Anda di halaman 1dari 1

Imej negara akan tercemar di mata dunia.

Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi


Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat
keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak
berprihatin.Kesannya,industri pelancongan akan merosot.Pada masa yang sama,hal ini
akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara tersebut.Industri pelancongan
menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan.Sektor perhotelan tidak akan
mendapat sambutan handal akibat industri melancong yang merosot.Hal ini
menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan .Yang
seterusnya,pihak kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
membaikpulihkan infrastruktur yang dimusnahkan.

Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa
berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi
gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi
impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng,
maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan
sahaja.

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga berita-
berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada
setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan
kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal
ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini?

Anda mungkin juga menyukai