Anda di halaman 1dari 2

Sains dan Teknologi

Apa itu sains? Mengapa sains itu penting untuk dipelajari sehingga dijadikan satu subjek yang utama
didalam system kokurikulum Malaysia. Pendapat peribadi saya, sains merupakan satu ilmu kehidupan.
Ilmu yang diperlukan untuk memahami, mentafsir dan mengatur alam semesta ini. Inilah tanggungjawab
manusia yang diamanahkan sebagai khalifah demi mantakbir alam ini.

Bagaimana pula dengan teknologi? Perhatikan kehidupan lampau dengan sekarang. bezakan dimensi
lalu dengan sekarang. Apa yang dapat dilihat? Fokuskan gambaran dari geseran batu demi menghasilkan
percikan api kepada penciptaan pengores api kalis angin ZIPPO, Jantung dan Nadi kuda kepada jantung
Sistem Pembakaran Dalaman( internal Combustion System ) Kenderaan, dan kemudiaan dari Pengunaan
burung merpati kepada facebook atau gmail. Ini berlaku dengan kehadiran teknologi. Teknologi yang di
cipta dengan tujuan untuk memudahkan manusia tapi sayangnya ia sekarang makin memudaratkan
manusia.

Ketika manusia ghairah melahirkan teknologi, manusia lupa akan reality. Terfikirkah manusia kesan dari
penciptaan ZIPPO tadi? Berapakah kandungan Gas Rumah Hijau hasil dari Pembakaran Dalaman tadi?
Dan apakah yang harus di bayar efek dari pembunuhan merpati didalam usaha melahirkan Facebook
atau gmail tadi? Kesilapan ini akhirnya sudah ditemui dan sedang di perbaiki.

Akhirnya dengan “menambah” HIJAU di hadapan perkataan Teknologi, satu era baru sudah dibentuk.
Satu gaya hidup baru. Ini dapat menebus kesilapan lampau. Teknologi Hijau kini mampu untuk
meyelinap di segala aspek antaranya Bangunan Hijau, Rekabentuk Hijau, Tenaga hijau, Pembelian Hijau
dan pelbagai lagi. Sebagai contoh bangunan hijau, menurut arkitek tersohor Malaysia Dr Kean Yang,
Prinsip atau idea bangunan hijau adalah bangunan yang mampu untuk berasimilasi dengan alam sama
ada dari segi fizikal, kimia atau kedua-duanya. Falsafahnya, kita kembali kepada zaman lalu dimana
pokok, tanah atau gua dijadikan tempat berteduh. Bezanya untuk dimensi ini, ia di rekabentuk dengan
kehadiran “Teknologi”. Pembinaan rumah yang berpandukan kepada bentuk geografi tanah dan
pengunaan sumber alam secara efektif. Bumbung bukan hanya digunakan untuk mengalirkan hujan, tapi
juga digunakan untuk tujuan pemindahan haba. Begitu juga dengan struktur yang lain. Tetapi kuncinya
adalah berasimilasi bersama Alam!

Untuk tenaga hijau, teknologi adalah vital didalam merealisasikanya. Teknologi di gunakan sebagai
medium untuk penghasilan tenaga tanpa memberi peluang kepada Pembakaran melepaskan Gas rumah
hijau seperti Carbon Monoxide @ sulfur dioxide. Jika dahulu di pendalaman Afrika, Kerosin sumber
cahaya ketika malam, kini dengan teknologi solar, sinar ketika paginya dicerap dan disimpan di battery
bank kemudian boleh digunakan untuk anak-anak mentelaah dengan kusyuk diwaktu malam. Disamping
itu jua kehadiran tenaga solar di Afrika juga telah menyelamatkan 1.6 Juta nyawa kesan dari pengunaan
kerosin.

Akan tetapi manusia harus lebih memikirkan jalan atau cara untuk melahirkan satu teknologi yang
efektif dan mampan.Persoalannya sekarang sempatkah Kita?

Anda mungkin juga menyukai