Anda di halaman 1dari 6

SKRIP JURUACARA

MAJLIS RESTU IBUBAPA & GURU SMKBBST 2009

1.0 Di Dewan Terbuka – Kata-kata aluan

Bismilah …..
Wassalam tuwassalam waalaasyrafil ambiya’ iwalmursalin waala alihi
wasohbihi ajmain
Assalamualaikum wbt ….. dan selamat sejahtera

Yang Amat Berusaha - Tn. Hj Muskamal b. Muhamad Jonan –Pengetua SMK


Bandar Baru Salak Tinggi

Yang Berusaha - En. Helmy b. Arshad – Yang Dipertua PIBG SMKBBST

Yang dihormati guru-guru Penolong Kanan SMKBBST, para ibu bapa dan
warga pendidik SMKBBST, dan yang dikasihi – para pelajar calon-calon PMR
2009 sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin sekalian ke Majlis
Restu Ibubapa & Guru SMKBBST 2009

Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat berkumpul
pada pagi yang ceria ini bagi menyempurnakan majlis Restu Ibubapa & Guru
pada tahun ini.

2.0 Bacaan Doa

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Agar majlis ini mendapat barakah dan dirahmati Allah, marilah kita bersama-
sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Salehin Bin
Abdullah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan doa)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu
tadi.
3.0 Pesanan Hikmah

Selamat datang kami ucapkan


Kehadiran tuan puan dialu-alukan
Pesanan Hikmah kami mulakan
Moga restumu membawa keberkatan

Para hadirin sekalian,


Restu serta doa ibubapa & guru adalah nadi kepada kejayaan anak-anak kita.
Berkat doa restu inilah yang membawa kepada keberkatan hidup di dunia
mahupun di akhirat. Untuk tidak membuang masa, majlis mempersilakan ust.
Zulkifli b. Abd. Mubi untuk memberikan pesanan hikmah betapa pentingnya
restu ibubapa & guru. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Pesanan Hikmah)

Demikian tadi, Pesanan Hikmah yang disampaikan oleh ust. Zulkifli b. Abd.
Mubi itu tadi. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

4.0 Ucapan-ucapan

a) Ucapan YDP PIBG

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, majlis dengan suka citanya menjemput Encik Helmy b. Arshad , Yang
DiPertua PIBG SMKBBST untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Demikian tadi ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang DiPertua PIBG
SMKBBST. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

b) Ucapan Pengetua

Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pula Tuan Haji Muskamal
B Muhamad Jonan, Pengetua SMKBBST untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(Ucapan Pengetua)
Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Tuan Haji Muskamal b.
Muhaad Jonan – Pengetua SMKBBST . Majlis megucapkan terima kasih

5.0 Penyampaian Cenderamata

Para hadirin yang dihormati sekalian

Suria bersinar tampak berseri,


Indah awan di langit membiru
Selamat berjuang putera dan puteri
ayah dan ibumu memberi restu

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian cenderamata


kepada para clon PMR 2009.

Terlebih dahulu majlis mempersilakan Tn Hj Muskamal b. Muhamad Jonan ,


Pengetua SMKBBST, untuk mengiringi En. Helmy b. Arshad, Yang DiPertua
PIBG SMKBBST ke pentas - Dipersilakan

Seterusnya, majlis menjemput saudara Muhammad Hud Al-Hasyir b.


Khairuneze bagi menerima cenderamata mewakili para pelajar tingkatan 3.
Dipersilakan.

(Penyampaian cenderamata kepada wakil pelajar)

Demikian tadi penyampaian cenderamata kepada wakil pelajar tingkatan 3


yang diwakili oleh saudara Muhd. Hud Al-Hasyir. Untuk makluman tuan puan,
saudara Hud juga merupakan calon pelajar cemerlang PMR bagi tahun ini.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Helmy b. Arshad, atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.

6.0 Ku Mohon Restumu

Kini tibalah masanya acara yang dinanti-nantikan iaitu ’ Ku Pohon Restumu –


Ayah ibu & guru”. Para pelajar diminta berdiri. ( semua pelajar berdiri)

i) Para pelajar yang dikasihi dan dirahmati Allah s.w.t...sila berpaling ke


belakang. Pastikan posisi dan kedudukan ibubapa anda berada.
ii) Sekarang...dalam keadaan senyap, bergerak...dapatkan ibubapa
anda di belakang sana...CIUM TANGAN mereka..MOHONLAH
KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar bahasa...tersilap
kata...mohon diampunkan dosa...peluklah mereka seerat-eratnya...
iii) ’Ibu dan ayah...berikanlah restumu....doakan kejayaan mereka

iv) Para pelajar yang tiada ibu bapa pada pagi ini..tidak hadir mungkin
atas sebab bertugas....atau anda tidak menjemput mereka...atau
sememangnya mereka tiada lagi di dunia ini..dapatkan guru-guru
anda di hadapan ini...kerana guru adalah pengganti kepada ibu dan
ayah di sekolah...ciumlah tangan mereka...mohonlah ampun
maaf...minta direstukan segala ilmu yang diberi...mungkin semalam
anda melawan guru anda, tidak menyiapkan tugasan yang diberi dan
sering menyakiti hati guru...mohonlah kemaafan mereka....

v) Kepada ayah dan ibu...sila bawa anak tuan puan kepada guru-guru
mereka di hadapan ini....

Mintalah guru-guru merestui segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi
kepada anak-anak tuan puan..moga segala pengajaran guru selama
ini dapat mereka manafaatkan.

Vi) Para pelajar yang telah pun mendapatkan restu ibubapa dan
guru...diminta mengambil semula tempat di dewan terbuka ini dan
diminta tidak ke mana-mana.

vii) Pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para ibu bapa yang sudi hadir pada pagi ini.
Sesungguhnya komitmen tuan puan adalah inspirasi kami...dengan
itu,tamatlah majlis kita pada pagi ini. semoga berjumpa
lagi...sekian..wassalam.
PERSEDIAAN DIRI PENGACARA

1. Penampilan diri –Pakaian & kekemasan


2. Sihat tubuh & mental –cukup tidur
-tidak menggeletar
-elak pegang skrip
-kurangkan kumpul air liur

3. Minum sedikit air sebelum mula


4. Jangan ambil gula-gula
5. Datang lebih awal –pastikan p.a system berfungsi
6. Ambil berat semasa pergerakan yang melibatkan persembahan orang
Lain.
7. Sentiasa bersikap tenang
8. Suara jelas –sebutan satu persatu/ ikut suku kata
9. Sentiasa dengar arahan
10. Gaya bersahaja- lemparkan senyuman. Jelingan dengan air muka
ceria bila jemput tetamu berucap. Tunggu pengucap duduk baru
dimulakan acara seterusnya.
SKRIP JURUACARA
MAJLIS RESTU IBUBAPA & GURU CALON PMR 2009

DISEDIAKAN OLEH :
ROSNAH ABD. LATIF
(KAUNSELOR PELAJAR)

Anda mungkin juga menyukai