Anda di halaman 1dari 4

PEREDARAN BUMI

Perubahan ketinggian matahari tengah hari di langit

Peredaran bumi mengelilingi matahari


serta kecondongan paksinya menyebabkan
ketinggian matahari tengah hari berubah
mengikut garis lintang pada waktu-waktu
berlainan dalam setahun. Ini boleh
dibuktikan melalui keadaan di bawah:

Pada 21 Mac (Ekuinoks musim bunga di


Hemisfera Utara)
Matahari berada tegak di atas kepala di
Khatulistiwa pada waktu tengah hari.

Pada 21 Jun (Solstis musim panas di Hemisfera Utara)


Matahari berada tegak di atas kepala di Garisan Sartan pada waktu tengah hari.

Pada 23 September (Ekuinoks musim luruh di Hemisfera Utara)


Matahari berada tegak di atas kepala di Khatulistiwa pada waktu tengah hari.

Pada 22 Disember (Solstis musim sejuk di Hemisfera Utara)


Matahari berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi pada waktu tengah hari.

Matahari berada paling hampir dengan bumi pada masa ekuinoks, manakala lebih tinggi
dari bumi semasa solstis.
Perbezaan Panjang Waktu Siang dan Malam

Peredaran bumi mengelilingi matahari juga menyebabkan perbezaan panjang waktu


siang dan malam pada masa yang berlainan dalam setahun. Walau bagaimanapun,
kawasan di Khatulistiwa mempunyai waktu siang dan malam yang sama panjang
sepanjang tahun.
Ini boleh diperjelaskan melalui keadaan di bawah:

Pada waktu Ekuinoks (21 Mac dan 23 September)

Semua tempat di dunia kecuali Kutub Utara dan Kutub Selatan mengalami waktu siang
dan malam yang sama panjang kerana matahari berada tegak di atas kepala di
Khatulistiwa.

Pada waktu Solstis musim panas (21 Jun)

Pada masa ini, berlaku musim panas di


Hemisfera Utara , ini menyebabkan siang lebih
panjang dan waktu malamnya lebih pendek.
Pada masa yang sama, Hemisfera Selatan
mengalami musim sejuk, ini menyebabkan
siang lebih pendek dan malamnya lebih
panjang.
Kawasan di utara Garisan Artik mengalami 24
jam siang, manakala kawasan di selatan
Garisan Antartik mengalami 24 jam siang.

Pada waktu Solstis musim sejuk ( 22 Dis )

Pada masa ini, berlaku musim sejuk di


Hemisfera Utara, ini menyebabkan malam lebih
panjang dan waktu siangnya lebih pendek. Pada
masa yang sama, berlaku musim panas di
Hemisfera Selatan, ini menyebabkan waktu
siangnya lebih panjang dan waktu malamnya
lebih pendek.
Kawasan di utara Garisan Artik mengalami 24
jam malam, manakala kawasan di selatan
Garisan Antartik pula mengalami 24 jam siang.
Empat Musim dalam Setahun

Peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga menyebabkan


berlakunya kejadian empat musim dalam setahun. Negara-negara yang mengalami
kejadian empat musim yang nyata ialah Negara-negara Eropah, Kanada, Amerika
Syarikat, China dan Jepun.

Hemisfera Hemisfera
Musim Ciri-ciri Musim Suasana
Utara Selatan

• Matahari tegak di Garisan


Khatulistiwa ( 0 )
Ekuinoks September
Hemisfera utara dan
Musim Mac - Mei -
Hemisfera selatan mengalami
Bunga November
siang dan malam yang sama
panjang.

• Matahari tegak di Garisan


Sartan ( 23 1/2 U )
Hemisfera utara (siang lebih
Solstis panjang
Disember -
Musim Jun - Ogos Hemisfera selatan (malam
Februari
Panas lebih panjang)
Kutub Utara ( 24 jam siang)
Kutub selatan ( 24 jam
malam)
• Matahari tegak di Garisan
Khatulistiwa ( 0 )
Ekuinoks September
Hemisfera
Musim - Mac - Mei
utara dan Hemisfera selatan
Luruh November
mengalami siang dan malam
yang sama panjang
• Matahari tegak di Garisan
Jadi ( 23 1/2 S )
Hemisfera utara (malam lebih
Solstis
Disember - panjang
Musim Jun - Ogos
Februari Hemisfera selatan (siang lebih
Dingin
panjang)
Kutub Utara ( 24 jam malam)
Kutub selatan ( 24 jam siang)
Empat musim yang nyata ini biasanya berlaku di pertengahan Garisan Lintang dan tidak
berlaku di kawasan Tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di langit.

Di kawasan Garisan Artik dan Garisan Antartik, musim bunga dan musim luruh sangat
pendek, manakala musim panas dan musim sejuknya agak panjang.