam boleh ditentukan daripada 1 od, a, .d, 1 R=|— 2434 Cm"! 2.10) Gu feGieg] conten ew dengan hy dan hp adalah pekali pemindahan haba. Kadar pemindahan haba adalah hog «w) 41) 13 2.4 Faktor Yang Mempengarubi Nilai Keberaliran Haba. Keberaliran haba bagi sesuatu bahan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah :- a. Kelembapan bahan b. Ketumpatan bahan ¢. Suhu bahan 4. Keliangan pada bahan berkenaan. 2.4.1 Kelembapan Keberaliran haba untuk air adalah sekitar 25 kali ganda lebih jika dibandingkan dengan udara biasa dan dengan itu tidak hairanlah bahawa penggantian uudara pada leliang pada bahan dengan air haruslah mempunyai pengaruh penting ke atas keberaliran haba bahan berkenaan. Keberaliran haba yang rendah nilainya Kebanyakannya adalah penebat. Ia disebabkan oleh udara yang terdapat di dalam bahan itu seperti ia mempunyai penebat yang hanya boleh bertahan jika bahan berkenaan itu secara relatifnya adalah kering. Penentuan keberaliran haba bagi setiap bahan menjadi sukar kerana setiap bahan menunjukkan kelembapan yang berbeza-beza, yang paling utama adalah mencegah daripada kelembapan berlaku pada bahan uji semasa melakukan ujian ke atasnya, 7.4.2 Ketumpatan Dan Keliangan. Keberaliran haba adalah tidak hanya bergantung penuh pada ketumpatan- ‘Walaubagaimanapun, sesetengah bahan yang mempunyai berat tumpu yang sama anya bersedia dengan perberaan Keseluruhannya dan mungkin ‘mempunyai perbezaan ciri-iri termanya. Pada suhu normal, tahap pengaliran haba pada pertengahan poros (berliang) adalah bergantung pada saiz Keliangannya, sunggunpun pada kenaikan sun eberaliran haba tetap menaik mengikut saiz Keliangan. Pada subu biasa hampir semua pemindahan haba akan melalui liang rongga pada bahan berkenaan dan terus ce udara, Seperti yang diketahui, udara adalah pengalir haba yang kurang baik, maka peningkatan keliangan mengakibatkan nilai keberaliran haba akan menjadi rendah. 2.43 Subu Suhu adalah salah satu faktor dalam mendapatkan nilai keberaliran haba. Kesannya ke atas nilai keberaliran haba agak besar juga. Nilai keberaliran haba amat cenderung kepada kenaikan suhu bagi sesuatu bahan. 15 2.5 Nilai Keberaliran Haba Secara Teori Terdapat beberapa nilai Keberaliran haba bagi bahan-bahan yang biasa digunakan. Jadval 2.4 menyenaraikan beberapa jenis bahan dengan nilai keberaliran habanya. [.P-Holman, (2001)] dan (Md. Razali Ayob dan Mohamad Zainal, (1996)) “Tembaga a 385 Keluli lembut a5 ‘Aluminium 202 Keluli tahan karat 145 Perak (tulen) 410 Berlian 2300 Kaca 078 Marmar 208-294 Jadual 2.4 : Nilai teori keberaliran haba. 16 BAB3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Dalam bab ini menerangkan mengenai kaedah kerja bagi menjalankan ujikaji ini. Ia menerangkan tentang langkah kerja yang perlu diikuti dalam menjalankan ujikaji. Gambarajah peralatan untuk ujikaji turut disertakan dalam bab ini. 3.2 Hukum Pengaliran Fourier Hukum Fourier digunakan dalam mendapatkan nilai keberaliran haba bagi sesuatu bahan yang telah diuji. Konsep hukum ini ditunjukkan dalam rajah 3.1. Hukum ini amat sesuai digunakan dalam mendapatkan nilai keberaliran haba dan itunjukkan dalam persamaan (3.1). aT a= ow) 6) Dimana: q =kadar aliran haba (W) k =keberaliran haba (W/m.K) dT =perbezaan suhu (K) dx =perbezaan jarak (m) Rajah 3.1 ; Pengaliran haba pada bahan uji 3.2.1 Menentukan Nilai Keberaliran Haba Bagi menentukan nilai Keberaliran haba, rumus yang bersesuaian akan digunakan. [J.P.Holman, (2001)}. 4 (wim) 62) A k dimana: k. =keberaliran haba (W/m.K) q. = kadar aliran haba (W) ‘A =luas keratan rentas (m?) AT = perbezaan suhu (K) dx = perbezaan jarak (im) Oleh kerana suhu diambil pada dua permukaan maka persamaan yang akan digunakan adalah: qa& =1£ wim. . k= saan ¢ Im.K) G3) ‘Nilai & ditentukan melalui kecerunan graf q melawan (4 bagi setiap bahan. q= (22) (Ww) (3.4) 18 Persamaan (3.4) adalah analog kepada persamaan garis lurus: jan ini hanya tertumpu kepada nilai keberaliran haba () yang diambil daripada Kail kecerunan graf garis lurus. Bagi menentukan nilai q adalah dengan menggunakan persamaan seperti berikut:- 9 = mCp(T) G5) Dimana: q =kadar alir haba (W) Cp = haba tentu pada tekanan tetap (/kg-K) dT =perbezaan suhu (K) 3.2.2 Menentukan Ralat Yang Berlaku Peratus ralat juga penting dalam kajian ini kerana ia dapat menunjukkan tahap kecekapan peralatan yang direka ini. Nilai yang perolehi daripade ujikaji akan dibandingkan dengan nilai teori yang sedia ada dan dari situlah peratusan ralat dapat diketahui, Persamaan bagi mendapatkan peratusan ralat adalah seperti berikut: G6) Nilai k teori —nilai kujikaji x 100% Nilai k teori 3.3 Penyediaan Peralatan. Penyediaan peralatan ini adalah untuk mendapatkan nilai keberaliran haba yang menjadi salah satu matlamat projek ini. Peralatan ini dibina has. untuk mengukur tahap Keberaliran haba bagi bahan yang akan diuji iaitu tembaga, aluminium, Keluli tahan karat dan keluli lembut. Peralatan yang digunakan dalam ayjkaji adalah seperti termos, paip tembaga, termometer, termogandingan, bekalan elektrik (power supply), dan bekalan air. Rekabentuk peralatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Kedudukan bahan uji dalam termos ditunjukkan dalam Rajah 3.3 dan Rajah 3.4. 3.3.1 Termos. Termos digunakan sebagai penebat yang mana ia bertujuan untuk menghalang pengaliran haba keluar. Haba perlu dikekalkan supaya penyerapan berlaku secara sempurna diantara haba pada bahan uji kepada air. 3.3.2 Paip Tembaga Paip tembaga digunakan untuk mengalirkan air dan disamping itu menyerap haba daripada bahan uji. 20 3.3.3 Termometer ‘Termometer digunakan untuk mengambil suhu pada saluran air masuk dan saluran air keluar bagi menentukan nilai pemindahan haba yang berlaku. 3.3.4 Termogandingan ‘Termogandingan digunakan untuk mengambil bacaan suhu pada bahan uji semasa ujikaji dijalankan. Suhu ini digunakan bagi mendapatkan nilai keberaliran bekalan elekirik termogandingan ere Rajah 3.2: Peralatan pengukuran keberaliran haba a lat pemanas airkeluar SA bahan vi PX raltentce — | terms Y air masuk Rajah 3.3: Alat Pengukuran Keberaliran Haba Termos Bahan uji Paip tembaga SECTIONS | SCALET:6 | 23 3.4 Konsep Ujikaji Konsep yang digunakan adalah penyerapan haba. Alat pemanas digunakan untulc smemanaskan permukaan atas behan uj di dalam termos, Termos akan bertindak sebagei penebat kepada udaraluar. Apabila bahan uj telah dipanaskan air akan irkan masuk ke dalam paip dan akan mengelilingi bahan uji lalu menyerap haba pada bahan uji itu. pBacaan subu pada bahan uji dan air akan diambil setiap 3 mint. 10 bacaan akan dibuat bagi setiap bahan uji yang digunakan. 3.5 Prosedur Ujikaji 1. Pertama sekali adalah mengukur panjang dan diameter bahan uji dengan menggunakan angkup venier. Ukuran ini akan digunakan semasa menjalankan proses pengiraan. 2, Seterusnya bahan uji dipasangkan dengan litar bekalan kuasa elektrik dan termogandingan diletakkan pada kedua belah permukaan bahan Uji. Pasangkannya dengan tcliti supaya tidak berlaku kesilapan yang boleh mengakibatkan kerosakan. 3, Bahan uji itu dimasukkan ke dalam termos. Letakkan bahan berkenaan pada pemegang yang sedia ada. 4. Tutupkan termos berkenaan dengan penutupnya dan pastikan ia ditutup dengan rapat, 5. Masukkan alat pemanas pada lubang yang disediakan bagi memanaskan bahan uh 24 6. Pastikan alat pemanas itu menyentuh permukean atas bahan uji supaya proses pemanasan berjalan dengan baik. 7, Ambil bacaan suhu awal bahan uji pada kedua-dua termogandingan. §.. Hidupkan suis elektrik bila semua peralatan siap dipasang dengan betul. 9, Pasang air dan ambil suhu awal pada bahagian air masuk dan air keluar. 10, Ambil suhu bahan uji dan suhu air pada selang 3 minit. 11 Proses pemanasan ini dijalankan selama 30 minit bagi setiap bahan. 12. Setiap bacaan berkenaan dicatatkan dalam jadual keputusan.