Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan

10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)


2 liter air - hana gune soya tanpa gula
2 cawan gula - hana kurangkan
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair - hana gune susu segar
Cara-cara
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api.
(jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil.
Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
*hana berkuahkan air laici skali.

Bahan-bahan
2 biji telur
6 sudu butter - cairkan
21/2 cwn tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
2 cawan susu segar
2 sudu besar lemon juice - optional
secubit garam
Cara-cara
Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dalam 10 minit.
Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.

Bahan Bahan
1 kg tulang rusuk (dengan sedikit isi)
300 gm daging lembu (dihiris)
air (untuk merebus)
500 gm udang segar (dikupas kulit dan direbus)
minyak (untuk menumis)
1 cawan sos tomato
1 kg ubi kentang (direbus dan dilecek)
garam dan gula secukup rasa
air rebusan kulit udang
Bahan Bahan (sampingan)
1 kg mee kuning (dicelur)
4 keping tauhu (digoreng dan dipotong)
5 biji telur (direbus dan dibelah)
5 biji cili merah (dihiris)
400 gm taugeh (dibuang ekor)
3 tangkai daun bawang } dihiris
6 tangkai daun saderi }
2 biji limau nipis
Bahan Bahan (kisar)
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili merah
Cara Menyediakannya
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk, tapis untuk airnya,
hiris daging nipis- nipis, ambil juga daging dari tulang rusuk
tadi, letak di dalam pinggan hidangan.
2. Rebus kulit udang kemudian tapis dan ambil airnya.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit
minyak, masukkan air rebusan daging, air rebusan udang,
sos tomato, garam dan gula.
4. Kacau sehingga kuah mendidih dan masukkan kentang lecek.
5. Masak sehingga mendidih sekali lagi (Jika kuah terlalu pekat,
tambahkan sedikit air.), perlahankan api dan renehkan selama
8-10 minit.
6. Sajikan kuah bersama semua bahan sampingan.