Anda di halaman 1dari 8

Kek Coklat Kukus Lembab

hana6877@myresipi.com
olah dr resepi2 kek coklat yg ada kat Myr nih.. last2 jd la resepi sendri...sbb dh lupa resepi yg asal...

Created on : 14-06-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

389Share

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

 11/4 cawan tepung gandum


 1/2 cwn serbuk koko van houten
 1 sudu kecil baking powder
 1 kotak susu coklat (250ml)
 2 biji telur (size M)
 1 cawan gula halus
 1/2 cawan butter
 3 sudu besar susu pekat
 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
 TOPPING
 3-5 sudu besar susu pekat
 1/4 cawan serbuk koko van houten
 2 sudu besar butter
 2 sudu besar susu segar
Cara-cara
1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then
kukus 45min...Dah masak sejukkan.
6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan
kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum
dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....
7. SeLaMat MeNcUbe....

Pai epal

adzirahasim@myresipi.com
buat sendiri

Created on : 25-08-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

 
Share

Bahan-bahan ( sesiapa saje )

 Bahan pastry:-
 250 gm tepung gandum
 1 sudu besar gula kaster
 Sedikit garam
 125 gm mentega
 1 biji telur,dipukul sedikit
 2-3 sudu besar susu sejat
 Bahan inti:-
 2 biji telur
 60 gm gula kaster
 epal hijau 2 biji,direbus dan dilecek
 60 gm tepung gandum
 30 gm tepung jagung
 125 ml susu sejat F&N
 serbuk kayu manis
Cara-cara

1. Pastri:gaul tepung,gula,garam dan mentega.Masukkan telur dan susu sejat F&N,uli menjadi
doh.
2. Bungkus dan simpan doh di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Inti:Pukul telur dan gula hingga sebati.
4. Masukkan epal,tepung gandum,tepung jagung dan susu sejat F&N,kacau rata
5. Canai doh dan alas tin pai 25 cm.Tuangkan campuran epal.
6. Taburkan serbuk kayu manis.
7. Bakar pada 190 'c selama 40-45 minit atau hingga masak.

Pai Epal

anamuslimah@myresipi.com
Simple dan sedap. Now everyone can cook apple pie!

Created on : 03-10-2010
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

20Share

Bahan-bahan ( 5 org )

 Kulit: 2 1/4 cwn tepung serbaguna


 1/2 sudu kecil garam
 1/2 cwn butter (sejuk)
 175 ml susu segar (sejuk)
 Inti: 4 biji epal hijau (dibuang kulit dan potong dadu)
 1/2 cwn gula
 3 sudu besar tepung serbaguna
 secubit serbuk kayu manis
 2 sudu besar butter
Cara-cara

1.
 Untuk kulit, ayak tepung bersama garam. Masukkan butter dan gaul hingga menjadi seperti serbuk
roti.

2.
 Masukkan susu sedikit demi sedikit dan uli sehingga lembut dan boleh membentuk doh. Sejukkan di
dalam peti sejuk selama 30 minit
3. Untuk Inti, campurkan semua bahan kecuali butter dalam bekas. Gaul rata

4.
 Selepas 30 minit, keluarkan doh kulit dan bahagikan kepada 2 bahagian. Lebihkan bahagian bawah
kulit. Canai doh kulit mengikut saiz bekas/loyang.

5.
 Masukkan bahagian bawah kulit ke dalam loyang dan ratakan. Masukkan inti dan dotkan butter di
atasnya.

6.
 Tutup dengan lapisan kulit atas. Toreh sedikit bagi mengeluarkan wap panas. Bakar pada suhu 190
oC selama 1 jam
7. Bila kulit kelihatan keperangan, bolehlah di angkat. Sesuai disajikan sebagai minum petang
bersama, madu, aiskrim. Selamat mencuba!
Pai Epal Lattice
1st time buat resipi apple pie yang ni.....mmg mudah....sedap pulak tu....rapuh kulit
nya....makan sekali,nak dua kali.....filling nya pun tak berapa manis.....buat tadi untuk
minum petang dgn teh 'o' mmg sedap.....resipi dah lama simpan dr keratan majalah jelita
2000....bayangkan dah lama simpan terperuk je....entah mcm mana terjumpa kembali.....

bahan-bahan pastri:

250 gm tepung - guna tepung gandum


50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang
Cara-cara

 untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas
adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur
dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik
dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
 Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai
16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding
acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
 Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras
diatasnya.Bakar 15 minit.
 Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
 canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu
kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika
suka)

Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)


100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - x letak
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
 Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
 Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
 Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
 Sejukkan.

Anda mungkin juga menyukai