Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SMK.MAJAKIR.PAPAR
Pengenalan
Isi
A)Konsep Tamadun
Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon
Childe , seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses
perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia
dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia
berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk
memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan
pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan ‘cultural
potential’ untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan
pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan
teknologi
Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk
kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi / pendeta yang dianggap sebagai
pelindung masyarakatnya manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal
golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi.
Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan
bangunan - bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan
tulisan untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangka masa panjang .
Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal
dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir
mereka
Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah
cari gali atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan
kaedah cari gali di tapak- tapak yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah
DNPJ/am 2010
Page 1
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper
, penapis , berus ,dan sebagainya .
Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan
tembikar , tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi
menentukan usia atau tempoh artifak sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arkeologi
menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau
“C14”.
2. Penemuan arkeologi
DNPJ/am 2010
Page 2
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
yang lengkap. Bahkan penemuan ini, mengikut ahli arkeologi sebagai lambang
keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain
Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai
bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm. Tamadun
Sumeria melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.
5. Sistem tulisan
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sistem
tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan ,
istana ,kuil , surat perjanjian dan sebagainya. Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah
lambang dan manifestasi sesuatu bangsa.
Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol – simbol atau lambang yang di
cantumkan menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hieroglif
(Mesir) Cuneiform ( Sumeria) Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan
sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu- batu bersurat , tugu
peringatan , rumah -rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya .
Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui
penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai “Rosetta Inscription” dan tulisan- tulisan
yang terdapat pada dinding pyramid.
6. Aktiviti Ekonomi
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini
kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing -masing .
Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan -kesan ekonomi yang dapat menjadi
bahan kajian kewujudan tamadun mereka .Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat
seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan , tempat pemujaan dan penyembahan ,
alat- alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakan bukti- bukti dijadikan bahan
rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup ,
nilai sosial , adapt dan sebagainya.
Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali
sebagai “ziggurat” yang merupakan bangunan berbentuk pIramid tujuh tingkat , tamadun
Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba
Mesir di Kernak dan Memphis dan sebagainya.
DNPJ/am 2010
Page 3
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
Pendahuluan
1 Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam manusia yang tidak
dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum sejarah ataupun sejarah silam manusia
sebelum wujudnya rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui
kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.
2 Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan mengenalpasti beberapa tapak
masyarakat zaman pra-sejarah di benua Afrika iaitu kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah
dan Selatan, kebudayaan Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan yang
berlangsung sejak dua juta tahun lampau, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun
lalu di Perancis dan Sepanyol Utara , di Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien, China
Utara – Pithecanthropus Pekinensis dan di Jawa, Indonesia. Masyarakat zaman prasejarah
turut ditemui di Rusia sejak 100,000 tahun dahulu, di Australia sejak 40,000 tahun dahulu dan
di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun dahulu.
3. Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman Neolitik adalah zaman
prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000
SM dan dibahagikan kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir. Empat
spesies manusia yang penting pada zaman ini ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man ),
Sinanthropus Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo Neanderthalensis.
Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM apabila manusia mula
bergantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada
3500 SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.
Paleolitik
Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung
hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah
tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai
contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah ( Sarawak ), Kota Tampan
( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah )
DNPJ/am 2010
Page 4
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
Neolitik
Berbeza dengan petempatan masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di
kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan
menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman Neolitik ini
sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-
ranting kayu Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai contoh Gua
Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor )
Paleolitik
Neolitik
Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah mengalami perubahan yang
amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi
sebagai pengguna kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan.
Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan
menternak binatang. Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup
secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama.
Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil
pertanian dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan
sistem barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan
dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan berlakunya pertukaran dan perkembangan
idea dan teknologi baru
3. Teknologi peralatan
Paleolitik
Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam membuat peralatan daripada
batu, kayu dan tulang-tulang haiwan. Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked
tools digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai pisau, gergaji dan kapak. Alat-
alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan, senjata dan mungkin sebagai
perhiasan. Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi pembuatannya.
Kaedah yang mereka gunakan adalah secara merepih. Fungsi peralatan batu ini adalah terhad
sesuai dengan tahap teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau primitif.
Neolitik
DNPJ/am 2010
Page 5
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman Neolitik yang telah mengalami
perubahan yang ketara. Mereka telah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan
daripada batu yang lebih halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat
pelbagai alat yang terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang
mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya.
Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan
memudahkan urusan harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu
gejala perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk
menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan
layar telah menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan
pesat.
4. Organisasi sosial
Paleolitik
Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan
mereka masih lagi hidup dalam keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan
ekonomi, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan beberapa
keluarga asas.
Neolitik
Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang tellah mula membentuk organisasi sosial
yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat pada
zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk di sesuatu kawasan telah
semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat
kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan
keamanan kampung serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian
dan sebagainya. Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan
pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan.
Paleolitik
Neolitik
Manakala agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah dan berkembang
maju. Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar untuk menguasai alam sekeliling
terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan
dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi mengelakkan
bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka
DNPJ/am 2010
Page 6
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
6. Kesenian / kebudayaan
Paleolitik
Neolitik
Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman Paleolitik. Ini dapat dibuktikan
dengan kesenian pada zaman Neolitik yang bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-
unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-tembikar yang
dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan ini menunjukkan satu gejala baru yang
memperlihat pemikiran masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran
konseptual.
7 Corak hidup
Paleolitik
Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau berpindah randah. Hal ini adalah
untuk memenuhi keperluan ekonomi melalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan
menangkap ikan secara berkumpulan. Oleh kerana mereka menjalankan kehidupan yang
mudah dan simple maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai
memiliki harta. Sebagai buktinya, mereka hanya tinggal di gua-gua dan hanya bergantung
sepenuhnya kepada sumber-sumber alam sekitar
Neolitik
Perubahan yang ketara dalam aspek corak hidup telah mula berlaku pada zaman Neolitik.
Kesan daripada perkembangan revolusi pertanian, masyarakat Neolitik sudah mula hidup
secara lebih selesa dengan memiliki harta benda. Sebagai buktinya, mereka mula memiliki
tanah-tanah pertanian dan juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan
makanan mereka tidak terputus. Bagi memastikan keselamatan mereka, mereka sudah mula
mencipta senjata-senjata seperti kapak dan pisau untuk mempertahankan diri. Perkembangan
DNPJ/am 2010
Page 7
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
yang amat ketara dalam corak hidup mereka ialah mereka mula tinggal di rumah-rumah yang
mereka bina daripada tanah liat di lembah-lembah sungai dan golongan wanita terutamanya,
mula memakai barang-barang perhiasan seperti gelang, subang dan rantai bagi tujuan
kecantikan dan keagamaan.
8. Pengkhususan pekerjaan
Paleolitik
Neolitik
Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula mempunyai pengkhususan
kerja. Hal ini dapat dibuktikan, dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan
perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita. Golongan lelaki
menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti mengusahakan ladang-ladang
pertanian manakala golongan wanita menguruskan urusan rumahtangga dan kerja-kerja yang
mudah. Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan perkembangan dalam
aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti
bercucuk tanam dan menternak binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran
membina rumah dan membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.
9. Institusi Politik
Paleolitik
Neolitik
Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnya institusi politik kerana
sistem pentadbiran yang teratur bagi mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan, terusan
atau tali air. Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja pembinaan
dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping berperanan untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan pertanian dan pertikaian mengenai hak milik tanah.
Perkembangan inimenyebabkan mula munculnya sistem pentadbiran yang bertujuan untuk
menyelesaikan hak-hak masyarakat yang semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih
seimbang dan mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial dari ancaman musuh
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah
mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Bermula
dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat pengguna alam sekitar kepada
masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan
DNPJ/am 2010
Page 8
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik ke arah hidup yang
lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya sehingga menjadi
asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal manusia di Mesopotamia, Mesir,
Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang Ho.
PENDAHULUAN
Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru.
Wujud kira-kira 7000 S.M – 3500 S.M
Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.
3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan
kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia.
ISI: Kepentingan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.
DNPJ/am 2010
Page 9
TAMADUN DUNIA SEHINGGA 1800
SMK.MAJAKIR.PAPAR
Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga
menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun
manusia.
Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal.
Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan
menternak haiwan serta membina tamadun.
Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai
telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan
negara kota.
Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum
lelaki kepada aktiviti memburu dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar
dll) sementara kaum wanita bercucuk tanam.
Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada
aktiviti perdagangan. Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya
kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.
Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat
pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti
petani, penternak, artisan dan askar.
Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun.
Contoh; tamadun China
Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula
kelahiran sistem tulisan.
Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
Contoh: tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara
keagamaan dan harta kuil.
Contoh: tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang
kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
Kesimpulan
Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain
seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.
Definisi
§ Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina,
undang2 dan politik.
§ Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau)
§ tugu-tugu peringatan
§ agama
§ sistem agama
Ciri-ciri tamadun :
· Petempatan kekal
· Pembandaran
· Organisasi sosial
2. Tamadun-tamadun awal
· Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih
besar.
· Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja
pertanian.
· Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
· Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata
· Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia
Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon.
· Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.
· Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur sperti longkang dan
sistem pembuangan air.
· Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan
lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.
· Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus.
· Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan
disadur dengan bitumen.
· Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut.
· Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula.
· Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman
tamadun awal.
· Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk
utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
· Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan
dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok
yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang
dibina selari dengan jalan-jalan utama.
· Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-
kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan
berbentuk segi empat tepat.
· Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut
dibina.
· Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang
terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih.
· Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai
beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi.
· Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
· Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.
· Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina
turut berkembang berdasarkan keagamaan.
· Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
· Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.
Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
· Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara
abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
· Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.
· Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang
dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai
Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
· Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia
luar.
Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam
kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan
ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.
· Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina.
· Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan
batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.
· Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.
· Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar)
dan matematik.
· Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan,
bintang dan planet-planet lain.
· Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan
mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12
bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
· Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang
matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan,
menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu
yang digunakan untuk membina piramid.
· Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh
manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan.
· Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60.
Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan
mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan
unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan
setiap bulan mengandungi 30 hari.
· Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai
dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
· Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan,
bahan letupan dan kompas.
· Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada
tahun 105.
· Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –
906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868.
· Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina.
· Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan
sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan.
Kesimpulan (1 markah)
· Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti
Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin
berkembang pesat.
PENGENALAN (3 markah)
1. Konsep Prasejarah
Definisi oleh Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam karya bertajuk Prehistoric Archeology ;
prasejarah sebagai sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam
bentuk tulisan ( sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod bertulis)
Bukti-bukti prasejarah diperoleh melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli
arkeologi.
Tempoh prasejarah bermula dan berakhir pada jangka masa yang berlainan antara satu benua
dengan benua yang lain.
Contoh prasejarah bermula :
a. Zaman Batu
b. Zaman Logam
Zaman Batu dikenali juga sebagai zaman prasejarah. Zaman Batu meliputi 95% daripada sejarah
kewujudan manusia bermula dari 500 000 tahun dahulu dan berlanjutan hingga lebih kurang
5000 S.M.
Zaman Batu dibahagi kepada 3 peringkat iaitu;
Zaman Logam merupakan zaman sejarah yang berasaskan kepada rekod-rekod bertulis.
1. Aspek Alat
— Zaman Paleolitik:
— Alat batu yang digunakan adalah besar dan dari segi pembuatannya.
— Alat-alat batu dipegang dgn tangan yang dikenali sebagai kapak tangan (fist hatcher)
— Kapak tangan digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai gergaji, pisau dan
kapak.
— Terdapat juga alat-alat lain yang diperbuat daripada tulang, tanduk dan gading gajah
— Contoh; jarum diperbuat daripada tulang, kail ikan , lembing dan anak panah.
— Zaman Neolitik:
— Tembikar, penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajari
— Contoh; tenggala ; untuk memudahkan kerja-kerja membajak sawah, roda; kereta kuda dan
lembu digunakan untuk angkut hasil pertanian, alat-alat tembikar: untuk simpan wain, bijirin dan
minyak, alat-alat batu: sabit, mortar dan anak lesung
— Rakit dan perahu juga dicipta. Ini mendorong masyarakat meneroka kawasan-kawasan baru
bagi tujuan pertanian dan ternak binatang
— Zaman Paleolitik
— Mereka bergantung kepada aktiviti seperti menangkap ikan, memburu binatang dan
mengumpulkan hasil hutan dan buah-buahan.
— Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan bergantung kepada
alam sekeliling / sekitar sebagai sumber makanan mereka
— Zaman Neolitik:
— Mereka menanam tanaman makanan (biji-bijirin). Ini berlaku kerana perubahan persekitaran
dan iklim berikutan dengan tamatnya zaman air batu.
— Mereka juga menggunakan terusan tali air untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian
— Zaman Paleolitik
— Tujuannya untuk melindungi mereka daripada segala ancaman musuh seperti binatang liar.
— Mereka sering berpindah-randah (nomad) dalam kumpulan kecil dan tiada pengkhususan
kerja
— Zaman Neolitik:
— Mereka tidak lagi berpindah randah kerana dapat bergantung kepada bekalan yang dihasilkan
di sekitar petempatan mereka
— Didirikan di kawasan yang terletak berhampiran dengan sumber air (sungai) yang diperlukan
untuk pertanian dan ternakan
— Contoh; petempatan Jericho; penduduknya bertambah menjadi 2000 orang dan menjalankan
kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang. Mereka mempunyai tempat kediaman tetap
dan kawal pengeluaran makanan sendiri.
— Zaman Paleolitik
— Penemuan tulang-tulang menunjukkan bahawa mereka memburu dalam kumpulan dan hasil
buruan dikongsi bersama
— Zaman Neolitik:
— Majoriti masyarakat yang tidak mempunyai alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut
kepada golongan tersebut.
— Zaman Paleolitik
— Ini jelas daripada upacara ritual yang diamalkan semasa pengebumian seperti:
berharga seperti subang, rantai dan alat-alat lain spt senjata di dalam
kubur
— Imej binatang seperti rusa, bison dan gajah yang ditembusi oleh anak panah @ lembing pada
badannya
— Tujuannya untuk memastikan mereka mendapat hasil buruan yang lebih banyak.
— Zaman Neolitik
— Mereka mempercayai kuasa luar biasa dan penyembahan dewa dan dewi
— Masyarakat bergantung kepada fenomena alam seperti hujan, peredaran musim dan kesuburan
tanaman pertanian dan penternakan binatang
— Untuk tujuan tersebut, pelbagai upacara ritual dan amalan korban dijalankan
— Contoh; tarian masyarakat Indian di Amerika. Mereka menari dan melakonkan gerak-geri
binatang yang menjadi sumber makanan mereka
— Tujuan mereka berbuat demikian ialah menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan
mengelakkan spisies tersebut daripada pupus.
6. Aspek Kesenian
— Zaman Paleolitik
— Sebahagian daripada mural/lukisan mereka terdiri daripada gambar binatang yang berlari,
melompat, meragut dsb
— Zaman Neolitik
— Berasaskan simbolisme.
— Zaman Paleolitik
— Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai bercucuk tanam
— Mereka bergantung kepada alam sekeliling/ sekitar sebagai sumber makanan mereka
— Zaman Neolitik
— Lebihan hasil bermula apabila manusia mula menggunakan alat dalam aktiviti pertanian
seperti tajak, roda.
— Lebihan hasil seperti bijirin yg lebih dijual untuk mendapatkan komoditi-komoditi yang lain
seperti batu permata dan logam
— Zaman Paleolitik
— Hal ini kerana mereka sering berpindah randah dan bergantung kepada alam sekeliling.
— Zaman Neolitik
— Selain golongan petani, wujud golongan artisan dan tukang-tukang kraf yang mahir
— Golongan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja membuat alat-alat batu baru seperti sabit,
mortar dan anak lesung.
— Golongan lelaki menggunakan tenggala ketika aktiviti pertanian manakala golongan wanita
menggunakan cangkul.
— Tukang mahir membuat alat-alat tembikar untuk menyimpan bijirin, wain dan minyak
KESIMPULAN (2 markah)
1. Masyarakat zaman Neolitik lebih maju dan lebih bertamadun jika dibandingkan dengan
masyarakat zaman Paleolitik dan Mesolitik.
Nota:
Pengenalan (3 m)
§ tugu-tugu peringatan
§ agama
§ sistem agama
Ciri-ciri tamadun :
· Petempatan kekal
· Pembandaran
· Organisasi sosial
2. Tamadun-tamadun awal
1. Aktiviti pertanian
Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala
yang lebih besar.Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.
Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat
kerja pertanian.Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan
surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan
bandar.
Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
3. Kemudahan asas
4. Petempatan
5. Aktiviti keagamaan
Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang
seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan.
Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.
Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina
antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai
Tuhan.
Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat
yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka
mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka
dengan dunia luar.
Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat
roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu,
menggunakan pedati dalam peperangan.
Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism)
dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada
kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan
digunakan semasa pelayaran.
7. Sistem perbandaran
8. Intelektual
Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim
(kalendar) dan Matematik.
Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran
bulan, bintang dan planet-planet lain.
Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan
mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari
setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir,
menanam dan menuai.
Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam
bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat,
bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka
mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid.
Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi
tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai
pembedahan.
Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan
60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan
mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang
berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri
daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku
mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas,
pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan
pada tahun 105.
Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang
(618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11
Mei 868.
Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di
cina.
9. Peralatan
Kesimpulan (1 markah)
Isi
Paleolitik – pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun,
supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan.
Neolitik - pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat bekalan
air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan.
Paleolitik - Alam dipercayai ada kuasa luar biasa – mengancam keselesaan dan kehidupan.
Neolitik – mengharapkan hasil pertanian - upacara ritual pemujaan dan korban membuktikan
mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan alam sekitar
agar alam sekitar tidak ‘ mengamuk ‘ ).
3. Peralatan
Paleolitik – mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas. Mementingkan fungsi alatan.
Membuat baju daripada kulit binatang kerana suhu yang sejuk.
Neolitik – menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana dibuat
daripada batu gua dan batu kapur. Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi
sungai. Mereka mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian).
Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut.
4. Kegiatan Ekonomi
Paleolitik – bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan dengan cara berburu dan
memungut hasil hutan. Alam sekitar mempengaruhi mereka.
Neolitik – Pertanian dan penternakan giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.Berlaku
revolusi pertanian. Berlaku surplus iaitu lebihan hasil yang menyebabkan berlaku aktiviti
perdagangan .Sungai sebagai medium perhubungan membolehkan perdagangan secara tukar
barang/barter dijalaankan. Mereka telah cuba mempengaruhi alam sekitar.Jelaslah alam sekitar
mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah.
5. Gaya Hidup
Paleolitik – Kehidupan ‘simple ‘ . Mereka berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan
dan kawasan selamat.Tidak memiliki harta. Hidup dalam kumpulan kecil dan tiada oganisasi.
Neolitik – Kehidupan lebih kompleks. Hidup dalam kumpulan besar dan ada organisasi mudah.
Mula melantik ketua. Melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka secara bekerja
sama dan mula melakukan pengkhususan kerja.
Kesimpulan:
Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku secara kebetulan tanpa perancangan rapi. Wujud
proses saling melengkapi antara manusia dan alam sekitar, telah banyak membantu penguasaan
manusia teknologi ciptaannya terhadap alam sekitar dan ini bererti meningkatnya tamadun
manusia.
Tamadun asia
KULIAH 1
APAKAH ITU TAMADUN
OBJEKTIF
Di akhir unit ini anda akan:
1. mengetahui pentakrifan tamadun secara menyeluruh
KERANGKA
Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan
tingkah laku.
Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan
memperelok tingkah laku.
Juga membawa erti membuka bandar.
Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang
yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan
beradab sopan dalam tingkah laku.
Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan
pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan
santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia
bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah
masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian
satu bentuk budaya tinggi.
Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara
sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world
view/weltanschauung).
nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah
menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun.
Kemunculan Tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh
ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.
3. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan
masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong
kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti
kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya
juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah,
berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong
rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya;
Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun
China, Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-
Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.
Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot
bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya
mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.
5. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran.
5. KESIMPULAN
SOALAN PEMAHAMAN
RUJUKAN
Abul Hassan Ali Nadwi, 1980. Religion and Civilization, Lucknow: Academy of
Islamic Research and Publications.
Schweitzer, A., 1955. Civilization and Ethics, London: Adams & Charles Black.
Pengenalan
Manakala dari perspektif Islam pula tamadun dikaitkan dengan beberapa perkataan Arab.
Seperti tamadun, hadara dan umran. Ibn Khaldun melalui bukunya al-muqaddimah
menggunakan perkataan umran yang bererti kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap,
berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun menghuraikan maksud tamadun sebagai
pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehiduapan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai
seni.
Hidup menetap membawa kepada kelahiran bandar dan seterusnya negara. Menurut Arnold
Toynbee dalam bukunya A Study of History, tamadun adalah jenis kebudayaan yang terdapat di
bandar-bandar. Bandar menjadi pusat industri, pentadbiran, perdagangan dan perkhidmatan.
Tamadun-tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir, Yunani dan lain-lain lahir akibat
perkembangan bandar-bandar.
Sistem tulisan mula dicipta dalam memenuhi keperluan kehidupan seperti untuk merekod
sesuatu dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Penggunaan sistem tulisan telah
menggalakkan aktiviti keilmuan, ekonomi dan pentadbiran.
Organisasi sosial lahir apabila manusia hidup bermasyarakat bagi memenuhi keperluan hidup.
Mereka terpaksa bergantung di antara satu sama lain. Pada umumnya raja menduduki tangga
teratas diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan, Seterusnya diikuti rakyat biasa yang bebas
seperti petani dan artisan. Golongan yang paling bawah ialah hamba abdi.
Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Dalam
tamadun awal agama berkaitan dengan sistem pemerintahan iaitu raja dianggap mendapat
mandat dan restu dari tuhan atau dewa-dewa untuk memerintah. Jenis kepercayaan pada zaman
tamadun awal adalah berbentuk politeisme atau mempercayai banyak tuhan. Unsur-unsur alam
sekitar disembah untuk mengelakkan malapetaka.
Sains dan teknologi muncul dari penemuan-penemuan baru seperti penciptaan kalendar, roda,
alat menyukat, pembinaan bangunan, jalan raya, terusan dan lain-lain. Kemajuan sains dan
teknologi menjadi ukuran dalam menentukan bangsa-bangsa yang bertamadun seperti tamadun
Mesir yang terkenal dalam teknologi pembinaan, tamadun Mesopotamia dalam bidang astronomi
dan pembinaan terusan dan lain-lain
Tamadun Islam juga mengaitkan kota atau bandar sebagai tempat bermulanya tamadun.
Rasulullah s.a.w sendiri menjadikan kota Madinah sebagai tempat bermulanya perkembangan
tamadun Islam. Khalifah-khalifah yang memerintah selepas itu juga telah mendirikan kota-kota
di seluruh negara Islam. Antaranya Kufah, Baghdad, Basrah, Fustat dan Qairawan.
Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun Islam. Ia mempercepatkan proses
penyebaran kebudayaan Islam, seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi
kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan manusia. Ilmu pengetahuan pula
merupakan asas utama dalam tamadun Islam. Wahyu pertama bermula dengan perkataan iqra’
atau bacalah menggambarkan agama Islam menggalakkan umatnya supaya mementingkan ilmu
pengetahuan termasuklah membaca dan menulis. Dari ilmu pengetahuanlah sesuatu masyarakat
manusia itu akan berkembang maju dan hidup secara bertatasusila.
Keadilan amat penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Adil dari sudut pandangan Islam
adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Golongan yang lemah seperti golongan miskin
dalam masyarakat Islam perlu diberi bantuan dan perhatian supaya mereka dapat hidup seperti
anggota masyarakat yang lain. Golongan hamba pula diberi layanan yang baik dan digalakkan
untuk diberi kebebasan. Islam juga lebih menekankan persamaan taraf antara sesama manusia.
Aqidah yang benar iaitu mempercayai Allah yang Maha Esa dan kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w dianggap ciri utama manusia yang bertamadun. Tanpa aqidah yang benar manusia hidup
dalam kesesatan seperti masyarakat Arab Jahiliah.
Masyarakat Islam terdiri daripada berbilang bangsa telah membentuk sebuah masyarakat yang
memainkan pelbagai peranan. Perbezaan peranan ini telah melahirkan pembahagian kerja dan
seterusnya mewujudkan suatu bentuk ekonomi bandar. Islam mewajibkan setiap individu dalam
masyarakat menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka dikehendaki sentiasa membaiki
kerja mereka serta bekerjasama dengan orang lain demi kepentingan masyarakat. Setiap individu
bebas memilih peranan mereka sebagai anggota masyarakat dan dengan itu berlaku mobiliti
sosial kerana mereka tidak terikat dengan pekerjaan warisan seperti dalam kebanyakan tamadun
yang terdahulu.
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang paling cemerlang dalam bidang sains dan
teknologi. Islam telah melahirkan ramai tokoh intelektual yang mngemukakan banyak penemuan
baru. Antaranya seperti al-Biruni, al-Kindi dan Ibn Sina. Di samping menggalakkan
perkembangan sains dan teknologi, Islam tidak mengabaikan aspek-aspek akhlak. Akhlak yang
mulia merupakan amalan hidup manusia yang bertamadun. Bagi agama Islam masyarakat yang
tidak berakhlak tidak dianggap bertamadun walaupun mereka maju dalam aspek kehidupan yang
lain. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan ke dunia bertujuan untuk menyempurnakan akhlak
manusia yang rosak pada zaman jahiliah.