Anda di halaman 1dari 3

CARA BERMAIN DAN PENGIRAAN MATA / SKOR

Sebelum permainan bermula, kedua-dua ketua pasukan, akan membuat undian

melalui lambungan duit syiling, bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan

permainan atau mula membuat pukulan.

Kesemua anggota pasukan lawan akan mengambil posisi atau kedudukan mereka

di padang, sementara para pemain pasukan satu lagi bergilir-gilir membuat pukulan.

Seorang daripada mereka akan bertindak menjadi pembaling dan seorang lagi menjadi

penjaga wiket yang memakai pengadang muka, sepasang glof untuk menangkap bola,

pengadang kaki dan pengadang dada. Penjaga wiket akan mencangkung di belakang

wiket di belakang pemukul. Pemain-pemain lain atau pemadang tidak memakai apa-apa

peralatan khas kecuali penjaga wiket sahaja.

Apabila bola dibaling, pemukul akan cuba memukul bola tersebut. Apabila bola

berjaya dipukul, dia akan berlari ke arah wiket bertentangan yang jaraknya kira-kira 20

meter dan kemudian berlari semula ke arah pemukul tadi. Satu larian diperoleh dan

dikira, jika pemukul dapat berlari di antara kedua-dua wiket.

Sementara pemukul membuat larian, pemadang atau pemain-pemain lawan di padang


akan cuba menggagalkan larian lawannya itu dengan cara menangkap bola yang
dipukulnya atau cuba mematikan pemukul. Begitulah seterusnya apabila pemukul
mengambil giliran masing-masing sehinggalah pasukan lawan atau pemain yang berada
di padang iaitu pemadang dapat mematikan semua pemukul atau sebahagian
daripadanya.
Selepas pusingan tersebut, kedua-dua pasukan akan bertukar kedudukan dengan

pasukan lawan yang berada di padang atau pemadang pula mengambil peranan sebagai

pemukul..................................................................................................
1. Mati Lari (Run Out) – pemadang dapat menjatuhkan wiket sebelum pemukul atau
pasangannya sempat menyentuh kawasan pukulan

2. Mati Baling (bowled) – Pembaling berjaya membaling bola dan menjatuhkan wiket
dengan balingan yang sah

3. Mati Tangkap (Caught) – Pemadang Berjaya menangkap bola yang dipukul oleh
pemukul;

4. Terpukul wiket (hit wicket)

5. Mati Pancang (Stumped) – Penjaga wiket dapat menjatuhkan wiket ketika pemukul
berada di luar paduk pukulan semasa membuat pukulan

6. Kaki Menghadang Wiket (Leg Before Wicket)

7. Terpegang Bola - Sama ada dengan menepis atau memegang bola ketika bola
bergerak ke arahnya

8. Menghalang - Pemukul mengganggu pemadang daripada menangkap bola

9. Mati Melengah Masa - Melengah-lengahkan masa melebihi daripada dua (2) minit

10. Memukul bola 2 kali - Dua pergerakan dalam satu balingan seperti menahan
kemudian memukul bola

11. Berhenti (Retired) - Pemukul berhenti daripada membuat pukulan tanpa sebab atau
alasan walaupun ia belum dimatika