Anda di halaman 1dari 1

Sistem Fertigasi

6:49 AM

Kenapa anda perlu mengunakan sistem ini?

Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran berbuah masih belum cukup
untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem fertigasi adalah alternatif utama
bagi menampung keperluan ini.

Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan
tanaman adalah aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman
makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.

Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang
tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.Fertigasi berasal daripada perkataan
fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah cabang dari komponen
chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam
bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.Dua asa
utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman
dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan
sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan
menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan
datang.Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah
konvensional:

* Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman


berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
* Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah
penyakit.
* Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
* Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
* Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
* Kualiti hasil yang lebih baik.
* Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%
* Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis
serangga diguna pakai.
* Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
* Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

2 comments Full Article

Older Posts Home


Subscribe to: Posts (Atom)

Anda mungkin juga menyukai