Anda di halaman 1dari 4

Rahsia amalan mulia

SEMBAHYANG TAHAJJUD DAN


QIYAMULLAIL
Sembahyang malam terutamanya Tahajjud berupaya merawati gejala kelupaan dan
kebebalan diri. Ia juga merupakan penyebab kecerdasan serta hafalan yang kuat dan
mantap. Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa orang yang bersembahyangmalam
dimuliakan dengan sembilan perkara. Antaranya lahir tanda-tanda ketaatan pada
wajahnya, dipelihara dari segala bala dan bencana, disukai oleh hamba yang soleh dan
manusia,LIDAHNYA BERTUTUR DENGAN KATA-KATA HIKMAH dan IA
DIJADIKAN SEORANG YANG BIJAKSANA iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan
mendalam. Juga dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.

Orang yang mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham, idea-idea
kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara. Mereka diberi faham ilmu yang
halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai
tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Terpancar cahaya
kebijaksanaandari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam
Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.

PUASA : UBAT AJAIB MENINGKATKAN


IQ
Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua sekali, yang diketahui dan diamalkan
oleh manusia. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa
menurut kaedah masing-masing. Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam
yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan.
Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.

Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun,
beliau sudah bertaraf ulama' besar dan layak memberi fatwa. Belaiu sentiasa
mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16
tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan 'rahsia ajaib' inilah, para serdik
pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan 'genius'.
Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia 'baligh' dan diteruskan
sehingga ke akhir hayat mereka.

Puasa merupakan 'keajaiban dari langit' kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan,
bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa
digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali sebagai sufi dan ahli-ahli
kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. Bahkan seorang tokoh
kebatinan berkata, "Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-
perkara yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam bulan
secara terus-menerus. Hasilnya rohnya akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di
langit dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak
lut dibakar api dan sebagainya."

Anda tidak digalakkan melakukannya. Saya cuma anda memetik kesimpulannya, "
Bahawa di dalam puasa, terdapat keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh
akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang
luar biasa."

Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat
berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda,
mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN
KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku 'overhaul tubuh',
menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol,
meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih
nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan
mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis
dadah.

Jadi, terbuktilah kebenaran hadis nabi s.a.w., "Berpuasalah kamu agar kamu menjadi
sihat." (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.). Tabib-
tabib Islam juga mengeaskan bahawa perut (ma'idah) merupakan punca dan sumber
segala penyakit. Kalau sihat ma'idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara
yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma'idah dan beberapa organ di dalam tubuh
badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk
memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda,
"Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu,
jadikanlah ia kebiasaan kamu."

Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh
menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat
menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada
setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya
umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Institut Rawatan
Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk
mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang
pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem
penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.

Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang


terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan
dapat membersihkan tubuh badan dari toksid-toksid atau racun-racun. Ia juga
membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana
sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai
penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, "Puasa adalah seperti
tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut."

Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak
dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah
tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika
kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan
pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan
lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ
pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari
organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih
'pick-up', bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.

Sebab itulah para ulama', sami, paderi dan pendita dari agama Islam, Buddha, Kristian,
Hindu dan lain-lainnya kebanyakan mengamalkan makan sedikit sahaja. Amalan
sedemikian menyebabkan mereka dapat memberikan tumpuan yang baik terhadap
pembelajaran dan pengajaran agama mereka.

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi


makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan)
dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.". sewaktu bersekolah, ustaz saya
selalu berkata, "Tegang urat perut, kendur urat mata." Maksudnya apabila perut dalam
kekenyangan, mata pun mula mengantuk dan kita menjadi malas.

Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas'ud berkata, "Empat perkara yang mengelapkan hati
atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka
membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan."

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap
penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempergaruhi darjah kecerdasan
seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan
sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa
orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian
berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Sekiranya anda mempunyai impian untuk menjadi manusia yang bijak, amalkan 'rahsia'
ini. Namun begitu, sebelum anda dapat memetik hasilnya, ianya perlulah menjadi amalan
rutin anda terlebih dahulu. Nah, mulai sekarang amalkan berpuasa sunat pada setiap hari
Isnin dan Khamis setiap minggu.

Anda mungkin juga menyukai