Anda di halaman 1dari 2

Latar belakang

Sukan dan rekreasi merupakan satu keperluan yang penting kepada pelajar-pelajar
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan(FPSK) dan Fakulti Pergigian(FPg) USIM di kampus Pandan
Indah. Sukan dapat membantu para pelajar meredakan tekanan di samping meningkatkan
kesihatan fizikal dan mental, lantas membantu meningkatkan prestasi dari segi pembelajaran
dan intelektual.

Namun, disebabkan faktor lokasi dan jarak yang jauh, pelajar-pelajar FPSK dan FPg
USIM di Pandan Indah menghadapi kesukaran untuk menggunakan kemudahan-kemudahan
sukan dan rekreasi memandangkan segala kemudahan yang lengkap disediakan di kampus
induk di Nilai, Negeri Sembilan.

Demi mengatasi masalah ini, pihak USIM di cawangan Pandan Indah telah mengambil
alternatif untuk menyewa kemudahan sukan dan rekreasi daripada gelanggang futsal awam;
’Fairplay Futsal’ berdekatan dengan kolej kediaman Glenview Villa bagi kemudahan dan
kesenangan pelajar. Walaubagaimanapun, atas alasan bayaran tertunggak daripada pihak
USIM, pusat gelanggang futsal tersebut telah memberhentikan perkhidmatannya dan pelajar
terpaksa menggunakan wang sendiri untuk terus menggunakan kemudahan tersebut.

Atas masalah-masalah yang timbul, kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk memohon
jasa baik pihak USIM untuk mengambil langkah sewajarnya dengan memastikan tempahan
gelanggang futsal dapat dilakukan secara lebih teratur dan konsisten agar masalah-masalah
seperti sebelumnya dapat dielakkan dan diharap dengan ini, keperluan dan kemudahan pelajar-
pelajar untuk bersukan lebih terjamin.

Objektif

1. Memberi pandangan ke arah penggalakan kepada mahasiswa/i untuk bersukan dan


berekreasi demi melahirkan generasi yang dinamis berketerampilan, berdaya saing serta
mempunyai keseimbangan secara holistik dari segi intelektual, rohaniah, dan jasmaniah.

2. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan demi membentuk individu mahasiswa/i


yang berdaya sukan serta penggalakan kearah gaya hidup yang sihat dan berkualiti.
3. Menggalakkan dan mengeratkan ikatan silaturrahim dikalangan pelajar-pelajar FPSK dan
FPg berasaskan sukan menerusi program dan aktiviti yang dianjurkan.
4. Melahirkan dan membangunkan bakat serta kemahiran mahasiswa/i dalam bidang
sukan serta berpotensi memberikan sumbangan kepada pembangunan dalam bidang
sukan.
1.1 Menyemai dan menyuburkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar
seterusnya merealisasikan ungkapan “Badan Sihat, Otak Cergas”.

1.2 Membentuk pelajar yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan, tidak
tertumpu pada akademik semata-mata, seiring melahirkan pelajar yang sihat, serba
boleh dan mampu berdaya saing.

1.3 Merapatkan hubungan silaturahim antara penghuni Kolej Kediaman Pandan.


1.4 Menjalinkan hubungan kerjasama antara JAKSA , Medical Student Club dan Dental
Student Club.

Anda mungkin juga menyukai