Anda di halaman 1dari 11

PANDUAN TAWARAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2010

Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah berjaya ditawarkan mengikuti


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mengambil masa 5 ½ tahun
iaitu 1 ½ tahun Kursus Persediaan dan 4 tahun pengajian ijazah di Institut
Pendidikan Guru (IPG). Sebagai calon IPG, anda tertakluk kepada peraturan
Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang
menjalani kursus.

Jika anda menerima tawaran berkursus, anda terlebih dahulu dikehendaki


mengikuti Kursus Persediaan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan
meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Sehubungan dengan itu, Buku
Panduan Tawaran ini disediakan sebagai panduan untuk anda mengambil
tindakan sewajarnya setelah menerima tawaran.

1. PENERIMAAN TAWARAN KURSUS

Jika anda menerima tawaran kursus sila ambil tindakan berikut:

1.1 Lengkapkan Borang Penerimaan Tawaran Kursus dalam dua (2)


salinan

(a) Satu salinan Borang Penerimaan Tawaran Kursus hendaklah


dikirimkan segera kepada

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
69604 Putrajaya
(u.p: Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)

(b) Satu salinan lagi hendaklah dikirimkan segera kepada


Pengarah Institut di mana anda ditempatkan. Pihak institut
akan mengirimkan kepada anda maklumat dan panduan untuk
melapor diri apabila menerima Borang Penerimaan Tawaran
daripada anda.

1.2 (a) Borang Perjanjian Pendidikan Guru (lima salinan) akan


diserahkan kepada anda semasa anda melaporkan diri.
Pihak institut akan memberikan keterangan lanjut bagi
melengkapkan borang perjanjian tersebut.

(b) Surat tawaran berkursus yang asal akan diserahkan


kepada pihak institut di mana anda ditempatkan. Jika
anda menerima surat tawaran tersebut daripada pihak
institut, sediakan lima salinan fotostat surat tawaran
tersebut yang telah disahkan.
2
(c) Ketika melapor diri, bawa bersama lima keping setem hasil
yang bernilai RM10.00 tiap-tiap satu untuk urusan borang
perjanjian berkenaan. Urusan mematikan setem akan
dilakukan oleh pihak institut berkenaan.

1.3 Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor.

(a) Anda hendaklah melengkapkan surat KP(BPG)9115/


900/2/3/Jld.2 dan Borang Am 402. Kedua-dua dokumen ini
hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan Hospital
Kerajaan atau Swasta untuk mendapatkan pemeriksaan
doktor. Dapatkan Borang Am 402 (Borang Pemeriksaan
Doktor untuk Perlantikan ke Perkhidmatan Kerajaan) daripada
IPG di mana anda akan ditempatkan.

(b) Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang


Am 402) tersebut mengandungi keputusan pemeriksaan x-
ray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau
klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut.

(c) Keputusan pemeriksaan doktor tersebut hendaklah


diserahkan kepada pensyarah bertugas ketika melapor diri.
Anda perlu menyediakan dua (2) salinan fotostat keputusan
pemeriksaan doktor yang telah disahkan untuk kegunaan
institut berkenaan.

(d) Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor


serta x-ray adalah tanggungan anda sendiri.

PERINGATAN

1. Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda


gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor
termasuk keputusan x-ray kepada pihak di mana anda
ditempatkan.

2. Sekiranya anda mengalami kesuntukan masa untuk


mendapatkan pemeriksaan doktor di tempat tinggal anda
dan keputusan pemeriksaan tersebut tidak sempat
disiapkan sebelum melapor diri, anda bolehlah membawa
bersama surat KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2 dan Borang
Am 402 semasa melapor diri untuk mendapatkan
pemeriksaan doktor di bandar yang berhampiran dengan
institut berkenaan. Anda diberi tempoh tidak lebih
daripada 30 hari dari tarikh anda melapor diri untuk
mendapatkan dan menyerahkan keputusan pemeriksaan
doktor termasuk x-ray kepada pihak institut.

3. Tawaran berkursus akan terbatal dengan sendirinya jika


anda memberi maklumat palsu mengenai kesihatan anda
sebagaimana yang dikehendaki. Sila rujuk surat tawaran
yang anda terima.
1.4 Pendaftaran
(a) Calon mesti melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dalam
surat tawaran berkursus.
(b) Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar.
Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan.
(c) Semasa melapor diri di institut, calon dikehendaki
mengemukakan dokumen asal dan salinan yang disahkan
kepada pensyarah bertugas untuk semakan dan pengesahan;
(i) surat tawaran berkursus (surat tawaran sementara)
yang dimuat turun dari internet
(ii) sijil kelahiran
(iii) sijil berhenti sekolah
(iv) kad pengenalan yang menunjukkan taraf
warganegara Malaysia
(v) sijil peperiksaan SPM atau slip peperiksaan untuk
tahun ambilan
(vi) dokumen/sijil-sijil yang berkaitan
Calon tidak boleh didaftarkan sebagai pelatih
di institut sekiranya gagal mengemukakan semua
dokumen ASAL.

PERINGATAN

Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah tidak sah bagi calon yang
didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum
melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan/sakit yang
memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh
sepenuhnya semasa menerima tawaran ini. Penangguhan kursus
adalah tidak dibenarkan dalam kes-kes di atas. Calon bolehlah
memohon semula mengikuti kursus ini pada tahun berikutnya jika
memenuhi syarat.

2. PENOLAKAN TAWARAN KURSUS

2.1 Jika anda menolak tawaran berkursus, sila ambil tindakan berikut:

(a) Lengkapkan Borang Penolakan Tawaran Kursus dalam dua


(2) salinan;

(b) kembalikan dengan segera satu salinan Borang Penolakan


Tawaran Kursus bersama-sama bahan telah diterima kepada
Bahagian Pendidikan Guru; dan
4

(c) kirimkan dengan segera satu salinan lagi ke institut


berkenaan.
3. PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Sebagai pelajar (mengikut Perjanjian Pendidikan Guru) anda:

(a) Adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan peperiksaan dan


penilaian yang dikuatkuasa mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta
550);

(b) mesti menjalani penilaian dan menduduki peperiksaan serta lulus


setiap komponen kursus pengajian dan program latihan yang
ditetapkan;

(c) layak menduduki jika kehadiran anda 100% bagi setiap komponen
kursus iaitu akademik, praktikum (jika berkenaan), aktiviti luar
kurikulum dan semua aktiviti yang dijadualkan oleh institut. Anda
juga mesti lulus semua kerja kursus; dan

(d) lulus peperiksaan apabila anda lulus semua kaedah penilaian bagi
setiap mata pelajaran pada setiap semester/peringkat.

4. STRUKTUR KURIKULUM

Pelatih akan diberi penerangan tentang struktur kurikulum semasa


berada di Institut Pendidikan Guru.

5. DISIPLIN DAN PERJANJIAN

1.1 Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174
iaitu Akta Institut-Institut Pelajaran (Tatatertib 1976) yang telah
mula dilaksanakan mulai Januari 1998. Oleh itu, seseorang
pelatih yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan oleh pihak
berkuasa tatatertib, boleh dikenakan mana-mana satu daripada
hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau lebih hukuman-
hukuman itu disatukan sekali seperti berikut:

(a) Amaran;

(b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

(c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau


kesemua kemudahan institusi selama tempoh yang
ditentukan;

(d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di


institusi selama tempoh yang ditentukan;

(e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau


keseluruhan peperiksaan di institusi;

5
(f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama
tempoh yang ditentukan; dan

(g) pembuangan daripada institusi.

6. PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN) DAN


PUSAT BERKURSUS

Adalah diingatkan bahawa pertukaran bidang pengajian (pengkhususan)


dan pusat berkursus tidak dibenarkan kerana:

(a) Tawaran dibuat berdasarkan pengkhususan yang dipohon;

(b) penempatan dibuat berdasarkan institut tertentu yang ada


menawarkan pengkhususan tersebut; dan

(c) kekosongan tempat terdapat di institut perguruan tertentu sahaja.

Oleh yang demikian anda hendaklah mempertimbangkan sebaik-


baiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti masalah peribadi yang
memerlukan perhatian sebelum membuat keputusan menerima tawaran
ini.

7. ELAUN

Anda akan diberi elaun semasa berkursus. Bagaimanapun anda


dinasihatkan membawa bersama wang untuk keperluan asas yang
mencukupi sementara menunggu pembayaran elaun. Elaun anda
hanya dibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelatih
institut (mengemukakan semua dokumen ASAL, laporan pemeriksaan
doktor, salinan surat tawaran dan borang perjanjian yang telah
disempurnakan).

8. PENGINAPAN

(a) Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan semasa


berkursus disediakan oleh institut.

(b) Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan penginapan


yang dikeluarkan oleh pihak institut sama ada anda menginap di
asrama atau di luar asrama.

6
9. PELANGGARAN DAN PENAMATAN PERJANJIAN

(a) Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi


peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan
Pengarah institut berkenaan. Sekiranya pelajar melakukan
pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di bawah perjanjian
ini, anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti kursus
seperti yang tersebut dalam Fasal 5 Perjanjian Pendidikan Guru dan
anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik
kepada kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh kerajaan atau
seperti yang tercatat dalam Perjanjian Pendidikan Guru.

(b) Sekiranya anda (pelajar) didapati telah mengemukakan maklumat


palsu untuk mendapatkan tempat berkursus, tawaran berkursus ini
akan dibatalkan dan anda akan diberhentikan daripada mengikuti
kursus, atau jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan
kursus dan sedang berkhidmat anda akan dipecat dan ijazah anda
akan ditarik balik. Anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki
membayar balik kepada kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan
oleh kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 5 Perjanjian
Pendidikan Guru.

KAM/ra:Buku Panduan Tawaran PISMP Jun 2010/SD/KAM

7
KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(A)
 

BORANG PENERIMAAN TAWARAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2010

ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam
dua (2) salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian
Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut
Perguruan berkenaan.

2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang


berkenaan.

…………………………………………….. No.K.P ……………………………………………….


(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina ……………………………………………….
Alamat surat menyurat: :

……………………………………………… Kursus ditawarkan ………………………………..

……………………………………………… Di Institut ……………………............................

……………………………………………… ……………………………………………..............

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)

Tuan,

Penerimaan Tawaran untuk Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


(PISMP) Ambilan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru

Merujuk surat KP(BPG)9115/........................... ( ) mengenai perkara di atas,


sukacita dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut
dalam surat tawaran berkenaan.

2. Saya telah mengirimkan borang kedua kepada Pengarah institut berkenaan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh
KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(B)

BORANG PENOLAKAN TAWARAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2010

ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam
dua (2) salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian
Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut
Perguruan berkenaan.

2. Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang


berkenaan.

…………………………………………….. No.K.P ……………………………………………….


(Nama penuh dengan huruf besar)
Jantina ……………………………………………….
Alamat surat menyurat: :

……………………………………………… Kursus ditawarkan ………………………………..

……………………………………………… Di Institut ……………………............................

……………………………………………… ……………………………………………..............

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)

Tuan,

Penolakan Tawaran untuk Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Ambilan Jun 2010 di Institut Pendidikan Guru

Merujuk surat KP(BPG)9115/........................... ( ) mengenai perkara di atas,


dukacita dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana .....................................
.............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................

2. Saya telah mengirimkan borang kedua kepada Pengarah institut berkenaan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

…………………………………………… …………………………
Tandatangan Tarikh

KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(D)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 2 - 6, BLOK E 13
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-88841000
62604 PUTRAJAYA Fax : 03-88841320

Ruj. Kami: KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2( 49 )

Tarikh :
Penguasa Hospital/Pegawai Perubatan
Hospital/Klinik ……………………………
……………………………………………..
……………………………………………..

Tuan/Puan,

PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL


PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM) AMBILAN JUN 2010 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Puan/Cik …………………………………………………..


No. Kad Pengenalan ……………………………………….. telah ditawarkan untuk mengikuti
kursus di atas dan akan melaporkan diri pada …………………………………………. di Institut
……………………………………………………………………………………………………………..

2. Untuk makluman, bidang kursus yang akan diikuti di institut merangkumi :

a) Akademik;
b) Gerak kerja kokurikulum (persatuan, unit beruniform, sukan dan
permainan serta aktiviti luar yang lasak); dan
c) Praktikum.

3. Oleh itu, sila buat pemeriksaan ke atas beliau (pemeriksaan hendaklah termasuk x-ray
dada dan paru-paru) dan berikan keputusannya seberapa segera yang mungkin dengan
menggunakan Borang Am 402 – Pin. 4/87 yang disertakan.

4. Sehubungan dengan itu juga dimaklumkan bahawa segala perbelanjaan pemeriksaan


doktor dan x-ray adalah tanggungjawab pelajar berkenaan.

Kerjasama tuan/puan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
b.p.Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
 
 
 
 
  KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2(C)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 2 - 6, BLOK E 13
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-88841000
62604 PUTRAJAYA Fax : 03-88841320
 

Ruj. Kami : KP(BPG)9115/900/2/3/Jld.2( )

SURAT AKUAN

Saya ……………………………………………… No. KP ……………………………………


dengan ini memberi kuasa kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mendapatkan sebarang maklumat mengenai keputusan peperiksaan atau laporan
mengenai diri saya dari institusi pengajian di mana saya ditempatkan sepanjang
tempoh pengajian.

Tandatangan Saksi

_______________________ _______________________

(Nama Pelatih) (Nama Pensyarah/Tutor)

Tarikh :

 
 
 
 
 
 
 
 
 
PANDUAN TAWARAN 
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 
AMBILAN JUN 2010 
 
 
 

    MUKA 
BIL.  KANDUNGAN  SURAT 

     
1.  Penerimaan Tawaran Kursus  2 ‐ 4 
     
     
2.  Penolakan Tawaran Kursus  4 ‐ 5 
     
     
3.  Peperiksaan dan Penilaian  5 
     
     
4.  Struktur Kurikulum  5 
     
     
5.  Disiplin dan Perjanjian  5 – 6 
     
     
6.  Pertukaran Bidang Pengajian (Pengkhususan) dan  6 
  Pusat Berkursus   
     
     
7.  Elaun  6 
     
     
8.  Penginapan  6 
     
     
9.  Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian  7 
     
     
10.  Borang‐Borang   
     
  (i)  Borang Penerimaan Tawaran    
     
  (ii)  Borang Penolakan Tawaran   
   
(iii)      Surat akuan 
 
(iv)  Borang Pemeriksaan Doktor 
 
 
 

Anda mungkin juga menyukai